Thursday, January 17, 2008

GEN X

GEN X – GENERASI X
09 MUHARAM 1429 HIJRAH - 18 JANUARI 2008

Kali terakhir gua diundang/dijemput jadi tetamu untuk program kat radio ialah pada tahun 2005 kat SabahFM, masa Road Tour GEN Y ( majalah G3, KLIK dan JOM ) kat sana. Di awal ahun baru 1429 Hijrah dan 2008 Masehi ni, sekali lagi gua dijemput untuk becakap kat radio. Kali ni kat KLFM 97.2 fm dalam rancangan baru yang dinamakan GEN X – GENERASI X pada 16 Januari 2008 ( Rabu ) hari tu. Dulu kitorang gunakan GEN Y sebagai nama baru department kitorang. Tak kisah la. Kali pertama gua datang ke RTM ni sebagai jemputan dalam rancangan radio ialah pada tahun 1990/1991. Tak ingat tahun mana yang tepat. Masa tu masih nama RMKL lagi kot? Entah la… Terima kasih pada yang mendengar kekejaman suara dan pendapat gua dalam rancangan GEN X ni hari tu. Pada yang tak dengar tu, korang tak rugi apa-apapun dalam hidup ini. Bukan la hebat manapun. Hidup masih bleh ditruskan seperti biasa.... Jalan raya tetap sesak. Pencemaran udara, air, bahasa, kerosakan akhlak/moral dan segala macam lagi tetap berlaku tanpa dapat dihalang!


OLD SKOOL
Patutnye program gua ni pada 09 Januari 2008 yang lalu, tapi gua minta tunda ke 16 Januari 2008 pasal persiapan untuk menyambut Tahun Baru 1428 Hijrah pada 09 Jan dulu tu. Gua pegi ke Angkasapuri dengan ditemani Aguri ( wartawan g3 ). Lain macam tul jalan masuk ke Angkasapuri skang ni. Berubah tul. Tapi bangunan Wisma Radio dan kat dalam bangunan tetap sama seperti kali pertama gua datang dulu. Same old skool! Ni pintu kebal untuk masuk ke konti KLfm. Patutnye gua bleh swep trus untuk masuk dengan kad pelawat yang diberi tu, tapi tak bleh la plak. Terpaksa la djNazira kuar bukakkan. Sori la gambo hancus pasal kelam kabut sangat!


SERABUT
Sampai jer cik djNazira trus bagi soalan-soalan yang akan ditanya dan gua kena jawap. Kena la baca dengan khusyuknye. Eeee… susahnye soalan! Tak ada akal tul! Ni la rupe konti radio skang ya. Ringkas jer. Fully digital. Tak serabut dengan kaset, CD atau piring hitam atas meja, bawah meja, kat rak seperti tahun 1990/1991 kali pertama gua menjadi jemputan di tengah malam dalam satu rancangan kat RMKL/ Radio Tiga Ibu Kota ( ntah la mana satu yang betul… ) dulu. Rasanya masa tu keadaan dalam konti lebih happening. DJ lebih kelam kabut mencari/membongkar timbunan piring hitam untuk mencari piring hitam penyanyi/band yang dikehendaki. Serabut! Tu yang best. Tapi sekarang ni lebih mudah… semua di hujung jari!


ARE U READY
Bebincang apa yang patut dan cane program akan dijalankan. Orait la okey cik DJ, tak de hal punyer! I’m ready to rock n’ roll!


MENYESAL
Soalan pertama… err… aaa... pasal apa ek? Aduuu…. Ni la akibatnye kalo lemah minda. Apa ye? Oo yeah, ingat dah! Gua memang memilih untuk menjadi seorang pelukis sejak dari sekolah bila menyedari akan bakat yang Allah anugerah/pinjamkan pada gua. Gua ingin mengguna dan memenafaatkan sebaiknya! Gua tidak pernah menyesal dengan pilihan yang telah gua ambil, buat dan lakukan sekarang! Soalan lain…


CAKAP PASAL...
GEN X adalah program yang berkaitan dengan dunia komik, superhero, trend warga
kota, band indie, animasi dan yang berkaitan. Gua dijemput untuk bercakap sket pasal kerjaya gua sebagai KARTUNIS. Rancangan ni gak turut menyediakan kuiz yang tersangat la senangnye untuk dijawap oleh pendengar. Cara mudah untuk memancing/menyebabkan/membuatkan/memaksa/
menggalakkan orang mendengar KLfm dan rancangan GEN X ni. Apa stesyen radiopun buat tektik purba cam ni. Majalahpun sama! Biasak la, siapa yang betul jawap dapat hadiah dari penaja dan dari Kumpulan Karangkraf yang berupa majalah G3 serta lakaran kartun dari gua selain dari suaranya disiarkan dalam radio.


KOMPLIN
Ingatkan datang sini nak cakapcakapcakap jer, rupenye kena lukis kartun gak. Dah la kat studio lukis kartun, kat dalam konti KLfmpun kena lukis kartun. Terkomplin plak! Dah kerjaya gua sebagai KARTUNIS, kena lukis la walau di mana. Masa ni djNazirah pasang lagu apa ntah… gua belasah lukis kartun untuk pemenang pertama.


NAH, AMIK KAU!
Masa membebel dan menjawap soalan, siap gak lukisan kartun untuk dua orang pemenang gua buat. Terima kasih pada yang sudi menelefon dan menjawap dengan betul. TAHNIAH!


JANGAN LAA...
ILMU adalah sangat penting untuk kita cari. Untuk menjadi seorang kartunis yang baik dan berkualiti, dia mesti berILMU! Lukis kartun bukan main belasah ikut kepala hotak kita jer! Itu adalah lakaran yang banyak kita tengok kat dinding tandas! Belajar la dengan sabar kerana seorang kartunis mempunyai TANGGUNGJAWAP yang sangat besar pada AGAMA, bangsa, negara dan pada kerjaya sebagai KARTUNIS itu sendiri. Jangan cemarkan kerjaya KARTUNIS dengan karya-karya yang tidak bermanafaat, bermoral, bertanggung jawap dan berILMU wahai semua sahabat kartunis! Jangan buka/bagi ruang pada orang yang tak boleh/tahu melukis berkata '' kalo cam ni, guapun bleh lukis! " kerana karya kita yang tak berILMU! Bedenyut ubun-ubun gua nak menjawap dan menerangkan pada peminat/pembaca atau bakat baru yang bertanya/mempertikaikannya!

Menjawap pertanyaan dari djNazirah pasal hak cipta, harta intelek dan yang berkaitan. Memang bende ni gua tak ambil kisah pada peringkat awal melukis dulu. Janji boleh lukis, kartun diterima, disiarkan dan dapat payment! Itu saja yang difikirkan. Maklumat dan segala yang berkaitan dengan hak cipta ni memang tak tau langsung dan tak ada siapa yang nak bagi tau! Benda ni begitu asing sekali pada gua. Tak tau, jadi tak tau apa yang perlu diketahui dan kat mana maklumat ni boleh diperolehi. ARGHHHH! Sila dapatkan maklumat yang tepat mengenai perkara ini dari pihak yang sepatutnya sekiranya saudara semua berminat nak tau!

DENGARKAN
Cam
biasa, beraksi liar adalah suatu yang menyeronokkan walau di mana. OII! DENGARKAN KLFM RENTAK INTERAKTIF KOTA anda! Ada laporan kesesakan jalanraya yang mencemuihkan semua pengguna jalanraya. Laporan kesesakan jer, mana jalan yang line clear, yang tak sesak tu tak ada laporan aa… heee.. dan bemacam lagi info terkini dan semestinye bermanafaat untuk semua warga kota dalam menjalani kehidupan di kotaraya ni termasuk la seruan azan menandakan masuknya waktu solat!


BLABLABLAA...
Sesi temubual gua tak lama. Tak sampaipun satu jam walapun bermula dari pukul 3 hingga 4 petang. Rancangan GEN X ni bermula dari pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 5 petang setiap hari Rabu. Ada beberapa buah lagu sebagai selingan, ada panggilan tipon… mana sampai sejam gua dapat membebel pasal kerjaya, kartun, komik, superhero, blablablaaa…. Tak apa la. Biar kejab, tapi berILMU. HEH! Ni setelah sesesai… beposing dengan djNazirah kat konti KLfm ni.

Terima kasih banyak-banyak diucapkan pada djNazirah dan KLfm atas undangan. Oi, Faizal Mukhtar! Tq gak kat lu pasal bagi nombor contect gua kat djNazirah yang tipon gua pagi-pagi buta lagi beberapa minggu yang lalu ( tahun lepas ) pasal nak undang dalam rancangan ni. Blah la lu! Terima kasih gak pada peminat-peminat kartun tanahair yang tipon dan bertanya melalui email dan SMS KLfm. Moga sihat sejahtera...


* pembetulan of the correction sket

tiba-tiba baru gua teringat... sebenarnya kali terakhir gua becakap dalam radio bukan kat SabahFM tapi kat SURIA FM 105.3MHz pada 04 April 2006 bersamaan 05 Rabiulawal 1427 yang lalu. hari Selasa dari pukul 10.00 hingga 11.00 malam dalam rancangan INSPIRASIku bersama djBOB RINGGO. banging dalam konti bersama djBOB. arghhh!arghhhh!

kena mintak sori ker ni? tak payah la kot. bukan jenayah perang penghapusan etnikpun. okey la.... maaf atas kelemahan gua sebagai manusia ni. ouch!

30 comments:

nUr@dDeEn said...

Yes dapat gak komen awal! Hikhik!

Aisey, tak dapat la dengo sore bro membebel. Tp dok dalam tuh rasa macam dj tak hehehe...!

Ya, majulah lukisan utk negara!!

Faizal Mukhtar said...

manusia tak kenang diuntung! tunggu kau digelanggang nanti!!! dasar manusia kambingan! Chaiiss!!!

gayour said...

nur@ddeen
syabas pasal jadi pengomen pertama yang sungguh kritikal! heh!
tak rase langsung jadi DJ pasal rase cam tetamu jemputan jer...

gayour said...

faizalmukhtar
shut the...
nampaknye perang ini tidak berkesudahan! yeah! i luv it boy scout!harfraginhar!

KLfm said...

DJNAzie :Wakaka! Terima kasih kerana menulis entry nie! Penuh bermaklumat + berinformasi dan segala2nya lah!!!!!

www.nazirahklfm.blogspot.com

Promote sket blog wa, Sila kagum yer...

MODERATOR said...

Gayour bila mau bikin album? Saya sedia menawarkan diri untuk main kompang.

gayour said...

djnazieklfm
no problemo. best ker blog encik dj ni? oi, sobat semua! ayuh kita tengok blog encik djnazie yang tak best ni! bleh kutuk apa yang patut. harharhar!

moderator
" sing me a song
you're a singer
do me a wrong
you're a bringer of evil..."

huh! sedapnye gua nyanyi!

j or ji said...

brader..
Bukan dulu ada pergi radio tigo somban ko? ke eden yg silap?
ingat2 dulu macam ado..dalam rancangan berbalas pantun bersama encik lim tat ataupun dalam pujaan sirap..

eden silap ko?

i am iron man!

babazahra' said...

hah kuar radio pulak dah...
itu buek2 lupo nak ngiro kambing lah tu...ingat den lupo ko? kot x kigho gak kek akhirat sok den topuk belakang lu bro "amacam kambing sudah kira ka, kawan?"

gayour said...

j or ji
iyo la tu. tak silap laie dah. taun 1995/1996. memang den ponah poie cakap-cakap mengarut ontah apo-apo kek radio seghomban tu dulu. ekau donga ko rancangan tu dulu. best kan? harharhar!

babazahra'
iyoooooo.... den tak lupo doh! tak abih ngiro laie ni. ghamai sangat kambing! heh!

Anonymous said...

Fuh glamer abis luuuu brooo ..akekekeke..pasni mesti wa nampak muka lu kat akademi fantasia ..yeahhhh hidup metal!

SF

gayour said...

anonymous
AH! tak nak la gua masuk rancangan realiti tu!

metal in the air tonite!

Faizal Mukhtar said...

dah lupa, pastu coverline. Chaaiit!

Nas-Aguri said...

Kartunis selebriti la katakan. Hmm... brader wat shooting utk rancangan tv kanak-kanak tu... ada siarkannn...? Terlupa tengok la! Hohoho...

Nadia said...

nape tak belasah melalak satu lagu ke?..hehehe..amik kesempatan sket.

Nadia said...

"Tapi luar aje nampak ganaz, tapi hati bunga..." ---> kata DJ Nazirah dlm blognye..

hehehehe...hati bunga ye, brader?..kuikuikuiiiii...;p

gayour said...

faizalmukhtar
shut the....
how dare u boy scout!
u don't remember,i'll NEVER forget!

nas-aguri
aa ah! guapun lupe. dah tayang kat tv ker? ah! lantak la!

nadia
itu bukan rancangan nyanyi-nyanyi. kalo tak gua pasti jeritttt ganas punyer!
ah! pandai-pandai jer djnazirah tu kata gua hati bunga! fitnah tu! gua berhati ganas, liar, keras, tak ada belas! heh!

heart of steel

ixora said...

Uiks, baru pasan!

Ingtkn aritu sy dh tingglkan komen kt entri ni.. rupa2nya baca je tp tak komen2. heh. sori!

gayour said...

ixora
nak mintak sori apa plak? tak komenpoun tak ape asal sudi singgah menjenguk. tq and terima kasih

butterfly85 said...

hehe.. sama-sama.

p/s~ sy kalo singgah kene komen.tak komen2, tak best. nnt en gayour xtau plak sy singgah. ahaha

gayour said...

butterfly85
eh! ni cik butterfly dengan cik ixora ni cik yang sama ker?

aduuu... sebenarnye yang mana satu ni... cik butterfly85 ker atau cik ixora?
ARGHHHHH!

blackpurple @ jowopinter said...

Aku tak dengar siaran KLFM patutlah aku tak tahu. Lepas ini boleh masuk di klasik.fm pulak yer bro'.

Hahaha!

Radenputri said...

Eleehhh...walaupun gua tak best, gua pun dah pernah kena interview ngan KLFM laa...

Bro, lu kalau tengok drama tv tu, rerajinlah tengok nama penulis skrip...mungkin lu akan nampak nama gua!

Hnsshh...Hnnsshhh...

MODERATOR said...

i luv gayour! the legend cartoonist...muaaaaah...cup...cuppp..cup...eeiii..geli arr


heh!

azharjaafar said...

Aslmkm brader gayour.
(1st time visit).

gayour said...

jowopinter
best gak tu. klasik fm. kalo diorang panggil gua mesti pegi. tapi gua lebih suke dengan konsep RIMA dulu...

rindu hati ku tidak terkira terkenang orang yang jauh...

radenputri
eh! sapakah encik ini... lelaki atau pompuan? heee...
ya la!ya la! nanti kalo gua tetengok drama tu, gua tutup atau tukar chanel cepat-cepat! harharhar!

moderator
tau pun geli! apa la muah!muah! gua plak...eeee...

azharjaafar
waalaikumsalam. terima kasih kerana sudi singgah menjengguk blog gua. moga encik sihat, berbahagia, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

ninie said...

macam mane klau sy nak interview abg a??buleh ke?

gayour said...

ninie
err... boleh. tapi untuk rancangan/siaran ( radio, majalah, surat kabar.... ) atau tesis/assignment encik ninie?

ninie said...

assignment.mcm mne bang??

gayour said...

ninie
boleh! encik bleh email kat gua. bagi tau bila nak datang, tarikh dan segala yang berkaitan. tengok bile masa/tarikh yang sesuai.

gayour@karangkraf.com.my