Thursday, March 08, 2007

IN-HOUSE

BENGKEL KARTUN DAN KERJAYA
IN-HOUSE MULTIMEDIA, JALAN RAJA CHULAN KUALA LUMPUR
31 JANUARI 2007
Lama sangat gambo ni teperap pasal gua tak cukup masa nak ngadap/updatekan blog gua ni. Dah basi dah bende ni. ARGHH! Bahan memang banyak nak dimasukkan tapi masa begitu mencemburui gua. HEH! Ni siri bengkel seterusnye yang diadakan kat IN-HOUSE MULTIMEDIA Jalan Raja Chulan. Walaupun mejoritinye pelajar Cina, tapi diorang memang best, happening, sporting, perangai tak senonoh dan huru-hara! Manyak NAKOT!
BUKTI
Amik gambo merupakan perkara pertama yang mesti gua buat walau apa keadaanpun bila pegi kat mana-mana kolej dalam siri Bengkel dan Kerjaya ni. Amik gambo kat pintu gerbang, pintu masuk, signboard, pintu dapur atau segala pintu yang ada sebagai tanda/bukti gua pegi kat situ.

DALAM KENANGAN

Saja berenti jab amik gambo ni. Teringat masa zaman naik bas dulu. Cam ni la gua hari-hari tunggu bas masa nak pegi keje atau balik dari keje kat Jalan Silang, Kuala Lumpur. Ada masa dapat duduk tapi banyakkkkk kali tak dapat duduk. Bediri dari Kota Raya sampai ke Damansara Utama. Pas tu baru la dapat duduk hingga ke Taman Tun Dr. Ismail. ARGHH! Rasa nak tecabut kepala lutut! Tapi itu la pengalaman, kenangan yang korangpun mesti penah rasakan. HEH! Best gak bile dikenang-kenang.....

LORONG

Sebelum program kitorang start, pegi minum-minum dulu kat apa ntah nama lorong tu. Faizal belanja maqkan! Teringat lagi masa zaman naik bas. Setelah azab bediri dari Taman Tun sampai ke Kota Raya, singgah lepak kat Central Market jumpe member-member sambil tengok orang basking. Pas tu lepak minum/makan kat lorong yang digelar Lorong Katak! Sama la keadaan gerai kat Lorong Katak tu cam gerai makan ni. Tq encik Faizal walaupun gua hanya minum limau suam je. Beliau sendri yang maqkan lebih-lebih! Tengok la bungkusan pertama laksam yang beliau maqkan tu ( dua dari kiri ). Entah la...

PROVOKASI

Masa ni Kobih Bungo atau Niezam punye sesi. Gua lepak dengan Faizal besembang pasal artikal yang beliau tulis kat dalam majalah G3. Gua dah besedia mengenggam penumbuk pasal tak puas hati dengan kritikan beliau yang keterlaluan, melampau, penuh provokasi dan bebau pekauman pasal artikel yang beliau tulis sendri. Tak ada akal punye Faizal. Pakai kain pelikat lagi baik la oi!

YAHOOO!

Ni la rupe sebahagian dari pelajar dan pensyarah yang join dalam sesi Bengkel Kartun dan Kerjaya hari tu. Semua nampak riang gumbira, pandai dan bijak mengalahkan kura-kura bukan pasal ilmu yang diperolehi tapi pasal dapat hadiah! Lantak korang la!

NAKOT

Cam biasa semua teruja nak dapatkan lukisan kartun lepas habis bengkel. Walau penat, kena buat gak untuk diorang yang memang sporting. Manyak telima kasih maa... jangan nakot ( takut ) panggil kitorang lagi aa.. Gud luck to ya all!

8 comments:

thesandman said...

ingat dah lepas belanja maQan, boleh la dapat puji-puji best sikit selain ucapan terima kasih... tapi tidak!

didedahkannya pulak keburukan aku pada khalayak dunia. HAMPRES!!! apa kena mengena pulak kain pelekat dengan entry kali ni oooiii!!!

REVENGE! REVENGE!

gayour said...

boy scout

apa lagi yang gua nak tulis/cite pasal lu? kan gua dah ucap tq. tapi memang gua tak puas hati dalam satu perkara. gua masih tak pecaya lu pakai kain pelikat. mana boleh cam tu. perkara ni tak sepatutnye belaku. lu budak bandar, tinggal plak kat subang jaya... mana bleh pakai kain pelikat! har fragin har!

thesandman said...

S#!T!

you this means WAR.

thesandman said...

S#!T!

you know this means WAR.

gayour said...

boy scout

whatever. lets start a WAR! pastikan masa perang lu tak pakai kain pelikat. Har fragin harr!

fara[the]bugbuster said...

Lorong Katak?!... heheh dulu masa zaman belajar dulu selalu singgah CM lepas kelas... layan roti canai kat Hameed Kat dlm CM tuh (skang dah takde dah kot)... pastuh bilas (sambung) lepak kat lorong katak tuh... layan borak barang segelas dua teh tarik... hermmm...

gayour said...

hah! tak sangke cik fara pun sempat merasa lepak kat lorong katak. semuanye dah jadi kenangan...

M1N4M1 said...

tangkap gambo kat pintu2 masuk tu adalah bukti paling kukuh sekali..haha gua pun kdg2 buat gak perangai amik2 gambo mcm tu

tapi gua tersangat la suka lukisan lu bro..haiya manyiak suka