BUKA PUASA 1
23 RAMADHAN 1428 HIJRAH
05 OKTOBER 2007
Acara masak-memasak dan persiapan untuk majlis ni dibuat pada sebelah petang dalam pukul tiga kat Surau Nurul Islah. Memang kebiasaan kalo ada majlis cam ni kitorang gotong-royong masak. Alaa... cam surau/masjid kat tempat korang gak. Tapi sekali sekali ada gak panggil catering yang buat kambing panggang dan masak kuzi. Kemas-kemas surau memang hari-hari buat, jadi tak ada masalah. Dah bersih dah. Petang ni kitorang masak! Yeahoooooo! Semangat gua datang nak potong bawang, halia, kentang… tapi sampai-sampai jer kena bungkus buah kurma la plak! Buah kurmapun buah kurma la.
Anak-anak yatim punye pasal, kalo chinta apa-apapun bleh aje!
Menu masakan utama kali ni tidak dibuat oleh chef kitorang iaitu encik Lamin, tapi oleh seorang sobat yang mengofer diri membawa sobat beliau seorang tukang masak berpengalaman dari Pakistan. Beliau mencadangkan menu masakan daging kambing/biri-biri dari Pakistan sebagai menu/lauk utama dalam majlis petang ni. Tak kisah. Gua belasah jer! Best gak dapat rase masakan daging kambing/biri-biri yang lain dari yang biase kita rasa. Menu ni dinamakan GULAI KAWAH MONGUL! Apa namapun tak kisah, janji lazat! Ni la rupe daging biri-biri yang baru dimasak. Nampak tak kepala biri-biri tu?
LEPAK
Sebahagian dari dari AJK sedang lepak sambil bergossip pasal tak ada kerje nak buat. Terutama encik chef utama kitorang, encik Lamin ( kiri ). Selalunye part masak-memasak ni beliau yang buat. Sibuk tak ingat! Arah sana arah sini. Tapi kali ni beliau duduk lepak pasal tugas beliau telah ' dirampas ' oleh tukang masak impot dari
SIBUK
Keadaan mula sibuk masa nak dekat Asar bila makanan-makanan lain yang dioder mula sampai. Selain masak lauk dan nasi, makanan tambahan lain turut dioder. AJK mula buat-buat sibuk melihat dan menghidu makanan-makanan yang baru sampai.
KUIH
Yang ni plak segala macam kuih muih yang dioder sebagai juadah buke puase dengan anak-anak yatim petang ni. Sebelah gua tu ialah AJK dan Ketua Pemuda Surau Nurul Islah, encik Fendi. Kelihatan kat belakang Tuan Haji Raman sedang mengusyar Bendahari surau supaya merasa sket kuih yang baru sampai.
OTAI
Ni la Tuan Haji Abdul Rahman yang masih berjiwa remaja walaupun beliau dah tahap otai. Beliau memaksa gua begambo dengan beliau dan memberi pose liar ni.. Entah laa…
KACAU
Gulai Kawah Mongul dah masak dah. Dia punyer aroma bau memang tak bleh tahan! Guapun apa lagi, amik pengacau dan eksyen amik gambo la. Apa lagi yang boleh dibuat selain amik gambo? Heh!
LAZAT
Ni la rupe daging/gulai kawah Mongul yang dah masak. Dia punye aroma… pergh! Tak sabo nak makan. Tak sama langsung dengan aroma masakan kawah cara kita yang biasa. Memang Mongul habis wa cakap lu! Kalo bau dah lazat, rase mesti la lazat. Nanti masa buke pause baru tau lazat ke tak masakan dari chef
TAZKIRAH
Gua sampai surau dalam pukul enam, rombongan Anak-anak Yatim dah selamat sampai. Sementara menunggu waktu berbuke dan bleh makan gulai kawah Mongul , Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin al Maliki* sedang memberikan sedikit tazkirah/peringatan ringkas mengenai satu peristiwa besar yang berlaku pada Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabat terawal yang memeluk Islam iaitu peristiwa PERANG BADAR yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Gua betul-betul lupa, lemah minda tak ingat langsung bila berlakunye! Lupa sesungguh-sungguhnye. Yang gua ingat ialah Bazar Ramadhan, solat sunat Tarawikh, buka puasa, niat puasa, tahu sumbat... Peristiwa besar dalam sejarah perkembangan Islam ni gua tak ingat! Teruk tul perangai!
* Tuan Guru memberi kuliah pengajian setiap minggu kat surau Nurul Islah.
BERSILA
Semua jamaah/kariah kelihatan sungguh girang gumbira menadah tangan
mengaminkan doa yang dibaca oleh Tuan Guru sebelum bebuke puase dengan
khyusuk dan semangatnye. Kami semua makan bersila atas tikar. Best betul bebuke puase ramai-ramai cam ni. Walau sempit dan berasak-asak. Tu yang best tu!
SELESA
Tetamu kehormat kami bebuka puase di tempat yang khas untuk mereka. Yang ni adalah Anak-anak Yatim lelaki. Sepatutnye kitorang join sekali dengan Anak-anak Yatim, Mualaf dan Tahfiz ni masa bebuke, baru bebuke puase bersama Anak-anak Yatim namanye. Boleh bertanye khabar. Tapi tak pe la, biar mereka selesa. Makan adik, makan!
Lepas solat Maghrib, sambung makan lagi. Tadi masa buke puase gua belasah sket jer gulai kawah Mongul tu, tapi kali ni gua belasah betul-betul. Harharhar! Tak de bagi chance punyer! Memang lazat tak ingat! Gua banyak ratah jer gulai tu. Tak makan yang lain. Sedap tul! Lazat sungguh! Puas hati gua. Dari siang tadi bedendam dengan gulai ni. Heheehe…
BALIK
Selesai solat sunat Tarawikh lapan rakaat, rombongan Anak-anak Yatimpun nak balik. Kelihatan Tuan Haji Raman ( kiri ) dan Tuan Imam Abdul Mutalib sedang bersiap-siap untuk bagi sumbangan majalah yang gua bawak tu dan menghantar anak-anak yatim ke bas.
SENYUM LA SKET
Tuan Haji Zainal ( ex pengerusi pertama Surau Nurul Islah ) sedang menyerahkan sumbangan majalah dari Karangkraf pada Anak-anak Yatim dari Institut Taufik Islami Jalan Kebun seblum berangkat pulang. Tadi sebelum Isyak masa gua sedang baeikkkk membelasah gulai kawah Mongul, acara penyerahan sedikit sumbangan yang dikumpul dari ahli Kariah telah disampaikan pada Pengetua rumah/sekolah ni kat dalam surau. Gua tak dapat nak join amik gambo pasal sedang sibuk berebut lauk gulai kawah Mongul dengan kengkawan yang memang kaki daging kambing. Kena plak kali ni menu masakan yang lain, lazat plak tu! Memang tak bangun. Heh! Terima kasih pada pihak Institut Taufik Islami, Jalan Kebun kerana sudi menerima pelawaan kami berbuka puase bersama kat surau kami. Moga betambah kerahmatan Allah pada kami penduduk Putra Heights. Biasenye dalam bulan Ramadhan ni hampir semua rumah/sekolah anak yatim HABIS DITEMPAH dan dibawa berbuke oleh penaja kat hotel atau restoran yang mewah, panggil reporter/photographer dan penyanyi untuk menghiburkan ( kononnye ) anak-anak yatim yang sedang berbuke puase pada waktu solat Maghrib! Pas tu ada acara penyerahan duit raye dan hadiah pada anak-anak yatim, bebaris ramai-ramai, amik gambo dan kemuncaknya plak acara penyerahan raplika cek sebesar daun pintu. Besoknye masuk suratkabo. Persatuan ini, persatuan itu menyumbangkan sedikit derma/sumbangan pada sekolah/rumah Anak Yatim. Hebat! Majlis kitorang ni tak buat cam tu, buat kat surau jer. Tak ada raplik cek besar pintu! InsyAllah , Ramadhan akan datang atau mungkin tak perlu tunggu Ramadhan untuk menjemput, merai dan menjamu Anak-anak Yatim di surau kami yang seadanya ni lagi! Sabar la wahai semua yang kehilangan tempat untuk bermanja, mengadu dan berkasih sayang…sabar dan senyumlah...
6 comments:
Salam,
Meriah. Terasa mesra sambutannya :)
Alah encik bro, apsal tak jemput org sekali, nak gak merasa kambing msak moghul tuh. udah la peberet org kambing. kambing tul hakhakhak....!
encik bro, nak duit raya gak ngan g3 pree leh dak huhuhuk..!!
cik kema
terima kasih wahai cik kema.
nur@ddeen
tau dah encik ni suke daging kambing. pasal tu la tak dijemput. nakot tak cukup. harharhar!
Your...
Selamat Hari Raya Aidil fitri.Mahap Zahir Batin...kalau ada salah silap aku waktu dolu dolu sampai la ni...aku cakap dulu sebab aku nak balik raya kat perlis 10 oct..bila raya ni maleh nak pegang PC...nak pegang mercun lak..
Kirim salam kat warga G3 yg kenal aku..niezam,padi..etc etc.
Enjoy Raya!! Bruder ...
Huh! He he he!
W'salam.
gandum
gua ampun dan maafkan segala salah dan silap lu selama ni wahai encik gandum. selamat dalam perjalanan dan selamat masa main mercun! yeahooo!
azzam supardi
apa ni azzam? main-main aa..
Post a Comment