Sunday, October 07, 2007

BUKA PUASA DUA

BUKA PUASA 2
26 RAMADHAN 1428 HIJRAH
08 OKTOBER 2007

Seperti tahun-tahun lepas, kitorang akan buat majlis bukak puase beramai-ramai kat luar. Tahun lepas kitorang join dengan team eBaca dan KLIK! Tapi kali ni team G3 saje buat sendiri pasal diorang ada program memasing. Tak kisah la janji kitorang punye majlis makan-makan berjaya dengan suksesnye kat restoran Big Plate pada 20 Ramadhan 1428H - 02 Oktober 2007 minggu lepas. Tahun 2005 dulu team G3 penah bukak puase kat sini. Tahun ni kami kembali. Nak tukar selera makan western food plak! HEH! So chekitdaut babeh!

KAMBING LAGI
Gua memang suke makan daging kambing. Orang kata bleh kene darah tinggi la,
kencing manis la, jantung belubang la, gestrik, pening la, gout la dan segala macam lagi. Tapi alhamdulillah, gua diberi kesihatan yang baik bleh menikmati kelazatan daging kambing… jadi steak kambing menjadi pilihan tegar gua tanpa kompromi untuk buka puase hari ni. Maklum la bukak puase kat restoran western food. Segelas air suam dan beberapa hirisan buah-buahan impot termasuk agar-agar untuk pusingan pertama HEH! Buah kurma yang menjadi sunnah Rasulullah S.A.W. untuk berbuka tidak disediakan plak. Leceh tul la!

BARU RASA
Ini adalah rombongan nampak terer tapi sesat sampai ke USJ semasa mencari tempat ni. Teruk sangat aibnye tu Padi! Walau bagaimanapun, encik Padi dan encik Amang jugak bernafsu rakus pada steak kambing seperti gua. “ Ni baru rase ni, blum makan betul-betul lagi ” tegas encik Padi sambil menjeling makanan yang lain. Tengok pipi Padipun dah tau berapa banyak steak yang beliau bleh simpan kat dalam pipi tu. Heee... Lantak kat lu la Padi. “ Lu makan la takat mana lu larat! “ ujar gua pada beliau.

LANTAK LA
Ini la Team Illustrasi/G3 yang dapat join pada hari tu. Ada dua tiga orang tak dapat join. Semua dah mengambil makanan memasing tanpa rasa kesal dengan pilihan yang telah dibuat dan menunggu saat jer untuk mengap makanan yang telah terhidang!. Encik Mazlan ( yang berlikau kat kiri sekali tu ) amik nasi sebagai pembuka puase beliau. “ Apa ni Lan, makan la bende lain dulu. Pas tu nanti baru la makan nasi “ tegas gua. Tapi beliau tak layan. Tetap nak makan nasi gak. Lantak lu la! Tekak memasing.

PRESTASI BURUK!
Ni la keadaan meja lepas ( Maghrib ) habis round pertama dan terakhir setelah masing-masing membelasah steak kambing, ikan bakar, ayam bakar, nasi campur, spageti, sate ayam, agar-agar, kek, buah, air sirap bandung dan ais krim! Ya ada ais krim. Semua dah kenyang tak ingat. Tapi Padi kelihatan tak berapa puas hati dengan prestasi nafsu serakah beliau pada kali ni walaupun nampak sukar nak bernafas! Tengok tu beliau sedang berfikir nak belasah apa plak lagi pas
ni atau apa nak jadi plak pas ni?

JANGAN LUPA
Gua cuba menasihati dan mengingatkan encik Padi supaya ingat kat kengkawan ( iaitu gua ) sekali kalo beliau nak pegi ambik steak kambing lagi. Amik lebih sket Padi. Heh! Memang besar hikmahnye bila kita makan berjemaah ni. Bila ramai-ramai ( kena plak dengan awek ) kita pasti akan merasa segan atau malu nak makan lebih-lebih atau banyak dari kebiasaan. Kontrol la kononnye! Tapi kalo makan sensorang, pasti habis
licin kita kerjakan! Kucingpun tak merasa nak makan tulang/sisa makanan! Rakus sungguh!

SAYANGI LA DIRI BELIAU
Akhirnya beliau membatalkan niat murni beliau nak amik steak kambing bila A’an menyuapkan air tea O pada beliau setelah mendengar cerita Jamb pasal penyakit gout yang dideritai oleh orang kampung beliau ( Jamb ) kalo makan daging kambing banyak sangat! Dengar tu Padi… jangan ikut nafsu sangat. Kesihatan tu kena jaga gak! Jelas terpancar keikhlasan di wajah A'an yang menyuapkan air tea O dan jelas kelihatan keinsafan dan keceriaan di wajah encik Padi untuk menyedutnya! Mesra sungguh!

BERSAMA SELAMANYA 1
Jamb dan Bella ( merah saga ) kelihatan sungguh mesra dan gembira sekali semenjak kat opis, seblum bukak puase sampai la orang nak tutup kedai. Tak tau apasal kedua pakcik ni begitu mesra sekali sejak bulan Ramadhan ni. Ke mana pergi mesti bersama. Bagus la korang dah jadi kawan baik. Harap bekekalan. Sorang orang Tok Kenali, sorang orang Tok Gajah. Kena sangat dah tu. Didoakan moga berbahagia. Hehehee…

BERSAMA SELAMANYA 2
Memang besepah-sepah diorang ni duduk bila dah kenyang. Tadi encik Lan ( grafik G3 ) tu kat mana ntah, tetiba ada kat belah si Faiz plak ( tengah- digital colorist ) dan Aguri
( wartawan/penulis kreatif ) dengan gaya layan bluesnye kat belah kanan tu yang juga merupakan member sekepala Faiz memakai jeket wind breaker dari pagi sampai la balik rumah tak bukak-bukak! Tak kira la air cond kat opis rosak ker, lambat on ker, diorang bedua ni tetap tak akan bukak jeket! Korang tengok la tu, jeket yang diorang pakai tu sejak mula pakai dari rumah pagi tadi sampai la balik ke rumah nanti baru diorang bukak ! Lantak korang la!

ARGHHHH!
Emmmm…slrup!slrup! yummyummy! Tadi diorang belasah ais krim, skang giliran gua plak. Dalam perjalanan pulang, gua batuk tak ingat sampai nak kuar semua organ kat dada gua! ARGHHHH! Tu la akibatnye kalo rakus sangat makan semua bende temasuk ais krim yang tersangat la lazatnye tapi tersangat la mengazabkan ni!

9 comments:

Cik Kema said...

Yummy! Yummy!

Big Plate on the way ke Kg Melayu Subang kan?

Nak pi la lepas raya ni ;)

Azzam Supardi said...

He he! Nyam! Nyam! Burp! Hah!

Salamu'alaik.

blackpurple @ jowopinter said...

Wah! wah! Suka kambing rupanya...Saya kambing tak makan, tapi kalau ais kerim itu memang tak tolak!

Salam Idul Fitri. Minal Aidzin Wal Faizin. Maaf Zahir & Batin bro'.

ixora said...

selamat hari raya...

FaizalMukhtar said...

ni apahal aku tak dapat jemputan ni???!

M1N4M1 said...

alamak bro..lu makan aiskrim buat gua leleh la..

theMysterious said...

selamat hari Ghayour Bro Gayour...

::mysterious::
MiSTERiaidilfitri

Azzam Supardi said...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Semoga Ramadhan yang kita lalui mendapat kebarkatan dan Syawal yang tiba dipenuhi kesyukuran.

gayour said...

cik kema
ya. lupa plak nak promo alamat kedai tu. elok la pegi. bawak mak sekali. hee...

azzam supardi
apa ni azzam supardi? main-main aaa..

blackpurple
Rasulullah S.A.W. bela kambing dan suka kambing, pasal tu la gua suke kambing. heh!
terima kasih. selamat hari raya, maaf zahir dan batin wahai sobat!

ixora
terima kasih. selamat hari raya.

faizal
habih tu lu bukak puase kat summit la, kat klia la, lu tak ajak guapun. hah! sekarang rasain lu!

m1n4m1
haha! makan aiskrim memamg la meleleh! emmm...yumyummy! hari ni bleh la bukak puase makan aiskrim.

themysterious
terima kasih. selamat hari raya gak pada encik misteri.

azzam supardi
terima kasih yo la. selamat hari raya maaf zahir dan batin wahai encik azzam supardi