KEMPEN KESIHATAN DAN PRODUK HALAL
19 JAMADILAKHIR 1428 HIJRAH
04 JULAI 2007
Pada 08 Jamadilakhir 1428 hijrah - 23 Jun 2007 ( Sabtu ) bulan lepas, program Kempen Kesihatan dan Produk Halal diadakan kat surau tempat gua. Baru skang ni gua ada masa nak sumbatkan dalam blog gua ni. Arghh! Ini adalah salah satu dari beberapa program yang dirancang sepanjang tahun 2007 ni. Alhamdulillah, program setengah hari yang melibatkan kerjasama dari beberapa jabatan kesihatan, Persatuan Pengguna Islam dan peniaga produk halal ini telah berjaya diadakan walaupun telah ditangguh/ditunda beberapa kali. Matlamat utama program adalah untuk mengajak semua jemaah Islam rajin-rajin lee ke surau dan untuk memberi kefahaman/maklumat mengenai kepentingan penjagaan pemakanaan dan kesihatan.
EEEE... CANTIKNYE! Gua dilantik sebagai salah seorang AJK program dan diberi tugas/tanggungjawab sebagai tukang buat banner dan promosi. Moga tugasan yang kecik ni ada kebaikan. Gua pun belasah sketch dan tunjukkan lakaran ni pada AJK program dan diorang trus setuju tanpa bantahan kerana nakot nak bantah, nakot kena buat plak! Harharhar! Guapun trus antar buat banner. Rancangan awal selain banner, nak buat bunting sekali. Tapi cancel last minute. Buat banner jer. Ni la rupe banner yang gua buat illustrasi tu. Semua secara manual, cuma gua warnakan dengan photoshop. Yang ni gantung kat tepi pagar surau. Cantikkannnn.... HEH!
HILANG Ada tiga jer banner yang diprint. Malam tu ( malam sebelum darah gua disedut esoknye! ), gua dan beberapa orang AJK menggantung banner di sekitar Putra Heights. Satu kat surau, satu kat Putra Permai/ Putra Indah... apa ntah namanye, lupa lak. Lemah minda la katakan. Yang last kat trafic light simpang ke Putra Heights dari Alam Megah. Banner kat Putra Permai/Indah tu hilang plak kena rembat orang! Mungkin beliau tak pernah tengok banner cam ni punye cantik sepanjang hayat! Tu yang beliau rembat tu. HEH! Ni aksi liar gua begambo dengan banner yang cantik tu kat surau. Harap-harap Tuan Imam, encik bilal dan tok siak tak nampak aski rakus gua ni. Kalo Tuan Imam nampak mesti beliau beristiqfar, menggeleng kepala atau mungkin beliau tersengeh! HEH!
TAI CHI ROBIK Seawal 7.30 pagi program bermula dengan acara TAI CHI ROBIK! Ramai yang dah tak sabo menunggu fasilitator dari Jabatan Kesihatan mengajo gerakan senaman ni. Bila muzik instrumental Jepun dimainkan, gerakanpun bermula. Gerakan yang perlahan, lemah, lembut, berseni dan memerlukan kesabaran masa membuatnye. Selain AJK program da AJK surau, ramai juga yang datang join bersenam pagi-pagi ni. Hey! Kan ni program kesihatan, kena la besenam.
BIG HITS AND NASTY CUTS! Ni salah satu gerakan yang dibuat dalam Tai Chi Robik pagi tu. Nama gerakan ini ialah ' mengangkat dan memotong buah tembikai tanpa belas '. Tangan kanan yang diangkat kononnya sedang memegang pisau dan sedia untuk membelah/memotong buah tembikai di tangan kiri. Potong jangan tak potong!
FIGHT FIRE WITH FIRE Ni la akibatnye kalo hilang tumpuan, fikir entah apa-apa atau gua telebih bagi tumpuan! Fasilitator kata fire ke kiri... gua plak fire segala aura Ultraman Tiga ke belah kanan! Basib baik tak kuar api. Kalo tak pasti belaku rusuhan atau perang saudara. HEH!
SENYUM LA...
Setiap kali selesai melakukan sesuatu gerakan, tarik nafas, hembus perlahan-lahan, senyum dan rasai ketenangan/kelapangan kepala otak bila aura jahat dalam badan dihembus kuar! Masa ni segala peluh dah kuar membasahi badan gua. Best tul! Kena rajin senam lepas ni. Belasah jer gerakan taichirobik cam nopun. Kena plak dengan sinaran mentari pagi, badan sihat, kulitpun bleh cantik. HEH!
DESTROY WITHOUT MERCY!
HOOOOO....! Bersedia untuk terbang ke angksa kepas dan membelasah semua alien, predator, superman, martian manhunter, transformers! Lama sangat dah kita besabar dengan makhluk asing ni. Ikut suke diorang jer datang ke bumi kita, buat kecoh, jadi samseng, belagak hero konon! Pigi dah! Apa kata setelah besenam ni, rasa sihat, semangat dan kuat, kita plak jadi alien dan serang planet diorang tanpa belas kesian! Kita bom, bunuh, tembak, bakar, salai, tikam, hiris, cincang, potong, sembelih, lapah, kerat, jerut, ikat, gantung, tanam, smackdown dan tumbuk perut diorang plak. Bio diorang rasa! Astagfirullahalazim! Apa la yang gua emosi dan mengarut tak memasal ni. Islam tak mengajar/menyuruh kita buat cam tu... ayuh kita bertaichirobik lagi baik!
POWER! Lepas abis besenam, breakfast time! Dua keping roti berkhasiat cecah segelas air coklat! Yummmy! Tenaga untuk acara seterusnya! Sebelah gua tu encik Izzudin salah seorang AJK program.
UMPAN Tak sempat nak abiskan air coklet, gua dah diserbu oleh ibubapa untuk mendaftarkan anak-anak diorang dalam acara Pertandingan Mewarna! Selain dari tukang buat banner dan promosi, gua gak betanggungjawab membuat illustrasi untuk Peraduan Mewarna dan mengendalikan acara ni! Ini adalah satu acara paling mudah untuk mengumpan dan menarik ibubapa dan anak-anak datang surau dan ke program ni. Sabo kak, sabo bang! Semua bleh masuk! Saboo! Tulis nama anak kakak kat sini...
SERBU Gua tak bleh tunggu bila makin ramai ibubapa menyerbu untuk mendaftar.... sila tulis nama anak, umur, nombor rumah dan jalan kat kertas ni ya.... Umur lima hingga lapan tahun kat kertas ni. Umur sembilan hingga dua belas tahun kat kertas ni... lariiiiii!
Sebahagian dari anak-anak Putra Heights yang join dalam Peraduan Mewarna pada hari tu. Hampir seratus orang yang menyertai! Alhamdulillah. Tak sangka betul gitu punye ramai! JANGAN LA...Assalamualaikum adik-adik semua! Apa kabar? Semua dengar siniiiiii...! Semua dah dapat kertas lukisan? Sila tulis nama adik-adik kat belakang kertas lukisan. Tulis umur dan nama jalan rumah. Oii! Jangan bising la oii! dengar sini... Hanya warna pensil saja dibenarkan. Tak bleh guna warna air, cryon, arkilik atau warna minyak! Kita akan bermula pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi. Ada dua jam untuk adik-adik menyiapkan lukisan. Oi! sana tu... diam sket bleh tak? Jangan begosip, jangan sibuk hal orang lain. Buat kerja sendiri! Ibubapa tidak dibenarkan membantu. Hanya bleh besorak memberi sokongan moral pada anak sendiri!MOGASebahagian lagi dari anak-anak yang manyertai acara mewarna. Kesian diorang kena menyiarap atas tikar berhimpit-himpit untuk mewarna. Cadangan awal nak buat kat meja tapi tak cukup meja la plak. Lama sangat dah gua tengok acara mewarna/melukis cam ni. Tak kira la peringkat apapun, kanak-kanak akan menyiarap atas simen, tikar atau kat mana-mana. Harap keadaan ni akan berakhir/berubah. Mana-mana penganjur pertandingan mewarna/melukis kena fikir dan sediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk melukis/mewarna. Jangan la atas simen/lantai lagi. Baru la anak-anak ni bleh menghasilkan karya yang baik dan bermutu! PANASSSS! Kalo kat luar surau belangsung acara mewarna, jualan produk halal, pemeriksaan kesihatan dan kekuatan otot/tulang, kat dalam dewan surau plak belangsung acara ceramah penerangan mengenai pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan. Ramai ibubapa yang mengikuti program ni. Gua singgah menjenguk kejap sementara nunggu peraduan mewarna tamat. Bukan nak dengo ceramah, tapi nak lega/sejukkan badan yang kepanasan dengan aircond dalam surau. Panas kat luar tu. HEH!
AMATUR Pemilihan pemenang untuk peraduan mewarna. Gua jugak yang kena jadi Tuan Hakim Yang Arif. Gua ajak beberapa orang AJK membantu gua. Diorang memang tak tau langsung pasal lukisan, warna-warna ni. Hanya gua sorang jer yang proffessional. Tapi bila bersama dengan amatur, guapun banyak membuat keputusan yang betahap amatur gak! Diorang ramai, gua sorang, kalah la gua. HEH! Gua bagi la diorang keje sebagai tukang susun, tukang pegang, tukang tulis pemenang, tukang kira lukisan, tukang amik gambo dan sebagai tukang kritik tahap amatur! TERIMA KASIH Encik Amiruddin, pengerusi dan koordinator program Kempen Kesihatan dan Produk Halal ( kiri ) bersama Setia Usaha Surau Nurul Islah, saudara Azman sedang berebut2 menyampaikan hadiah pada salah seorang dari sepuluh pemenang utama dalam peraduan mewarna. Syabas adik Syabasss! Gua sempat gak buat pemeriksaan kesihatan. Amik tekanan darah, ketinggian dan berat badan. Encik pegawai kesihatan tu sound gua '' kalo bleh kurangkan sket berat badan ni... '' Arghh! Baik la encik. Terima kasih atas nasihat encik itu. Program berakhir pada pukul 12. 40 tengahari. Terima kasih pada semua yang menyertai dan membantu menjayakan program sulung seumpamanya ini kat surau/taman perumahan kita. Lain kali kita rancang, buat dan laksanakan dengan lebih baik, teratur, tersusun, lebih banyak penyertaan, program dan lebih happening! InsyAllah!AQIQAH Lepas solat Zohor, kirorang dijemput ke rumah Tuan Imam untuk kenduri aqiqah anak beliau. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil, doa selamat, bezanji, salawat, qasidah dan marhaban.
YA NABI SALAM ALAIKA...Tuan Imam ( kiri ) menjadi pemimpin dan lead vokal dalam setiap acara termasuk semasa bediri bersalawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
NGAK BISA DONG AHH! Lama dah gua ngidam nak botakkan kepala budak. Tak disangka, tak diduga... peluang datang la plak! Tanpa dipelawe, tanpa perlu dijemput, tanpa malu dan segan silu, gua amik gunting dan belasah gunting rambut anak Tuan Imam tanpa rasa bersalah sambil bersalawat! HEH!
Dapat bunga rampai lagi! Alaiiiiii..... NGAK TAHAN DONG AHH! Baru tadi encik pegawai tu cakap '' control sket makan tu.. '' Tapi ini la yang gua ceduk sebagai makanan tengahari gua! Mana bleh tahan dong ahh! Nasi briani, kambing masak kuzi ( nak ceduk isi tapi dapat plak hati ), daging rendang dan ABC! Sayur hijau tak de la plak... rezeki Allah encikkk... syukur alhamdulillah.... Terima kasih Tuan Imam.
No comments:
Post a Comment