Thursday, June 14, 2007

DARAH KU DISEDUT!

REIGN IN BLOOD
28 JAMADILAWWAL 1428 HIJAU
14 JUN 2007,
Pagi tu ( 14 Jun 2007 ) gua dengan penuh energetiknya bersiap untuk pergi melaksanakan satu misi mulia iaitu menderma darah kat SJMC, Subang Jaya. Duluuuu.... lama dah, antara tahun 1999 - 2001 gua derma darah buat kali pertama dalam hidup kat Hospital Universiti. Itupun untuk keperluan menyelamatkan nyawa. Kali ni seorang sahabat meminta bantuan darah untuk bapanya yang akan menjalani pembedahan dan memerlukan darah segar! Gua dengan rela, senang hati dan telus sudi memberikan sedikit darah gua yang diperlukan! Ambillah! Apa sangat la. Ini adalah sedikit sumbangan yang mampu gua lakukan selagi hidup. Moga ada manafat dan kebaikan. Tapi halangan nak buat kebaikan datang tanpa diduga, tanpa disangka-sangka! Skuter gua tak bleh start la plak pagi ni. Dia buat hal la plak! ARGHHH! Tak apa, itu bukan halangan. Guapun tipon Kareno mintak beliau datang amik gua kat rumah dan trus pegi ke SJMC.

Ni dia Tabung Darah kat Subang Jaya Medical Centre tempat gua memberikan darah untuk keperluan bapa sahabat yang memerlukan. Nakot gak sket2 bila sampai kat sini.


Ahh! Persetan dengan perasaan yang tak boleh dilayan tu! Gua dengan penuh yakin, berani dan semangat menarik pintu dan masuk dengan bergaya! Heh!


HARI INI
Selamat masuk dan lapor diri. Pagi ni/hari ni temu janji gua derma darah. Hari tu ( 30 Mei 2007 ) gua dan Kareno datang bagi sample darah dan tetapkan hari untuk menderma. Gua trus ke tempat darah diambil. Perasaan nakot datang balik la plak! Leceh tul! Ahh! Kan gua dah berniat nak derma darah, dah sampai dah baringpun... takkan nak lari plak? Jangan buat leceh! Ni persiapan awal sebelum pembuluh darah tangan kiri gua dicucuk dan darah disedut!

BOLA GETAH
Masa persiapan untuk dicucuk pembuluh lengan kiri gua, encik nurse tu bagi gua bole getah ni. Apa hal plak ni? Gua bukan nak main bola. Gua nak derma darah la oi!

LECEH
Ni la dia saudara Kareno yang turut datang menderma darah dengan gua pagi ni pasal bapak beliau yang memerlukan darah tu! Kelihatan beliau sedang cuba menelefon berapa orang kawan beliau untuk menggantikan tempat beliau di saat-saat akhir kerana beliau dah bepeluh kenakotan! Leceh la lu Kareno.

ADOIII!
Adoiiii! Sakitnye masa kena cucuk! Besar plak jarumnye. Darah sedang memancut laju kuar dari pembuluh darah gua. Bola getah tadi tu gua kena genggam dan ramas pelahan-lahan untuk melancarkan proses pengeluaran darah... ooo... patut la diberinya gua bola getah tu. Lalala...

PUCAT
Kareno kelihatan dah pucat dan cam nak pitam masa darah memancut kuar! Sebenarnya hari tu dia tak layak untuk derma darah pasal darah yang ada cukup2 untuk keperluan diri dia sendiri saja. Tapi entah apa kebende ubat yang dia makan/telan... boleh plak menderma. Apa la lu Kareno! Tupun nak pucat cam gua. HEH!

TAK SAKIT
Antara barisan penderma darah yang datang menderma pagi tu. Sapa2 yang berjiwa kental, berani, kuat, tak nakot, sihat dan cukup darah untuk didermakan boleh datang menderma darah kata mana-mana hopsitalpun. Tak sakit dan memudaratkanpun. Darah yang hilang dalam badan kite itu akan diganti dengan yang baru. Suatu hari mungkin kita atau sesiapa yang kita sayangi, kenali memerlukan bantuan...

POSING
Selain penderma lelaki, ada dua orang penderma pompuan pagi tu. Diorang berdua ni adalah staff kat SJMC ni. Datang menderma untuk memenuhkan Tabung Darah hospital. Ni boleh posing ni pasal baru abis disedut darah!

DARAH
Ni la rupe darah yang disedut dari badan gua sebentar tadi. Bukan semua, satu bekas/pek jer! Mampos la gua kalo banyak ni gua derma! Niat di hati untuk keperluan bapa Kareno yang sedang menjalani pembedahan. Tapi kalo digunakan untuk orang lain yang memerlukanpun tak apa. Gua tak kisah asalkan ada manafaat.


LEMAH
Ni la minuman yang disediakan selepas abis menderma darah! Untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang disedut bersama darah tadi! Memang lemah seluruh badan, kepala lutut dan bedegung kepala otak lepas derma darah. Kena minum yang manis-manis. Tengahari tu balik dari SJMC gua kena tolak skuter gua lebih kurang 1 kilometer ke bengkel motor. Betambah bedengung kepala dan begegar kepala lutut! Tapi tak apa la, semua tu ada hikmahnya. Ada kesempatan, gua nak menderma lagi di masa akan datang. Insyallah. Moga ada kebaikan. Moga bapak Kareno selamat dan kembali sihat. Amin!

NOSTALGIA

NOVEL NOSTALGIA
29 JAMADILAWWAL 1428 HIJRAH
15 JUN 2007
Hari tu ( 13 Jun 2007 ) dapat jemputan dari Alaf 21 ke Majlis Pelancaran empat NOVEL NOSTALGIA yang memang dah tahap klasik iaitu novel RANJAU SEPANJANG JALAN karya tersohor Dato' Profesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad yang diterbitkan pada tahun 1966 dan BADAI SEMALAM karya hebat Khadijah Hashim pada tahun 1968. Ramai antara kita belum lahir lagi masa novel ni diterbitkan! Gua membesar dengan novel-novel ini ( kata2 yang dah cemuih, menjengkelkan dan boring giler tahap tepu kita dengar...'' saya membesar dengan muzik ini, dengan novel ini, dengan lagu ini, dengan itu, dengan ini.... blahblahbalhhh.... '' ) Guapun nak gak gunakan kata2 pengakuan yang dah cemuih didengar ni. HEH! Lagi dua novel ialah TUKCAI karya Azizi Haji Abdullah ( gua membesar dengan novel beliau.. hehe! ) dan Zaharah Nawawi dengan JALUR SINAR DI CELAH DAUN. Ni la antara gambo2 tahap amatur masa belangsungnya majlis gua kuarkan kat sini.

Memang biasa Alaf 21 buat majlis pelancaran produk terbaru kat hotel ni. Tak jauh mana dari opis, tapi kalo Fedral Highway dah jem giler, lambat la sampai. Kena plak kitorang kuar lambat, lagi la betambah lambat sampai. Rasa yang paling lambat! Tak payah cakap sebab apa. Rahsia. HEH! Masuk jer dalam dewan, saudara Azizi Haji Abdullah trus menghabiskan ucapan beliau bila nampak jer gua. Heee... Kendian trus disambung oleh " Jefri Zain " YB Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin memberikan kata2 sebelum merasmikan/melancarkan keempat2 NOVEL NOSTALGIA tu.
Biasa dengar puisi2 hebat lagi menghairahkan yang beliau cipta dan ucapkan dalam satu siaran radio yang gua rasa korang tak minat nak dengar. Tak sangka dapat betemu, melihat dan mendengarnya secara langsung dari saudara Lim Swee Tin pada petang itu sebelum acara pelancaran. Yeah! Walaupun beliau berbangsa asing tetapi mampu membuat puisi yang unik dan menarik seperti encik Lim Tat dalam rancangan Berbalas Pantun dalam kaset Pujaan Sirap Din Beramboi! Harharhar!
Ni la rupa cover mockup keempat2 NOVEL NOSTALGIA yang dilancarkan pada petang itu yang diterbitkan semula oleh Alaf 21 untuk dibeli, dibaca, dikaji, diulas, disimpan, diberi pinjam, dijadikan hadiah dan diambil segala kebaikan yang ada di dalamnya. Ayuh korang semua pegi beli semua novel ini!

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said pun datang memberi sokongan pada hari itu. Guapun apa lagi, trus paksa beliau begambo dengan gua. Gua peluk beliau sebagai tanda kasih terhadap ilmu yang beliau miliki! Moga Datuk sihat, diberi kekuatan dan keimanan oleh Allah untuk trus berkarya. Gua memeluk Sasterawan Negara!

Yang ini pula bersama Dato' Profesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad yang menghasilkan RANJAU SEPANJANG JALAN yang sungguh dahsyat lebih 40 tahun yang lalu! Melihat kedut di wajahnya menunjukkan betapa banyak halangan dan ranjau yang ditempuh selama ini. Bukan saja nak bergambar tapi gua nak memegang dan memeluk sekali insan hebat ini sementara berkesempatan. Moga Dato' diberi kesihatan yang baik dan betambah iman. Terima kasih atas karya2 dahsyat Dato'. Sori... gambo hancus!

Antara karya popularnya yang menjadi kesukaan ialah MIRA EDORA ( selain Badai Semalam ) kat surat kabo masa dulu-dulu. Berebut-rebut nak baca. Aww! ( gua membesar dengan karya2 beliau... hehehe... ) Yang ni besama Cik Khadijah Hashim yang gua hormati. Yang ni tak bleh nak pegang apatah lagi nak peluk! Jangan buat pasal aa... Moga cikpun trus diberi kesihatan, keimanan dan trus blah berkarya. Amin!

Gua mempekenalkan diri, senyum padanya dan menghulurkan tangan bersalaman. Gua mengenggam erat tangan beliau, merenung ke mata sambil trus tersenyum dan menyatakan '' saya suka dengan SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG karya saudara ''. Lantas dibalas oleh beliau '' pasal nak amik periksakan? ''. Hehehe... saya tesengeh, diapun tesengeh. Mungkin beliau dah cemuih mendengar kata2 seperti yang gua kata tadi. Tapi itulah kenyataan. Novel itu antara penyebab gua betambah suka, minat, teruja dan menggilai mata pelajaran SASTERA! Selain novel dan cerpen ada puisi, esei, sajak, gurindam, syair, pantun... indahnya bahasa Melayu, kayanya khazanah bahasa Melayu. Masa periksa gua score habis sastera! Dia, saudara Azizi Haji Abdullah berkata lagi, '' sekiranya awak suka Seorang Tua Di Kaki Gunung , saya cadangkan awak baca novel saya... '' Maaf... gua lupa tajuk novel yang beliau nyatakan pasal rasa teruja dapat bertemu dengan novelis yang gua membesar dengan karya2 beliau. Hehe... Leceh betul nak mengingatkan balik. Apa nak buat, lemah minda la katakan! Terima kasih tuan... moga tuan trus sihat, betambah iman dan diberi kekuatan dan ilham untuk trus berkarya.

Saya mendengar puisi PERKAHWINAN saudara yang meruntun rasa kat siaran radio ( yang korang tak selera nak dengo tu ) " Kat majlis kawenpun saya dipaksa mempersembahkan puisi tu " tegas beliau! Bersama saudara Lim Swee Tin yang mempersembahkan sebuah puisi khas petang itu sebagai penghargaan pada keempat2 novelis.

Bersama '' Jefri Zain '' YB Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin yang menjadi penyempurna pelancaran majlis pada petang tu. Masih segak, masih hebat, ceria dan sihat. Peluang yang ada untuk bertemu dan merakamkan kenangan begini bersama sasterawan, novelis dan pelakun veteran tidak boleh dipersiakan. Gua membesar dengan filem " Jefri Zain ". Heh!

MAQAN time! Kat belah kiri tu ialah encik kartunis Kobis Bunga. Kat belah kanan tu plak ialah Kak Sa'adi ( Alaf 21 ) yang datang mengedarkan surat jemputan ke Karangkraf setiap kali kalo ada majlis cam ni. Hujan petang tu. Masa balik ke opis jalan jem teruk. Masa ni la gua baru teingat satu benda yang dah lama terpendam. Ingat masa jumpe dengan Azizi Haji Abdullah tadi gua nak tanye kat beliau trus mengenai satu soalan, perbalahan, perdebatan, permasalahan, kemusykilan antara gua dengan kengkawan dan cikgu sastera masa skolah dulu mengenai siapakah sebenarnya SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG? Tuk Ya atau isterinya? Kitorang begaduh dan bedebat giler pasal bende ni dulu! Ni la akibatnya kalo lemah minda. Adoi la... Sayang sekali bleh telupa. Dah la... lupakan saja! Dah la masa pegi tadi jem dan sampai lambat. Masa balik nipun cam tu gak. Sampai lambat ke opis. Hee... Gua siap tido dengan lenanye dalam pejalanan. Sori la Kobih dan Aguri. Maqan tak la banyak mane tadi. Apapun terima kasih bebanyak pada Alaf 21 atas jemputan. Tahniah atas perlancaran NOVEL NOSTALGIA. Moga berjaya!

Monday, June 11, 2007

GREAT POWER

WITH GREAT POWER...
26 JAMADILAWWAL 1428 HIJRAH
12 JUN 2007

Ramai yang sedang giler dengan SPIDERMAN skang ni, jadi guapun kuarkan la beberapa lakaran watak SPIDERMAN yang gua buat pada tahun lepas dan tahun ni kat sini untuk tatapan semua yang sudi. Selain kartun, gua juga adalah peminat komik dan kalo bleh nak lukis komik! Melakar watak-watak superhero dalam buku lakaran adalah rutin dan displin yang gua amalkan sebagai latihan untuk ' menyempurnakan ' ilmu figure lelaki dan perempuan. Ini saja cara mudah, murah, bekesan dan menyeronokkan! Dalam buku lakaran, gua bleh lukis apa saja yang gua suka tanpa perlu risau atau nakot silap, tak jadi, buruk, figure tak betul, senget, lebih-lebih atau segala macam lagi yang tak betul. Peduli apa gua! Kat sini gak gua boleh lukis dan mempekotak-katikkan watak-watak superhero yang ada kat dunia ni tanpa belas kesian! Sungguh seronok. HAR FRAGIN HAR! Sila la tengok dan selamat menikmati lakaran-lakaran yang gua buat ni. Enjoy!


DENDAM KESUMAT!
SPIDERMAN bukan la watak superhero yang gua suka/minat sangat. Tapi pada awal tahun 90an dulu, gua tak lepas beli hampir setiap isu ( dari siri yang terpilih.. ) siri SPIDERMAN ni. Leceh tul! Balik keje kalo singgah kat Central Market, gua mesti cari komik ni dengan majalah METAL HAMMER. Takpun kat pasaraya sebelah Kota Raya atau kat mana-mana kedai buku yang gua jumpa. Gua rakus membeli bukan apa... nak BALAS DENDAM! Dulu masa gua nak lukis dan sangat memerlukan bahan rujukan tapi bahan rujukan tak ada! Sedihnye bila dikenang...

PERCUMA BEB!
Selain untuk balas dendam kesumat di hati, gua beli komik untuk belajar dan mencuri segala ilmu yang ada seperti melukis pergerakan, latar belakang, perspektif dan yang paling penting/seronok boleh belajar FIGURE secara percuma kerana ada ramai pelukis komik yang hebat bergilir-gilir melukis dalam setiap isu. Ada memacam gaya, stroke, teknik... tu yang best! Gua boleh belasah belajar, curi, praktis/praktik dan manafaatkan segala ilmu yang ada dalam karya-karya gua! YEHAAAA!


ANGLE OF DEATH
Sama gak gua beli komik BATMAN atau SUPERMAN... gua nak ambik segala yang boleh gua manafaatkan. Ini cara mudah, murah, bekesan dan menyeronokkan. Bermacam gaya,
angle, perspektif figure boleh diambil sebagai rujukan dari komik SPIDERMAN, BATMAN, SUPERMAN, WONDER WOMAN dan yang lain. Tak payah masuk ke Joe Kubert's Skool of Cartoon & Graphic Art. HEH! Bila rajin praktis, nak lukis segala macam perspektif dan angle yang hebat, mencabar dan dahsyatpun tak ada masalah. Lagi mencabar lagi seronok! Apa sangat la angle Spiderman yang gua buat kat atas tu.

KILLKILLKILL!
VENOM! Watak hilang akal yang penuh dengan kebencian, dendam, gila dan mempunyai visi untuk MENGHAPUSKAN Spiderman! Tak ada tujuan lain... KILLSPIDERMANKILLSPIDERMANKILLSPIDERMAN! Watak ni boleh korang tengok dalam filem sequal SPIDERMAN yang baru. Seronok melakar watak hilang akal cam ni! Jangan la leka dan syok melakar watak-watak superhero saja. Watak-watak hilang akal cam nipun seronok untuk dilakar. Bila kita mencipta/membuat suatu cerita, bukan saja watak hero perlu dibuat tapi watak villain/samseng juga perlu dibuat!

TUMBUK PERUT!
Ini lakaran yang penuh GHAIRAH! LOBO THE MAIN MAN sedang membelasah VENOM! Siapa yang boleh menghalang kita melakar/melukis begini dalam buku lakaran kita? Kadang-kadang keghairahan dan keseronokan melakar tidak memerlukan rujukan. Gunakan imaginasi saja. Nah! Rasai dan nikmatilah KESERONOKAN semasa melakar begini!

BIAR JAHANAM!
Cam gua kata tadi, manafaatkan segala ilmu yang ada dalam setiap komik yang korang beli. Jangan simpan jer. Tengok, belek, kaji dan ambil segala ilmu yang ada. Biar rosak jahanam komik tu tak apa pasal jadikan rujukan. Itu kalo korang benar-benar serius nak jadi seorang kartunis/pelukis komik yang hebat. Kalo sayang sangat takut komik tu rosak, beli la dua.


TERUJA
LOBO adalah antara komik yang gua beli pada setiap keluaran, terutama yang dilukis oleh SIMON BISLEY! ARGHHH! Tengok hasil kerja beliau yang giler membuatkan gua jadi teruja tak terkawal dan semangat tak keruan. Sungguh hebat! Satu kejutan hebat dalam gaya, stroke, teknik melukis dan mewarna yang sangat brutal! Betambah ilmu bila melihat karya-karya beliau. Selain dari tujuan untuk rujukan dan belajar segala ilmu yang ada dalam komik tu, gua beli kerana nak menunjuk-nunjuk kat Faizal dan kengkawan yang lain gua ada komik ni, lu tak ada! HAR FRAGIN HAR! Tak ada la... Skang ni komik yang lama-lama mempunyai nilai yang tinggi. Bleh jual kat ebay. Kalo gua jual komik-komik lamo gua tu kat ebay skang, bleh kayo pakcik! Melakar MAIN MAN membelasah SPIDERMAN begini adalah contoh kebebasan tanpa had yang gua buat dalam buku sketch gua. Sungguh seronok! Maka dengan segala ilmu, kebolehan dan bakat yang korang ada itu la terbebannya satu tanggungjawab yang besar sebagai seorang KARTUNIS!

Sunday, June 10, 2007

DANI

TERBANG TINGGI
25 JAMADILAWWAL 1428 HIJRAH
11 JUN 2007

Cerita APA YANG AKU CARI yang gua buat dalam majalah G3 dahpun masuk siri yang ke DUA BELAS. Ada yang suka dan mengikuti ( tq ) dan ada yang tak tau dan tak tengokpun! Tak kisah la. Tengok, suka dan baca la apapun yang korang suka, asalkan suka membaca. Cerita yang gua buat ni tak la menarik manapun.
Tak habis-habis cerita lawan-lawan sampai tak tau bile nak abis. HEH! Cam cerita BERSAMA SELAMANYA yang gua buat dulu. Ramai yang komplin pasal begaduh lama sangat. KILL! KILL! KILL! DIE! DIE! DIEEEE! Padahal adegan bergaduh tu berlaku dalam satu malam jer! Hanya satu malam. Gua tak suka buat adegan lawan-lawan yang tegantung, yang gua sendiri tak puas hati dan tertanya-tanya '' apahal plak tiba-tiba berhenti begaduh atau apahal plak tiba-tiba jer abis cam tu jer? ''. Gua nak buat ditil mengenai adegan pergaduhan tu. Pasal tu la jadi panjang hampir setahun! HEH! Terima kasih la pada yang mengikuti adegan pergaduhan tu dulu. Tima kasih gak pada yang tak suka, benci, marah, bengis, bosan, nangis tersesak-esak, menyesal, menyampah, meluat, geram, cemuih dan segala macam rasa tak puas hati lagi pasal cerita tu. HEH!

Dalam kisah APA YANG AKU CARI, gua tak buat kelainan yang betul-betul lain, pelik, luar biasa, tak penah dibuat orang atau idea/befikir keluar dari kotak/kepala otak. Idea/cerita yang biase jer. Salah satunye pasal pencak SILAT, warisan seni bela diri orang Melayu. Kalo tengok pencak seni bela diri dalam komik/kartun/filem dari luar diorang sangat mengagungkan pencak KUNG FU, KARATE atau TAE KWON DO. Pencak itu gak yang dibuat oleh pelukis/kartunis tempatan. Tak ramai yang membuat seni pencak SILAT dalam karya-karya mereka. Lagi sekali... gua tak buat apa-apa kelainan atau mengagung-agungkan seni pencak SILAT. Cuma gua orang Melayu dan pencak SILAT merupakan seni bela diri orang Melayu... dan gua seorang kartunis yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang kartunis. Itu saja... tak ada kelainan langsung! Ada kelapangan ( lepas deathline atau tak kire masa ) gua suka melakar dalam buku sketch gua. Beberapa lakaran watak DANI (watak utama ) dalam cerita APA YANG AKU CARI gua kuarkan kat sini untuk tatapan korang. Enjoy!

TERBANG TINGGI
Setiap pencak mempunyai seni, keaslian, keistimewaan dan segala macam kehebatan yang tersendiri seperti kebolahan melompat TERBANG TINGGI seperti sang helang mengapai impian! Gua memang enjoy giler melakar DANI beraksi hebat begini! Tak ada siapa boleh menghalang, tak ada siapa boleh komplin! Apa yang penting gua dapat membaiki dan melihat kelemahan anatomi/figure yang gua buat semasa melakar. ARGHH! Banyak lagi gua kena belajar!

MENEPIS, MENGELAK
Kepantasan, ketangkasan seorang pendekar/penglima menangkis, mengelak dan menyerang balas adalah antara kunci kejayaan. Masa melakar, gua membayangkan adegan DANI sedang bepencak dengan Guru Utama persilatan CAKAR KILAT ni. Tak ada rujukan. Belasahhhh! Hey! Kan gua buat dalam buku sketch gua. Tak kisah la jadi ker tak! Masa ni la untuk menguji kekuatan daya imaginasi/memori kita yang terhad semasa melukis tanpa rujukan. Bila rajin melakar, boleh la buat/lukis mana yang susah nak buat tu. Lama-lama terer la!

MENYERANG
Kebijaksanaan seorang pendekar menyerang dan berhasil dalam serangannya juga adalah faktor kejayaan! Sangat penting pada semua yang ingin jadi seorang kartunis untuk rajin melakar. Belasah jer! Jangan kira jadi atau tak. Apa nak nakot? Ini kita punya, lakaran kita dalam buku lakaran kita! Ketekunan dan kerajinan kita melakar biasanya akan memberikan kita ' hasil ' yang tak disangka atau yang kita mahukan selama ini seperti karektor yang makin cantik, baik, menarik dan komersial. Kita dah boleh ' menyerang ' dengan senjata baru yang kita ada!

BERSEDIA
Seperti seorang pendekar yang sentiasa berwaspada, bersedia, berjaga-jaga... seorang kartunis juga mesti sentiasa dalam keadaan sedia dengan ilmu di dada untuk melukis apa saja yang diarah atau yang ingin dibuat! Malangnya kalo tak bleh buat itu dan ini sekiranya ada peluang yang tak diduga untuk menambah pendapatan. Jadi jadi la seorang yang rajin, agresif, energetik, rakus melakar, mencari/mengumpul bahan sebagai persediaaan dan menambah ilmu di dada.

AYUH, MASUK!
Ayuh! Datang la segala dugaan, cabaran, ujian, setan gondol, hantu jembalang atau apapun, akan aku hadapi semuanya tanpa rasa gentar, nakot atau lari! Akan aku musnah dan jahanamkan semuanya tanpa belas kasihan!
Rajin-rajin la melakar pada semua yang suka melukis. Tak kira la korang lukis apa atau nak jadi apa, kartunis atau pelukis komik. Yang pasti kalo rajin melakar, pasti ada peningkatan dalam lukisan kita! Dengan segala kebolehan, pengetahuan dan kelebihan itu la kita berpeluang untuk ' merebut ' peluang yang ada! Jangan biarkan peluang itu telepas ke tangan orang lain brader!

Thursday, June 07, 2007

ROCK

ORANG KATA KITA TAK BETUL...
22 JAMADILAWWAL 1428 HIJRAH
08 JUN 2007


Setelah berapa lama melukis, gua mula berangan-angan, becita-cita, berimpian nak buat cerita yang panjang plak. Cam sketsa atau dokumentari. Tak kan nak buat cerita/kartun satu muka jer. Gua mula membuat kajian, mengumpul bahan, mencari idea dan melihat apa kartunis lain ( baru dan lama ) buat. Apa kelebihan, kehebatan dan idea kartunis-kartunis lain. Gua mesti mencabar dan memberi kejutan elektrik pada diorang dan peminat kartun tanahair dengan gaya, identiti, stroke, karektor, idea dan persembahan yang lebih segar dan menarik. Gua tekad untuk menggunakan karektor BERAMBUT PANJANG kerana sekiranya gua melakukan dan mempersembahkannya dengan betul dan menarik, ia pasti diminati, ada kelainan dan ada aura kekuatan identiti tersendiri yang tidak dapat dielak oleh pembaca/peminat kartun untuk melihat dan meminati! HEH! Itu adalah FORMULA yang gua cari, dapat, guna, buat dan bagi pada semua.

Kerakusan dan kegilaan gua melukis dan menghasilkan karya-karya makin tidak terkawal! Siang malam lukis kartun! Masa gua banyak kat rumah. Gua tak keluar malam cam kawan-kawan yang lain. Lepak kat kedai, kat benteng atau kat mana-mana sampai embun menitik. Gua lukiskartunlukiskartunlukiskartunnn! Kawan-kawan kena datang ke rumah gua kalo nak jumpe gua! Tapi ada gak la masa lepak, pegi bandar, main bola/badminton, mandi sungai, masuk hutan, mancing, ngorat awek, lumba beskal dengan diorang. Tapi lebih banyak masa lukis kartun. Masa tu gua memang dah giler lukis kartun! Tak ingat yang lain lagi dah. Cam yang gua kata, gua nak buat cerita yang lebih mencabar dan panjang sket cam sketsa atau dokumentari yang memerlukan kajian dan rujukan. Sungguh seronok rupanya membuat kajian dan menggunakan bahan rujukan masa melukis. Sebelum ni memang gua tak tau akan kepentingan benda-benda ni. Lukis belasah ikut sedap jer! Makin lama makin betambah ilmu mengenai cara, keperluan dan teknik untuk melukis kartun. Kat bawah ni adalah salah satu cerita yang gua nak kongsi dengan korang. Gua tau ramai yang tak pemah tengok. Mungkin hanya sorang dua jer yang penah tengok. Pada yang dulu tu minat tapi skang ni dah benci, meluat, tak suka, muntah hijau, menyampah, bengis, marah, dendam kesumat dan pada sorang dua yang suka sket-sket pada kartun-kartun gua, sila la tengok karya gua ni. Karya yang hampir berusia DUA PULUH TAHUN! Enjoy!

KARIKATUR
Kegemilangan dan kerakusan muzik ROCK/METAL di zama EMASnya yang melanda seluruh dunia pada tahun 80an dulu memberikan gua bertan-tan idea pasal fenomena/scene ROCK/METAL untuk gua buat dalam kartun gua. Cerita
' ANDA MEMANG SEORANG PEMINAT ROCK YANG SETIA ' yang disiarkan dalam majalah GELIHATI bilangan 124, 01 Februari 1988 ini gua buat kerana kehebatan/kerakusan/keganasan dan aura muzik ROCK/METAL yang menguasai scene ketika itu. Memang teruja dan seronok betul melukis cerita ni. Kena plak kena lukis karikatur ROCK STAR yang memang famous dan digilai ramai peminat di seluruh dunia. Oh, yeah! Satu lagi ilmu yang gua dapat dan pelajari masa ni. Belajar lukis KARIKATUR! Memang sebelum ni gua lebih utamakan latihan melukis karektor kartun gua saja. Tak kisah dan peduli pasal yang lain ( seperti latar belakang ). Alhamdulillah, makin hari makin betambah ilmu. Gua belajar sendiri melukis karikatur untuk cerita ni. Tak la susah sangat. Lagipun gua memang suka lukis anatomi manusia. Lagi la syok giler! Untuk jadi seorang kartunis yang hebat dan serba boleh kena la berusaha lebih tegar untuk tahu itu ini dan segala macam benda! ARGHHH! Inilah yang gua buat... berusaha la!


RUJUKAN
Gua membuat sket kajian sebelum melukis/membuat cerita ni. Memang seronok! Kena plak dengan bende yang gua suke/minat. Kajian dan maklumat gua dapat dari majalah, TV, video ( blum ada VCD/DVD aa.. ) dan kengkawan. Kalo korang nak tau nama/term ' THRASH METAL ' gua tau dari seorang kawan. Bukan dari majalah. '' Ado muzik baru lebih ganas dari rock, Gayour... THRASH METAL!' THRASH METAL? Apo ko bondo eh tu? Kalo tak silap pada tahun 1984 gua mula dengo nama THRASH METAL ni. Dengo jer nama tu gua dah teruja giler nak dengo jenis muzik ganas yang baru ni. Gua mula dengar METALLICA, SLAYER, CELTIC FROST dan entah apo namo laie ntah. Lagu apo ni jang? Harharhar! Jadi jangan tak becampur dengan orang kerana banyak maklumat yang kita tak tau boleh kita dapat dengan percuma dari diorang ni. Itu la antara sumber maklumat gua. Bahan rujukanpun kurang. Nak beli, mahal nak mampus la plak. Skang ni lagi la senang. Klik jer, semua yang dikehendaki ada depan mata. Bersyukurlah... Tengok tu, gua dah lukis awek betudung. Fesyen tudung cam tu jer masa tu. Blum ade lagi gaya simpul moden cam hari ni.


MAT ROCK
Masa tu kalo korang memilih untuk menjadi seorang MAT ROCK berambut besar sebakul/panjang mengurai, memang sengaja menempah maut dann cari penyakit! Memang dibenci dan dipandang semacam oleh orang kampung. Kalo ada telor ayam yang hilang, tak ada orang lain yang kena tuduh... mesti budak rambut panjang tu punye kerja. Entah-entah biawak yang makan. Cam tu la antara nasib Mat Rock masa tu. Orang kampung memang memandng penuh prasangka, prjudis, tragis dan tak elok manjang. Tapi memang ada ramai MAT ROCK yang perangai tak senonoh, tak bemoral, jahat, kaki gaduh, penipu dan segala macam keburukan lagi. Tapi itu la risiko yang mesti dihadapi dan ditanggung sekiranye korang memilih untuk jadi seorang Mat Rock! Dikeji, dihina, dikutuk, dimaki, dikata macam-macam! Harharhar! Sungguh seronok bila dikenang.

RAMBUT AKU PANJANG
Tak sah dan cukup syarat kalo jadi Mat Rock tapi tak berambut panjang. Jangan buat leceh! Mat Rock mesti la rambut panjang braderrrr! Tengok la ROCK STAR cam Ronnie James Dio, Ian Gillan, David Coverdale, Ozzy, David Lee Roth, Nikki Sixx, Jon Bon Jovi, Blackie Lawless, Yngwie Malmsteen, Dee Snider, Tom G Warrior, Tom Araya, Kirk Hammet, Dave Mustaine, Amy Search, Man Kidal, Ramli Sarip, SYJ dan ramai lagi. Semua berambut panjang. Pasal tu la ramai Mat Rock membela/menyimpan rambut panjang temasuk la gua. HEH! Masih ingat lagi masa lepak dengan kengkawan, antara topik hangat perbualan ialah pasal rambut panjang. Semua berazam habis jer skolah nak simpan rambut panjang. Ceh! Apo punyo azam la ekau buek ni jang oii! Hampeh tul! Memang itu la yang dibuat oleh semua kengkawan gua bila abis skolah, simpan rambut panjang. Harharhar! Cubo la buek azam nak sambung belajar ko, kojo ko atau apo-apo yang befaedah. Tapi apa salahnye berambut panjang dan bekerje kat benteng kedai makan, jual burger, sambung belajar atau kerja sendiri? Ontah la jang....

U DON'T REMEMBER I'LL NEVER FORGET!
Di ZAMAN EMAS kegemilangan muzik ROCK/METAL ni kat mana-mana boleh tengok MAT-MAT ROCK. Kat kedai, kat tepi jalan, kat stesyen bas, keretapi, pasaraya, pasar tani, taman tasik, tepi laut, panggung wayang, tepi jalan atau kat manapun... MAT-MAT ROCK bejalan bekeliaran bekumpulan menguasai setiap ruang dengan rambut panjang sebakul, seluar ketat koyak rabak, t-shirt loudness/hantu setan/band rock pujaan, aksesori dan kasut hicut. Tambah lagi kalo hari minggu, ada plak Pasar Minggu, ramai yang turun ke bandar dengan gaya dan lagak memasing. Tapi lebih meriah kalo ada FUN FAIR, EXPO, konset ROCK atau konset BATTLE OF THE BANDS, lagi la ramai MAT ROCK dan MINAH ROCK dari segala ceruk kampung turun. Macam-macam ragam dan fesyen boleh dilihat masa ni. Memang happening. Rambut panjang di mana-mana. Satu pemandangan pelik yang menarik sekali. HEH! Hey! Masihkah korang ingat semua ni?

CAM TERER
Cam yang gua kata tadi, bahan rujukan gua tak cukup masa melukis cerita ni. Tapi walau serba kekurangan, gua truskan gak cerita ni pasal tak tau bile semua rujukan yang gua perlukan tu gua akan dapat. ARGHHH! Kalo la cukup rujukan, gua nak lukis lebih ramai lagi karikatur ROCK STAR dan GITAR HERO dalam cerita ni. Biar lebih meriah,lebih happening! Apakan daya... Pastikan sebelum korang nak melukis, segala bahan rujukan dan kajian mengenai sesuatu yang memang memerlukan kajian, ketepatan dan ketelitian seperti cerita sejarah dan agama korang dah dapat secukupnya. Berhenti dulu sekiranye semua tu tak cukup. Jangan main belasah jer! Sekiranye maklumat atau gambaran yang korang sampaikan tak tepat/betul dan membuatkan orang yang tahu gelak besar, mempersoalkan, komplin dan berkata '' Nampak cam terer, rupenye bodoh mengalahkan lembu! '' Buat malu kaum jer. Jangan cam tu. Bertanggungjawab la dengan karya-karya korang. Jadi la seorang kartunis yang bijak, berilmu, bertanggungjawab dan yang penting beriman.

SHOW NO MERCY!
Tak cukup bahan rujukan bukan penghalang untuk gua trus melukis. Sungguh seronok bile tahu cara melukis menggunakan rujukan. Betambah ilmu. Alhamdulillah. Gua makin semangat memajukan teknik, gaya dan stroke lukisan gua bila adanye ilmu pasal rujukan. Tapi masa ni gua dah mampu menambah beberapa batang lagi pen teknikal gua. YEAHHH! Dalam serba kekurangan tu gua trus memecut motor CHOOPER gua. Makan asap la korang! HEH! Gua tak nak pandang belakang lagi dah! Inilah minat, hala tuju dan impian gua selama ini. Peluang makin terbuka luas untuk gua lebih berjaya. Gua nak meninggalkan sejauh-jauhnye semua pesaing yang ada. Gua tak akan memberi muka, ruang, peluang dan kesempatan pada pesaing gua untuk mengatasi gua. Gua nak ' menjahanamkan ' diorang dengan persembahan dan gaya gua yang tersendiri! Tak ada sebab untuk menunjukkan belas kasihan!

NAKOT
Gua percaya pada kebolehan dan bakat yang ada. Apa nak nakot? Gua cuma
nak jadi seorang kartunis seperti kengkawaan yang lain dan memberikan
sesuatu yang menarik pada peminat dan industri kartun tanahair. Terserah
pada semua peminat dan pembaca kartun sama ada nak suka atau benci
pada karya-karya gua. Terima kasih sekiranya suka dan maaf sekiranye
cara gua tidak menyenangkan.


AIR MATA
Gua melalui zaman awal yang sangat sukar. Semuanye gua buat sendiri. Yeah! Yeah! Orang lainpun susah gak. Tak ada masa untuk gua menagih simpati, nasihat, kata-kata semangat, motivasi, pujuk rayu, pujian, air mata dan segala macam lagi... Gua percaya pada diri sendiri dan menghadapi zaman yang penuh zalim, kejam, tak berhati perut, tanpa belas, tanpa simpati sendiri! Kan gua dah kata... apa nak nakot? Menjadi seorang kartunis tidak telepas dari tanggungjawab terhadap agama, bangsa, negara dan sosial yang perlu dilaksanakan dalam karya-karya yang dihasilkan. Ni gak seronok. Tak bleh la belasah buat cerita merapu memanjang tanpa ada nilai moral atau apa-apa unsur kebaikan dalam karya yang dibuat. Seperti dalam cerita ni gua menyampaikan mesej dan memasukkan nilai-nilai moral dan nasihat. Ini je sumbangan yang mampu gua buat sebagai seorang kartunis. Moga ada kebaikan dan maaf atas kekurangan. Ada beberapa lagi karya gua dalam majalah GELIHATI sekitar tahun 1987 yang tak ada kat libri Karangkraf. Puas gua cari. Tak ade gak. ARGHHH! Sayangnye... kalo ade bleh gua masukkan kat sini. Bleh tengok pekembangan/kemajuan kartun gua. Tak pe la. Hey! Tengok moto CHOOPER yang gua lukis tu. Rujukan gambo chooper tu kecik jer. Susah nak tengok. Tapi kalo CINTA mau aje! Gua beliakkan bijik mata dan lukis dengan penuh GHAIRAH! Gua memang teruja tak ingat dengan moto CHOOPER ni. Selamat menikmati karya gua yang berusia SEMBILAN BELAS TAHUN ni. Moga terhibur dan ada kebaikan.

KARYA AWAL

EEE... SERONOTNYE!
21 JAMADILAWWAL 1428 HIJRAH

07 JUN 2007

Seronoknye bila dapat jumpe dan tengok semula kartun-kartun lama gua yang dah tepisah lebih dari DUA PULUH TAHUN! Apo nak den kato? Syukur alhamdulillah. Ingat tak dapek laie jumpo kartun-kartun lamo den ni. Terharu eh gaso hati den... gaso nak nangis. Banyak kenangan masa gua melukis kartun ni di awal pembabitan dulu. Tak ado yang sonang. Semua memerlukan pengorbanan, keringat, usaha tegar tanpa merasa kesal dengan apa yang dibuat! Kebanyakannya kenangan yang pahit, kelat, payah, sukar, tak best, menyedihkan, mengharukan... Ahh! Peduli apa dengan semua tu. Mana ada jalan mudah untuk berjaya? Tapi dalam kepayahan tu ada gak yang best, yang membuatkan gua merasa aman, tenang dan bisa tersenyum kembali bila gua boleh melukis kartun dan tengok kartun disiarkan! Kat sini gua masukkan kartun-kartun TERAWAL gua yang disiarkan dalam majalah GELIHATI. Tengok la... kata la apapun korang nak kata. Enjoy!


KEDUA
Ini adalah kartun gua yang KEDUA diterima dan disiarkan dalam majalah GELIHATI dalam bilangan 82, bulan November 1985 ( mukasurat 58 ). Memang terserlah sangat kelemahan, kekurangan, keburukan lukisan dan idea yang ontah apo-apo DUA PULUH DUA TAHUN yang lalu! Harharhar! Karya gua yang PERTAMA dulu tu kuar kat ruangan Rilek Sekejap ( dua muka surat je ruangan ni ). Kat situ la kartun gua bekongsi ruang dengan beberapa lagi kartun. Kecik jer. Alahaiii... Kat situ gak disumbat dengan dialog lucu/lawak, teka-teki dan borang penyertaan. Memang sedat, padat dan sesak tak ingat! ARGHH! Kartun gua yang KEDUA ni tidak lagi disiarkan dalam ruangan yang sendat tu. Kali ni disiarkan dalam setengah muka surat! Dah ada peningkatan sket dalam penyiaran karya gua. YAHOOOO! Seronoknye rase hati melihat kartun gua disiarkan semuka setengah!

I STAND ALONE!
Akhirnye! Akhirnye...! Kartun gua yang KETIGA disiarkan SATU MUKA PENUH dalam majalah GELIHATI! Lagi peningkatan dalam penyiaran dan kartun gua. Mula-mula kecik setoit, kendian setengah muka surat dan akhirnya satu muka surat! YEAHOOOO! Syukur alhamdulillah. Lagi sekali... idea ontah apo-apo yang gua fikir dan buat. Mungkin masa tu gua tengok ramai senior-senior gua melakukan kegiatan yang tak bermoral cam mengisap ganja. Memang apa yang belaku dipersekitaran mempengaruhi apa yang gua nak buat dan lukis. Seorang kartunis memang kena sensitif dan prihatin dengan apa yang belaku dipersekitaran. Karya KETIGA ni kuar dalam bilangan 84, bulan Januari 1986 muka surat 61.

KEEMPAT
Yang ni plak adalah karya KEEMPAT gua yang disiarkan dalam majalah GELIHATI pada bulan Februari 1986, bilangan 85 ( muka surat 56 ). Untuk kali kedua karya gua ni disiarkan dalam SATU MUKA SURAT lagi! YEAHOOOO! Idea tahap begini la yang gua boleh fikir dan buat masa tu. Leceh tul! Ya la, kartun PERTAMA dan KEDUA baiek punye becinta sakan. Yang ni plak dapat idea pasal frust menonggeng. Harharhar! Apa bende ntah! Teruk tul. Tak kisah la korang nak kutuk apapun.


REMPIT
DUA PULUH TAHUN yang lalu gua dah buat kartun pasal MAT REMPIT yang mengganas skang ni. Karya KELIMA ni merempit dalam majalah GELIHATI pada bulan Mac 1986, bilangan 86 ( muka surat 61 ) tanpa belas kasihan! PRENGGG! PRENGGG! PRENGGGGG! HEH! Sori la... Mat Rempit yang gua buat tak guna/pakai kapcai. Gua lebih teruja dengan BIG BIKE terutama dari jenis EASY RIDER! Perhatikan latarbelakang keempat-empat kartun gua ni. Hancus! Memang pada masa ni gua tak fikir dan tau akan kepentingan latarbelakang dalam karya-karya yang dibuat. Belasah ikut sedap jer! Ni la antara kelemahan gua yang paling teruk dan ketara sekali selain dari idea. ARGHH! Cuba korang agak kat mana la Mat Rempit ni sedang merempit agaknye. Kat atas bulan, kat awan... Jangan buat cam ni ya...