Thursday, March 27, 2008

KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT

KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
20 RABIULAWAL 1429 HIJRAH - 28 MAC 2008

Sehari sebelum sambutan Maulidurasul minggu lepas ( 11 Rabuilawal 1429, 19 Mac 2008 - Rabu ) team kitorang mendapat jemputan lagi dalam siri BENGEL KREATIF, KARTUN DAN KERJAYA. Kali ni kitorang ke KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT, kat Banting sana. Ada yang kata kat Jugra, ada yang kata kat Kuala Langat… mana satu yang betul ntah. ARGHHHH! Mana satu yang betul ni… Padi kata kat Jugra. A’an plak kata kat Banting. Bob The Bodyguard pulak kato kek Kuala Langat! Aduuu... Akibatnye kitorang sesat menghala ke Morib masa mencari kolej ni. Untuk menghilangkan bosan dan menghiburkan hati yang gundah gulana, kitorang sembang-sembang cerita yang mengarut-ngarut seperti cerita UFO yang pernah mengemparkan kampung Olak Lempit ( betul ker ejaan ni? ) seperti yang disebarkan. Cerita UFO makan buah kelapa sawit. Lawak sungguh. HARHARHARHAR! Akhirnya sampai gak ke Kolej Komuniti Kuala Langat walau hujan lebat dalam perjalanan dan sesat… Alhamdulillah.

Assalamualaikum! Apa khabar semua? Moga sihat-sihat hendaknye. Tu yang kat luar tu... Jangan mengintai ngintai. Silakan masuk. Jangan malu-malu plak! Dah nak start dah ni. Sila! Sila! Cam biasa gua menjadi pensyarah pertama pada belah pagi ni setelah membelasah beberapa ribu helai beehun dan kopi O sebagai sarapan pagi kitorang kat KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT ni.

Pelajar yang menyertai bengkel kali ni semuanya dari kursus ANIMASI. Bagus sangat-sangat la. Setelah cerita itu dan ini termasuk pengalaman hidup dan kerjaya gua yang mengerikan tiba la masa untuk melukis kartun. Kan bengkel kartun, jadi kena lukis kartun la ek! Peserta sedang diraging melukis karakter kartun diorang untuk gua dan sobat-sobat ( Padi dan A’an ) menghina nanti! HEH! Sebagai pelajar dalam kursus Animasi, korang mesti tahu, faham dan boleh melukis/mencipta karakter tanpa alasan! Lukis! Lukis!

Peluang baik dapat gelakkan lakaran kartun peserta memang tidak gua lepaskan seperti angin yang berhembus… kelihatan seorang pensyarah yang tak ada belas ehsan dan hilang akal sedang mengelakkan lakaran kartun sorang peserta/pelajar. HARHARHAR! Rasai lu! Ingat senang nak lukis kartun? Uikz! Apa teruk sangat ni... cam budak tadika! HAR FRAGIN HAR!

Walau tetekan dan menghadapi kemungkinan besar untuk digelakkan oleh pensyarah tak ada akal yang berkeliaran melihat peserta melukis, mereka
( peserta ) masih besemangat untuk menyiapkan assignment yang diberi walaupun mula rasa kesal dan berkata dalam hati “ apasal la gua masuk/datang dalam kelas ni? Uuuu…. Uuu... “

Besar la harapan gua apa yang disampaikan ada kebaikan dan manafaat dalam pelajaran dan hidup. Biar la sikit tapi ada kebaikan. Belajar betul-betul ya. Gunakan peluang dan segala kemudahan yang ada/disediakan di sini sebaiknya. Belasah! Gitu gak dengan pensyarah-pensyarah korang… jangan bagi diorang rilek. Tanya dan soal itu ini. Kalo diorang boleh menyeksa korang dengan assignment yang tak ada akal, korangpun patut seksa diorang dengan pertanyaan itu dan ini berkaitan pelajaran. Baru adil! HEH! Tapi jangan sampai hilang hormat. Mereka adalah guru yang mesti dihormati dan disayangi. Moga korang berILMU dan BERJAYA! InsyAllah. Sesi belah petang memang mengantuk.
Kena plak lepas makan tengahari. Gua yang memang dah penat… dan kenyang… apa lagi, cam biasa tertidur la dengan lenanya masa sesi A’an. HEH! Lu bebel la sensorang A'an. Selamat malam... zzzzzz...

Kelihatan encik Padi sedang berehat dengan tenang setelah habis sesi DIGITAL/PHOTOSHOP beliau. Best la bleh rilek. Yang Berhormat encik Padi dan Bob The Bodyguard buat-buat gelak mendengar lawak A’an. Pada hal diorang
( ehem! temasuk gua… ) sedang menahan mata yang tersangat la ngantuknye… Sabo Padi! Sabo… ekau jangan tido plak kek atas stage ni Padi!

Seorang peserta begitu marah dan protes pada A’an kerana A’an hanya tanya orang kat depan, tepi dan belakang beliau. Beliau diabaikan! Mana boleh jadi… Akhirnya terbongkar la rahsia kenapa beliau begitu hangin satu badan. Rupanye beliau adalah peminta setia penyanyi Jamal Abdillah, suka menyanyi dan dengan rakusnya bila disuruh beliau trus menyanyikan lagu AZURA tanpa belengah.

Kerakusan beliau beterusan bila dengan penuh perasaan menyanyikan semula lagu AZURA dan gua tak pasal-pasal kena jadi Azura. Kononnya untuk beliau lebih feel menyanyi. Aduuu la! Ah, tak kisah la! Memang beliau feel giler menyanyikan lagu ni. Semua penonton mini konset ni menjadi liar dan ganas! HEH! Itu la saudara Anang yang memang rakus menyanyi!

Kali ni sampai tak cukup masa plak bengkel kitorang ni. Sampai lajak hingga enam petang! Karakter-karakter kartun yang diorang dibuat/dilukis pagipun tadi tak sempat nak dikomen dan dikutuk. Biasanya kitorang buat game, tak sempat buat gak.. Apasal ek? Ooo… patut la, gua banyak bebel ape ntah rupenye. Patut la tak cukup masa. Pada hal semua peserta dan pensyarah kata dalam hati “ aduu… bila beliau nak habis bebel ni? “ Ya la, ya la... Habih dah! Habih dah! Ni sedang dapat cenderahati. Nak balik dah ni.

WE ROCK!

Penyalahgunaan handphone. Kalo nak ambik gambo gunakan KAMERA bukan gunakan handpone! Handpone dicipta sebagai kemudahan untuk bercakap bukan untuk ambik gambar. Gua benar-benar tak setuju dengan penyalahgunaan ni! Tapi ni la kecanggihan teknologi… entah la!

Masing-masing sibuk mengeluarkan handphone ( ingatkan nak tipun sapa ker… ) rupanya nak ambik gambo! Untuk makluman semua, semua gambo dalam blog gua ni diambil menggunakan kamera ya, bukan menggunakan handphone! Handphone bukan dibuat/dicipta untuk ambik gambo!

GIRLZ ROCK!

Sebelum boleh balik, kena lukis kartun dulu untuk semua.

Terima kasih pada semua pensyarah, peserta dan pihak pengurusan KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT kerana menjemput kami. Sekali lagi dimaklumkan, moga apa yang kami sampaikan ada kebaikan dan manafaat. Moga semua peserta berjaya di dunia dan akhirat. Maaf atas salah dan silap.

Cerita UFO yang sesat dan kebulur makan buah kelapa sawit disambung lagi dalam perjalanan pulang. Kesian sungguh UFO tu ya. Datang punya la jauh dari planet CREEPTON sana semata nak makan buah kelapa sawit mentah jer. Leceh tul. Kalo ya pun masak la dulu. Rebus ker, sira dengan gula ker. Selera la sket. Ni main belasah mentah-mentah! Rakus sungguh. Kebulur sangat la tu agaknye! Entah la. Nasih lu la encik UFO.

Mereka ada di luar sana... memerhatikan kita... memerhatikan planet bumi kita... Uuu... nakotnye!

ARD! ARDD! WE COME IN PEACE!

10 comments:

isyam143 said...

asalamualaikum kepada abang mazli,memang bro banyak beruntung kerana sering kali dikehendaki oleh kolej-kolej di seluruh negara ini,Tahniah.Mungkin lain kali bro boleh menceritakan sedikit tentang pengalaman melukis sejak dari tadika hingga sekolah menengah dan bagaimana pengalaman bro bekerja sebagai ketua editor dan tidak lupa juga anak-anak serta isteri dirumah.
"PERGI KEDAI MEMBAWA WANG
INGIN MEMBELI GULA
KALAU BAIK SEMUA SAYANG
MANIS SELALU MUKA"
WASALAM.

the indie story said...

Gambar2 yang korang semua tengok ini sebenarnya bukan bro'gayour.

Orang ini menyamar sebenarnya. Nama sebenarnya dia Slash. Bekas gitaris Guns & Roses.

Jadi jangan tepedaya.

Bro' Gayour time nih tengah melepak dengan aku kat Restoran Ali Maju.

isyam143 said...

ENTAH APAKAH NAMANYA KERJA DI GAYOUR NIH?MELUKIS JE KE?TAKDE KERJA LAIN MACAM BERKEBUN KER KAIT BUAH KER ?ARGH LANTAK BELIAU.JANJI KARTUN GUA ADA KAT RUANGAN ECHO FAN ART KAT G3 WALAUPUN KECIL NAMUN GEMBIRANYA BESAR!!YEARGGGH!!

isyam143 said...

GAYOUR>GHAYO>RAYA>>MAZLI IBRAHIM>ROCK FOREVER

faizalmukhtar said...

eh..jap, jap?! Kuala Langat? Jugra?? Macam kampung orang tua gua ni??!!

CHAISSS!!!

the indie story said...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog. (United Bloggers)

Anda mahu tahu mengapa masyarakat Malaysia sedang menuju kearah Masyarakat HYPER-TENSION pada tahun 2020?

Sila buat lawatan sambil belajar di:

http://theindiestory.blogspot.com/

CHECK IT OUT! Bloggers harus bersatu.

gayour said...

isyam143
ni la yang sumbangan kecil yang boleh gua bagi.

moderator
cis! bedebah sungguh yang berani menyamar jadi gua tu. memang nak kena tumbuk perut tu. ayuh, encik moderator! lu pegi tumbuk perut beliau. kalo lu menang gua tolong lu. heh!

isyam143
tu la gua pasal... memang tak ade kerja lain... melukis jer. entah la.

faizalmukhtar
yeah! lalu kat sijangkang ( sebut dalam loghat jawa peqat aaa.. )dan stadium jugra yang pernah melalui zaman kegemilangannya dulu.

DeeN said...

Selain ceramah kartun, buleh tak bro kasi ceramah camner nak tanam padi 8 taun sekali kat orang kampong gua. HarHarHarHarHar ...! "Lari, lari selamatkan diri, bro Gayour nak tumbuk usus kambing gua!!"

CayaLah, Bro! Cam pensyarah proLah!

isyam143 said...

kau memang best dan diantara yang terbest.nanti esok kau pegi tak festa buku antarabangsa? lantak kau lah memamng keje kau untuk menghiburkan orang. hidup hanya sekali so kita enjoy!!

gayour said...

nur@ddeen
boleh! boleh! kita baru jer melantik menteri pertanian yang baru iaitu yb padi. beliau bukan setakat boleh mengajar tanam padi lapan tahun sekali tapi juga boleh mengajar cane nak tanam pokok buah geduak, buah melaka dan buah negeri sembilan.

isyam143
insyAllah pergi untuk promosi buku " MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR " gua.