Tuesday, July 03, 2007

LAKARAN

LAKARAN
APA YANG AKU CARI
BAHAGIAN 12 - g3#41 - JULAI 2007
19 Jamadilakhir 1428 Hijrah
04 Julai 2007
Melakar merupakan proses awal cerita APA YANG AKU CARI yang gua buat setelah gua habis menulis skrip cerita ni. Berpandukan pada skrip gua mula membuat panel/layout lukisan menggunakan kertas saiz A3 dari jenis Regal Bond yang nipis umpama kulit bawang! ( apa kertas pun bleh gunakan asalkan baik/berkualiti ) Dulu pada penghujung tahun 80an gua pernah menggunakan kertas jenis Radio Bond. Sungguh best dan seronok melukis atas kertas tu. Tebal dan bleh warna trus atasnye menggunakan Dr. Ph. Martin's. Kertas yang bermutu tinggi untuk lukisan! Tapi dah tak ada lagi skang ni. Ni gua kuarkan lakaran awal cerita APA YANG AKU CARI untuk korang tengok. Kalo nak tengok artwork yang siap sepenuhnya dapatkan kuaran terbaru majalah g3 bulan ni. Enjoy!

PILIHAN
Gua melakar menggunakan pensil mekanikal mata biru point 0.5. Dulu pakai mata pensil hitam yang biasa ( 2B atau HB ). Tapi tak larat nak memadam. Lenguh tangan! Arghhh! Ada pilihan yang memudahkan kerja, gua tukar guna mata biru. Tak payah padam. Tapi pensil mata hitam tepat gua gunakan untuk melakar dalam buku lakaran gua. Keseluruhan lakaran/cerita ini gua ink menggunakan brush jenama Winsor & Newton Series 7. Finest Sable point 2.


HUKUM
Bepandukan skrip, gua membuka seluas-luasnya fikiran dan kepala otak untuk melakar apa yang dihajati. Pada gua, sebagai manusia kita tetap terikat dengan hukum, had atau sempadan. Kita tak boleh atau berupaya untuk melepasi had atau sempadan yang ditetapkan. Gua adalah manusia yang lemah, yang terikat pada hukum dan sempadan. Hanya ini gambaran yang mampu gua fikir, rancang dan buat. Adakah lagi yang lebih hebat, yang tak mampu dibuat oleh manusia?


AKU BENCI!
Dulu masa gua buat cerita BERSAMA SELAMANYA, melakar merupakan proses yang paling gua tak suka! Tensen betul rasanya! Bila difikir, rupanya itu la masa/proses gua belajar untuk memahami apa yang gua buat. Memahami kemampuan diri. Memang banyak sekali rasa tak best, tak puas hati, sakit hati, kecewa, marah, benci masa melakar. Gua hanya rasa teruja tak ingat bila dah abis melakar, tiba masa nak inking! Yeahoooo! Tededik-gedik tak ingat nak inking!

IKAT KUAT-KUAT

Sebenarnya masa melakar la yang paling seronok sekali! Boleh belasah buat apapun yang gua suka tapi masih terikat dengan kehendak skrip. Sebenarnya gua masih tak bebas walaupun gua yang buat skrip dan lukis sendiri! Gua mengikat dan menghalang diri gua sendiri! Inilah hakikat dalam kehidupan. Kita boleh buat itu dan ini ikut suke kita, tapi sebagai orang yang beragama Islam yang percaya pada dosa pahala, syurga neraka, kita ada panduan atau hukum yang menghalang itu dan ini. Tak bleh la tak ikut arahan, hukum atau larangan. Sapa kata kita boleh buat apa saja, berfikir tanpa had, tanpa sempadan...




TIPU AHH!
Dari pengalaman, kemahiran, kelajuan, kekuatan minda ( biasanye lemahhhh... ) gua boleh melakar enam muka surat ( mungkin lebih ) dari pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang kalo tak ada gangguan. Gua langsung tak percaya pada mood masa melukis! Dulu masa mula-mula melukis tepengaruh gak dengan kata-kata ni. Jahanam sungguh! Banyak masa tebuang dan sia-sia kerana tak ada mood kononnye! Jangan pecaya kalo ada yang kata cam tu. Alasan, kelentong dan penipu semua tu. Tak jadi apa la kalo sepanjang masa mood tak baik...


SAYANGI
Berseronok dan senyum la masa melakar. Jangan rasa tetekan. Cari dan sediakan segala bahan rujukan yang diperlukan. Gua memang senyum masa melakar terutama bila kakakter itu sedang tersenyum atau ketawa. Begitu juga jika skrip memberitau ia sedang bersedih atau marah. Gua akan turut merasainya. Ia berlaku tanpa dipaksa, dihalang atau dibuat-buat. Semuanya dari hati, keikhlasan berkarya dan pengalaman selama ini... Kenali dan sayangi setiap karakter yang korang cipta, reka dan buat, baru perasaan itu akan hadir dalam hati. Cam ni la rupe lakaran awal cerita/drama APA YANG AKU CARI yang gua buat dengan pensil mata biru sebelum gua ink dan dicetak dalam majalah g3.

8 comments:

Name: Nunn said...

Klo lu lakar gambo aksi (katela cam otroman dok fire tuh...) adakah lu akan silangkan tanganlu untuk amik mood...

musykil gak tgk lakaran yg nampak hidup nih..peh!

gayour said...

yeah! itu la yang dilakukan untuk mendapatkan gambaran yang dikehendaki sekiranya miskin dan tak mampu untuk mengupah model untuk mengayakan segala aksi liar dan ganas yang dikehendaki. begaya la sendiri kat depan cermin, ganaskan muka, silangkan tangan dan kata 'FIREEEE!'

Noor Ariff said...

Betoi tu Your..kalau ikut mood jahanam sampai dateline pun tak siap.Aku ralat sikit sebab singapore takde G3.Aku pun dah start lukis balik.pelan pelan kayuh balik.simpan artwork mana tahu ada majalah berkenan nak siarkan hehee...

Gandum

gayour said...

syabas kerana encik besemangat nak melukis balik!

Nadia said...

brader gayour,
saya ada letak satu sketch kat blog saya nun. hehe. kalo rajin, sila la komen. nak gak tau, komen dari pro. ;-)

gayour said...

gua dah tengok dah! aduuu...hanco! gua dah kutuk dan hine tak ikut hati, rasa dan perasaan! rasai lu! harharhar!

khys said...

erk.. apasal mata biru tak payah padam? tak nampak ke kesan lepas inking...

gayour said...

pensil mata biru ini gua gunakan hanya pada artwork hitam putih yang diwarnakan dengan photoshop saje. kesan pensil mata biru tu bleh dihilangkan masa proses scan. pasal tu tak payah penat2 nak padam. kesannye cuma ada kat artwork original tapi tak ada kat artwork yang nak diwarnakan dengan photoshop. kalo encik nak warna secara manual, jangan gunakan mata biru ni, gunakan pensil mata hitam kerana kesan mata biru ni memburukkan lukisan yang diwarnakan secara manual. beli pensil mekanikal yang mahal sket pasal mata biru ni sangat lembut dan mudah patah! selamat mencube!