KORBAN 1428 HIJRAH
20 ZULHIJJAH 1428 HIJRAH - 31 DISEMBER 2007
Cam
Inilah dia encik UNTA yang akan dikorban kelihatan tenang menunggu giliran. Beliau berasal dari Australia, bukan dari negara Arab atau Parsi. Sungguh mengagumkan bila dapat melihat encik unta yang begini besar ( ada lagi yang lebih besar… ) di depan mata. Cane rasenye naik/menunggang unta? Cane rasenye daging unta? Yang belum penah rase, mesti teruja nak rase. Korang yang penah makan daging unta mesti la kenyang lepas makan, ya tak? HEH!
PELUANG
Beliau memang cool tak ingat. Boring agaknye nunggu giliran, beliau duduk lepak sambil mengunyah chewing gum yang beliau makan sejak meninggalkan kandang beliau kat Australia sana sambil melihat lembu kedua dikorbankan.
" Nasib korang la!", tegas beliau dalam hati tengok lembu-lembu tu kena semelih. Peluang baik untuk gua menghampiri dan amik gambo dengan beliau.
NGERI
Tapi beliau tak bleh duduk diam lama rupenye. Gua dekat saje beliau trus bangun untuk posing bergambar. Ngeri gak nak dekat-dekat bila tengok beliau punyer la tinggi dan besar banget. Tak biase la katakan dengan encik unta ni. Buatnye beliau gigit rambut gua, habih jahanam!
DIE BY THE SWORD
Lembu kedua selamat dikorbankan masa gua leka begambo dengan encik unta tadi. Tak nolongpun pasal dah ramai yang duduk atas lembu ni. Full house, tak ada ruang gua nak mencelah. Selesai jer, sekali lagi gua amik peluang begambo dengan lembu korban yang sedang menghabiskan nafas dan tendangan terakhir seblum beliau meninggalkan dunia selamanya bersama dua orang AJK korban tegar Surau Nurul Islah iaitu ketua Unit Melapah, encik Lamin ( betenggung ) dan encik Sani ( berdiri ).
RAINING BLOOD
Setiap titisan darah pertama dari haiwan korban merupakan penghapus dosa! Itu adalah janji Allah. Nak percaya, percaya. Tak nak percaya sudah! Tapi sebagai orang Islam yang benar-benar beriman, kita dengar dan percaya!
WAR ENSEMBLE
Bersama dengan sorang sobat, saudara Sireh ( kartunis, pensyarah, karikaturis ) yang turut mengambil bahagian korban seekor lembu pada tahun ni. Tu lembu yang telah selamat disemelih tu la lembu korban encik Sireh. Kat belakang tu plak para petugas sedang begusti dengan lembu setrusnya untuk disemelih.
SPILL THE BLOOD
Habis posing begambo dengan Sireh, gua trus duduk kat badan lembu yang telah sedia untuk dikorbankan dan semua bertakbir semasa Setiausaha Surau Nurul Islah, encik Azman menjalankan tugas menyembelih. Daun pisang tu untuk menghalang darah terpancut/menyembur ke muka dan pakaian kitorang! Dulu masa kecik kat kampung, masa acara korban cam ni, budak-budak cam gua hanya bleh tengok dari jauh, tupun kalo dapat tengok. Nak sangat merasa duduk kat badan lembu yang sedang disemelih cam ni. Tapi bleh mimpi jer la. Kalo tak kena halau, saje jer kena hamun! ‘’ budak-budak duduk/tengok jauh-jauh sikit!” Ni gua duduk atas badan lembu korban ni kira balas dendam la. Heh!
TENDANGAN
Satu lagi impian gua masa kecik dulu ialah nak bukak tali ikatan kaki lembu yang telah disembelih. Betul, tak tipu. Ini satu pengalaman yang menarik. Tapi jangan harap la kena bagi. Kena maki hamun saje jer kerana ia memang tak sesuei dilakukan oleh budak-budak dan merbahaya! Masa ni la lembu akan menendang-nendang dengan rakusnya sebelum habis nafas. Patutpun tak diberi budak-budak melakukannya. Gua nak rasa pengalaman ni. Memang kena bukak ikatan kaki lembu yang telah disembelih supaya beliau tidak terseksa. Biar beliau bebas melepaskan tendangan-tendangan yang terakhir… tapi tak semua ikatan ni mudah untuk dibuka.
IMPIAN
Giliran encik unta makin hampir. Beliau mendapat nombor yang terakhir. Sebelum beliau disembelih, gua betegas nak begambar sedekat-dekatnya dengan encik unta ni. Gua beranikan diri dan menghampiri beliau. Tengok beliau cool jer, gua trus menepuk/memegang abdoment beliau dan klik! Impian terlaksana!
READ BETWEEN THE LINES
Beliau nampak cool pada awalnye, tapi tidak begitu masa
DEATH'S HEAD
Akhirnya encik unta berjaya juga disembelih dengan selamatnya. Kalo lembu, hanya
Melapah unta yang paling seksa dan mencabar sekali! Lebih dari dua jam tak selesai gak. ARGHHH! Kulit beliau memang liat, kenyal, ketegaq tak ingat! Melapah kulit yang paling susah. Tak ramai yang tahan lama melapah kulitnya. Cepat lenguh dan penat! Gua tak melapah, tukang pegang jer. Gua tak membantu melapah kat mana-mana lembu kerana gua nak membantu dan merasa pengalaman baru melapah unta. Walau tak melapah, hanya tukang pegang, angak dan tarik kukit termasuk daging dan lemak, penat giler tak ingat! Yang paling mengujakan sekali ialah bahagian bonggol kat belakang unta tu. Nak tau sangat apa ada kat dalamnye. Ape ye? Rupe-rupenya keseluruhan bonggol itu adalah terbentuk dari 100% LEMAK padu! Rasanye lebih dari enam kilo beratnya lemak tu bila dipotong! Lemak yang merupakan stor simpanan makanan/minuman unta bila berada di
Pada hari terakhir Hari Tasyrik, ada seekor lembu dan dua ekor kambing dikorbankan pada belah pagi kat Surau Nurul Islah. Lembu tu untuk Surau Al Munawarah ( lembu ganti, pasal sekor lembu untuk surau ni mati masa sampai ke surau kitorang pada malam raya hari hari tu ). Ramai la AJK Korban surau Munawarah yang datang. Kitorang turut sama membantu. Ni kepala dua ekor kambing Boer yang telah dikorbankan. Bukan untuk upacara ritual Black Metal atau pemujaan syaitan! Tapi kambing korban hari raya Idul Adha untuk dimakan.
10 comments:
Alhamdulillah.
Selamat Berkorban.
Semoga Qurban ini diterima Allah swt...
Bro...susah tak nak tumbangkan 'JAMAL' ni?..Masa kat Mekah dulu ada peniaga cakap orang arab panggil unta 'JAMAL'
Apa pun enjoy !
My kartun dah dionlinekan...insyallah akan diperbaiki dari masa kesemasa.
amier hamzah
yeah!lembu, kambing dan unta tu telahpun selamat daging dan tulang belulang beliau dimakan. arkk! alhamdulillah...
gandum
yeah! jamal adalah unta dan orang yang bernama jamal adalah bermaksud unta. beliau sangat la susah nak ditumbangkan. buahkormak sungguh!
tahniah!
dah ada kartun online sendiri.
Slayer!!! Arghhhh!!
hehe..selamat raya haji.
kau ni... ish! jangan, polis kata jangannnn...
j or ji
the other band are NOTHING but slayer clone! harfraginhar!
faizalmukhtar
jangan! jangan! jangan tak buat boy scout!
ganeh-ganehnye la gambo2 encik kali ni...seram oii...
nadia
KILLKILLKILL!
DIEDIEDIEEEE!
Alhamdulillah syukur.
isyam143
ada rezeki buat lagi...
Post a Comment