Wednesday, November 14, 2007

SATUDUATIGAEMPATLIMA....

MARI MENGIRA KAMBING!
05 ZULKAEDAH 1428 HIJRAH 15 NOVEMBER 2007

Dalam drama APA YANG AKU CARI siri ke 15 yang lalu ( g3 keluaran Oktober 2007 ), dengan penuh perasaan, telus, ikhlas dan semangat gua melakar dan melukis mukasurat pertama ( dari enam muka ) illustrasi kat bawah ni, gambaran dari mata burung suasana kat ladang ternakan kambing sebagai bukti kecintaan gua pada kambing! HEH! Gua melukis menggunakan brush Series 7. Finest Sable. Winsor & Newton point 2. Sungguh seronok melukis kambing ramai-ramai ni walau jari kematu sakit tak ingat! ARGHHH! Tak kisah la, kalo chinta mau aje! Dalam melukis kartun ada banyak angle yang perlu diketahui dan dibuat mengikut kesesuaian untuk menggambarkan sesuatu yang lebih dramatik seperti yang gua buat ni. Ilmu mengenai perkara ini perlu dipelajari untuk menjadi seorang kartunis/pelukis komik profesional yang baik! Jangan main belasah ikut suke jer! Apa korang ( pelukis baru/lama.. ) ingat lukis kartun hanya tau lukis karakter ( manusia/binatang ) jer ke? Banyak bende kena belajar, tahu dan amalkan seperti melukis bebagai angle dengan baik dan tepat! Ceh! Apa daa gua melalut ni? Emosi tak memasal la plak! ARGHHH!

Sebenarnya tujuan gua kuarkan illustrasi kambing ( yeah! gua suka makan daging kambing! ) ni ialah nak bagi kerje sket kat korang wahai semua sobat yang dikasihi sama ada yang makan daging kambing atau tak! Kerje yang gua nak bagi tu ialah MARI MENGIRA BERAPA EKOR KAMBING dalam illustrasi yang gua buat ni. Penat gua buat tau. Pandai-pandai la cane korang nak kira. Ini bukan peraduan tapi gua ingat ( bila ada bajet ) nak bagi hadiah pada siapa yang dapat menjawap dengan tepat. Amacam, setuju? Kalo setuju... bleh la mula mengira.

Syarat-syarat:
1- Tak ada tarikh tutup.
2- Bleh hantar sebanyak mana penyertaan/percubaan.
3- Tak perlu resit atau apa-apa barcode sebagai bukti pembelian.
4- Berapapun umur korang tak kisah.
5- Korang nak tipu, nak ubah bilangan kambingpun tak kisah. Lantak korang la pasal jumlah sebenar encik kambing tu gua tau. HEH!
5- Kawan-kawan/sobat seopis dan kroni guapun bleh masuk. Tak kisah. Kalo menang kita bleh bagi dua hadiah! HEH!

Selamat mengira dan juling mata diucapkan. Tak menangpun tak apa kerana ini bukanlah peraduan. Saja suka-suka. Sapa tak dapat mengira dengan tepat... sah LEMAH MINDA! Harharhar!
Ebekk..embekkk! Bunyi kambing mengebekkkk!

82 comments:

faizalmukhtar said...

jangan memperlekehkan kambing dengan peraduan dan pertandingan sebegini rupa!

kambing adalah misterius dan comel disisiku.

Jorji said...

aku click gambar tu untuk lihat imej yang lebih besar dan jelas...

aku dapati...ada 1200 ekor kambing (tidak termasuk dibawah bumbung dan pokok)
600 betina dan 600 jantan.

Yang sedang 'main' pun ada beberapa pasang! punya la detail.

Tapi,kambing tak lepak rapat2 la...diaorang tak tahan bau masing2...

Anonymous said...

Makcik - Anak ni keja apa...

Aku - Isk isk kerja saya siang malam tak bole tido makcik

Makcik - Kerjanya Apa?

Aku - Kira Kambing Gayour makcik!!!

Anonymous said...

Den raso kau kono bokalkan kalkulator saintifik atau sekurang-kurangnyo sempua sobab lopeh den teliti memang kono buek pengkamilan dan kiro kosain dan tenjen tiang roban kambing tu utk dapek jumlah yg topek..

gayour said...

faizal
ni bukan nak mempelekehkan kambing. ni nak buat orang makin hari makin CHINTA pada kambing! lu kalo nak kira, lu kira, jangan banyak cakap! tak pasal-pasal gua hantar 300 tentera kambing untuk menanduk perut lu begilir-gilir nanti!

j or ji
yang telindung kek bawah pokok, ateh pokok, bawah rumah, bawah dapur, bawah atap zing, dalam goban, dalam kandungan ibu tak kiro la oi! ekau jangan main-main jang.den ghembat an kek tiang goban kambing tu kang !

gandum
truskan mengira wahai encik gandum!

bro anonymous
boli la kalkulator sendri. ekau kiro la ikut suko kau!

carvedijan said...

Enche gayour!!...tengah aku mengira kambeng2 tu tadi, aku terperasan ada kambeng tengah buat "projek" kat tepi kandang....

Hampeh punya kambeng!!!! Sempat lagi tu

DeeN said...

Er.. tadi dah kire, tapi time nak campur2 terus blur. Itu kire aci jugak la, bro. Penat mata gua kire bulu kambing tuh.

Er.. bro suruh kire bulu kambing ke kaki kambing ek tadi? Tu la gua nih pelupa la bro. Hins! Hins!

Yatt said...

Ada 325 ekor kambing. Tiga jam gua ambik masa nak mengira. Kalau tak caya lu try kira sendiri.

Fuh! Gila ah contest ni!!

gayour said...

carvedijan
alamak! mane? mane? cane gua yang lukis tak perasan plak? ajaib sungguh! dah! jangan nak mengarut.. pegi kira cepat!

nur@ddeen
sapa yang lari atau keluar dari tajuk soalan akan dibatalkan penyertaannya! orang suruh kira kambing la!

yatt
ni baru mencabar encik yatt! 325 ekor? SALAH! sori nuu... cuba try lagi. jangan cemuih nuuu..

Jonjenin said...

mula-mula seronok kira...tapi lama-lama rasa macam nak makan kambing plak...ah...kekedai mamak la sat beli kari kambing nyum..nyuum....

The.Libyaman said...

gua sudah print 6 copy saiz yang besar, balik nie anak n wife gua da keje rumah. esok gua dapat jawapan yg tepat. gua kan pemakan kambing yg tegar. dari ateh ni ha gua boleh bau kambing2 tu.

Yatt said...

Tipu! Tipu! Tipu!

gayour said...

johan
elok la tu. bawak2 la rehat sambil makan kari kambing dulu. pas tu sambung kira balik...

babazahra'
humang hai! satu famili lu libatkan dalam hal mengira kambing. kalo tak betul/tepat gak tak tau la. bagus gak cuti-cuti skolah ni bagi homework tambahan kat anak.

yatt
tak tipuuu... gua cakap betul la. baik lu kira balik seblum kambing tu beranak pinak! harharhar!

The.Libyaman said...

wooooooooooohhhh hampeh berpinar mato den, sambung kat opis laei. ini kalau bos den tahu, dio ujudkan department veterinar kat astro ni. x pun tukar den ke ch. animal planet. poning mato den. cepat bagi sini hadiah. 718. x lebih x kurang. 718. reply cepat.

gayour said...

ekau melalut kiro poie mano ni jang? dah la melalut, SALAH plak tu! harharhar!

Yatt said...

Contest ni mengarut!

Atas arahan Intan Zabidin, contest ini perlu dihentikan.

Harap maklum.

Yatt said...

Contest ni mengarut!

Atas arahan Intan Zabidin, contest ini perlu dihentikan.

Harap maklum.

The.Libyaman said...

okeh 717. mungkin gua terlebih sekor. 717. hurry up dude!

gayour said...

yatt
biar mengarut dari mencarut! harharhar!


babazahra'
aduuu...hampir tak betul!

The.Libyaman said...

720. pengiraan semula telah dibuat. apo den nie takdo kojo ko asyik ngiro kambing? bro, 720, gua dah kira dengan tepat, sekali lagi. den nak hadiah . 720. 720 ekor kambing yang telah encik gayour lukiskan.

gayour said...

babazahra'
ni percubaan encik kali yang ke tigo. kalo nak ikut an dah kono halau keluar dah ni pasal sumo SALAH! hehe.. tigo kali cubo try sumo salah. tak apo, kalau ghajin nak kiro laie, ekau kiro la. tapi kalo dah ghaso cam hampeh yo, tak payah la kiro laie. buek la kojo lain plak jang oii!

mimizuzuhaha said...

gua rasa kira sampai kuar air mata 8 baldi pun belum tentu tepat

sembeleh semua..bikin sup..kenyang bukan

The.Libyaman said...

encik gayour,
mungkin waktu encik mengira sambil melukis itu encik telah sedikit tersilap. Betul tak kiraan saya itu sangat hampir tepat?
Takpa, gua tetap mahukan hadiah dan gua akan mencuba sekali lagi dan sekali lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Tengah takdo kojo nie. hehe

gayour said...

m1n4m1
lepas habih kira bleh la kita semelih mana yang gemuk-gemuk. nak masak ape ek. kari, masala, rendang, panggang, bakar, masak kuzi?

babazahra'
huih! semangat tul ekau ngiro kambing yo jang. den kiro lain, ekau kiro lain. habih berapo ekor sebona eh ni? arghhhh!

The.Libyaman said...

baiklah encik gayour anda diminta mengira semula kambing-kambing itu.
dah sampai lebih 700 ekor bro mesti masa lukis kat 362 ekor lu pegi toilet kejap lepas tu sambung balik tengok jam dah dekat pukul 3 petang lu terus ingat lu dah lukis 363 ekor.
kiraan semula untuk kali ke-4 ialah
720 ekor.
encik gayour, sila mengira semula.

gayour said...

babazahra'
nanti la den buek siasatan semulo dengan memanggil sumo kambing yang telibat dalam perhimpunan haram kek ladang tu untuk dikiro balik berapa ratus/ribu yang datang. harap sumo kambing bleh bagi kerjasamo. jangan tunggu gambo anda disiarkan kek tv atau sokabar baru nak nyerah diri. mungkin satu suruhanjaya siasatan yang dipercayai, bebas, telus dan beriman akan ditubuhkan untuk menyiasat dan mendedahkan hasil siasatan! hehee...

Ejoi said...

Bila mau bikin novel grafik?
Tak payah tebal, mini pun jadi la...
Buat secara online atau jilid secara DIY mengikut order yang diterima...
Mana tau kalau ada rezki, boleh jadi macam Garth Ennis, Kazuo Koike, Alan Moore atau pun Dato Lat....

Rindu plak kat hasik kerja hang...

PS - Kari kambing ala mamak memang mengancam sedapnya! Sampaikan ada kenalan yang makan kenduri di mana tuan rumah buat kari kambing ala mamak; berani menuturkan dialog berikut :" walaupun aku ada darah tinggi, aku nak makan kari ni puas-puas. Kalau mati pun tak kempunan! "

gayour said...

effizul
macam dato lat? hebat tu!
kejam sungguh kata-kata sobat lu tu terhadap diri sendiri hanya kerana kari kambing!

Unknown said...

den kiro kiro mato den jadik blur... ekau ado kambing lebih... den nak ternak... dan nak bukak buku hijo... den maleh nak koje makan gaji baik den koje tornak kambing....

okay lah; jawapan den... dalam lingkungan 800 ekor sebab sekor ally noor dan mastura dah buat masak lomak kambing.

gayour said...

geneticthylon
kalo la den boto-boto ado banyakkkkk kambing baka boer, memang den sedokah an kek kau sepasang atau duo pasang. ekau bolo la kambing tu baik-baik biar membiak banyak. bilo dah banyak, jangan lupo kuar an zakat ternakan! jangan jadi cam Saklabah, sahabat Rasulullah S.A.W. yang tidak diterima zakat ternakannya oleh Rasulullah S.A.W.
salah la plak jawapan ekau tu jang walaupun seko dah kono semolih buek lauk!

Nunn said...

btul tu brader ingat lukis katun ni senang ke? tapi nak kira kambing ni wa rasa kan brapa ekor kambing yg terbayang kat otak pelukis ni kan tu lah jawapan nya....

Sukatikaulah said...

Aku malas nak kira.Tunggu gayour bagi jawapan nanti..baru la aku kira.senang sikit.

gayour said...

nunn
semua benda yang kita nak buat memerlukan ilmu. cuba la try test kira oii! ni la masenye kalo lu nak kire kambing dalam hidup lu! heh!

sukatikaulah
jangan la jadi lemah minda sangat. cuba la try test kire! kire kambing jer. apa sangat la...

The.Libyaman said...

hi bro,
buat-buat lupa nampak? dah kira lum? gua peserta yang menghantar penyertaan paling banyak mengarahkan lu sebagai penganjur merangkap tuan juri mengira semula jumlah kambing itu. Gua dah kira semula, 720. cik setiausaha pun kira 720, encik kerani pun kira jumlah yang sama, bahkan tokey ladang rusa kat Serting Ilir pun kira dapat jumlah yang sama. Sekarang amacam?

aMeir said...

aku maleh la nak kira. ekau kira sendiri la ek. aku nak buek kojo.

gayour said...

babazahra'
tak lupo... mano bleh den lupo. kambing masih belago. kito tunggu jawapan dari pengira-pengira kambing yang lain. jawapan sapo yang botul! daging rusopun lazat gak. hehee...

amir hamzah
lantak kek kau la. tapi kiro kambingpun satu kojo yang mulia gak encik amir!

averrose said...

sbona eh, ado 66 ekor kambing yo.. da bocampo ngan anak ghuso, anak tonok, anjing.. tu yg nampak cam byk tuu..

boto x sey ckp? hehe

Haryani Kamilan said...

Alamak! lu memang ar abang gayour, sengaja menjebakkan gua dalam arena blogging yang dah lama gua tak jenguk ni, oklah gua nak jawab beberapa pertanyaan lu yang tak seberapa tu:
1- Wei, citer gua "Cinta Secangkir Kopi" tu kalau tak besh, tak menang tau, haha! nama gua tetiap hari kuar tv mesti lu jeles kan abang gayour kan,kan,kan...

2-novel gua? eheh...gua malas nak citer ar beb, nanti lu kata gua riak pulak...tapi lu check ar sendiri kat web MPH, bukak bestsellers 4 local malay novel sekarang jugak, lu boleh tau mana kedudukan novel "Gelora Asmara" gua tu huhu!

3- Terima kasihlah atas doa lu abang gayour...yang baik itu datang dari Allah, yang buruk tu datang dari diri gua sendiri... Alhamdulillah atas bakat yang dikurnia Allah...gua pun doa lu akan sentiasa sukses dalam hidup lu wokeh!

Berkarya hingga hujung nyawa- Haryani Kamilan

gayour said...

averrose
ekau ni sajo yo nak kono tumbuk porut kan jang! main-main aa...

radenputri
1- eeee... mesti la gua jeles! cane nak delete nama encik tu aa...
2- syabas la pasal novel encik tu ramai yang beli. best la!
3- iyo la. samo-samo la kito doa mendoa dan ingat mengingatkan mano yang botul dan salah.
4- errr... encik tak nak kire kambing ker?

Anonymous said...

hoh,peraduan kira kambing ke? hadiah utama apa? hehe

gayour said...

ixora
ni bukan peraduan. tapi gua usahakan untuk memberi hadiah pada yang betul dan tepat mengira! ayuh dong ahh! MARI MENGIRA KAMBING. siapa betul:
1-sah, tak rabun! heee..
2-penCHINTA kambing yang tegar!
3-prihatin
4-beliau memang best!

selamat mengire...

averrose said...

suko2 yo encik nk tubi-tubi an poghut sey.. sey punyo tak la setoba mcm poghut encik.. sonak ar camtu, tak aci ar camni..

kalau gitu sumo org bg jawapan xdo yg topek ar.. jawapan eh ikut suko encik.. mano bulih camni..aaa

Unknown said...

alamak averrose, jangan le marah...

abg gayour, gua kire tadi, 766...

gayour said...

averrose
kalo kau tak nak sonak poghut, lebih baik ekau kiro elok-elok! takkan la den nak bagi jawapan ikut suko ati den. ekau ni memang nak kono tumbuk perut boto-boto nampak eh ni jang!

aizattarmizi
kiro balik! kire betul-betul...

aMeir said...

Ok la encik gayour. Aku amik cuti hari ni, tuk kira kambing kau.
Aku kira ada 1021 ekor kat luar tu, bawah pokok besar tu rasanya ada lagi 343 ekor. jumlahnya..1364 ekor kambing.

aMeir said...

Eh ngkau tanya kambingnya ke, atau ekornya saja ha?

gayour said...

amir hamzah
tak kisah la ekau nak kire ekor atau kambing. kalau kau betul kite ekor kambing tu maknanye ekau kire kambing sekali la tu. main-main aaa... jangan ingat ekau kurus den tak berani nak tumbuk perut kau!

averrose said...

umang aii.. marah boto nampak.. ok ok.. sey kigho kambing2 ni ontok-ontok.. da abih kang, sey koba an bapo..yo?

gayour said...

averrose
haa... kan elok cam ni. ekau kiro la ontok-ontok. dah dapek jawapan eh kang buleh la bagi tau. buleh la tau ekau ni lomah minda atau tak!

posmen said...

anak kamben nyalan seolang dili,
membeli baju di lumah norkumala,
kalo tuan membeli padi,
kenapa ingin menampal taya?

jawab jang, jawab..

den saspek pakcik baju petak2 tu kamben jugak la.. ekau main nyamar ni jang.. mane aci...

Anonymous said...

bang,aku try..833 ekor..
haha.btul ke?
adeh bang,x sia2 20 taun lu lukis katun,mmg mencabar btul lukisan lu ni ha!!
berpinar mata aku!

Anonymous said...

posmen
haiyaaa.... pantun kambin! harharhar! itu pantun gua penah denga dulu... gua bleh jawap!
tapi susah la... gua tak bleh jawap la. tak ada akal punyer pantun. susah nak mampus! gilerrr!

pengira tegar
ekau ni mencampur ker atau mendarap? aduuuu... salah la plak!

The.Libyaman said...

bro,
xkan mau tunggu sampai 100 komen baru nak bagi jawapan. aduh seksanya gua sampai migrain 2 hari dek ngiro kambing. baik gua poei masak kambing lah dulu.

averrose said...

haa, boto tuu..che guevara ni pun dah poning nk pike, bokorut tu haa muko..
sey pn da macam ghaso ado urek sarap toputuih ni haa.. argghh!! bodonyut-donyut palo ni...takkan la sey ni lomah minda?? mustahil la kan..

ok,apo jawapan eh?

Anonymous said...

eh.eh.lu hebat la bang..gua sebenarnya kira tepi tu je.
pastu gua darab.gile nak kira seko2..mau muntah gua..harharhar..

gayour said...

babazahra'
harharhar! takkan la gua nak tunggu sampai seratus orang baru nak bocorka jawapan. tak nyompek-nyompek la kau ni. sabo la sket.

averrose
ekaupun samo jang. tak nyompek-nyompek nak tau jawapan!

pengira tegar
kalo dah sampai muntah-muntah tak payah la kire lagi. tapi kena tengok gak muntah-muntah tu... jangan kena taun atau demam denggi dah!

posmen said...

kalau tuan membeli helikopter,
membeli helikopter di gunung daik,
persatuan negara memajukan negara,
ke mana kita membeli bendera?

haw haw hawau

dah beboleh taun tapi den donga laie tape ni.. golak guling2.. harharhar

gayour said...

posmen
ekau ni nak kire kambing ko atau nak bepantun? ini bukan rancangan Bebalas Pantun la. rancangan tu blum start lagi. tapi tak pe... ini pantun gua penah dengar. gua bleh jawap. tapi... susah la. gua tak bleh jawap laa... giler susah! tak ada akal jual pantun susah nak mampuih!

posmen said...

ekau manjang yo tak leh jawab.. apo eh jang..

eh, ni rancangan kira kamben ka? haw haw hawau den silap cenel la jang..

jawapan den.. takdo kamben dlm tu. sumo eh tenuk yo.. bak hadiah den..

Ezad said...

yo bro
first time masuk sini. lu la guru gua 14 tahun yang lalu.. :)

gayour said...

posmen
itu la kau... main ghodah yo tak bagi salam. orang cito pasal kambing, ekau sibuk jual pantun. payah nak mampuih plak pantun kau tu. ekau jawap la sendri jang oii!

ezad
terima kasih kerana menjadikan karya-karya gua sebagai guru ghaib lu empatbelas tahun yang lalu. terima kasih kerana sudi singgah ke blog gua. moga encik ezad sihat, bahagia, berjaya, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

blackpurple @ jowopinter said...

Aku tak nak masuklah, sebab aku alah dengan daging kambing...

gayour said...

blackpurple
alah daging kambing la plak wak ni. tak kisah la. wak tak nak masukpun tak pe. wak kire jer la menatang lain yang wak tak alah!

averrose said...

bang sey kigho sumo eh 666 ekor.. yg pakai cap putih tu kn mat geng2 mayat ghoput dlm cito bslamo-slamoeh tu kan? haaa.., tu dio tgh nk boli psl nak buek ritual la tu utk gig black metal..tak insap laei ghupo eh..

Anonymous said...

Hahahaha! Huh!

gayour said...

averrose
asal ado kambing yo, sodappp yo kau tuduh orang black metal. dah tu tuduh plak nak buek ritual gig black metal. ekau ni nak kono dobik ni jang. orang suruh kiro kambing la!

azzam supardi
ni lagi sorang nak kena tumbuk perut! lama sangat dah sabar dengan wak sorang ni. main-main aaa...

azhar said...

waghhhhh..

reply paling banyak!

ni semua ko punya pasal la ..kambing!

kambinggg..kammmbing...

gayour said...

azhar
nak buat cam no... beliau ramai peminat. HEH! itulah kelebihan/kehebatan beliau selain dari daging beliau yang LAZAT dimakan!

Anonymous said...

Ralat:
Gantinama 'BELIAU' tidak terpakai untuk selain dipadankan pada Manusia.

Unknown said...

si padi tak mau choba ke bhai mengira kambing ekau tu...?

gayour said...

pak ralat
ooo... rupe-rupenye gantinama ' BELIAU ' hanya untuk manusia sahaja. baru gua tau! har fragin har!

geneticthylon
beliau hanya berminat untuk menCHOBA makan daging kambing saje! entah la..

blackpurple @ jowopinter said...

Cukup-cukuplah tu mengira kambing bro' oiii!... Kiralah haiwan lain pulak!

Anonymous said...

ooo... patutlah hari tu gua nampak lu photostate gambar kambing ni besar2... lu pun sendiri baru nak kira... muahahaaa. korang semua baik jawab cepat sebelum dia habis mengira. gua dah tengok hadiah yang gayour sediakan untuk pemenang... memang dahsyat. kambing masak masala...

gayour pinjam artwork yang lu photostate tu... gua pun nak try kira jgk... muahaha.

gayour said...

jowopinter
kan gua dah kata... beliau ramai peminat! biar la sapa-sapa nak kire, kire la! ni la mase nak mengire..nak menguji keprihatinan kepekaan dan ketajaman deria bau. heh!

apai
aduuu... ekau pocah lubang plak! leceh tul la! lantak kek kau la nak kiro ko tak. ekau print out la sendri.

the indie story said...

Dengan izin Tuan punya blog

Salam GAYOUR serta Rakan-Rakan yang dirahmati Allah swt sekelian.

kalau ada kelapangan masa, jom masuk blog KAMI. mungkin kita boleh bertukar fikiran dan pendapat secara rasional tanpa mengharapkan kesan glamour dan populariti daripada Astro.

Optimis mungkin.

tQ.

gayour said...

moderator
ya pasti. insyallah, ada kesempatan gua pasti singgah menjenguk ke blog saudara bertanya khabar. terima kasih. moga hari yang bahagia

Anonymous said...

salam sejahtera,
Den taula kek PH memanjang yo makan kambin pasaltu la ekau buek peraduan ni. lopeh ni adolak unto dah tontu ado lak peraduan mengiro bulu idung unto. lantakkau la .
anyhow well done brother!

MISTAKEN IDENTITY..HAR..HAR..HARR

gayour said...

the maint
ekau kalo tak nak keno tumbuk perut baik kau jangan mengaku bilo jumpo den kek PH. tapi kalo kau ghaso kulit perut kau dah tobal, bleh la ngaku.

Anonymous said...

semua kene tipu ngan gayour..
jawapannya ialah KOSONG..

iaitu tiada seekor pun kambing dalam tuh.. sebab semuanya cumalah lukisan dan dakwat..

blah laaa gayour.. hahahaha

gayour said...

catborg
siapakah encik ini. penahkah kite bersua bertentangan mata?

enak sekali kelapa muda
catborg memang LEMAH MINDA!

harfragin har!

Anonymous said...

Astagafirullahaal'azim,huh.
Dah ganeh ghupo eh si gayo ni sampai an nak numbuk-numbuk poghut. ekau kok nak tau toba tak toba poghut den cubo kau ghaso poghut kau yang belipek to dulu. ha gahaso la!

c.c to ketuo kampung Bayai.
p/s:Gayo ni anak buah tok ko?

gayour said...

the maint
kalo kulit poghut ekau tobal, den dobik yo la belakang kau. biar jatuh jantung kau. harharhar!

ni apo plak ekau libat an ketuo kampung bayai ni. memang sah den dobik kau nanti bilo den jumpo kau!