MAJLIS MESRA AIDILFITRI 1
04 ZULKAEDAH 1428 HIJRAH - 14 NOV 2007
Antara kuih muih yang dibuat, dibawa dan ditempah untuk dibelasah pagi tu!
Ini rezeki gua pagi tu. Nampak kemas, tersusun, berkhasiat, seimbang dan mengikut piramid makanan sungguhkan? Heh!
Nak komen apapun tak tau pasal aksi rakus cam ni. Dah majlis makan-makan, kena la makan ye tak? Padi ( tengah ) memang tak membuang masa untuk membelasah, termasuk A’an ( kiri ). Hanya gua jer yang sangat sopan, berakhlak mulia dan tertip sekali menghadap makanan. Sedang baca doa/bismillah dalam hati la tu. Heh!
MAJLIS MESRA AIDILFITRI
KELAB SUKAN KARANGKRAF
Sampai-sampai jer gua trus jadi tak keruan bila nampak kambing panggang! Apa lagi ambik gambo la seblum gua makan beliau! Heh! Tak sangka tul dari bulan Ramadhan dulu sampai ke bulan Syawal ni, murah tul rezeki gua boleh makan daging kambing dalam bebagai jenis masakan kat majlis makan-makan cam ni termasuk dalam majlis marhaban dari rumah ke rumah kat tempat gua! Alhamdulillah. Dulu gua memang jarang makan daging kambing kerana tidak dipekenalkan, tidak disuruh, diberi dan lebih teruk dikata macam-macam yang tak baik pasal daging kambing... Maklumat/cerita cam ni yang banyak gua dengar dan dapat dari warga emas terutamanya. Apasal ek?
MAKAN JER!
Bila selalu sangat gua dengar cerita yang tak baik pasal ' keburukan ' daging kambing membuatkan gua tak selera, nakot dan tak pasal-pasal benci kat masakan daging kambing. Ia umpama virus kejam yang mesti dijauhi! Ini perasaan/tanggapan yang bebar-benar gua alami selama ini sebelum jatuh cinta sepenuhnya pada masakan daging kambing! Memang kat mana-mana fanatik daging kambing ramai tak ingat! Termasuk dalam majlis ni. Semua berebut dan beratur panjang nak makan daging kambing termasuk sate yang menjadi kegemaran seluruh rakyat
SAYA TAK MAKAN!
Bukan salah daging kambing kalo penyakit itu dan ini menimpa kita. Memang makanan/perut merupakan punca pada segala penyakit! Jadi kena kawal la makanan kalo nak sihat, nak slim, nak comel lote! Jangan salahkan daging kambing! Kalo kita tak makan jangan halang orang nak makan. Jangan kata daging kambing itu tak baik, bisa la, bahaya la, angin la, itu la, ini la… Seolah ianya HARAM tidak boleh dimakan dan menyebabkan kita mendapat sakit. Sedangkan ia adalah HALAL dan mempunyai kelebihan/khasiat tertentu. Kata saja “ saya tak makan “. Orang akan faham. Jangan nak mengarut kata macam-macam hanya kerana kita tak boleh menikmatinya kerana penyakit tertentu yang dihadapi. Kita yang berpenyakit yang kena perpantang tak makan, bukan menghalang orang lain yang nak menikmatinya seperti gua yang tepaksa beratur pasal tadi tu gatai ambik gambo! ARGHH!
Akhirnye berjaya gak gua mendapat daging kambing yang menjadi pojaan hatiku setelah beratur panjang! Yeahoooo! Pedulikan makanan yang lain. Kendian-kendian bleh makan. Lagipun mesti lambat abis punyer makanan yang lain tu. Daging kambing panggang ni jangan dibiarkan... habih kena belasah orang nanti! Lihat la daging kambing panggangku… sedapkan? Heee… Gua ingat bleh makan dengan tenang tapi rakus daging kambing ni sensorang, rupenye kena pow oleh encik Padi dengan Jamb yang berabdoment besar! Uuu…uuu… silap duduk dengan diorang… uuu..uu..
RAKUS
Akhirnya hanya banyak ni jer yang tinggal untuk gua setelah difaraihkan pada sobat-sobat yang lain. Ingatkan kena pow dengan Padi dengan Jamb jer, Amang, encik Lan pun pow gua gak! Uuu..uuuu… Amang tak cukup pow daging kambing gua, beliau pow sate Aguri gak! Rakus tul pak cik sorang ni!
AH, TIPU!
Jangan tetipu dengan signboard kat lori tu. Sebenarnya diorang beratur ni bukan nak amik cendol atau rojak, tapi beratur nak amik kuey tiow yang sedang digoreng! Penipu sungguh signboard tu! Lagi satu yang gua konfius.. sebenarnya siapa nama sebenar tuan punyer lori ni, encik Rojak, encik Karim atau encik Cendol? Atau nama sebenarnya Karim Cendol yang menjual rojak atau Rojak Karim yang menjual cendol! Mana satu yang betul ni? ARGHHHH! Lantak korang yang bebaris la kena tipu!
SABO LA SKET!
Ha ni baru lori yang betul-betul menyediakan cendol. Yang tadi tu penipu! Nasib korang la kena tipu! Kelihatan encik Padi dan Jamb dah tak nyempat-nyempat sangat dah menunggu cendol yang dioder.
KENAPA YE?
Selamat minum cendol sebagai penutup acara makan-makan pada tahun ini. Kalo bleh tahun depan oder la kambing dalam
Kenapa kebanyakan rasul menjadi gembala kambing ek? Sapa tahu apa sebab, kelebihan, hikmah yang tersembunyi….
9 comments:
KAMBING??
Woargh!! Aku sukak! Aku sukak! Sapa cakap daging kambing bawak penyakit? Kalo tak makan yg jadik penyakit. Sakit gastrik tau! Hak hak hak!
Uh, sudah meleleh air liur gue la bro. nak pi beli daging kambing kat kedai mamak je lah. Chiow!
bercakap pasal kambing, gua pun kena masalah yg sama sejak kecik2. jgn makan kambing, kambing bawa penyakit, kambing dagingnya berbau and etc. sebenarnya org Malaysia yg silap, kambing aje buat kari, masak taruk santan lagi, sembelih kambing yg jahat, bukan biri-biri. gua lepak di Jordan dalam 6 tahun,selepas tahun ke-2 aje,gua baru diperkenalkan dengan masakan kambing.aduhai lu bayangkan 2 tahun yang sia-sia asyik makan ayam panggang, gua rasa macam nak repeat balik 2 tahun itu. Arab ada banyak masakan kambing,yang sekaligus membunuh mitos2 mengenai kambing yang gua dengar sejak kecik.ia selamat,sedap dan berkhasiat.kena pulak dengan cara masaknya.weeehoooo sekarang gua memang pencinta kambing...sebagai makanan lah. btw, last week gua pegi open house yg paling akhir, gua dan 3 adik ipar lelaki, membelasah seekor kambing bakar sampai encik katering tu terpaksa potong satu peha untuk simpan bagi tuan rumah. gua sangat bertuah, orang lain seme nak kejar sate. apa punya turr...
Nampaknya Orang Kampung Balun tu...balun sakan nampak...hehehe
Kambing adalah makanan kegemaran Rasullulah....
Masa aku kat Makkah n Madinah..Kambing lah makanan pujaanku..makan kebab beb dengan Kambing panggang...perghhhhh..asyikkk
nur@ddeen
tapi jangan terover makan plak... comfirm dapat penyakit!
babazahra'
dulu bila orang sembelih biri-biri orang kata kambing. leceh tul! guapun konfius.. kambing ker, biri-biri yang gua makan ni. kan lain antara kambing dengan biri-biri. kalo kambing yang bejanggut tu memang dinakoti sangat oleh orang tua dan yang ada masalah! alhamdulillah, cam lu... kita sama-sama bleh belasah daging kambing. yeahoooo!
gandum
mari makan daging kambing/biri-biri dengan rakus!
tu la..kalo tak bleh makan, diam-diam dah la kan?...;-)
p/s: kalo brader pegi kazakhstan mmg puas makan kambing. dorang kat sana suke bebeno taruk kambing dlm masakan hari2 diorang.
kambing licin kemain jahat .habis pokok lado kono makan.camno baiklah pagar rumah tu...lopaih yo dio masuk.
kepala kambing yang telah dibelah,diikat semula dengan taliperutnya yang sudah dibersihkan,,,dimasak kari...
pergh! spital pilah la lopaih tu!
nadia
tak payah pegi gohegostan, hindustan, setan, kazakhstan kalo nak makan daging kambing, kat sinipun bleh. heh!
j or ji
apo buruk/polik bona namo ekau ni. lantak kek kau la! memang jenih kambing ni bogek/bega tak ingat. ghumput banyak kek topi jalan tu, dio tekinyam dongan pokok bungo taik ayam dan lado kek dalam poghak gak. omat akal den dibuek eh! dah tau tak buleh mengketedaghah daging kambing, yang gatal makan tu buek apo. memang spital pilah la jawap eh! haha!
osah pokek eh slang sampai terpakso den mengijo sesatu...
syik s
bukan pokek tapi pokat wahai encik syik s. timo kasih banyak-banyak yo la sudi singgah nengok blog den.
Post a Comment