Sunday, September 02, 2007

KURSUS KAWEN

COVER PERTAMA
22 SYAABAN 1428 HIJRAH
04 SEPTEMBER 2007

Memang menjadi impian gua untuk melukis cover majalah GELI HATI setelah berapa lama karya2 gua disiarkan dalam majalah ni. Biasa la sikap '' dah dapat betis nak peha ''. Heh! Tapi hajat, keinginan dan kehendak hati gua yang membuak-buak tu tak pernah gua luah/nyatakan pada sesiapa terutama pada encik editor GELI HATI masa tu. Memang menjadi rutin gua setiap bulan akan berulang naik bas lompat-lompat pagi-pagi lagi dari kampung gua kat Bahau, Negeri Sembilan ke Karangkraf ( masa tu kat Taman Tun Dr. Ismail ) ke studio GELI HATI untuk menghantar kartun dan mengambil payment! ( ini la sumber pendapatan gua - lukis kartun! ) Humang hai jauh eh lak opis Karangkraf! Walau jauh tak ingat studio GELI HATI, den totap bersemangat tegar untuk poie setiap bulan! Kadang2 den tido kek studio GELI HATI dengan beberapo orang kartunis yang sentiaso over deathline! Best gak bleh tido bawah mejo kartunis. Harharhar! Untuk semua, silo la tengok , tenung, renung, hayati dan nikmati COVER PERTAMA yang den buek dalam penglibatan sebagai seorang KARTUNIS.

Hari tu maso den datang anta kartun, encik editor brader Kartekana kato kek den
'' ekau boleh buek cover tak jang?'' Impian jadi kenyataan. Seghonok eh lak aih! YEAHOOOO! Maso ni ( tahun 1988 ) arahan dan syarat terbaru dari Jabatan Agama Islam mewajibkan setiap pasangan Islam yang ingin berkahwen kena melalui/mengikuti KURSUS/TEMUDUGA KAWEN seblum bleh kawen! Perkara/isu inilah yang dijadikan cover untuk keluaran 01 OGOS 1988 majalah GELI HATI # 136, SEMBILAN BELAS TAHUN YANG LALU! Ado yang bertanyo pado den '' apakah sumbangan kartunis pada negara...?'' Cover yang den buek nilah ANTARA jawapan eh! Isu yang hangat diperkata, diperdebat, diulas, dikritik dan segalo macam laie den lukis dan menjadi cover majalah GELI HATI yang TERAKAM sebagai salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara! Limo puluh atau seratus taun laie bilo orang tengok cover yang den buek ni,orang boleh tau bilo kursus dan temuduga kawen ni mulo dilaksano an! HEH! Dari mulo dilaksano an hampir duo puluh taun lalu sampai sekarang arahan ni trus menjadi antagho syarat wajib yang tidak diubah pado semua bakal pengantin baru. Pelaksanaannyo betambah baik dan teratur. Cumo belaku bebeghapo penambahan dalam syarat kursus ini selain mendengar syarahan iaitu ujian darah untuk mengosan sapo-sapo yang ado AIDS. Sesuai dengan keadaan semaso dan untuk menjamin/menjago keturunan/zuriat yang baik. Sebagai kartunis, den meraso banggo kerana ini adalah sumbangan kocik den pado negaro. Walau kocik, ia tetap telah merakam satu sejarah negaro! Inilah sumbangan den sebagai seorang kartunis! Hey! Semuo kengkawan kartunis ... ingat sumbangan yang boleh kito beri dan tanggungjawap kito pado agamo, bangso dan negaro. Kito adalah perakam sejarah! Jadi bersungguhlah melukis dan berkarya! Cover ni den sketch dan ink mengguno an brush. Best eh lak lukis guno brush pinjam Winsor & Newton mahal Labuair. Jelas kelomahan, kesilapan kek lukisan cover ni. ARGHHH! Kartunis Labuair yang warno an secaro manual dongan Dr. Ph. Martn's Radiant Concentrated Water Color. Blum guno digital laie yo! Maso ni den masih baru belaja mengguno an water color Ph. Martin yang mahal. Kalo dah terer memang den tak bagi chance kek Labuair warno an! Den warno an sendiri! Maso buek cover ni den overnight kek studo GELI HATI dan tido bawah mejo! Heehee... best eh lak aih! Tapi laie best bilo impian den nak buek COVER jadi kenyataan! IMPIAN JADI KENYATAAN. Syukur alhamdulillah.
Enjoy!
sori la kali ni den guno an loghat kampung den. jangan marah yo. heh!

'' don't ask what u can do for ya country
ask what ur country can do for ya! ''
. take no prisoners.
MEGADETH
HAR!FRAGIN HAR!

8 comments:

N a d i a said...

saya membaca entri ni agak slow & steady kerana ketidakfasihan loghat itu..hehehe..
anyway, mau tengok gambo the rock n roll bunch bersama rusty blade?...;-)

gayour said...

sekali2 gian plak nak speaking loghat kampung den. sori la. heee...

Anonymous said...

pakcik sepatah haram tak paham ape yg encik gayour tilis kali nih.. maklum lah pakcik ni anak jati KL.. heheheh

Anonymous said...

saya sama spt saudari nadia itu.. terpaksa membaca entri kali ini dgn 'slow motion' skit.hahahaha.

tapi,at least saya paham gak la apa yg encik gayour tulis walau saya anak jati kedah.

p/s~ pakcik kordi tu cuma paham bahasa lembu beliau jek! =P

gayour said...

pakcik kordi
lantak kek pakcik la nak paham atau tak. tak dapek den nak nolong eh doh!

ixora
syabas la pado encik pasal bejayo baco dan paham segalo luahan hati den. heh! baguih nuuu baguih dok ada!

Anonymous said...

Enche Gayour

Selamat menyambut Ramadhan Al mubarak,semoga ramadahan ini menambah keberkatan kepada enche...

Kirim salam Padi,Niezam yg sewaktu dgnnya..

Marhaban ya ramadahan!

Enche Gandum

faizalmukhtar said...

heh! perjuangan belum selesai

(jangan lupa bahan makalah kepada library tepat masa sebelum keahlian anda dipotong dari senarai!)

gayour said...

gandum
terimo kasih yo la. selamat menyambut dan menjalani ibadah poso den ucap an pado encik gandum.

faizal
namo kono potong apo plak laie? den dah kono black list! hidup den tetokan. ni sumo ekau punyo pasal! selamat bejuang melawan segalo godaan di bulan poso.