Monday, March 12, 2007

YAYASAN MELAKA

BENGKEL KARTUN DAN KERJAYA
KOLEJ YAYASAN MELAKA
27 MURARRAM 1428H - 15 FEB 2007
Hari tu kitorang pegi ke utara - Kolej Komuniti. Kali ni undangan datang plak dari belah selatan, KOLEJ YAYASAN MELAKA, Melaka Bandaraya Bersejarah. Kat sini ada kursus Multimedia, Grafik, Animasi dan segala macam kursus lagi yang menjadi pilihan dan minat ramai pelajar skang ni. Yang join dalam bengkel kitorang bukan hanya pelajar Grafik, Multimedia atau Animasi, pelajar dari kursus Akaunpun join sama. Caya la!


MESTI
Cam yang gua cakap, gua mesti amik gambo walau kat manapun. Asal ada nama kolej yang gua pegi dah cukup baik. Kali ni gua hanya dapat/sempat begambo dengan van/bas pelajar. Ahh! Kira okey la tu!

TINGGAL

Hari tu masa kat PTPL, gua kena tinggalkan. Kali ni gua pastikan yang gua tak kena tinggal lagi untuk sesi breakfast! Mee goreng, karipap dan donat. Alhamdulillah.


SEMANGAT

Awal-awal lagi sebahagian kecil dari pelajar yang semangat giler tak ingat dah masuk ke dalam dewan kuliah untuk mengikuti bengkel. Ramai lagi blum masuk pasal beratur panjang mendaftar. Kat luarpun kitorang adakan pameran kartun. Jadi ramai la yang leka melihat pameran kartun tu sebelum masuk ke dalam dewan.

BELASAH!

Namapun bengkel kartun, so sesi bermula dengan assigment pertama untuk diorang iaitu melukis/mencipta karekter kartun memasing. Belasah la apapun asalkan asli.

PERTAMA

Gua trus memilih lukisan pelajar ni sebagai ciptaan terbaik dalam melukis/mencipta karekter pasal beliau bukan saja melukis karekter tapi dengan beraninye melukis KARIKATUR. Karikatur gua plak tu. Tu yang gua suke dan bagi beliau menang. HEH! Kat skrin belakang tu kalo korang nampak adalah lukisan/kartun gua sekitar tahun 1988/1989 yang kuar dalam majalah GELIHATI. Dalam bengkel ni gak gua telah menunjukkan kartun PERTAMA gua yang telah tersiar dalam majalah GELIHATI pada bulan Mei 1985 lebih dari DUA PULUH TAHUN yang lalu pada semua peserta! Nanti gua masukkakan kartun tu dalam blog gua ni untuk tatapan semua.

GAMBO

Ada wartawan dari akhbar KOSMO datang membuat liputan berita mengenai pelajar Yayasan dan Bengkel Kartun ni. Kalo tak silap berita ni kuar dalam KOSMO pada 17 Feb 2007. Punye la banyak photograper diorang amik gambo kitorang tapi satu gambo tak kuarpun, cuma nama je yang kuar. Apapun, tima kasih je la.


MELOPONG

Sesi Encik Padi dan Encik Niezam plak. Dua-dua becakap serentak. Huru-hara majlis! Encik Niezam becakap/ menunjukkan cara beliau mewarna menggunakan digital yang membuatkan semua pelajar telopong dan meleleh air liur melihat hasil artwork beliau. Ada beberapa segmen dalam bengkel ni. Pertama secara MANUAL. Bahagian ni gua yang buat. Dibantu oleh Kobis Bunga dan Padi. Bahagian DIGITAL plak diterangkan oleh Niezam dan Padi. Encik A'an plak becakap mengenai MOTIVASI dan yang berkaitan dengan kerjaya sebagai kartunis.

BANG YOUR HEAD!

Jangan percaya dengan apa yang korang lihat. Gua telah diperkotak-katikan oleh A'an dalam menjayakan segmen MOTIVASI beliau! Tapi best gak bleh belari, melompat dan banging cam orang giler dengan gitar GIBSON Les Paul!

YAHOOOO!

Yahooo! Dah abis! Boleh balik tidooooo! Tq pada pihak Kolej Yayasan Melaka yang menjemput kitorang. Terutama pada Encik Halim ( Pengurus Perhubungan Awam ) yang banyak membantu. Tima kasih bebanyak. Jumpe lagi!

No comments: