Monday, June 11, 2007

GREAT POWER

WITH GREAT POWER...
26 JAMADILAWWAL 1428 HIJRAH
12 JUN 2007

Ramai yang sedang giler dengan SPIDERMAN skang ni, jadi guapun kuarkan la beberapa lakaran watak SPIDERMAN yang gua buat pada tahun lepas dan tahun ni kat sini untuk tatapan semua yang sudi. Selain kartun, gua juga adalah peminat komik dan kalo bleh nak lukis komik! Melakar watak-watak superhero dalam buku lakaran adalah rutin dan displin yang gua amalkan sebagai latihan untuk ' menyempurnakan ' ilmu figure lelaki dan perempuan. Ini saja cara mudah, murah, bekesan dan menyeronokkan! Dalam buku lakaran, gua bleh lukis apa saja yang gua suka tanpa perlu risau atau nakot silap, tak jadi, buruk, figure tak betul, senget, lebih-lebih atau segala macam lagi yang tak betul. Peduli apa gua! Kat sini gak gua boleh lukis dan mempekotak-katikkan watak-watak superhero yang ada kat dunia ni tanpa belas kesian! Sungguh seronok. HAR FRAGIN HAR! Sila la tengok dan selamat menikmati lakaran-lakaran yang gua buat ni. Enjoy!


DENDAM KESUMAT!
SPIDERMAN bukan la watak superhero yang gua suka/minat sangat. Tapi pada awal tahun 90an dulu, gua tak lepas beli hampir setiap isu ( dari siri yang terpilih.. ) siri SPIDERMAN ni. Leceh tul! Balik keje kalo singgah kat Central Market, gua mesti cari komik ni dengan majalah METAL HAMMER. Takpun kat pasaraya sebelah Kota Raya atau kat mana-mana kedai buku yang gua jumpa. Gua rakus membeli bukan apa... nak BALAS DENDAM! Dulu masa gua nak lukis dan sangat memerlukan bahan rujukan tapi bahan rujukan tak ada! Sedihnye bila dikenang...

PERCUMA BEB!
Selain untuk balas dendam kesumat di hati, gua beli komik untuk belajar dan mencuri segala ilmu yang ada seperti melukis pergerakan, latar belakang, perspektif dan yang paling penting/seronok boleh belajar FIGURE secara percuma kerana ada ramai pelukis komik yang hebat bergilir-gilir melukis dalam setiap isu. Ada memacam gaya, stroke, teknik... tu yang best! Gua boleh belasah belajar, curi, praktis/praktik dan manafaatkan segala ilmu yang ada dalam karya-karya gua! YEHAAAA!


ANGLE OF DEATH
Sama gak gua beli komik BATMAN atau SUPERMAN... gua nak ambik segala yang boleh gua manafaatkan. Ini cara mudah, murah, bekesan dan menyeronokkan. Bermacam gaya,
angle, perspektif figure boleh diambil sebagai rujukan dari komik SPIDERMAN, BATMAN, SUPERMAN, WONDER WOMAN dan yang lain. Tak payah masuk ke Joe Kubert's Skool of Cartoon & Graphic Art. HEH! Bila rajin praktis, nak lukis segala macam perspektif dan angle yang hebat, mencabar dan dahsyatpun tak ada masalah. Lagi mencabar lagi seronok! Apa sangat la angle Spiderman yang gua buat kat atas tu.

KILLKILLKILL!
VENOM! Watak hilang akal yang penuh dengan kebencian, dendam, gila dan mempunyai visi untuk MENGHAPUSKAN Spiderman! Tak ada tujuan lain... KILLSPIDERMANKILLSPIDERMANKILLSPIDERMAN! Watak ni boleh korang tengok dalam filem sequal SPIDERMAN yang baru. Seronok melakar watak hilang akal cam ni! Jangan la leka dan syok melakar watak-watak superhero saja. Watak-watak hilang akal cam nipun seronok untuk dilakar. Bila kita mencipta/membuat suatu cerita, bukan saja watak hero perlu dibuat tapi watak villain/samseng juga perlu dibuat!

TUMBUK PERUT!
Ini lakaran yang penuh GHAIRAH! LOBO THE MAIN MAN sedang membelasah VENOM! Siapa yang boleh menghalang kita melakar/melukis begini dalam buku lakaran kita? Kadang-kadang keghairahan dan keseronokan melakar tidak memerlukan rujukan. Gunakan imaginasi saja. Nah! Rasai dan nikmatilah KESERONOKAN semasa melakar begini!

BIAR JAHANAM!
Cam gua kata tadi, manafaatkan segala ilmu yang ada dalam setiap komik yang korang beli. Jangan simpan jer. Tengok, belek, kaji dan ambil segala ilmu yang ada. Biar rosak jahanam komik tu tak apa pasal jadikan rujukan. Itu kalo korang benar-benar serius nak jadi seorang kartunis/pelukis komik yang hebat. Kalo sayang sangat takut komik tu rosak, beli la dua.


TERUJA
LOBO adalah antara komik yang gua beli pada setiap keluaran, terutama yang dilukis oleh SIMON BISLEY! ARGHHH! Tengok hasil kerja beliau yang giler membuatkan gua jadi teruja tak terkawal dan semangat tak keruan. Sungguh hebat! Satu kejutan hebat dalam gaya, stroke, teknik melukis dan mewarna yang sangat brutal! Betambah ilmu bila melihat karya-karya beliau. Selain dari tujuan untuk rujukan dan belajar segala ilmu yang ada dalam komik tu, gua beli kerana nak menunjuk-nunjuk kat Faizal dan kengkawan yang lain gua ada komik ni, lu tak ada! HAR FRAGIN HAR! Tak ada la... Skang ni komik yang lama-lama mempunyai nilai yang tinggi. Bleh jual kat ebay. Kalo gua jual komik-komik lamo gua tu kat ebay skang, bleh kayo pakcik! Melakar MAIN MAN membelasah SPIDERMAN begini adalah contoh kebebasan tanpa had yang gua buat dalam buku sketch gua. Sungguh seronok! Maka dengan segala ilmu, kebolehan dan bakat yang korang ada itu la terbebannya satu tanggungjawab yang besar sebagai seorang KARTUNIS!

15 comments:

faizalmukhtar said...

belasah. kill. die. belasah. tumbuk rusuk. belasah lagi...

where's the justice in all this? apa heroic-nye menjadi superhero sekiranya tiada semangat keperwiraan yang bertunjangkan keadilan dan berakarkan undang-undang??? Haaa?? HAAA???

LOBO IS A FREAKIN' MAD MAN !!!

gayour said...

woooo!
ada kalanya terlaksana dan tertegaknya undang-undang, keadilan, tunjang, akar, umbut, pucuk, semangat, kebahagiaan, CINTA dan apa benda lagi ntah hanya boleh didapati melalui PENUMBUK, melalui TUMPAH DARAH! itu yang dilakukan oleh THE MAIN MAN! HAR FRAGIN HAR!

achik said...

salam

jelesnya ngan bakat melukis brader..

suka giler 'bersama selamanya'.. all for one, one for all.. :)

ps: jeles tu kagum, respek, saspek, tabik.. hehe :D

Haryani Kamilan said...

Hmmm...rakus sungguh dunia komik ni.
Iklan jap!
Saya bakal buka tuisyen melukis komik. Siapa yang berminat sila kontek saya. Tenaga pengajarnya diimport dari luar negara. Pasti pandai, InsyaAllah!

Sorry Abang Gayour...

gayour said...

achik
yeah! ALL FOR ONE AND ONE FOR ALL FOREVER!tak perlu jeles... ni semua anugerah tuhan yang gua manafaatkan sebaiknya.


radenputri
tahniah atas usaha encik. moga melahirkan ramai kartunis/pelukis komik tanahair yang berilmu dan beriman.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam bro'

Mana nak cari komik-komik pendekar melayu ekk. Dulu-dulu masa aku kecik-kecik senang nak jumpa sekarang ini macam dah tak ada. Kalau adapun yang siZoy lukis kat Berita Munggu tu.

Kalaulah ada komik-komik pahlawan Melayu ala-ala "Pedang Sitiawan' itu kan best..!

Apapun Bro', Lakaran Spiderman kau itu memang class!

gayour said...

sketch main belasah je tu! saja seronok2 menghiburkan hati. memang mampus tak jumpe lagi dah skang ni komik2 lama yang melambak masa kita kecik2 dulu. dah pupus! zaman emas kegemilangan komik pencak silat tu dah lamaaaa berakhir. gua ada la simpan sket komik2 kisah kehebatan pencak silat dan pendekar/pahlawan Melayu zaman purba dulu. tapi banyak yang dah rosak. kalo jual kat ebay pun tak laku. heh!

Anonymous said...

bagus niat radenputri tu...
siap ambik pengajar luar negara lagi..mungkin sebab pelukis kartun dalam negara ni dah belagak nak mampusss!!!
perasan baguss la tu...tanpa support peminat lu tak kemana beb!!
huahahahaaaaaaaaAAAAA...KILLL..DIEE!!!

gayour said...

itu pilihan yang ada sekarang kalo dah semua kartunis/pelukis komik tanahair kita belagak nak mampus. yang penting ilmu yang diperolehi dan boleh dimanafaatkan untuk kemajuan industri kartun/komik kita dan boleh pergi ke international!

Unknown said...

kartun kau ni lawa tapi sepanjang aku beli aku tak pernah pun baca ... pasal banyak sambungan sangat.

rock terus rock ... jom layan classic rock kat blog gua.

carvedijan said...

Bro....

Gua minat giler ngan penciller Greg Capullo. Itu antara sebab2 utama kenapa gua perabis duit ngan Spawn.

Pasal Lobo lak...gua minat masa Val Semeiks (issue 14..P.I.). Dua2 mamat ni punya sketching mmg detail giler.

Apa pendapat lu bro?

gayour said...

tj
kita semua mempunyai pilihan. apapun tq atas jemputan layan lagu klasik tu. nanti gua layan baiekkk punye brader!

carvedijan
yeah! diorang antara penyebab yang bagus untuk peminat LOBO trus mengikuti siri itu selepas ditinggalkan oleh Mr. Bizley. Gitu gak dengan Hermann Mejia ( LOBO -FRAGTASTIC VOYAGE ) dan gandingan Doug Mahnke dan Keith Williams dalam siri crossover yang brutal giler tak ingat LOBO/THE MASK

Anonymous said...

AH MALAYSIA KONTOL...!

Hanif Iskandar said...

Abg gayour?

Hanif Iskandar said...

assalamualaikum sifu Gayour . .saya ni umpama seorang bayi baru belajar merangkak di dalam dunia kartun ni. .dengan izin-Nya sy dpt menimba ilmu melalui buku Belajar Melukis Kartun Cara Gayour yang telah bro curahkan ilmu di dalamnya . Saya berharap bro membaca tulisan sy ini suatu hari nanti. .sy amat berminat dan mula membuat komik "tahap budak2" pada usia 10 tahun..kini di usia 18 tahun . .saya perlukan bantuan bro untuk mematangkan sy dalam melukis. .banyak soalan dan pekara yg sy ingin ketahui dari sifu Gayour- terima kasih