Sunday, July 15, 2007

JANGAN TINGGALKAN...

OI REJAB 1428 HIJRAH
16 JULAI 2007
REJAB merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab ini, berlakunya peristiwa penting iaitu ISRA'MIKRAJ di mana dalam peristiwa ini Rasulullah S.A.W telah menerima KEFARDUAN SOLAT LIMA WAKTU terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.
Peristiwa Isra'Mikraj dan kefarduan solat lima waktu sehari semalam yang berlaku dalam bulan Rejab merupakan peristiwa besar dan sangat penting
yang menjadi KEWAJIPAN kita sebagai orang Islam untuk melaksanakannya
selagi hayat dikandung badan!
Pada semua sahabat yang dikasihi, selamat menyambut bulan Rejab. Marilah
kita memuliakan bulan ini dengan sebanyaknya amalan ( fardu dan sunat )kerana sesungguhnya BULAN REJAB ADALAH BULAN ALLAH. Syaaban pula merupakan bulan Nabi Muhammad S.A.W. dan Ramadhan pula
bulan untuk kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.
KALAU TAK MAMPU MELAKUKAN SEMUA, JANGAN TINGGALKAN SEMUA!

24 comments:

Nunn said...

Selamat menyambut bulan Rejab 1428.

::cam tak caye aku orang petame-tame yg komen (walau tak dapat adiah pon, aku sronottss tak terkiree..)

gayour said...

syabas! tahniah!
kerana encik nuun berjaya menjadi pengomen yang pertama!

yeah! selamat memuliakan bulan Rejab

Anonymous said...

hi...apa khabar?camner dengan bulan Rejab 1428 nih...puasa tak?

wan said...

hello bro!!!amcam?puasa sunat Rejab tak?jgn nak muliakan ajer...buat ler apa yg patut!!

gayour said...

anonymous
alhamdulillah sihat dan energytic!
insyAllah, cadang nak buat besok. hari khamis minggu pertama bulan Rejab.

wan
yeah! banyak lagi amalan sunat yang lain bleh kita buat selain dari puasa sunat untuk memuliakan bulan Rejab.

wan said...

oklah,sama2 kita mperbanyakan amalan.bro,apa cite tkini?saya baru baca blog en gayour ni,nmpk menarik.byk benda nak komen ni tp belum habis baca semua lg.saya mmg minat kat lukisan en gayour.

gayour said...

tq kerana encik wan suka dengan apa yang ada kat dalam blog gua ni. tq gak pasal minat kat kartun gua. yeahhh!

- G O R O - said...

Salam Dunia...

ZXsangka jumpa brader gayour kat dunia blog...

mmg suka sgt dgn hasil2 karya brader...

membesar bersama2 kartun2 brader...

|izziannixx| said...

Selamat Pagi semua, bro Gayour..thanks for the Lumba Haram series.. koleksi makin bertambah.. semoga terus maju jaya dengan siri yg lain..kami sentiasa mengikuti perkembangan bro tak kira di majalah apa pun..thanks..

gayour said...

g.o.r.o.
salam sejahtera untuk encik g.o.r.o.
yeah! tak sangka kita bleh jumpe kat alam blog. kira okey la kan.
tq kerana membesar bersama karya2 gua. kerana kartun2 gua la lu bleh besar sampai ke hari ini rupenye. harharhar!

izziannixx
gua sedang cari cerita "GENERASIKU" yang keluar kat GELIHATI antara tahun 1988 - 1989. sapa ada bleh bagi gua tak?

papanzz said...

assalamualaikum encik gayour. dengan berbekalkan perasaan irihati dan cemburu maka akhirnya gua juga telah berjaya menghasilkan blog yang jauh lebih best daripada blog anda.. hohoho!! jangan lupa pegi blog gua haa.. karang gua tumbuk karang...

Anonymous said...

elehh takyah nak eksyen encik gayour.. pakcik dan lembu pakcik pun ada blog jugak tau...

gayour said...

papanzzz
waalaikumsalam
syabas la! tapi jangan harap gua nak singgah kat blog lu yang tak best tu. har fragin har!

pak cik kordi
sudah la pak cik. pak cik dah tua. insaf la. jaga lembu lagi baiekk!

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Bro'.

KALAU TAK MAMPU MELAKUKAN SEMUA, JANGAN TINGGALKAN SEMUA!

Semoga. Semoga. Indya-Allah.

gayour said...

yeah! kalo mampu buat semua lagi baguih dok ada, kalo sikit biar beterusan...

The.Libyaman said...

samekum bro,

ish mcm x percaya plak bg komen kt blog seorang legend. dulu gua dengar nama lu aje n tengok kartun lu walaupun member2 gua kt Bahau n BK selalu ajak pegi sana kot2 boleh terjumpa lu. Skrg gua jumpa lu di blogosferahahaharam jadahahahapa ntahhhahaahaa.

ada lagi ke kedai jual "Bersama Selamanya" yg dari awal sampai abis? Gua tercampak ke planet lain lah masa pertengahan siri tu. Mekasih.

gayour said...

cam no den nak jawab salam ekau ni jang? bagi la salam boto-boto!
den ghembat an budak ni kang ni!
tak ado laie doh kodai yang sanggup jual koleksi Besamo Selamonyo den tu. mintak maap banyak2 yo la...

aMeir said...

sahabat kan kekal bersama selamanya. Kalau bergaduhpun.. islam anjurkan kita bertegur sapa selepas hari ke3. Siapa yang memulakan salam pertama antara 2 saudara yang berselisih faham, ganjarannya amat besar dan malaikat menjawab salamnya walaupun salamnya tidak disambut oleh saudaranya itu. Istighfar...,

Anonymous said...

Kebetulan lak jumpa blog kau ni. Teringat aku masa mula baca dan tengok lukisan kau kat majalah Gelihati - masa tu aku tingkatan 5, 1989 - jadi zaman tu tgh rock kapak, keluar pulak lukisan kau ... perh havoc tu kat sekolah ... akekeke kebetulan kami semua geng seluar bukat, ada plak watak kau sapa tu slash ke sapa lagi sorang yang pakai bukat .. akekekee ...terus femes tu ...aaahhh tu citer dulu ler ...

gayour said...

amir
betul tu wahai encik amir. moga persahabatan trus berpanjangan...

serunai
terima kasih kerana sudi singgah kat blog gua ni dan terima kasih gak kerana dulu encik penah meminati karya2 gua. kat kampung gua, hampir semua kengkawan gua ke arah budaya hippies, rambut panjang belah tengah cakar dengan jari dan sudah pastinye berseluar bukat sampai menyapu tanah cam Black member si Slash tu. ayuh! kita layan lagu EASY LIVIN' dari Uriah Heep. HEH!

7:03 PM

Anonymous said...

tapi rambut wa dah pendek, dah tak rock kapak wawaawaawa ....
wa link blog lu kat blog wa ... sbb lu old time feveret kita org dulu ... kalau membe2 wa tau mesti depa havoc nyer ...

gayour said...

apa? rambut lu dah pendek?
tu bukan alasan untuk kita tidak bleh bekawan. bagi tau jer kat kengkawan lu biar diorang tak lena tidur. HARHARHAR!

Anonymous said...

akekkeek mai blog wa ada 1 kulisan wa nk suruh lu komen ... lukisan ni utk wa nyer novel yg akan dtg ni ... nnt la wa bela rambut panjang lagi ... akekeke

gayour said...

yeah! nanti gua tengok dan kutuk apa yang patut. heh!