Wednesday, February 28, 2007

MPH - ALPHA ANGLE

PROMOSI
MPH ALPHA ANGLE, WANGSA MAJU
16 MUHARRAM 1428 HIJRAH - 04 FEB 2007
Selain promosi kai IPT, kitorangpun pegi gak kat shooping complex dan kedai buku terpilih cam MPH yang buat join promotion dengan kitorang. Diorang jual majalah G3, kitorang datang betemu pembeli/peminat majalah G3 kat MPH. Bagi diorang signature, lukis kartun, karikatur dan amik gambo. Biasak la tu. Kedai MPH petama yang kitorang pegi ialah kat Alpha Angle, Wangsa Maju


ALASAN
Gua sampai lewat walaupun kuar awal pasal jalan jem dan susahnye nak dapat parking. Alasan yang akan trus digunakan dan sentiasa relaven. HEH! Sori la wahai encik Padi dan Kobih Bungo
BELASAH!
Tak disangka, tak diduga... dua orang kartunis freelance majalah G3 iaitu encik UBI ( bediri baju putih ) dan RUDY ( duduk kat kanan tu ) turut datang walaupun tak melukis tanda tidak memberi sokongan. " Gua saje datang... biasak la ni tempat gua lepak, dating masa dulu-dulu '', tegas encik UBI sambil tesengih tak nampak mata. RUDY plak temankan Padi yang takut datang sensorang. Beliaupun takut nak datang sensorang, pasal tu la temankan Padi. Rasa nak belasah jer diorang ni. EEEEEE...!

Tuesday, February 20, 2007

APA YANG AKU CARI? ( gaduh la apa lagi! )

APA YANG AKU CARI
Sebenarnya gua nak masukkan sketch cerita ni, tapi gua sketch dengan pensil mata biru... scanpun tak bleh. Sori la. Jadi korang tengok la yang hitam putih je siri APA YANG AKU CARI. Pada yang penah melalui, merasai dan mengalami apa yang gua alami ni akan terhibur dan ingat semula pada semua yang pernah dialami. Ini semua kenangan indah yang kita lalui dalam perjalan hidup. Enjoy!
IMPIAN
Gua memang sangat teruja nak lukis suasana, keadaan, gambaran orang balik dari surau lepas solat Isya' cam ni dalam karya-karya gua. Dalam siri " APA YANG AKU CARI " kuaran bulan Mac 2007 ( G3#37 ) impian gua terlaksana gak! Kenangan indah masa kat kampung dulu sangat membantu semasa gua melukis gambaran ni. Memang seronok tak ingat melukis walaupun jari-jari rasa sakit nak tecabut! ARGHHH! Masa ni gak sang kelawar kuar mencari mangsa!
YASSIN DAN TAHLIL
Kat kampung gua ada satu budaya yang diamalkan pada setiap malam Jumaat selepas solat Isya' iaitu majlis bacaan Yassin dan Tahlil dari rumah ke rumah secara begilir-gilir pada setiap minggu. Semua jemaah/orang kampung akan pergi menghadiri majlis ni kat rumah yang tiba giliran. Tak kira la kena jemput atau tak. Memang dah tau ada majlis, tak payah jemput-jemput...
datang jer!
MAKANNNNN!

Yang best bila ada majlis ni ialah MAKAN-MAKAN! Haha! Biasanye tuan rumah tak buat makanan yang heavy. Biasanye meehon goreng, mee goreng, bubur kacang dan beberapa jenis kuih cam karipap, badak berendam, lepat pisang, pisang atau tembikai kuning. Itupun dah cukup beselera pasal penat mengaminkan doa tuan imam yang panjang menjela. Heh! Air plak tea, tea o atau kopi o. Ada gak tuan rumah yang menyediakan makanan yang heavy cam nasik. Ni yang best! Mesti ado gulai ayam masak lomak cili api. Masa makan-makan ni gak best. Masa orang-orang tua dan muda begurau, usik mengusik pasal memang ada orang-orang tua yang suka begurau dan mengusik!

MELATAH

Yang pompuan dan budak-budak makan kat bahagian tengah rumah atau dapur. Yang lelaki plak kat serambi rumah. Maso tongah syok makan ni gak biasanye mesti ado pinggan, mangkuk atau dulang yang jatuh. Tak sah majlis kalo tak jatuh. Maso ni gak yang kuat melatah akan melatah terutama orang pompuan tua. Haru biru dibuatnye. Memang happening bila ada yang melatah. Menurut kajian, hanya orang Melayu/bangsa Melayu jer yang melatah dalam dunia ni. Bangsa lain tak ada yang melatah! Tak tau apasal.

SAMPAIKAN

Dalam majlis ni gak kalo ada apa-apa perkara yang nak disampaikan pada semua jemaah/orang kampung akan diumumkan cam giliran rumah siapa plak minggu depan. Semua jemaah dijemput dan harap sampai-sampaikan pada semua kengkawan yang tak hadir pada majlis malam ni. Semua jemaah akan bersalam-salaman sesama sendiri dan dengan tuan rumah sebelum berpisah. Ucapan salam akan mengakhiri pertemuan. Begini la cara hidup yang diamalkan sebagai salah satu aktiviti masyarakat kampung untuk mengeratkan silaturahim dan bertanya khabar.

SEMUANYA INDAH

Mungkin kat kampung korang lebih meriah dan hebat lagi majis-majlis cam ni diamalkan. Kat kampung gua cam ni la. Rasa tak puas menikmati kehidupan cam ni. Semuanya indah dalam ingatan. Lagi satu yang gua suka masa majlis ni selesai. Bila semua jemaah mula balik. Gua paling suka bila mendengar/melihat kumpulan makcik-makcik bejalan kaki pulang depan rumah gua dengan lampu suluh yang tak berapa terang menyuluh jalan, dengan anak-anak yang liar belari ke sana sini, jeritan mereka pada anak-anak dan mendengar gossip-gossip liar mereka dalam perjalanan pulang. Sungguh seronok hinggalah mereka hilang dalam kegelapan malam. Malam diteruskan dengan bebagai aktiviti yang lain seperti belajar main kompang, marhaban atau pencak silat! Gua benar-benar suka, seronok tak ingat melukis siri APA YANG AKU CARI kuaran ni. Harap korangpun suka. Kalo tak suka, itu korang punye pasal la! HARHARHAR!

Thursday, February 08, 2007

NAGA BERAPI

NAGA BERAPI
Lama tak kuarkan sketch atau lukisan dalam blog gua ni. Boring gak asyik tunjuk gambo je. Korang boring, gua lagi la plak! Nak buat cam no, banyak sangat aktiviti, banyak la gambo. Tu yang kuarkan gambo tu. Kali ni gua kuarkan kartun semuka NAGA BERAPI yang gua buat dalam majalah G3. Bleh tengok camno proses lebih kurang gua buat.

MELAKAR
Sebenarnye sebelum gua mula melakar, gua akan tulis segala dialog, skrip atau apa saja kat sekeliling/di luar kotak ukuran. Ni kira lukisan gua yang bersih kerana semenjak dua menjak ni gua telah bejaya mendisplinkan diri menulis segala idea, skrip dan dialog kat dalam buku khas untuk siri NAGA BERAPI dan MAT ROCK CINTAN. Sebenarnya displin ni dah lama gua praktikkan. Menulis segala skrip, dialog atau apa saja idea dalam buku. Tak tau apasal jadi tak ingat dan malas nak buat cam tu. Trus tulis kat sekeliling kertas! Ni la rupa lakaran awal gua. Gua hanya tumpukan lakaran pada karakter. Latarbelakang gua tak buat/lakarkan kerana kat lakaran ni gua akan inking. Lihat watak BENTAYAN SI NAGA BERAPI telah gua inkkan menggunakan pen celup. Bila dah siap ink kena padamkan semua garisan pensil. Kalo gua buat latarbelakang sekali, habis kena padam. Leceh tul! Buang masa kena buat balik! So, work smart!

MEWARNA

Yang ni plak bila dah abih inking. Gua hanya menggunakan PEN CELUP dan dakwat Holbien Special Black dalam proses ni. Ada la lakar sket latar belakang. Tupun kat panel/kotak yang perlu ada saja. Perancangan sangat penting sebelum mula melukis. Kat mana lokasi, cam no rupa latarbelakang dan sebagainya. Jangan main belasah je. Tak tau atau tak pasti, cari la rujukan! Mengubah posisi, pandangan, kedudukan atau apapun namanya adalah sangat penting untuk menghasilkan lukisan yang bermutu. Jangan statik dengan satu posisi saja. Ubah la, tukar la, alih la, angkat la ikut suka! Selain kelihatan menarik, ia juga memudahkan kita untuk melukis. Tak la kena lukis, buat, ulang latarbelakang atau posisi karakter yang sama. BORINGGG!


DITIL

Kat majalah G3 dan majalah humor di negara kita sekarang ni hanya beberapa orang kartunis saja yang masih mewarna secara MANUAL seperti gua. Yang lain kebanyakannya dah beralih ke warna digital. Ini pilihan yang ada. Selain dari mewarna secara digital, melukispun bleh dibuat secara digital skang ni! Tapi gua tetap percaya dan seronok secara manual. Sesapapun bleh kata gua ni ketinggalan, old fasion, man from the past, from jurassic age, purba, primitif atau apapun kerana masih melukis dan mewarna secara manual. HAR! HAR! HAR! Gua menggunakan warna dari jenama Dr. Ph. Martin. Brush plak dari jenama Winsor & Newton, Cotman dan Holbein. Sebenarnye boleh gunakan warna atau brush jenis apapun sekiranya mahir menggunakannya. Kalo brus tu, pastikan yang halal! Mewarna juga adalah masa untuk menditilkan lukisan selain semasa proses inking. Perhatikan latarbelakang. Ada yang gua warnakan penuh dan ditil. Ada gak yang gua biarkan kosong. Ini perlu untuk mengimbangi keseluruhan lukisan agar tidak terlalu padat, serabut, sendat, sesak sehingga boleh menenggelamkan karakter! Bleh tengok NAGA BERAPI ni kat majalah G3#37 ( March 2007 ).