Wednesday, May 09, 2007

RINDU

RINDU HATIKU TIDAK TERKIRA
22 Rabiulakhir 1427 Hijrah - 100507M

Tanjong Katong airnya biru
Tempat mandi nak dara jelita
Sama sekampung hai sedang diRINDU
Inikan lagi jauh di mata..

Nak Dara Rindu - Tan Sri P. Ramlee

RINDU hatiku tidak terkira
Terkenang orang yang jauh
Yang selalu bermain di mata
Ibarat kumbang RINDUkan bunga...

Rindu Hatiku Tidak Terkira - Tan Sri P. Ramlee

'' walau di mana aku pergi, aku berada... kau tetap akan ku ingati dan
ku RINDUi. kau sentiasa di hatiku... ''

Kata-kata ini dah berapa ratus ribu juta kali kita dengar dan ucapkan...
sebanyak pasir di pantai, sebanyak bintang yang bertaburan di langit!
Walau sebanyak itu, kita akan terus mengucapkan kata-kata ini tanpa jemu
pada yang diRINDUi, yang diingati dan dikasihi...

Hari itu masa gua on the way ke Pesta Buku, dengar la satu siaran
radio ( yang gua rasa korang tak beminat nak dengar siaran ni! HEH! ) Dalam satu rakaman pendapat dari pendengar siaran radio ni, ada la sorang tu cakap begini '' bila dengar lagu-lagu yang disiarkan, HILANG rasa RINDU ni pada... '' Dengan pantasnye kepala hotak gua terfikir sesuatu yang entah ape bende ntah!
Apa yang orang ni cakap. Kenapa beliau cakap cam tu. Apa maksud beliau. Adakah beliau sedar apa yang beliau cakap? Yeah! Apa maksud sebenar beliau bekata begitu. Adakah segala janji yang diucap untuk SENTIASA mengingati dan meRINDUi orang yang disayangi selama ini dengan mudahnye ingin diHILANGkan dengan hanya mendengar lagu? Lepas abis lagu tu, RINDU
dan ingat balik! WHAT THE....

Adakah RINDU yang sentiasa kita jaga dengan tertip, disimpul kejap,
tepahat di hati, bebekas umpama parut yang dalam, lekat umpama paku
di papan, segar dan sentiasa di ingatan terhadap yang tersayang ingin
kita HILANGkan?
Gua tak faham. Sedangkan banyak senikata lagu seperti lagu-lagu
Tan Sri P. Ramlee ( sori.. korang lebih terer pasal lagu/lirik lagu-lagu pop terkini yang becakap pasal RINDU-RINDUAN ni kan ) yang terang-terang menyatakan mengenai suci dan telusnye sebuah RINDU. Adakah keRINDUan kita pada kampung halaman, ibubapa, nenek, atuk, saudara mara dan keluarga yang jauh, kawan-kawan, sekolah, sawah padi, ayam, kambing, lembu, itik, arnab, beruk petik buah kelapa, kebun pisang, sungai, laut, pokok ketapang, pangkin atau simpang tempat lepak bawah pokok beringin, jembatan, motor buruk, basikal buruk, kebun getah, ladang sawit, jeti, bot, sampan, perhentian bas, keretapi dan segala macam lagi yang boleh jadi punca/sebab RINDUnya hati kita bila teringat/terkenangkan semua itu ingin kita HILANGkan dari ingatan walau sesaat dengan mendengar sebuah lagu?

Sedangkan bila teringat semua tu, rasa RINDU di hati makin kuat, makin menjadi-jadi. Dada, jantung, paru-paru akan bedebar dan bedenyut tak menentu, hati betambah sayu, menjadi semakin syahdu kerana RINDU! Bila tengok sungai atau laut aku teringatkan dirimu. Bila makan pengat pisang, RINDUku makin membuak-buak seperti lahar gunung berapi. Bila hujan, RINDUku makin menjadi-jadi padamu, bila tepandangkan kambing-kambing sedang makan rumput dengan tenang di padang, aku trus tersenyum teringatkan kamu dong ahh!

Hey! Korang faham tak apa yang gua maksudkan ni? Adakah korang
mengerti keluh kesah hati gua ni? Ahhh, lantak la! Tu korang punye pasal!
Tapi adakah kita akan trus bekata begini...'' hilang sket rasa RINDU bila dengar lagu tu... '' Atau sepatutnye kita bekate begini '' RINDU hatiku padamu betambah rakus gile mengganas tak ingat setiap kali aku mendengar lagu tu! '' Lagi sekali gua betanye... adalah benar RINDU itu ingin diHILANGkan walau sesaat? Pada hal kite telah berkata dan berjanji '' kau SENTIASA segar dalam ingatanku walau di mana aku berada. aku akan SENTIASA mengingati dan meRINDUi mu! Trust me babeh! '' HEH!

Gua truskan perjalanan dengan persoalan ni melekat pekat, likat
dan hitam kat kepala hotak gua hingga ke hari gua menulis bende ni!
Entah ape kebende yang gua fikir! ARGHHH!


'' rindu hatiku tidak terkira... ''

6 comments:

Lepat_Pisang said...

itu nama nya reverse psikology.Lu nak bagitau orang lain bahawa lu sayang pada rosulullah dan merinduinya selalu.ok la kalau lu betul2 ikhlas macam tu...tapi lu elok potong rambut supaya nampak hensem dan rasanya nabi pun tak suka kalau kita sebagai umatnya dok simpan rambut mengerbang macam tu..nak pakai serban pun payah.(gua tau nanti lu akan jawab-ahhh islam bukan pada serban ..hahahaha..islam hadhari)

gayour said...

reverse psikology? patut la gua rase semacam jer. terima kasih atas ingatan encik pada gua.

jonjenin said...

kadang2 kalau layan lagu lelama ni sentimental gak...
heheheee..

gayour said...

lagu2 lama boleh mengingatkan kita pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan walaupun 20 tahun telah berlalu!

" sepetang di pinggir bukit
anak dagang di perantauan... "

abby said...

abg gayour....
hye, saya nabilah daripada Bernama.com....Saya cuba dptkan no contact abg gayour, tapi tak dapat2..
Lepas abg gayour baca comment ni, boleh abg gayour email saya di nabilahsaleh@yahoo.co.uk
Saya ingin menemuramah abg gayour!
Thanx!~

gayour said...

ok la orait wahai encik nabilah!