Friday, February 01, 2008

BENGKEL KREATIF

KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR, KUANTAN
BENGKEL KREATIF DAN KERJAYA
23 MUHARAM 1429 HIJRAH - 01 FEBRUARY 2008

Setelah berehat lebih setahun, kitorang menyambung kembali aktiviti BENGKEL KREATIF & KERJAYA di kolej-kolej terpilih di seluruh Negara pada tahun 2008 ni. Kali ni sasaran kirorang berubah sket. Kitorang tak pergi ke semua kolej yang ada tapi hanya mengkhususkan pada KOLEJ KOMUNITI sahaja. Jadi pada semua Kolej Komuniti yang tersenarai, bersedialah untuk menerima kunjungan kami dalam usaha memperkenalkan kartun dan kerjaya sebagai seorang kartunis. Untuk permulaan tahun baru 1429 Hijrah dan 2008, kitorang ke pantai timur tanahair iaitu ke KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR pada 14 Muharam 1429 Hijrah/23 Januari 2008 yang lalu.


EAT YOUR HEART OUT
Perjalanan tak la jauh tapi jauh gak sebenarnya walau melalui hiway. Ah! Lantak la … janji kitorang selamat sampai. Kolej ni dari tepi hiway dah nampak dah tapi nak masuk punyer la jauh kena pusing. Sabo jer la. Setelah melawat kolej dan membuat sket persiapan untuk program besok, kitorang check in ke penginapan kat tengah-tengah bandar Kuantan. Lupa lak nak bagitau… yang pergi kali ni ialah A’an Budak Baik, Padi, Apai dan gua. Malam ni dinner kitorang disponser oleh Tuan Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar kat Restoran Santai di Tanjung Lumpur bersama dengan pensyarah-pensyarah yang lain. Santai sungguh restoran ni. Sebahagian dari makanan yang dioder. Emmm… yummyyummy!


FEED MY HEAD
Dua orang pensyarah yang turut serta dalam acara makan malam tanpa belas kesian! Nampak jer diorang ni lemah, tapi pasal makan tak lemah. Semua makanan diorang yang oder! Belah kiri tu ialah cik Wani dan sedang leka main game tu ialah cik Suria. Diorang ni adalah antara pensyarah-pensyarah muda yang menyumbang tenaga, ilmu dan kepakaran memasing kat kolej ni. Tengok la air tembikai si Wani tu… lebih besar dari kepala beliau. Harharhar!


MASTER OF THE MOON
Sorang lagi pensyarah muda iaitu cik As ( kiri sekali. betul ek? ) yang mengajar dalam kursus Sijil Multi Media Pengiklanan yang turut tak lepas peluang join sama dalam majlis makan-makan pada malam ni.
Ada banyak pilihan tempat nak makan kat sini. Kitorang pilih makan kat meja terbuka di bawah sinaran cahaya sang bulan yang cantik bersinar. Nak makan bersila kat bawah gazebopun boleh. Tapi gua tak cadangkan makan bersila pasal kesian kat Padi masa nak bangun lepas makan nanti. Harharhar!


RAKUS!
Semua makanan yang dipesan dah sampai, apa tunggu lagi A’an… baca la doa makan, boleh kita habiskan semua makanan ni kalo larat! Itu adalah ikan siakap masak apa ntah namanye terhidang kat depan gua. Bukan masak steam. Lantak la! Apa yang ditunggu lagi… Cam yang gua kata tadi, macam-macam jenis makanan yang dipesan oleh pensyarah-pensyarah ni. Kitorang ikut jer.
Ada tomyam, sayur kalian ikan masin, asparagus, telur dadar, ikan siakap, sup ekor, sotong goreng tepung, ayam goreng pandan, nasi putih, air kelapa muda…. blablabla... rakus sungguh nafsu diorang ni rupenye! Tapi nafsu rakus pasal makan-makan ni yang Padi suke dan sokong sangat! Ayuh Padi, makan! Jangan malu, jangan segan. Jangan hampakan hajat tuan rumah Padi. Lu pun sama A'an... Makan! Makannnn!


WE ROCK
Sebelum makan, cam biasa gua paksa sorang budak waiter tu ambik gambo kitorang. Yang jauh nun kat hujung sana tu la encik Nasri ( Timbalan Pengarah/Pengarah... mana satu ntah yang betul... ) yang mensponser semua makanan dan minuman ni. Jejaka berkaca mata belah kanan sekali yang kehilangan hampir semua rambut beliau tu ialah sorang lagi pensyarah yang mengelarkan diri beliau sebagai Yong. Malam ni beliau membuat pengakuan pada semua yang beliau tak lena tidur pada malam tu pasal esoknye nak ikut rombongan sekolah beliau ke Pesta Buku Terengganu kat Stadium Negeri Terengganu pada tahun 1991 yang lalu semata-mata nak jumpa dan ambik signature gua! Usaha gigih beliau berasak-asak dengan pelajar lain akhirnya berbaloi… beliau berjaya mendapatkan lukisan karakter ‘SLASH’ dengan signature gua sekali. “ Saya masih menyimpannya sampai ke hari ni brader “, tegas beliau sambil menjeling ikan siakap kat depan gua… Gua makan dengan berselera setelah mendengar pengakuan saudara Yong. Harharhar! Syabas encik Yong! Gua nak tengok balik la lukisan gua yang berusia 18 tahun tu! Yong…sorang lagi peminat old skool yang gua temui malam ni kat Kuantan. Hari tu kat Kolej Shah Putra gua temui sorang peminat old skool karya gua. Semua telah berkeluarga, berkerjaya dan berjaya. Alhamdulillah… makan Yong! Jangan pedulikan Padi dan A'an. Seronok dapat bertemu dengan peminat old skool seperti saudara Yong. Makan.. makan..


TEGOLEK!
Ni la akibatnya bila membelanja kitorang makan. Pasti tidak mengecewakan tuan rumah! HEH! Padi tersandar manja di bahu A’an kerana tak larat nak bangun dan mengangkat kaki beliau untuk bejalan. Tu la pasal gua tak setuju makan bersila tadi. Makan duduk kat kerusi/mejapun Padi jadi teruk cam ni. Bayangkan kalo makan bersila tadi. Beliau pasti bergolek-golek jatuh ke tanah untuk memakai kasut. Sama gak cam A’an. Dua-dua tak larat nak jalan tu. Pasal tu la saling sandar menyandar sesama sendiri nakot jatuh tegolek kat dalam kolam ikan kat tepi tu. Tengok gua… masih ceria agresif dan sedia untuk ROCK N' ROLL! HEH!

Lepas makan ni diorang bawak kitorang jalan-jalan ke pantai Teluk Cempedak. Memandangkan Padi tak larat nak jalan, kitorang tak jalan jauh. Bukannye best sangatpun. Yang bestpun pasal tiupan angin dan ombak laut Laut Cina Selatan yang kuat menghentam pantai! Ada sorang pelukis potret yang gigih melukis potret pelanggannya kat tepi pantai tengan malam buta ni. Tak ketinggalan ada gak pelukis karikatur yang tak la berkebolehan dan bebakat. Entah la! Gua rasa tak lama lagi ( kalo tak ada tindakan untuk menyelamatkanya ), Teluk Cempedak akan kehilangan pantainya!


CABAR
Pagi tu sebelum gerak ke kolej ( cam student la plak rasenye! ) sementara warm up enjin van, gua ternampak sebuah meja dengan kerusi dan papan dam! Wah! Peluang baik untuk gua tunjuk terer pada Padi ni. “ Gua cabar lu Padi! “. Maka berlangsung la satu perlawanan dam yang sengit tanpa dirancang sebelum breakfast pada pagi ni kat tempat parking penginapan kitorang. Nak duduk tak leh pasal kerusi basah kuyup. Hujan pagi ni. Bediripun berdiri la. Kalo setakat Padi ni apa sangat la. Sambil bediri sebelah kakipun gua bleh belasah beliau! Jaga lu Padi, gua nak pegi haji ni ( walau semua jemaah haji dah balik dari tanah suci Makkah. Hee... )


ALAMAK!
Walau nampak lemah, encik Padi berjaya gak membuatkan gua termenung memerah otak untuk menyusun strategi. Cis! Tapi beliau nampaknye lebih tetekan dengan tindakan berani gila babi yang telah beliau ambik! Mana nak jalan ni? A’an sebagai pemerhati dan penonton perlawanan sengit ni tak senang duduk. Kejap duduk
sana, pas tu melangok kat belah sini plak. Kacau sungguh la beliau ni! Orang dah la hilang akal ni!

EVIL EYES
Perlawanan sampai ke kemuncaknye. Makin suspen dan mendebarkan hari, limpa, jantung, buah pinggang dan semua organ dalaman semua yang melihat! Masing-masing tinggal tiga biji askar dan satu haji. Padi punyer tutup botol warna biru, gua warna putih… Uh! Uh! Bahaya ni… tapi dengan ketajaman mata dan strategi yang tiada cacat celanye...


SEDUT
Akhirnya… cam yang gua kata tadi…apa sangat la Padi ni. Gua tau kelemahan beliau. Waktu mentari pagi mula bersinar cam ni la waktu puncak kelemahan beliau. Kena plak beliau blum breakfast lagi, lagi la lemah pemikiran dan minda beliau. Harharhar! Pasal tu la gua berani mencabar beliau lawan dam haji ni. Bilangan tutup botol yang tinggal cukup menjawap semuanya! HEH! Senaman otak yang baik sebagai permulaan untuk memulakan hari dan tugasan sebentar lagi. Tapi banyak gak tenaga gua kena sedut masa menyusun strategi tadi. Aduhhh... lemahnye. Rase cam Ultraman nak kehilangan kuasa. Blingblingblinggg! ARGHHHH! Terima kasih pada yang menyediakan papan dam ni.


STRAIGHT THROUGH YOUR HEART
Tempat penginapan kitorang memang ada menyediakan breakfast, tapi kitorang reject pasal nak breakfast dengan pensyarah-pensyarah kat kolej. Walau makanan yang disediakan tak hebat seperti di tempat penginapan, tapi ketelusan hati mengatasi segalanya. Buktinya, Padi tambah lebih dari tiga kali termasuk dengan gua. Cam biase… gua temankan beliau makan. HEH! I got the POWER!


STAND UP AND SHOUT!
Selepas sedikit ucapan blablablaa… dari pengacara program dan dari Apai, semua peserta dibagi sedikit trick dan senaman oleh A’an bertujuan untuk membuatkan diorang tak mengantuk, lemah minda dan jadi agresif sebagai permulaan program. Tengok… semua kena bangun dan melakukan senaman yang dinamakan “ mari menyeliuhkan lengan sendiri!” Kalo mengantuk dan tak agresif gak lagi, tak tau la!


THE LAST IN LINE
Seperti biasa, gua adalah pensyarah pertama pada belah pagi sampai tengahari untuk membebel pada semua peserta. Ni sedang eksyen tak ingat tunjuk lukisan kartun hitam putih dan warna yang gua buat/lukis secara manual. Untuk maklumat semua, gua adalah antara kartunis yang masih tegar melukis secara MANUAL di negara kita. Terutama mewarna sepenuhnya lukisan kartun secara manual. Tak ramai yang sobat kartunis mengamalkannya lagi. Ramai dah beralih menggunakan komputer, menggunakan kecanggihan teknologi yang dinamakan photoshop.Kira nak pupus dah cara manual ni. Tak kisah la… biar la gua jadi antara yang terakhir….


CIPTA
Assignment
pertama untuk semua student kursus Sijil Multi Media Pengiklanan yang menyertai bengkel kreatif ni ialah memikir dan mencipta/melukis karakter kartun sendiri! Reka, buat, cipta la karakter apapun ikut selera, nafsu, kehendak, keinginan korang dan rasai la susah atau senang mencipta karakter kartun! Baru korang ada akal aaa… HEH!


CAUGHT IN THE MIDDLE
Tak tau la apa yang encik ni fakir. Menyesal datang, rasa nak nangis, mengantuk ya amat pasal tak lena tidur malam tadi memikirkan bengkel kreatif ni… entah la. Yang pastinya beliau kelihatan sangat tetekan masa menyiapkan assignment mencipta dan melukis karekter kartun sendiri! Rasakan! Harharhar!

DREAM EVIL
Selepas diorang siap melukis karakter kartun diorang berpandukan beberapa benda yang boleh dijadikan karakter kartun, pemilihan dibuat dan siapa yang berjaya menghasilkan karekter yang kreatif ( tak semestinya cantik ) diberi hadiah. Sebelum tu kena kuar kat depan dan menerangkan mengenai karekter yang dicipta. Ni sorang student yang mencipta dan menamakan karakternya SYAITAN MIMPI yang sedang mimpikan sorang amoi yang cun. Aiyaa! Syaitan Mimpi maa…


Sesi membebel gua diberhentikan seketika sekitar pukul 12 tengahari kerana mengalu-alukan kedatangan Pengarah Kolej Komuniti Paya Besar iaitu Puan Norlida yang memberi sedikit ucapan dan menyampaikan cenderahari pada kitorang. Terima kasih.


SHOOT SHOOT
Ni waktu rehat lepas makan tengahari. Gua lepak amik gambo dengan students ni kat café. Diorangpun baru abis lunch. Gua tak tau sama ada diorang ni turut sama menyertai bengkel atau tak. Tak perasan plak diorang ni. Lantak la. Janji ambik gambo.


FACES IN THE WINDOW
Yang ni plak dengan sebahagian pelajar-pelajar pompuan kat Kolej Komuniti Paya Besar ni yang bekeliaran lepas lunch. Sama gak. Gua tak perasan diorang ni peserta bengkel atau tak. Rasenye bukan peserta bengkel. Tak apa la ambik gambo ya.

ALL THE FOOLS SAILED AWAY
Belajar sepanjang hayat… Apa nak dikata. Selagi kita hidup, bernafas, sihat tubuh badan dan masih boleh berfikir dengan baik/waras, kita wajib belajar!


WHY ARE THEY WATCHING ME I
Hiasan pokok-pokok bunga yang menarik perhatian gua untuk menikmatinya seketika semasa rehat dan merakamkannya untuk dikongsi bersama sobat semua.


WHY ARE THEY WATCHING ME II
Lagi satu rimbunan pokok ( apa ya namanye ) yang menyegarkan pandangan mata gua yang makin layu ( lepas makan ) dan menjadi salah satu pelengkap seni hiasan taman kat tengah-tengah bangunan kolej ni. Gua suke tengok pokok ni... cantik. Kalo bentang tikar, dapat tido kat bawahnye mesti lena giler gua cakap kat diri gua sendiri! HEH!

EVILUTION
Bengkel disambung balik pada pukul dua petang setelah makan dan solat. Belah petang ni giliran encik Padi dan A’an plak. Yang ni, Yang Berhormat Encik Padi sedang memberi hujah-hujah tak masuk akal beliau mengenai teknik pilihan kedua iaitu cara DIGITAL, menggunakan photoshop melukis dan mewarna kartun. Padi adalah antara kartunis yang telah meninggalkan cara manual dan beralih ke digital SEPENUHNYA dalam menghasilkan karya-karya beliau. Gua benci lu Padi! Tapi I luv uuuuu…uuuu… Teknologi hari ini memberi pilihan yang pada semua dalam berkarya.


MYSTERY
Setelah selesai sesi Padi, giliran A’an plak bersama semua peserta bengkel. A’an mempunyai method yang berbeza dalam penyampaian, teknik dan cara mencuri perhatian. Memang kitorang buat, reka dan cari kelainan semasa berkongsi ilmu dengan peserta. Tak la sama jer! Salah satunye dengan menggunakan muzik/lagu. Misteri sungguh cara si A'an ni! Gua dan member-member lain yang dah abis turut join mengikuti sesi A’an. Tapi gua rasa gua tau apa yang akan dilakukan oleh A’an lepas ni…. Jadi gua berimaginasi dulu. HEH!


IN DREAMS
Ni la dia aktiviti tak ada akal A’an dalam menyampaikan salah satu dari tekniknya iaitu kaedah IMAGINASI melalui lagu yang dimainkan. Lagu bahasa Jepun la plak. Dah la tak faham, nak imaginasi apa.? Diorang ni bukan tidur aaa… sedang berimaginasi semasa mendengar lagu yang dimainkan! Kendian kena cerita sket mengenai imaginasi diorang pasal lagu tu melalui cerita yang ditulis.

I COULD HAVE BEEN A DREAMER
Gua yang pada mulanye berimaginasi dah betukar ke beradu dengan lenanya. kroih!kroih!kroihhh!. HEH!



HERE'S TO YOU
Biasak la di akhir program begambar kenang-kenangan dengan pensyarah-pensyarah yang berusaha gigih dalam menjayakan program ni untuk pendedahan, maklumat dan panduan pada semua pelajar/peserta mengenai kerjaya pilihan bila mereka keluar nanti. Terima kasih semua. Maaf atas ketelanjuran kata dan perbuatan. Moga apa yang kitorang sampai dan kongsi bersama tadi ada kebaikan walau sedikit. Moga semua pelajar berjaya dan menjadi seorang umat, anak dan rakyat yang berilmu dan beriman. Moga berjaya di dunia dan akhirat. Begitu juga pada semua pensyarah.


GATES OF...
Pintu masuk utama ke bangunan Kolej Komuniti Paya Besar yang jauh dari bunyi bising kenderaan dan segala macam bunyi lagi. Tempat yang baik, selesa dan tenang untuk mencari ilmu pengetahuan. Sebelum balik singgah kat pasar malam beli satar. Gua rasa cam nak selesema la plak. Achum! Achummmm! ARGHHHH!

TERIMA KASIH
Ni la rupa karikatur gua yang dilukis oleh encik pensyarah yang bernama Yong yang sangat mirip wajah/rupa beliau dengan sorang sobat kartunis yang dikenali sebagai Tembakau! Biasenye gua dan sobat kartunis yang buat/lukis karikatur orang/peminat, tapi kali ni surprise untuk kitorang. Saudara Yong melukis semua karikatur kitorang. Memang masa meeting biasenye gua, Padi, A’an, Jamb akan menconteng-conteng dan lukis karikartur sesama sendiri bertujuan untuk menghilangkan ngantuk dan mengutuk! Tapi itu tak heran sangat, pasal kitorang kartunis, tapi yang ni dilukis oleh encik Yong yang bukan kartunis. Sungguh seronok. Heee… encik Yong menggunakan marker untuk mewarna. Terima kasih saudara. Moga trus berjaya! Jumpa lagi.




12 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Bro' nak tunjuk gambar apa pun tunjuklah, tak kisah. Tapi gambar makanan dan tengah makan-makan tu memang membuat aku kecik hati sikit. Lapor weh!

Tahniah En Yong! Tahniah bro'!Tahniah semua!

:D

gayour said...

jowopinter
habih wak pun ada masukkan gambo nasi ambeng la, kuih ape ke namenye dalam blog wak tu apa hal? ingat gua tak tekinyam ( telan air liur ) nengoknye! kire adil la ya wak. harharhar!

ajie said...

cam best jer makan2 erk..uncle gayour...

hehe...

actually dah lama baca blog ni..arini baru terajin nak post...

j or ji said...

gua pun nak cakap gak la..lu ni ada tak acara yg tak melibatkan makan?
lepas lu makan,lu makan,lepas lu ,lu balik.dam aji pun lu makan gak! semua la!
harharhar

gayour said...

ajie
nak wat cane... orang nak belanje. rezeki Allah beri. makan jer la!
terima kasih kerana singgah ke blog gua dan tetiba jadi rajin dan berani bagi komen.

j or ji
banyak acara/tugasan yang gua buat memerlukan tenaga yang banyak seperti bengkel kartun. untuk melaksanakannya gua perlukan tenaga yang banyak gak. kalo tak gua akan rasa nak muntah dan pening. jadi kena MAKANNNNNN banyakkkkkkkk sebelum dan selepas wahai encik j or ji. best tak alasan gua ni? heh!

walau tak rase kenyang main dam aji tapi akan rase kenyang kalo main dam aji sambil makan nasik! heee...

Nas-Aguri said...

Aan punya idea tu bagus... dengar lagu sepatah haram tak pahem... pastu imagine apa benda lagu tu sampaikan dalam bentuk lisan dan catatkan kat atas kertas dlm bentuk visual. Tapi... aku tak tau la camana Aan cuba praktikkan konsep tu. Harap dia tak syok sendiri udah... HAHAHA! Aan... siapa tak kenal si Aan.

Hmm... itu hari yg kat Selayang tu... brader Gayour dah blah awal ngan kengkawan... adeh. Cadang nak luahkan perasaan aku pasal miss event yg itu kat ofis. Tapi tak jadi... so... aku simpan aje la dlm hati.

gayour said...

nas-aguri
a'an sentiasa berimaginasi dan tidur tak kire masa kat opis. pasal tu la method ' dengar dan imaginasi ' tu beliau cipta dan buat masa kat bengkel.

rasakan kamu tak dapat ikut! yang kamu pegi kencing lama-lama kenapa bah? kan dah kena tinggal. harharhar!

Nunn said...

pergh..makan kat tg lumpur tu memang geram la wa tengok..wa bila pergi Kuantan asyik miss je nak kesana..dia orang cakap ikan bakar kat sana mengancam betul ke brader?

johan said...

adoiii..lapor plak perut aku tengok makanan tahap melahap camni...encik yong- karya kau best lah..hihii

gayour said...

nunn
kalo dapat kedai ikan bakar yang best, best la... kalo tak best, tak best gak! dulu ada sekali makan ikan bakar tanjung lumpur ni... tak best langsung! arghh!

johan
gua tengokpun trus lapar giler tak ingat ni. arghhhh!

Faizal Mukhtar said...

menyirap betol la kalau bab-bab makan cam ni aku dipinggirkan... dah berapa kali dah ni.

CHaiiss!

gayour said...

faizalmukhtar
biase la... makqan makqan ni mana bleh bagitau apatah lagi ajak lu. heee...

sabo boy scout! sabooo!
jangan menyirap darah tapi lagi baik lu menyiarap kat lantai berangan terbang cam superman lagi baik. har fragin har!