Monday, September 24, 2007

SETAHUN TELAH BERLALU

SETAHUN TELAH BERLALU...
12 RAMADHAN 1428 HIJRAH
24 SEPTEMBER 2007

Rakus sangat sampai gua tak perasan dah SETAHUN rupenya gua melayan, menjaga dan menyumbat segala bahan entah apo-apo ntah dalam BLOG RASMI gua ni untuk dikongsi bersama semua sahabat. Ni semua idea dari seorang sobat yang bernama Faizal Mukhtar yang memaksa, mengugut, memujuk, mencadang, membentang, membodek dan memeluk peha gua hari-hari supaya membuat/membuka BLOG RASMI gua sendiri sebagai seorang kartunis yang agak lama dalam industri kartun tanahair. '' Abang Gayour patut ada BLOG RASMI sendiri " tegas beliau dengan kepekatan loghat Jawa beliau. Akhirnye gua temaqan gak pujuk rayu beliau dan lahir la BLOG RASMI gua ni dengan keringat dan usaha beliau membuatkan untuk gua pada HARI JUMAAT, 28 SYAABAN 1427 HIJRAH - 22 SEPTEMBER 2006. Mula-mula beliau yang menguruskan semua. Gua hanya bagi bahan dan beliau yang masukkan. Mana yang tak best, gua akan kutuk beliau tanpa belas kesian! Har! Har! Har! Pas tu bila gua dah terer sket, gua mula layan blues sendri sampai la ke hari ini dah setahun dah. " Leceh punye kerje! " Ini yang kerap gua ucapkan pada beliau setiap kali beliau membodek gua buat blog. Bila dah buat blog ni, memang leceh tak ingat sungguh! Ni semua Faizal punye pasal. Mana lu Faizal? Mana beliau... gua nak tumbuk perut beliau! ARGHHHHH! Apapun terima kasih banyak-banyak pada saudara Faizal kerana berjaya membuatkan gua terpaksa ' melayan ' segala kelecehan ni sorang-sorang skang. Awas lu! Jumpe lu, memang gua tumbuk perut lu! Sekiranye ada kebaikan dan diberi pahala apa yang gua buat dalam blog gua ni, moga saudara Faizal juga mendapat kebaikan. Mana yang tak baik, gua yang bertanggungjawap seorang! Terima kasih bebanyak pada semua yang sudi singgah menjenguk ke blog gua ni dan memberi segala macam pandangan, pendapat, sokongan, kritikan, komen, hinaan, kutukan, cacian, pujian, pandangan, nasihat, teguran dan segala macam lagi. Moga semuanya sihat sejahtera dan berbahagia. Tak tau sampai bila gua bleh layan bende ni. Entah laa...

30 comments:

DeeN said...

Wah! Pak gayour udah setahun meladeni kelecehan ini. Bisa bonar! Ayuh! Terus maju ke depan [er.. bukan perut ar] - Selamat ulangtahun blog pak gayour!

Wah! Kok aku jadi org yg pertama yg mengumel di sini, ya pak gayour. wakakaka!!

mimizuzuhaha said...

tumbuk perut dia laju2 sampai muka jadi hijau hahaha

awangpurba said...

sebagai peminat encik semasa gua d zaman remaja dulu..gua bg encik hadiah.. claim kt blog gua.. heh!

Anonymous said...

Bro...

kalau bole sental ngan ketiak sekali hehehe

rayo mano tahun ni?

Aku tahun ni raya kat Perlis...

gayour said...

nur@ddeen
terima kasih and tengkiu pasal encik bejaya jadi pengomen dan pengucap tahniah yang pertama. Syabas dan tahniah pada blog gua sendri. harharhar!

m1n4m1
bagus gak idea encik tu. siap lu faizal!tapi bahaye gak... buatnye beliau jadi HULK, gua plak kene belasah!

awangpurba
tengkiu. nanti gua tengok hadiah apa yang encik nak bagi kat gua. kalo leceh sangat kena beli barangan bernilai rm1 sekurangnye atau kena isi borang tuntutan yang ada tandatangan sokongan dari ketua kampung,guru besar atau wakil rakyat atau kena buat wang pos atau cek berpalang, encik amik jer la hadiah tu. heh!

gandum
sadis sangat tu. tak ada akal la lu ni encik gandum. sikit2 dah la! kang lu plak gua tumbuk perut kang!

The.Libyaman said...

teruskan memblog bro. gua dapat berinteraksi dengan kartunis lagenda lah plak hehehe bangga siut. teruskan memblog. kalau raya Bahau gua nak datang ziarah. anak gua 2 orang aje, lu jgn siap duit raya banyak2 muahahahaha anyway keep up the good work. seriuously.

Emir's blog said...

assalamualaikum bro gayour...
syabas kepada bro kerana telah setahun memblog ni ye. saya sendiri pun lupa gak tarikh saya buat blog saya sendiri...

Anonymous said...

tahniah... tahniah...!!

Unknown said...

Yor!

Bagus! Setahun yo? Umor si Mazli pulak bape taon? Umor Hanafi? Umor Maizam? Hahaha!

gayour said...

babazahra
ontah la jang. selagi den tedayo, ado maso dan ado bondo nak disumbek an dalam blog den ni, den buek la. boleh! boleh! datang la kalau ekau nak datang beGAYO. den bagi anak2 ekau singgit sorang cukup la kan. HEH!

emir's
terima kasih. baru setahun gua memblog.

ixora
orang lain dah lama memblog dan buat segala macam bende lagi, gua baru mula setahun.leceh tul! apapun... terima kasih atas ucapan syabas encik tu.

ah kim
umur gua makin hari makin meningkat. kalo panjang umur akan rasa jadi warga emas. hanya Allah yang tahu...

Anonymous said...

oklah tu.. setahun pn satu jangka masa yg lama tu.

sy pn baru setahun jagung join blog ni sume. wordpress baru 3 bln dan blogspot(yg idup segan mati takmo) tu mgkn dh setahun lebih rsnya.

skang ni sy tgh cuba perbaiki blog sy agar jd lebih baik (agar setanding ngn blog encik gayour) hehehe

teruskan memblog en gayour~!!

carvedijan said...

Tahniah bro!!! Kalau kerja, setahun tu dah kira dapat bonus.

Pasal blog ni dah setahun, apa lagi, keluarkan le artwork bro yang klasik2 tu kat sini untuk tontonan kami semua. Ni kira macam jugak le untuk kitorang

gayour said...

ixora
tak payah la nak lawan2. encik dah menang dah. encik ada wordpress, pas tu ada blog lagi. hebat dah la tu!

carvedijan
iyo la! iyo la! selagi den larat, den buek la bende ni. nanti den keluar an kartun2 old skool den tu. ekau tengok la puas-puas!

blackpurple @ jowopinter said...

Salam bro'

Tahniah. Sudahpun setahun. Semoga terus kreatif dalam menulis blog dan berkarya!

gayour said...

terima kasih wahai sobat.
encik lagi la lama dalam blog memblog ni. segan plak rasenye. heh!

Anonymous said...

Selamat bersahur bro,
ada ilustrasi utk lu komen kat blog wa .. :)

gayour said...

gua dah tengok dan komen... eh, bukan komen tapi kutuk tanpa belas kesian! harharhar!

Anonymous said...

Hehehe tksh bro
sungguhpun wa tak berapa faham istilah n konsep dalam lukisan (agak2 je ni) tapi wa appreciate pandangan lu ... emmm tak brutal ek karetar tu ek? hehehe

penulis.tidak.bernama said...

salam bro...blog lu memang best..
menjadi tempat lepak gua kebiasaannya pada setiap kali gua boring melepak kt internet nih...
teroskan bro...



::mysterious::
guaponbestgak
harharhar

N a d i a said...

congrats, bro!

gayour said...

themysterious
tq pasal encik misterius sudi singgah tengok blog gua. nanti gua tengok plak blog encik mistrius. nak tengok mistrius ke tak blog encik tu. heh!

nadia
tq very2 much.

Anonymous said...

Salam Bro Gayour,
Wa nak taknak komen paper cuma wa nak lu punya emel boeh ker...
Kalau lu nak tau kiter samer2 kat produksi gelihati@karangkraf dulu..
hehehe suspen kan...
Wa teringin sgt nak bersembang dgn lu...lama tak jumpa..lama tak sembang...hampir dua puloh taun lalu kot...

Klu...
Wa kenal lu masa lu lepak2 kt penchala pas tu menapak ke ofis gelihati...sama2 adeputra, don@afiza, nen dan lain-lain...

emel kat gua k,
rcxtion@yahoo.com

faizalmukhtar said...

Lu ingat khidmat masyarakat gua bikin blog ni free ke... Chaiiittt!!!

Terima kasih aje tak memadai. Ni Naruto ni bila nak ambik pulak??! Dah siap dah niii...

gayour said...

rextion
memang patut lu kenal dan ingat kat gua pasal gua memang tak ingat kat lu. harharhar!
ni kire sahabat tahap oldskool ni pasal lu tau gua jalan kaki dari penchala ke opis karangkraf. harap lu sihat sejahtera dan berbahagia wahai sobat...

faizal
ooo... rupenye lu la faizal yang paksa gua buat blog setahun yang lalu aa... awas lu! ramai yang sokong gua belasah abdoment lu! hari-hari gua praktis tumbuk guni pasir campur batu skang ni!

Anonymous said...

Hai...ahaks!

gayour said...

ni yang gua nak tumbuk perut lu ni. bagi la salam. ade ke hai haiii! tak tau le sejak kebelakangan ni gua rase nak tumbuk perut orang jer! aduuu... sabar la... gua sedang berpuase...

Anonymous said...

Assalamualaikum! Ahaks. Marah nampak...ha ha ha!

Sudah la Mazli. Sabtu ni gua nak berbuka kat Shah Alam. Gua gi tempat lu boleh?

gayour said...

haa... bolehpun bagi salam. waalaikumsalam wahai encik azzam supardi.
lu nak buke puase kat manapun tak kisah asalkan dah masuk waktu bebuke!

Anonymous said...

Gua nak duit raya! DUit raya!

gayour said...

yo la! yo la! kecoh la lu mat!