Friday, October 19, 2007

THE GREAT MISCONCEPTION...

SHOOTING STAR
10 SYAWAL 1428HIJRAH - 22 OKTOBER 2007

Selain dari berpeluang kacau bubur lambok, gua gak rupenye berpeluang jadi Film Star
( ye ker? ) tanpa diduga, tanpa disangka pada 28 Ramadhan 1428 Hijrah/10 Okt 2007 yang lalu betempat kat Karangkraf ni, telah berlaku penggambaran satu rancangan kanak-kanak yang bertajuk ' KRAYON ' usahasama antara RTM dan MediCorp dengan gua sekali yang akan ditayangkan kat RTM 1 setiap Ahad mulai bulan Januari tahun depan bermula pada pukul 11.05 pagi ( tak tau la kalo ada perubahan plak nanti… ) Gua adalah STAR dalam rancangan kanak-kanak ni. Mula-mula gua ingatkan belakon untuk filem, rupenye untuk rancangan kanak-kanak… uuuuu…uuuuu…. Ah! Tak kisah la, janji belakon! HEH!

HEROIN
Ni la dua pelakon HEROIN dalam rancangan KRAYON tu yang bermati-matian berebutkan gua. Sabar dik sabar.. jangan gaduh-gaduh! HEH! Nampak jer diorang tu comel dan innocent, sebenarnye GANAS! Sori. gua tak ingat nama kedua anak yang comel ni. Lemah minda tul!

TEGAR
Encik kameraman sedang mengadjust sudut yang baiekkk seblum memulakan penggambaran kat department Illustrasi. Alamak! Lupa plak nak cakap pasal penggambaran ni. Dalam rancangan/episod KRAYON kali ni, dua kanak-kanak comel tu datang ke studio kitorang kononnye nak tau pasal cara melukis/mewarna kartun cara MANUAL. Siapa lagi yang masih tegar setia meneruskan, menggunakan, mempraktikkan, memperjuangkan dan mengamalkan ilmu melukis kartun cara MANUAL kat dept Illustrasi ni selain dari gua!

PENTING
Kerana ketegaran gua tu la gua dipilih sebagai HERO dalam episod kali ni. HEH! Bagus gak! Biar semua anak-anak yang menonton siri ni nanti tahu akan kepentingan menguasai ilmu melukis/mewarna secara MANUAL. Inilah perkara ASAS yang paling PENTING untuk diketahui dan dikuasai untuk menjadi seorang kartunis/pelukis yang hebat dan beriman! Yeah! Pas tu nak belajar mewarna/melukis menggunakan komputer/digitalpun tak ada masalah.

SEDUT
Dalam penggambaran ni, kedua heroin dibawa melawat ke seluruh dept Illustrasi, bekenalan dengan semua pakcik-pakcik yang ada dan diperkenalkan dengan cara baru melukis dan mewarna iaitu menggunakan komputer/digital seperti yang ditunjukkan oleh pakcik Padi tu. “ Ini cara baru yang orang gunakan sekarang adik manisss. Orang tak buat lagi cara purba cam yang pakcik Gayour tu buat! Tu primitif ketinggalan zaman! “ tegas Padi dengan niat ingin mengorat heroin cerita ni. Bedebah sungguh pakcik Padi ni! Tetekan tul gua, gua yang ajar pakcik Padi ni melukis/mewarna menggunakan photoshop, tapi skang ni beliau plak yang lebih-lebih terer dari gua! Siap kondem gua sekali kat depan awek-awek cun ni! Skang ni kalo gua nak mewarna dengan photoshop, gua tepaksa tanya kat anak murid gua ni balik pasal ilmu gua dah habis beliau sedut.
Nak wat cane?

SERONOK
Ini ialah bahagian yang paling PENTING seperti yang gua cakap tadi. Gua menunjukkan cara melakar, melukis dan mewarna secara MANUAL pada kedua heroin yang jelas lebih teruja dengan cara PRIMITIF dan PURBA ni bebanding cara digital yang ditujukkkan oleh pakcik Padi tadi. HEH! Baru kedua heroin ni tau akan kehebatan MANUAL! Kalo tak ada ideapun tak apa, lakar saja apa yang telintas kat kepala hotak dan berseronoklah melakukannya! Seperti yang adik buat kat sekolah, abangpun buat cara yang sama, melukis menggunakan tangan sejak dari sekolah dulu hingga la ke hari ini. Rajin-rajin buat latihan melukis. Percayalah dengan kebolehan tangan yang dianugerahkan oleh Allah ni. Guna, jaga dan sayangilah beliau sebaiknya.

PELIK
Gua teringat satu kata-kata dari seorang tokoh yang hebat pada zaman dahulu. Tak ingat dan lupa langsung siapakan nama beliau. Satu hari beliau telah dijemput oleh Sultan/Raja/Menteri/Pembesar/ADUN/Haji Bakhil/Orang Kaya Ali Baba Bujang Lapuk/Ismet Ulam Raja/Siddiq Sigaraga Saudagar Barang-Barang Purba ( mana satu ntah… lemah tul! ) dalam satu majlis makan-makan. Tokoh hebat ni diraikan untuk makan bersama dengan Sultan dan pembesar-pembesar yang lain. Semasa nak makan, beliau meletakkan sudu dan garfu di sisi pinggan dan makan dengan menggunakan tangan/jari beliau. Sultan/Raja/Pembesar/Orang Kaya Kassim Baba Bujang Lapok merasa sangat pelik melihat pelakuan tokoh tersebut dan lantas bertanya….


KONGSI
Penggambaran tidak berlangsung lama. Kejab jer. Maklum la hero dan heroinnye adalah pelakon pro walaupun sedang berpuasa. Tak buat salah langsung. PERFECT TEN! HEH! Sebenarnya ada banyak yang ingin gua beri dan kongsi pada semua adik-adik dan orang-orang tua yang akan melihat rancangan ni nanti mengenai kepentingan untuk MEMPELAJARI, MEMAHAMI, MENGUASAI dan MENGAMALKAN semua ilmu melukis dan mewarna cara MANUAL ni. Biar semua tahu akan kepentingannya. Tak apalah, ini bukan rancangan gua. Gua hanya dipinjam sekejab saja untuk memenuhi segmen yang telah dirancang/disusun dalam KRAYON ni. Takkan nak lebih-lebih plak. Syukur la. Dapat sketpun tak apa. Kalo korang nak tengok lakunan kaku, lemah, tak bermaya, tak ada feel ( maklum la puasee.. ) pelakon-pelakon badut yang lain cam Padi dan lakonan hebat gua yang penuh emosi dan perasaan dalam siri yang memfokuskan kanak-kanak pra sekolah dalam lingkungan umur antara 3 hingga 6 tahun ni nanti, pandai-pandai korang la cane nak tengok ya. Heee…

“…. Kenapa Tuan makan dengan tangan. Kenapa tidak menggunakan sudu dan garfu yang disediakan?” Tokoh hebat tersenyum dan berkata “ saya lebih percaya dengan kebersihan tangan saya!”

SHOOTING STAR ( album STRAIGHT SHOOTER -1975 ) adalah sebuah lagu hebat dari band SUPERGROUP ROCK 70an iaitu BAD COMPANY yang mengisahkan kejayaan seorang ROCK STAR bernama Johnny yang akhirnya membunuh diri. Sama seperti kisah Jonathan Steel yang juga seorang ROCK STAR yang lebih tragis kisahnya melalui lagu THE GREAT MISCONCEPTION OF ME ( ALBUM THE CRIMSON IDOL - 1992 ) dari kumpulan W.A.S.P. yang membunuh diri dengan menggantung diri menggunakan tali gitar di atas pentas. Korang yang mendengar semua jenis muzik mesti tahu dan penah dengar lagu nikan. HEH!


"... Johnny died one night, died in his bed, bottle of whiskey,
sleeping tablets by his head.
Johnny's life passed him by like a warm summer day,
if you listen to the wind you can hear him play

Oh oh oh... Don't you know that you are a shooting star,
dont't you know, yeah, don't you know,
don't you know that you are a shooting star... ''
SHOOTING STAR

''...Jonathan to all
Living in the limelight little did I know
I was dying in the shadows and the mirror was my soul
It was all I ever wanted, everything I dreamed
But the dream became my nightmare and no-one could hear me scream
With these six-strings, I make a noose
To take my life, it's time to choose
The headlines read of my suicide, of my suicide

Jonathan to all
No love, to shelter me, only love
Love set me free
No love, to shelter me, only love
Love set me free..."
THE GREAT MISCONCEPTION OF ME

THE ULTIMATE ROCK N' ROLL SUICIDE!

12 comments:

Gandum said...

Bro... banyak makan lomang?

KRAYON adalah rancangan kanak kanak kat Singapore..ala ala HI-5 gitu...

Bole la aku tgk wajah kau tu kat sini
nanti.

gayour said...

yeah! tapi KRAYON ni untuk version malaysia tanah airku daa..

Gandum said...

Buahkormak..

..untuk negaraku gemilang ker?...isk isk isk hampa la teman...

Azzam Supardi said...

Encik Mazli Ibrahim, ada satu cerita dari band SIXX:am. Gua lupa tajuk dia. Kisah dia pasal kealpaan band rock (Motley Crue) yang terjebak dalam kancah dadah. Akhirnya keempat-empat anggotanya membawa haluan masing-masing.

Band SIXX:am ditubuhkan oleh guitarist Motley Crue - Nikki Sixx.

Moralnya : Jauhi dadah kalau nak jadi ROCK STAR!

- Krayon ek? Best tuuuu!

gayour said...

gandum
datang ke johor kalo nak tengok rancangan tu nanti yee...

azzam supardi
apa lu cite ni encik azzam supardi? gua cerita pasal bunuh diri bukan isap dadah! aduu laa...

nUr@dDeEn said...

Woah! Encik dah jadik shooting star ..er..silap.. superstar. Diorang tak nak amik pelakon pembantu ke? hek hek hek ..

Gambo ari raya tak dak ka, Encik Mazli hek hek hek ..

Nak duwit raya, nak duwit raya, nakkk, nakkkkk .. huawaaawaaaa..!!

Azzam Supardi said...

Mmuahahahahaha!

gayour said...

nur@ddeen
yeah! jangan tak tau... gua dah jadi SHOOTING STAR skang...saksikan lakonan hebat gua dalam rancangan kanak-kanak pra sekolah kat tv nanti ye.uuuu...uuuu... tak banyak amik gambo masa raye. ade la satuduatigaempat... nak masukkanpun segan. tak cukup duwit raye nak bagi la plak!lain kali la yer! heh!

azzam supardi
main-main aaa... memang gua tumbuk perut lu nanti encik azzam supardi!

nUr@dDeEn said...

Bila nak kluar lakonan menyentap ENcik Shooting Star kita neh? Pukul berapa? berapa menet, heh? bape aribulan? sape crook nyer?

Heh! Lu utang gua duwit raya gua tuntut tawun depan ar, bro hak hak hak ...! Kejam sungguh gue ini muahahahahahargh!!

blackpurple @ jowopinter said...

Cayalah bro'! Tahniah!

Tak boleh cari makanlah Rosyam Nor lepas ni...

Serunai Faqir aka SF said...

aiyooo raya lagi ke mamat ni? hehehe

gayour said...

nur@ddeen
tahun 2008, bulan satu, hari sabtu/ahad, pukul 11.05 pagi. jangan ke mana-mana masa tu aa...

blackpurple
alaa... tak la hebat manapun. rancangan kanak-kanak blum sekolah jer!

serunai faqir
raye hapenye. dah kerje dah! lu pun dah berubah jadi pengikut black metal lepas raye!