BERMULANYA...
23 Rabiulakhir 1428 Hijrah - 11 Mei 2007 Masehi
( Jumaat )
Hari tu hari Rabu ( 16 Syawal 1427 hijrah - 08 November 2006 )
lepas abis deathline, gua pegi lepak kat library syarikat sambil belek-belek koleksi majalah GELIHATI pada tahun 80an dulu. Memang sejak kebelakangan ni hati gua jadi gundah gulana. Jadi tak keruan. Resah, gelisah tak menentu. Jantung sentiasa bedebar-debar. Apa semua ni? Sakit jantung ke gua ni? Rupenye itulah kesan dari keRINDUan yang sekian lama menyeksa jiwa raga gua. KeRINDUan dan ingatan yang mendalam pada karya PERTAMA gua yang tersiar dalam majalah GELIHATI, DUA PULUH DUA TAHUN yang lalu! Gua benar-benar ingin melihat, menantap, menghayati dan menikmati semula karya agung gua tu. Karya yang menjadi perintis, pembuka jalan dan PERMULAAN kerjaya gua sebagai seorang KARTUNIS!
Gua trus membelek koleksi tahun 1983 ke tahun 1984 hingga ke koleksi tahun 1985... Dengupan dan debaran jantung dan segala organ dalam gua jadi tak keruan bila makin hampir dengan apa yang gua cari selama ini. Alhamdulillah... hari, masa dan saat yang bahagia dan penuh sejarah itu menjelma juga akhirnya. Setelah 22 tahun akhirnya gua jumpa dan dapat melihat semula karya PERTAMA gua yang disiarkan dalam majalah GELIHATI Bilangan/Nombor 76, Bulan MEI 1985 dalam ruangan RILEK SEKEJAP, mukasurat 45! Ruangan yang memberi peluang pada pelukis-pelukis baru cam gua untuk berkarya.
Rasa nak menjerit bila dapat jumpa dan tengok balik kartun PERTAMA gua tu! Cam tak pecaya! Rasa nak nangis bila dapat melihatnya semula! Perasaan yang tak mampu untuk gua cerita dan gambarkan ini adalah sama seperti perasaan masa gua beli majalah GELIHATI dan melihat kartun gua tersiar 22 tahun yang lalu! Keadaan sekeliling bepusing-pusing, dengupan jantung selaju 380km sejam! Hidung jadi kembang sekembang-kembangnya ( HNSHH! HNSHH! HNSHH! ) Kepala rasa cam nak pecah! Apa yang boleh dikata... syukur alhamdulillah! TERIMA KASIH WAHAI TUHANKU!

Pada semua yang pernah meminati karya-karya gua selama ni dan pada yang dah tak minat lagi, dah meluat dan menyampah tak ingat dengan karya-karya gua... korang bleh tengok karya PERTAMA gua yang bertajuk " PUNAH HARAPAN DEN ". Apa punye tajuk ntah. Cam no gua bleh tefikir nak bagi tajuk cam tu pun gua tak tau. HEH! Walaupun tajuknye buruk dan hampeh cam tu, bukan la bemakna gua tak ada harapan untuk menjadi seorang kartunis. Inilah karya PERTAMA yang menjadikan gua seperti diri gua pada hari ini - seorang KARTUNIS! Lantak korang la nak kata apapun. Inilah kebanggan gua. Inilah PERMULAAN gua sebagai seorang KARTUNIS yang mula mengganas dalam industri kartun tanahair pada pertengahan tahun 80an dulu.
Gua muncul dan mengganas pada zaman kehebatan, kebangkitan
dan kegemilangan muzik ROCK/METAL
yang juga mengganas di seluruh dunia masa tu!
Karya pertama ni sebenarnya bukan la semudah yang gua sangka untuk diterima dan diterbitkan. Susah tak ingat! ARGHHH! Guru gua masa tu brader KUTILYOYO ( kartunis GELIHATI ) mengajar sket-sket pasal peralatan, teknik melukis, mengambil ukuran dan yang paling penting memberitahu mengenai STROKE dan KARAKTER. Dari beliau la gua tau mengenai pentingnye seseorang kartunis itu mempunyai STROKE, KARAKTER dan IDENTITY sendiri. Gua berusaha gigih membina, mencipta dan menghasilkan stroke, karakter dan identiti sendiri. Kartun ni gua lukis gunakan teknikal pen jenama Faber Castell ( point 0.3 ). Walau masih sekolah, gua dah pulun giler tak ingat kumpul duit nak beli teknikal pen ni. Mahal gile masa tu! Kena beli dakwat beliau lagi. ARGGHHH! Gua beli dan gunakan kertas saiz A4 yang dijual dalam bungkusan plastik. Ada la dalam 20 helai dalam satu plastik kalo tak silap. Kertas murah jer! Semua panel, balon dialog dan dialog gua belasah tulis dan buat sendri. Masa tu gua tak ada lagi pembaris set square dan sarang lakaran ( nak buat belon dialog tu ). Gunakan pembaris yang biase tu. Tengok la balon dialog, dialog dan garisan panel tu... huru hara bengkok! Heh! Seingat gua lebih dari tiga kali gua buat/lukis balik kartun ni pasal semuanye brader Kutilyoyo REJECT tanpa belas kasihan! ARGHHH!
Alam persekolah merupakan masa yang paling seronok dan best giler tak ingat
untuk dikenang ( uuu.. uuuu.... ) darah muda panas menggelegak, agresif, liar,
masa untuk show off dan tema CINTA MONYET merupakan tema yang sangat
popular sebelum zaman Tyranosaurus Rex hingga ke hari kiamat untuk dilukis,
diucap, dinyanyi, didendang terutama pada pelajar sekolah cam gua! Pasal tu
la gua buat dan lukis mengenai tema CINTA untuk karya PERTAMA gua ni. HEH!
Cam yang gua kata, gua mengganas pada zaman kegemilangan, keganasan dan kerakusan muzik ROCK dan METAL. Kerana itu dengan rakus, tegas dan beraninya
gua menggunakan nama yang belum pernah digunakan oleh mana-mana kartunis tanahair masa tu. Gua ingin memberi impak yang kuat/besar pada industri dan peminat kartun melalui nama yang gua gunakan. Biar sekali orang dengar nama gua, akan
trus ingat, lekat di hati dan menggigil kenakotan! HARHARHAR! Nama gabungan
antara nama panggilan gua dan zaman kerakusan muzik ROCK.... maka lahir la
GAYOUROCK!
Dua puluh dua tahun telah berlalu... kat mana korang masa kartun PERTAMA gua ni disiarkan? Masih main pasir kat bawah rumah, belum cerai susu, hingus masih meleleh, bediri atas kerusi sekolah tadika atau blum lahir lagi? Tak kisah la kat manapun korang masa ni. Apapun yang korang buat tapi gua dah memulakan langkah gua dalam usaha mencapai impian/cita-cita untuk menjadi seorang KARTUNIS! Gua sengaja tunggu bulan Mei 2007 untuk kuarkan kartun PERTAMA gua ni pasal pada bulan ni la genap 22 tahun usia beliau! Lagi sekali ucapan syukur alhamdulillah kerana setelah 22 tahun karya PERTAMA gua disiarkan, gua masih diberi kekuatan oleh Allah untuk trus melukis....
enjoy!