Wednesday, March 14, 2007

THE MAIN MAN RETURNS

THE MAIN MAN RETURNS
DARI BUKU SKETCH GUA

Ada banyak sketch yang gua buat untuk dimasukkan dalam blog ni. Memang menjadi kebiasan gua melukis selain dari hanya kartun. Gua suka figure, komik... dan buku sketch adalah tempat gua menyatakan/meluahkan minat gua ni. Masa gua leka mengadap buku sketch selalunya bila habis deadline atau pegi ke Bengkel Kartun. Bila segmen gua dah abis, gua akan sketch superhero yang gua suka dan benci dalam buku sketch yang gua bawak ke mana-mana. Ini adalah displin yang menjadi kebiasaan! Sungguh seronok bila dapat melakukan sesuatu yang lain sket dari kartun. Bukan hanya melukis kat studio tapi di mana-mana tempat gua pegi. Kat sini gua masukkan satu dari sketch karekter ANTI HERO yang gua suke untuk korang nikmati - LOBO THE MAIN MAN sedang membelasah Captain America! Saja masukkan sketch ni pasal sedang kecoh dalam indusrti komik mainstream antarabangsa skang ni mengenai KEMATIAN karekter CAPTAIN AMERICA dalam siri terakhir CIVIL WAR. Biar semua orang tau sebelum Captain America mati, beliau pernah dibelasah teruk hingga masuk ICU oleh LOBO THE MAIN MAN! HAW! HAW! HAW!

FRAGGG!

Gua memang suka lukis LOBO membelasah atau memperkotak-katikkan superhero sama ada dari dunia DC atau MARVEL. Captain America adalah salah satu dari mangsa belasahan THE MAIN MAN. Skang ni beliau khabarnye dah mati la plak. Leceh tul! Tapi bagus gak karekter Captain America ni dimampuskan. Beliau dah tua bangka sebenarnye. Elok la mati! HAR FRAGIN HAR! ENJOY!

3 comments:

thesandman said...

...ini boleh mendatangkan marah.

Anonymous said...

boy scout

bukan saja mendatangkan marah tapi juga membangkitkan GHAIRAH! harharhar!

thesandman said...

&^%#$@!!!