Thursday, June 07, 2007

ROCK

ORANG KATA KITA TAK BETUL...
22 JAMADILAWWAL 1428 HIJRAH
08 JUN 2007


Setelah berapa lama melukis, gua mula berangan-angan, becita-cita, berimpian nak buat cerita yang panjang plak. Cam sketsa atau dokumentari. Tak kan nak buat cerita/kartun satu muka jer. Gua mula membuat kajian, mengumpul bahan, mencari idea dan melihat apa kartunis lain ( baru dan lama ) buat. Apa kelebihan, kehebatan dan idea kartunis-kartunis lain. Gua mesti mencabar dan memberi kejutan elektrik pada diorang dan peminat kartun tanahair dengan gaya, identiti, stroke, karektor, idea dan persembahan yang lebih segar dan menarik. Gua tekad untuk menggunakan karektor BERAMBUT PANJANG kerana sekiranya gua melakukan dan mempersembahkannya dengan betul dan menarik, ia pasti diminati, ada kelainan dan ada aura kekuatan identiti tersendiri yang tidak dapat dielak oleh pembaca/peminat kartun untuk melihat dan meminati! HEH! Itu adalah FORMULA yang gua cari, dapat, guna, buat dan bagi pada semua.

Kerakusan dan kegilaan gua melukis dan menghasilkan karya-karya makin tidak terkawal! Siang malam lukis kartun! Masa gua banyak kat rumah. Gua tak keluar malam cam kawan-kawan yang lain. Lepak kat kedai, kat benteng atau kat mana-mana sampai embun menitik. Gua lukiskartunlukiskartunlukiskartunnn! Kawan-kawan kena datang ke rumah gua kalo nak jumpe gua! Tapi ada gak la masa lepak, pegi bandar, main bola/badminton, mandi sungai, masuk hutan, mancing, ngorat awek, lumba beskal dengan diorang. Tapi lebih banyak masa lukis kartun. Masa tu gua memang dah giler lukis kartun! Tak ingat yang lain lagi dah. Cam yang gua kata, gua nak buat cerita yang lebih mencabar dan panjang sket cam sketsa atau dokumentari yang memerlukan kajian dan rujukan. Sungguh seronok rupanya membuat kajian dan menggunakan bahan rujukan masa melukis. Sebelum ni memang gua tak tau akan kepentingan benda-benda ni. Lukis belasah ikut sedap jer! Makin lama makin betambah ilmu mengenai cara, keperluan dan teknik untuk melukis kartun. Kat bawah ni adalah salah satu cerita yang gua nak kongsi dengan korang. Gua tau ramai yang tak pemah tengok. Mungkin hanya sorang dua jer yang penah tengok. Pada yang dulu tu minat tapi skang ni dah benci, meluat, tak suka, muntah hijau, menyampah, bengis, marah, dendam kesumat dan pada sorang dua yang suka sket-sket pada kartun-kartun gua, sila la tengok karya gua ni. Karya yang hampir berusia DUA PULUH TAHUN! Enjoy!

KARIKATUR
Kegemilangan dan kerakusan muzik ROCK/METAL di zama EMASnya yang melanda seluruh dunia pada tahun 80an dulu memberikan gua bertan-tan idea pasal fenomena/scene ROCK/METAL untuk gua buat dalam kartun gua. Cerita
' ANDA MEMANG SEORANG PEMINAT ROCK YANG SETIA ' yang disiarkan dalam majalah GELIHATI bilangan 124, 01 Februari 1988 ini gua buat kerana kehebatan/kerakusan/keganasan dan aura muzik ROCK/METAL yang menguasai scene ketika itu. Memang teruja dan seronok betul melukis cerita ni. Kena plak kena lukis karikatur ROCK STAR yang memang famous dan digilai ramai peminat di seluruh dunia. Oh, yeah! Satu lagi ilmu yang gua dapat dan pelajari masa ni. Belajar lukis KARIKATUR! Memang sebelum ni gua lebih utamakan latihan melukis karektor kartun gua saja. Tak kisah dan peduli pasal yang lain ( seperti latar belakang ). Alhamdulillah, makin hari makin betambah ilmu. Gua belajar sendiri melukis karikatur untuk cerita ni. Tak la susah sangat. Lagipun gua memang suka lukis anatomi manusia. Lagi la syok giler! Untuk jadi seorang kartunis yang hebat dan serba boleh kena la berusaha lebih tegar untuk tahu itu ini dan segala macam benda! ARGHHH! Inilah yang gua buat... berusaha la!


RUJUKAN
Gua membuat sket kajian sebelum melukis/membuat cerita ni. Memang seronok! Kena plak dengan bende yang gua suke/minat. Kajian dan maklumat gua dapat dari majalah, TV, video ( blum ada VCD/DVD aa.. ) dan kengkawan. Kalo korang nak tau nama/term ' THRASH METAL ' gua tau dari seorang kawan. Bukan dari majalah. '' Ado muzik baru lebih ganas dari rock, Gayour... THRASH METAL!' THRASH METAL? Apo ko bondo eh tu? Kalo tak silap pada tahun 1984 gua mula dengo nama THRASH METAL ni. Dengo jer nama tu gua dah teruja giler nak dengo jenis muzik ganas yang baru ni. Gua mula dengar METALLICA, SLAYER, CELTIC FROST dan entah apo namo laie ntah. Lagu apo ni jang? Harharhar! Jadi jangan tak becampur dengan orang kerana banyak maklumat yang kita tak tau boleh kita dapat dengan percuma dari diorang ni. Itu la antara sumber maklumat gua. Bahan rujukanpun kurang. Nak beli, mahal nak mampus la plak. Skang ni lagi la senang. Klik jer, semua yang dikehendaki ada depan mata. Bersyukurlah... Tengok tu, gua dah lukis awek betudung. Fesyen tudung cam tu jer masa tu. Blum ade lagi gaya simpul moden cam hari ni.


MAT ROCK
Masa tu kalo korang memilih untuk menjadi seorang MAT ROCK berambut besar sebakul/panjang mengurai, memang sengaja menempah maut dann cari penyakit! Memang dibenci dan dipandang semacam oleh orang kampung. Kalo ada telor ayam yang hilang, tak ada orang lain yang kena tuduh... mesti budak rambut panjang tu punye kerja. Entah-entah biawak yang makan. Cam tu la antara nasib Mat Rock masa tu. Orang kampung memang memandng penuh prasangka, prjudis, tragis dan tak elok manjang. Tapi memang ada ramai MAT ROCK yang perangai tak senonoh, tak bemoral, jahat, kaki gaduh, penipu dan segala macam keburukan lagi. Tapi itu la risiko yang mesti dihadapi dan ditanggung sekiranye korang memilih untuk jadi seorang Mat Rock! Dikeji, dihina, dikutuk, dimaki, dikata macam-macam! Harharhar! Sungguh seronok bila dikenang.

RAMBUT AKU PANJANG
Tak sah dan cukup syarat kalo jadi Mat Rock tapi tak berambut panjang. Jangan buat leceh! Mat Rock mesti la rambut panjang braderrrr! Tengok la ROCK STAR cam Ronnie James Dio, Ian Gillan, David Coverdale, Ozzy, David Lee Roth, Nikki Sixx, Jon Bon Jovi, Blackie Lawless, Yngwie Malmsteen, Dee Snider, Tom G Warrior, Tom Araya, Kirk Hammet, Dave Mustaine, Amy Search, Man Kidal, Ramli Sarip, SYJ dan ramai lagi. Semua berambut panjang. Pasal tu la ramai Mat Rock membela/menyimpan rambut panjang temasuk la gua. HEH! Masih ingat lagi masa lepak dengan kengkawan, antara topik hangat perbualan ialah pasal rambut panjang. Semua berazam habis jer skolah nak simpan rambut panjang. Ceh! Apo punyo azam la ekau buek ni jang oii! Hampeh tul! Memang itu la yang dibuat oleh semua kengkawan gua bila abis skolah, simpan rambut panjang. Harharhar! Cubo la buek azam nak sambung belajar ko, kojo ko atau apo-apo yang befaedah. Tapi apa salahnye berambut panjang dan bekerje kat benteng kedai makan, jual burger, sambung belajar atau kerja sendiri? Ontah la jang....

U DON'T REMEMBER I'LL NEVER FORGET!
Di ZAMAN EMAS kegemilangan muzik ROCK/METAL ni kat mana-mana boleh tengok MAT-MAT ROCK. Kat kedai, kat tepi jalan, kat stesyen bas, keretapi, pasaraya, pasar tani, taman tasik, tepi laut, panggung wayang, tepi jalan atau kat manapun... MAT-MAT ROCK bejalan bekeliaran bekumpulan menguasai setiap ruang dengan rambut panjang sebakul, seluar ketat koyak rabak, t-shirt loudness/hantu setan/band rock pujaan, aksesori dan kasut hicut. Tambah lagi kalo hari minggu, ada plak Pasar Minggu, ramai yang turun ke bandar dengan gaya dan lagak memasing. Tapi lebih meriah kalo ada FUN FAIR, EXPO, konset ROCK atau konset BATTLE OF THE BANDS, lagi la ramai MAT ROCK dan MINAH ROCK dari segala ceruk kampung turun. Macam-macam ragam dan fesyen boleh dilihat masa ni. Memang happening. Rambut panjang di mana-mana. Satu pemandangan pelik yang menarik sekali. HEH! Hey! Masihkah korang ingat semua ni?

CAM TERER
Cam yang gua kata tadi, bahan rujukan gua tak cukup masa melukis cerita ni. Tapi walau serba kekurangan, gua truskan gak cerita ni pasal tak tau bile semua rujukan yang gua perlukan tu gua akan dapat. ARGHHH! Kalo la cukup rujukan, gua nak lukis lebih ramai lagi karikatur ROCK STAR dan GITAR HERO dalam cerita ni. Biar lebih meriah,lebih happening! Apakan daya... Pastikan sebelum korang nak melukis, segala bahan rujukan dan kajian mengenai sesuatu yang memang memerlukan kajian, ketepatan dan ketelitian seperti cerita sejarah dan agama korang dah dapat secukupnya. Berhenti dulu sekiranye semua tu tak cukup. Jangan main belasah jer! Sekiranye maklumat atau gambaran yang korang sampaikan tak tepat/betul dan membuatkan orang yang tahu gelak besar, mempersoalkan, komplin dan berkata '' Nampak cam terer, rupenye bodoh mengalahkan lembu! '' Buat malu kaum jer. Jangan cam tu. Bertanggungjawab la dengan karya-karya korang. Jadi la seorang kartunis yang bijak, berilmu, bertanggungjawab dan yang penting beriman.

SHOW NO MERCY!
Tak cukup bahan rujukan bukan penghalang untuk gua trus melukis. Sungguh seronok bile tahu cara melukis menggunakan rujukan. Betambah ilmu. Alhamdulillah. Gua makin semangat memajukan teknik, gaya dan stroke lukisan gua bila adanye ilmu pasal rujukan. Tapi masa ni gua dah mampu menambah beberapa batang lagi pen teknikal gua. YEAHHH! Dalam serba kekurangan tu gua trus memecut motor CHOOPER gua. Makan asap la korang! HEH! Gua tak nak pandang belakang lagi dah! Inilah minat, hala tuju dan impian gua selama ini. Peluang makin terbuka luas untuk gua lebih berjaya. Gua nak meninggalkan sejauh-jauhnye semua pesaing yang ada. Gua tak akan memberi muka, ruang, peluang dan kesempatan pada pesaing gua untuk mengatasi gua. Gua nak ' menjahanamkan ' diorang dengan persembahan dan gaya gua yang tersendiri! Tak ada sebab untuk menunjukkan belas kasihan!

NAKOT
Gua percaya pada kebolehan dan bakat yang ada. Apa nak nakot? Gua cuma
nak jadi seorang kartunis seperti kengkawaan yang lain dan memberikan
sesuatu yang menarik pada peminat dan industri kartun tanahair. Terserah
pada semua peminat dan pembaca kartun sama ada nak suka atau benci
pada karya-karya gua. Terima kasih sekiranya suka dan maaf sekiranye
cara gua tidak menyenangkan.


AIR MATA
Gua melalui zaman awal yang sangat sukar. Semuanye gua buat sendiri. Yeah! Yeah! Orang lainpun susah gak. Tak ada masa untuk gua menagih simpati, nasihat, kata-kata semangat, motivasi, pujuk rayu, pujian, air mata dan segala macam lagi... Gua percaya pada diri sendiri dan menghadapi zaman yang penuh zalim, kejam, tak berhati perut, tanpa belas, tanpa simpati sendiri! Kan gua dah kata... apa nak nakot? Menjadi seorang kartunis tidak telepas dari tanggungjawab terhadap agama, bangsa, negara dan sosial yang perlu dilaksanakan dalam karya-karya yang dihasilkan. Ni gak seronok. Tak bleh la belasah buat cerita merapu memanjang tanpa ada nilai moral atau apa-apa unsur kebaikan dalam karya yang dibuat. Seperti dalam cerita ni gua menyampaikan mesej dan memasukkan nilai-nilai moral dan nasihat. Ini je sumbangan yang mampu gua buat sebagai seorang kartunis. Moga ada kebaikan dan maaf atas kekurangan. Ada beberapa lagi karya gua dalam majalah GELIHATI sekitar tahun 1987 yang tak ada kat libri Karangkraf. Puas gua cari. Tak ade gak. ARGHHH! Sayangnye... kalo ade bleh gua masukkan kat sini. Bleh tengok pekembangan/kemajuan kartun gua. Tak pe la. Hey! Tengok moto CHOOPER yang gua lukis tu. Rujukan gambo chooper tu kecik jer. Susah nak tengok. Tapi kalo CINTA mau aje! Gua beliakkan bijik mata dan lukis dengan penuh GHAIRAH! Gua memang teruja tak ingat dengan moto CHOOPER ni. Selamat menikmati karya gua yang berusia SEMBILAN BELAS TAHUN ni. Moga terhibur dan ada kebaikan.

14 comments:

Anonymous said...

susah senang kita susah orang lain nak rasa..tapi jika kita rasa kita berada pada landasan yang betul..apa nak nakot kan...
bravoo..brader!!!

Anonymous said...

macam tu jugalah perasaan kita bila karya tersiar...rasa macam dapat motivasi untuk terus maju dan meningkatkan kebolehan kita.

gayour said...

tapi kadang2 gua BERDOSA pasal tegelincir dari landasan masa memecut chooper gua dalam menjalani hidup ini... inilah kelemahan. moga diampunkan

blackpurple @ jowopinter said...

Salam singgah,

Yang penting nawaitu kan bro'.

Pernah merasa juga dulu berambut panjang [tapi tak sepanjang dan segondrong bro' ha ha], berseluar getah, bert-shirt gambar tengkorak. Tapi lahiriah saja begitu nampak ganas. Tapi sembahyang jarang tinggal, alhamdulillah. :)

Orang kita memang suka menilai isi buku dari kulit, padahal bukan semua buku berkulit. Eh merepek pulak dah... ha ha..

Yatt said...

Hahaha!! Brader!

Gua rasa gua ada beli GH yg ada kartun tu. Tapi sayang, dah hilang entah ke mana!

Brader!! Mana kartun Terpedaya & Lumba Haram?

N a d i a said...

paling saya suka 'monster rock festival' (kalo tak silap la) yag stagenye teramat la ganaz..dan betapa rock & brutalnya bas yg brader lukis dulu...and of cuz, illustration yg brader lukis utk puisi yg penah saya antar kat GH (oshhh..terujanya! haha).

p/s: err...dulu mmg slalu gak la teringin nak dressing rock habis mcm awek2 dlm kartun2 brader tu..hehe..anyway, MEGA thanks for the memories. ;-)

gayour said...

blackpurple
yeah! tapi sapa peduli semua tu. tapi bila kita berani mencuba/buat suatu yang pelik, kita kena bersedia/berani menerima segala kritikan, kutukan, hinaan dan segala macam lagi.


yatt
sabo la wahai encik yatt. baru abis scan

nadia
'PERNAHKAH ANDA MELAKUKAN ' tajuk cerita tu. kat cermin depan bas tu gua ada tulis THRASH METAL EXPRESS BAHAU-K.L. patutnye gua tulis SPEED METAL EXPRESS! baru giler punye laju bas tu. heh!
iye ke gua ada lukis illustrasi untuk puisi nadia? cane puisi yang tak best tu bleh masuk dlm GH plak? harharhar!

faizalmukhtar said...

ni kalau keluar collection tradepaperback jual kat kino KLCC atau Borders... cara jugak. Lagi satu,ada harga kat eBay ni.

meh la sini gua tolong lelongkan. HAHA!!!

Yang Benar,
Kassim Patolon 25%

gayour said...

ni la kali petama lu bagi cadangan yang boleh pakai boy scout! terharunye gua. maka dengan itu, dengan rasminye gua lantik lu sebagai ejen gua. ayuh! jangan la difikir lagi... jalankan tugas lu sepantas speeding bullet boy scouttt!

faizalmukhtar said...

ah.

kensel puji!

N a d i a said...

adaaaa, brader...;-)tapi puisi tu, saya tulis as if saya ni seorang lelaki..hahaha...
anyway, check out HANYA RAWK N ROLL gak sekali sekale tu. kami tgh update ngan sejarah muzik mesia...;-)

gayour said...

boy scout
betul ni boy scout. gua tak tipu. ayuh jalankan tugasan luar lu tu!

nadia
kalo gua tau, gua tak buat. nasib baik la gua tak tau. harharhar!
rawk n roll crazeee night!

coqdom04 said...

Assalamualaikum Warahmatullahiwa Baraka Tuh,
Rambut aku panjang.....
Al kisah,
Dulu ada 1 grup, nama 'Single Rider'. Rider mmg kental, dak Jelai geng2 RG, RGV tyr 2.00. Rider mmg kental, maut skill.
Sblom tu kitorg game Gamma Mild Seven ngn Gamma kuning ori dak Asahan ke mana ntah masa otw blik dri Sagil lalu Air Kuning. Mmg best la, cuma xigt sapo monang.
Pstu kitorg apa lg rembat la, nk grk cpt blik umh takot mak marah keje xsiap lg. Tu yg tgk dak2 RG main koner finishing simpg Air Kuning. Pstu jln lurus mmg babai la.
Paling hebat, rider maut kipas susah mati den, Yan dgn bgga mnunggang n den pmbonceng Y80 paip Sport yg lurus tu selamat tiba ke rumah.

#solatsenamanygbaik
#kebersihantuntutanIslam

Unknown said...

igt lgi tk cikgu lukisan kito krk sdm maghin..cikgu normalin ko sape tah..den plamo tk jumpo kengkawan lamo sdm..mat tepet, jalut dn ghamai laei laa..apo pun..sekalung tahniah ikhlas dari ku..kikikiiii