Thursday, October 18, 2007

BADAR AL KUBRA PART 2

BADAR AL KUBRA - PART 2 OF 4
07 SYAWAL 1428HIJRAH 19 OKTOBER 2007

Kita ikuti sambungan bahagian kedua kisah PERANG BADAR yang dilupakan, tak tahu, tak ingat, hilang dalam ingatan, lemah minda dan segala macam lagi sebab dan alasan bagaimana perang ini boleh terjadi dalam 17 Ramadhan pada tahun 2 Hijrah. Begini kisahnye wahai semua sahabat....

Di antara cerita/khabar yang menceritakan mengenai peperangan ini ialah Rasulullah S.A.W. telah mendapat berita bahawa Abu Sufyan ibn Harb sedang dalam perjalanan kembali dari Syam ( Syria ) bersama kafilah Quraisy yang besar dengan membawa harta-harta dan barang-barang dagangan kaum Quraisy untuk pulang ke Makkah. Ketika itu suasana peperangan sedang berlaku di antara kaum Muslimin dan musyrikin Quraisy. Pihak musyrikin Quraisy tidak henti-henti melancarkan serangan ke atas orang-orang Islam dan sering menghalang, mengganggu dan menyulitkan urusan dakwah Islam. Mereka telah membelanjakan harta-harta mereka dan segala yang mereka miliki sama ada tenaga dan senjata untuk memerangi Islam dan melemahkan kekuatan umat Islam sehinggalah pahlawan mereka sampai ke sempadan-sempadan Madinah dan padang-padang gembalaan orang Islam.

Abu Sufyan merupaka seorang musyrikin yang paling kuat menentang dan memusuhi Rasulullah S.A.W. dan Islam. Apabila Rasulullah S.A.W. mendengar akan berita kepulangan rombongan Abu Sufyan ke Makkah dari Syam dan beliau menjadi ketua pada rombongan perdagangan tersebut, dengan segera Baginda S.A.W. menghimpunkan satu pasukan tentera yang cukup kuat bertujuan untuk menyekat/menghalang sebuah kafilah perdagangan. Seruan Rasulullah S.A.W itu bukan bertujuan untuk melancarkan peperangan!

Apabila berita mengenai rancangan/tujuan Rasulullah S.A.W. tersebut sampai ke pengetahuan Abu Sufyan, beliau lantas menghantar utusan ke Makkah untuk mendapatkan pertolongan dari orang-orang Quraisy untuk mendapatkan perlindungan dan mempertahankan rombongan perdagangan yang diketuainya dari sekatan/serangan orang-orang Islam yang sedang menuju ke arahnya.

Apabila utusan untuk mendapatkan bantuan itu sampai ke Makkah, merekapun bersungguh dan segera pergi dengan sebuah psukan tentera yang sangat besar, kuat dan lengkap bersenjata tanpa seorangpun pembesar Quraisy yang terkecuali menyertainya. Kabilah-kabilah Arab yang berada di Makkah yang memang membenci dan memusuhi Rasulullah S.A.W. dan Islam bersatu hati dan bergabung tenaga tanpa tinggal seorangpun dari suku-suku kaum Quraisy di Makkah melainkan sedikit sahaja. Ini merupakan masa dan peluang yang terbaik untuk mereka menghapuskan Rasulullah S.A.W., menganyang umat Islam dan melenyapkan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. sekali gus! Meraka pergi dengan semangat yang berkobar-kobar , penuh dengan kebencian, kemarahan dan dendam kesumat!

Rasullulah S.A.W. telah keluar mengetuai angkatan tentera Islam dengan kekuatan seramai 313 orang untuk menghadapi tentera kafir musyrikin yang mempunyai kekuatan lebih dari 1000 orang yang lengkap bersenjata, kuda dan unta. Sedangkan tentera Islam hanya mempunyai dua ekor kuda dan tujuh puluh ekor unta yang ditunggangi secara bergilir-gilir oleh dua atau tiga orang dalam sesuatu masa. Masa ni tidak ada perbezaan taraf di antara tentera-tentera Islam yang keluar ke medan Badar sama ada dari golongan kaya, miskin, tentera atau panglima tentera. Turut bersama Rasulullah S.A.W. ialah Saidina Abu Bakar As Siddiq R.A. dan Saidina Umar Al Khattab R.A. dan sahabat-sahabat besar yang lain. Baginda S.A.W. telah menyerahkan panji-panji peperangan kepada Saidina Mus’ab ibn Umair R.A., manakala bendera kaum Muhajirin diserahkan kepapa Saidina Ali ibn Abi Talib untuk memegangnya dan bendera kaum Ansar pula dipegang oleh Saidina Sa’ad ibn Mu’az R.A.

Apabila Abu Sufyan mendengar bahawa kaum Muslimin telah keluar untuk menghalangnya, maka secara senyap-senyap dia telah menukar haluan dengan mengambil jalan persisiran pantai untuk mengelakkan dari bertembung dengan tentera Muslimin. Setelah merasakan bahawa rombongan yang diketuainya telah berjaya melepaskan diri dan barang dagangannya terselamat, diapun lantas menulis sepucuk surat kepada pasukan kaum Quraisy yang berbunyi
“ Kembalilah kelian kerana sesungguhnya kelian keluar hanyalah untuk
manyelamatkan kafilah-kafilah dagangan kelian.”
Setelah mendapat surat tersebut, pada mulanya mereka bersetuju untuk kembali pulang. Akan tetapi Abu Jahal enggan pulang melainkan setelah berperang. Ketika itu tentera Quraisy adalah lebih dari 1000 orang bilangannya dari berbagai kaum dan kabilah yang terdiri dari panglima-panglima perang, pembesar-pembesar, ketua-ketua kabilah, tentera berkuda yang lengkap bersenjata dan para pahlawan yang gagah dan kuat. Abu Jahal merasakan adalah rugi/sia-sia untuk berundur pulang kerana pada masa itu mereka adalah cukup kuat untuk menghancurkan umat Islam!
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud;

“ Lihatlah, sesungguhnya Makkah telah datang dengan seluruh kekuatanya.”

Pada malam sebelum berlakunya peperangan Badar ini, Allah telah menurunkan hujan yang sangat lebat yang menyukarkan tentera kaum musyrikin dan menghalang/membantutkan kemaraan mereka. Sedangkan pada kaum Muslimin, hujan itu merupakan rahmat yang menguntungkan kerana mereka berada di tanah yang keras berpasir. Ini menyebabkan pergerakan dan langkah kaki mereka lebih kuat, mantap dan hati mereka menjadi makin berani dan bersemangat!
Allah berfirman yang bermaksud;

“ Dan ( ingatlah ketika ) Allah menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian ( kamu di medan perjuangan ).” Al Anfaal:11

BERSAMBUNG…. peperangan tercetus pada bahagian KETIGA nanti.

3 comments:

mimizuzuhaha said...

hujan tu satu rahmat

Rasha_rz said...

Wah,lengkap cerita sejarah perjuangan Rasullullah tu. Tak sabar nak tunggu sambungannya. tahniah. tapi kenapa rambut tu.... sorry. tunggu sambungan komen saya

gayour said...

m1n4m1
betul tu. dulu masa kecik2 gua suka mandi hujan dan main bola sepak dalam hujan kat padang sawah! yeahoooooo!

rasha_rz
hair today gone tomorrow!