BADAR AL KUBRA – PART 1 OF 4
26 RAMADHAN 1428 HIJRAH
08 OKTOBER 2007
Hari tu masa majlis buka puase dengan anak-anak yatim dari Institut Taufik Islami, Jalan Kebun, Kelang, Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin telah mengingatkan pada satu peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan dalam sejarah pekembangan Islam. Dulu masa sekolah dalam matapelajaran Agama Islam ada la belajar pasal Perang Badar, Perang Uhud secara ringkas. Memang tak ingat dah betapa penting dan besarnya peristiwa ini pada kita orang Islam. Belajar pasal nak lulus peksa! Seronok dan teruja la rasa di hati nak menyampaikan plak apa yang telah disampaikan pada petang seblum buka puase tu pada semua sahabat yang dikasihi mengenai peristiwa
BADAR AL KUBRA ni.
“ Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangann Badar, sedang kamu berkeadaan lemah ( kerana kamu sikit bilangannya dan kekurangan alat perang ). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur ( akan kemenangan itu ). ( Ingatlah wahai Muhammad ) ketika kamu berkata kepada orang-orang yang beriman ( untuk menguatkan semangat mereka ): “ Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?” Bahkan ( mencukupi dalam masa itu ) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka ( musuh ) datang menyerang kamu dengan serta merta, nescaya Allah membantu kamu dengan
Aali Imran: 123-127
Semua peristiwa yang berlaku seperti Futuhaat ( Pembukaan Negara-Negara Islam ), kemenangan-kemenangan yang dicapai dalam peperangan, negara dan kerajaan yang berjaya ditegakkan selepas itu semuanya benar-benar terhutang budi dengan kemenangan gilang gemilang yang diperolehi di
“ Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami ( Muhammad ) di hari al Furqan ( Hari Pemisah ), iaitu di hari bertemunya dua pasukan tentera ( Islam dan kafir di medan Perang Badar ).“
Al Anfaal:41
No comments:
Post a Comment