Wednesday, July 04, 2007

SUPERCHICKS

DARI BUKU SKETCH GUA
SUPERCHICKS
19 JAMADILAKHIR 1428 HIJRAH
04 JULAI 2007


Sebelum ni gua kuarkan lakaran karakter superhero lelaki saja. Kali ni gua kuarkan lakaran-lakaran superhero awek plak. Lama dah sebenarnya buat sketch superchicks ni, saja lambat kuarkan. Rasa cam tak best jer... ahhh, ak kisah la! Korang tengok la kelemahan-kelemahan yang gua buat. Inilah cara gua belajar untuk memahirkan diri dalam memahami anatomi tubuh badan manusia lelaki dan perempuan, melakar dalam buku lakaran tanpa jemu! Selamat menikmati dan enjoyyy!

BATGIRL
Tak ada apa yang menarik sangat pasal karakter ni. Walau sehebat mana beliau boleh atau cuba lakukan, beliau tetap tak akan dapat mengatasi mentor beliau iaitu encik BATMAN! Beliau tetap dianggap sebagai side kick! Apa yang best.... kerana ia karakter awek. HEH! Ni gua buat keadaan BATGIRL dalam keadaan tensen tak ingat dan teruk kena belasah! Bila tengok cam ni, nampak la kelemahan yang gua buat. Bukan senang belajar anatomi dan menjadi mahir. ARGHHH!

MEOWWWW!
Karekter yang nakal dan menarik. Ia umpama ' lalat pengacau ' dalam siri komik BATMAN, inilah karakter CAT WOMAN yang tak kurang licik dan hebat! Berlaku beberapa perubahan pada costume CAT WOMAN ni. Yang original lebih seksi dan menggoda, membuatkan BATMAN sentiasa menelan air liur dan hilang akal! HEH! Yang baru lebih moden dan bergaya. Lakaran gua ni berpandukan pakaian/sut yang baru dan gua tambah/ubah mana yang patut. Cuma gua tak faham kenapa beliau memakai kasut bertumit tinggi. Ikut logik cane beliau nak melompat, belari dan melakukan segala macam lagi aksi akrobatik dan liar. Hey, wake up! Dalam komik segala yang mustahil boleh jadi. Aduuu... nampak tak kelemahan gua tu? ARGHHH!


DAWN
Gak tak penah baca komik DAWN dan tak minat langsung nak baca! Sorry pada peminat komik/karakter DAWN. Walau tak minat, gua minat dan suka untuk melakar karakter ni mengikut cita rasa dan penuh kegairahan. HEH! Kan gua dah kata dulu, melukis la dengan penuh kegairahan! Walau gua tak minat/suka nak baca komik ni, sebagai kartunis/illustartor, gua tidak menolak apa yang dibuat oleh pencipta/pelukis lain sebagai rujukan dan menjadi bahan lakaran gua seperti karakter DAWN yang seksi tak ingat ni!


ELEKTRA
Seorang pembunuh kejam dan tidak ada perasaan terhadap mangsa/sasarannya! Perasaan itu la yang membuatkan beliau berjaya dan menjadi seorang pembunuh yang dinakoti. Gua amik pensil dan trus melakar. Tidak ada perancangan dan rujukan masa melakar karakter ini. Belasah mengikut rasa hati dan gua ubah semahunya pakaian ELEKTRA ni dari versi asal dalam komik yang seksi tak ingat! Kalo gua melukis komik ELEKTRA, sepatutnya ELEKTRA berpakaian begini! Mungkin rambutnya perlu diikat untuk memudahkan pergerakan dan tidak jadi penghalang semasa merodok senjata SAInya dari ubun-ubun hingga tembus ke bawah dagu! Tapi dengan rambutnya yang terurai lepas, kelihatan lebih seksi! Aww!



LARA oh LARA!
Dari permaian video game menjadi satu ikon dan kegilaan peminat filem aksi. Setiap kali melihat watak LARA CROFT lakonan Angelina Jolie, hati pasti jadi tak keruan, debaran jantung selaju 380km, peluh menitik dan hidung berdarah! Aduh! Tak banyak yang gua ubah semasa melakar karakter LARA CROFT versi gua ni dari yang asal. Apa yang pasti, sungguh seronok melakar karakter ini walaupun gua tak pernah main permainan video game TOMB RIDER!


OH, LARA
Melakar karakter awek dalam bebagai angle merupakan suatu yang mencabar dan seronok untuk dicuba! Kebolehan untuk melakar/melukis dalam segala keadaan merupakan satu kelebihan yang diperlukan untuk menjadi seorang pelukis komik/illustrator hebat! Menggunakan imaginasi dan segala memori yang gua download dalam kepala otak, gua melakar dengan rakus angle LARA CROFT sedang sesat dalam hutan ni. Ada banyak yang tak betul, tapi tak kisah la kerana inilah lakaran. Memang seronok dan mencabar belajar melukis anatomi awek ni. Go babeh! GOOOO!


DON'T MESS WITH HER!

Tak tau nak buat cane dengan karakter ni. Tengok costume asal dah seksi giler dah. Emmm... nak ubah cane ye? Sekali lagi gua gunakan imaginasi yang terikat dan terbatas dan melakar ikut kehendak hati karakter WONDER WOMAN ni dengan costume ikut suke hati gua. Tak siap lagi sebenarnye lakaran ni. Ada banyak lagi nak ditambah. Tapi lakaran memang la cam ni, tak siap, tak kemas, cincai, serabut.. apa-apa ntah! Yang pasti jangan main-main atau cari pasal dengan si seksi ni kalau nak kena tumbuk perut kerana beliau adalah seorang Pahlawan Amazon yang selambe jer mematahkan leher! Boy Scout yang selalu menangis teresak-esak akan menyembamkan muka atas dada atau bahu beliau. Sengaja amik kesempatan. Memang dasar jantan tak tau malu nak kena tumbuk perut!

LOOK!
Sepupu boy scout yang kononnye pegi melancong masa planet Kreepton meletup hancur bekecai dan pupus selamanya. Tak kisah la, asalkan awek, gua lukis jer! HEH! Best gak melakar SUPER GIRL sedang melayang di udara cam ni. Tapi nampak cam tak best jer, kurus sangat. Leceh tul melukis tangan kiri tu. Salah tu! Bukan cam tu la! ARGHHHH! Cuba lagi! Cuba lagiii!


IT'S CLOBBERIN TIME BABEH!

THE THING salah sorang anggota Fantastic Four yang kuat tak ingat kononnye sedang mengamuk tak memasal! Saja gua masukkan lakaran ni pasal sekual filem F4, Rise of The Silver Surfer. Posisi yang tak menarik langsung! Korang tau apasal? Tegok la kedudukan tangan kiri yang seperti tak kelihatan. Macam tak ada tangan kiri. Sepatutnye tangan tu kena jelas nampak menonjol ke depan. Yang gua buat ni tenggelam hampir tak kelihatan. Masalah ini boleh diatasi dengan mengeluar, menjauh atau menjarakkan kedudukan tangan kiri itu dari badan. Baru betul dan tak tenggelam. Faham tak apa yang gua maksudkan? Ini la antara kelebihan yang kita dapat bila rajin melakar atau belatih melukis. Masa untuk membelasah! GRAHHHHH!

SUFFER AND DIE SLOWLY!

Sungguh seronok memperkotak-katikkan superhero termasuk karakter SILVER SURFER ni. Beliau sedang menderita tak ingat pasal nak tekucil sangat dah. Tandas ada satu jer, Galactus plak ada kat dalam, nak lawan tak berani! Nasib lu la! HAR FRAGIN HAR! Jangan kata pose Silver Surfer sedang menderita ni gua tiru dari poster sekual F4. Bila poster F4 kuar baru gua perasan ada sket2 persamaan dengan lakaran yang gua buat. Ah, lantak la! Apapun berseronok la semasa melakar. Buat la apapun yang menyeronokkan seperti memperkotak-katikkan superhero! HAR FRAGIN HAR! Lagipun gua tau sebenarnye ramai yang tak kenal, tahu apatah lagi nak suka kat karakter ni sebelum beliau muncul dalam sekual F4. Baca komik beliaupun tak penahkan? Jangan nak tipu la. Ini peluang baik untuk memperkotak-katikkan beliau. HEH! Nantikan kemunculan lakaran superchicks yang lain plak kat blog gua ni... Yeah! Come on babeh!

21 comments:

Anonymous said...

no comment..

blackpurple @ jowopinter said...

Bro'. Berminat nak tengok lakaran hero perempuan ala-ala Tun Fatimah tu? ha ha!

Haryani Kamilan said...

Saya benci betul ar, kengkadang pelukis ni (especially lelaki) terlalu mengeksploitasi lukisan seorang perempuan dengan paparan bentuk badan yang keterlauan. Segala-galanya sengaja dilukis membuak-buak. Untuk apa semua tu?!!!
Marah ni...marah ni...

gayour said...

papan
elok la tak payah komen

blackpurple
yeah! tu baru superhero yang sebenarnya. nanti gua lakarkan. heh!

radenputri
alaa... kecoh la encik ni! bukan apa, untuk menaikkan semangat jer. heh!

Anonymous said...

saya berminat sgt dengan lukisan kartun dan saya ada melukis kartun untuk beberapa majalah dahulu..malangnya tiada apa2 sumbangan atau bayaran yang diberikan kepada saya walaupun karya tersiar..adakah ini dikatakan DIKELEPET...harapan saya otai senior dapat memberi teguran atau bimbingan dalam dunia penerbitan atau bayaran horonuim ini...

gayour said...

hah!
sabo je la wahai encik kasturi. guapun pernah mengalami dan ramai lagi kartunis2 lain turut rasa kena KELEPET! cam tu la nasib kartunis. sabo la kerana ini la cabaran yang perlu dihadapai. trus la melukis walupun hanya kat dalam buku sketch!

Nunn said...

sronot ar keje cam lu nih... hari-hari layan kapla hehe..

gayour said...

yeah! mencari idea, menulis idea, merancang, melakar, mewarna dan melukis...

aMeir said...

Gayour.., lakaran ni lakaran lama ke baru? Sebelum masuk Ujang ke selepas Ujang? ke sebelum Gelihati lagi? Bukan apa.. kau tak pernah tunjuk kat aku pun dulu-dulu..
he he

Yatt said...

Brader, gua ada postkan gambar lu ngan Pyan masa kt USM Tronoh taun 1990 dulu kat blog gua!

Fuh! Classic beb!! Haha!

Haryani Kamilan said...

Hahaha! saya sedang menangis terguling-guling sambil menonton gambar Encik Gayour dalam blog encik Yatt tu!

gayour said...

amier
semua ni lakaran baru yang tak penah kuar kat mana2 melainkan kat dalam blog rasmi gua ni jer wahai encik amier. tq

yatt
gua dah tengok dan rasa sangat terhibur! betul ker itu adalah GUA?harharhar!

radenputri
haaa... baru encik tau betapa hebatnya gua. HEH! haa.. gelak! gelakkk! gelakkkkkk!

Anonymous said...

hah! ramai ingat kerjaya kartunis ni top, hot dan mganmcam....tapi tak terfikir bagaimana mereka nak capai ketahap terkenal...makan dalam bebbb...

gayour said...

TIDAK ada jalan mudah untuk berjaya wahai encik belangkas!
kena berusaha bersungguh dan tegar!
dan bertawakal banyak2...

viruspadu said...

salam,
kagum2...
tabik la kat abang gayour nih...
kene jadikan mentor nih

gayour said...

tak payah la kagum sangat. biase je.. tq sudi singgah kat blog gua.

viruspadu said...

abg gayour,
jgn la tq2, sy sgtla berbesar hati dpt singgah sini... lalalalala
chewah, terasa mcm artis punya ayat plak... oh... perasannya aku... hehehe

N a d i a said...

yeah..tak sabo nak tunggu more superchicks here...;-)

gayour said...

viruspadu
sila la encik singgah bilo-bilo maso yang encik mahu. ikut suke encik la. jangan bagi virus dah! heh!

nadia
sabo! sabo! nanti gua kuarkan. ada banyakkk ni.

azhar said...

WARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!

setelah sekian lama menunggu..keluar gak lakaran pencil otai Gayour..

pastu superchicks lak! meleleh babe!...post la lagi!

Abg Otai sila le ke blog saya..kasi tips kat lukisan gua..ok ke ko?

cayalah

gayour said...

hah!
tak la hebat manapun encik azhar. apapun, selamat trus melakar. heh!