Sunday, March 09, 2008

TONGGANG TEBALIK

SUMBANGAN KECIL
02 Rabiulawal 1429Hijrah - 10 Mac 2008

Alhamdulillah, gua dah jalankan tanggungjawap gua sebagai seorang rakyat Malaysia of the BolehLand yang layak mengundi pada Pilihanraya Umum yang ke 12 yang lalu dengan semangatnye. Sedikit sumbangan gua untuk kemenangan Islam. Kemenangan sebaik saja memasuki bulan Rabiulawal. Antara bulan yang penuh kemuliaan dalam kalendar Islam iaitu bulan keputeraan
Nabi Muhammad S.A.W. yang dikasihi.
Sebagai orang Melayu yang mengaku sebagai seorang yang beragama Islam,
gua tidak ada pilihan dan tidak ada sebab untuk memilih yang lain selain dari menyokong dan memilih Islam!
Ramai yang kata dia beragama Islam, sayang pada Rasulullah S.A.W., tak suka Islam dihina, difitnah, dikata itu dan ini tapi berdolak dalih untuk memilih pemerintahan Islam kerana kepentingan itu dan ini.


Moga Allah akan sentiasa bersama dan membantu pejuang-pejuang Islam dalam menjalankan tanggungjawap/amanah sementara yang dipegang. Moga hati-hati mereka ( dan kita ) yang sentiasa tonggang tebalik dengan godaan dunia ini akan sentiasa ditetapkan keimanan oleh Allah. Moga Islam akan berada dikedudukan dan kemuliaan yang sebenarnya di bumi Malaysia yang bertuah ini. InsyAllah.

don't ask what you can do for ya country but.... heh!

28 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah kepada marhaen.

Tahniah kepada BA.

Tahniah kepada pejuang Islam.

Tahniah kepada aku yang jadi pengomen pertama


:D

Jorji said...

Gua masuk ke balai raya kg Terentang dengan penuh rasa semangat dan senyuman...

Tak yah beratur..Orang kampung dah solosai ngundi sebelum jam 11 pagi lagi..gua sampai jam 1 potang!

Wakil Parti terkesima lihat seorang anak muda memakai baju Black Sabbath datang mengundi..

dengan tabah,gua pangkah...

hasilnya..BA dapek 3 parlimen dan 15 adun di N9!

Ambik obat! angkuh bonar!

DeeN said...

Tahniah, tahniah, tahniah!
Bangganya aku dengan hanglah, sobat! Islam adalah agama umat Rasulullah saw dan tiada sebab utk kita menolaknya. Allahu Akbar!!

Alhamdulillah!!

gayour said...

blackpurple
yal la tu... syabas kerana wak jadi pengundi pertama yang mengomen. heh!

j or ji
aduuu... leceh tul ngundi kek balai ghayo. tak apo la janji ekau boleh pangkah baleh dondam!
apo laie jang, mintak la bola limo bijik, jesi duo pasang, but duo pasang sorang... heh!

nur@ddeen
menerima dan berusaha sedaya untuk melalukan segala suruhanNya...

the indie story said...

Melihat tulisan didalam entry kali ini, membuatkan aku semakin sayang kat GAYOUR.

muaaaaaaaaaaaah...cup..cuup...

hehehe

LAMBAT ATAU CEPAT...PEMERINTAHAN ISLAM TETAP AKAN KEMBALI.

IstiQamah menyokong perjuangan islam.

Setuju dengan Bro' Gayour 100%

Faizal R said...

tahniah bro! we did it!

the indie story said...

Video detik-detik terakhir...MALAM SEBELUM BARISAN NASIONAL TUMBANG DI SELANGOR DARUL EHSAN! - Malam Sebelum Mengundi (Lokasi:Taman Permata, Lembah Keramat)

http://theindiestory.blogspot.com

gayour said...

moderator
tidak ada sebab untuk memilih yang lain!

faizal
semua yang 'mahukan' telah melaksanakannya tanpa kompromi!

moderator
kena downlod la plak....

Nunn said...

ALLAh melihat apa yg kita buat...
kalau pertahan kan agama ALLAH ..
insyaALLAH hati tak kan goyang..
takbirrrrr

isyam143 said...

Melihat tajuknya aku tahu pasti Gayour tiada apa yang terfikir di mindanya untuk menulis sebarang ulasan atau apa-apa sahaja yang bernas kerana kata-kata yang ditulisnya hanya merupakan kata-kata pinjaman yang dipinjam oleh Gayour daripada penceramah dan selamat Maulidur Rasul pada 21 mac 2008 bersamaan 12 RabiulAwal 1429 hijriah.ASSALAMUALAIKUM.

gayour said...

nunn
kita memang sentisa diperhatikan...

isyam143
memang panduan, ilmu dan maklumat agama datangnya dari tuan-tuan guru. ulasan/kata-kata itu adalah dari kesedaran gua sendiri dari pengajian yang diikuti. ramai yang belajar dan tahu mengenainya tapi tidak mengendahkannya! tak kisah la encik isyam nak kata apapun. moga encik sihat sejahtera.

Anonymous said...

mksud gue, lu parti mane...
suruh la moy terbitkan...
plisss la....encik gayour yang ensem

the indie story said...

Lim Guan Eng sepatutnya lebih berhati-hati bila mengeluarkan kenyataan. Tersalah cakap buruk padahnya. Silap-silap kerajaan DAP di Penang hanya sempat bertahan tak sampai 3 bulan. Tolong jaga sikit perasaan hati kaum Pribumi Melayu Islam. Agaknya beliau terlupa bahawa kemenangan besar DAP di Pulau Pinang adalah hasil undi daripada semua kaum, termasuklah melayu. Jadi beliau tidak seharusnya bermegah diri mendabik dada dengan beranggapan bahawa itu adalah kemenangan mutlak untuk Democratic Action Party (DAP) yang terkenal dengan konsep slogan ‘Malaysian Malaysia’.

Sila baca artikel seterusnya di:

http://theindiestory.blogspot.com

tQ

gayour said...

anonymous
ISLAM

moderator
kita berdoa moga nasib saudara-saudara sebangsa dan seIslam kita di sana ( dan di seluruh dunia ) menjadi lebih baik, terbela dan berjaya. Insyallah.

Faizal R said...

moderator: nampak mcm sengaja nak mengapi2kan isu perkauman, kita berada dalam negara demokrasi, kita perlu hormati apa yg kita pilih. persepakatan barisan rakyat merupakan pakatan yg dibuat cukup berhati dan hampir sempurna, kalau tidak kerana pakatan ini, bn x mungkin kalah seteruk ini. biarlah dap cuba buktikan kemampuan dia sblm kita membuat pendangan serong. kemasukan wakil pkr dlm kabinet negeri sedikit sebanyak membuktikan ketulusan dap. di zaman gerakan, langsung tiada wakil dr org melayu. fikir2kanlah.

Anonymous said...

Bro ...hehehe perkabar bro, gua ada pepatah wa baru up kat entri wa - wa nak suruh lu terjemah ... jeng..jeng..jeng

gayour said...

faizal
jangan begaduh! jangan begaduh!

serunai faqir
alamak! tang terjemah ikut suka hati ni yang gua suka. nanti gua cube try mana yang boleh. heh!

Faizal R said...

@gayour sorry bro, agak teremosional skit, almaklum la baru lepas pilihanraya ..

peace! \m/ q'_'p \m/

gayour said...

faizal
biasa la tu. telebih emosi akan menambah selera makan. betul ker?

paes said...

Salaam Brader Gayour..

Dulu gua baca kartun lu sejak dari Gelihati gua dah terpengaruh nak simpan rambut panjang, tapi bapak gua tak kasi..

Sekarang gua beli G3 pun sebab ada kartun lu, tapi skang janggut gua yang makin panjang, rambut dah tak baper nak ader.. tu yang gua jeles tengok rambut lu..!!

Masa merubah keadaan.. Hanya, manusia mampu berubah atau tidak..

Salaamm..

the indie story said...

faisal,

lu masuk dulu blog gua, baca kasi habis itu artikel. Dan lihat juga entry tulisan2 gua sebelum ni.

Jangan nak melenting tak tentu pasal. Menuduh orang lain sebagai perkauman memang mudah. Yang susah memberi sumbangan idea yang konstruktif dan perbincangan secara ilmiah.

Apakah dengan membela hak bangsa sendiri, dikatakan perkauman? Anda faham apa itu perkauman? Perkauman adalah apa yang terjadi kepada bangsa RED INDIAN AMERIKA, meminta sedekah dibumi sendiri.

Baca kasi habis dulu.

Thanks Bro' Gayour.

the indie story said...

3 ekor gagak hitam diatas tiang lampu...


Gagak hitam basah
ditimpa hujan
awan mendung
rintik merempuh dinding flat usang
Tiga ekor gagak bertengek
diatas wayar
tiang lampu milik 'gomen'
gagak hitam berborak
berborak-borak
isu politik nasional
bahang musim pilihanraya
selepas membuang undi
4 negeri bertukar tangan.

gagak pertama:

"aku tegar menyokong pemerintah
selama-lamanya. kerajaan ini banyak berjasa, kalian tahu apa?"

gagak kedua:

"sehingga mampus, aku sesekali tidak akan menyokong kerajaan rasuah ini.
kerajaan zalim ini tidak dapat undi aku. barang naik tanpa henti. gaji aku
cukup makan."

gagak ketiga: (hanya terdiam. sesekali mengangguk-anggukkan paruhnya.
diam seekor gagak menyimpan rasa. bersuara bila perlu)

petir berdentam dentum
guruh keras
kilat sabung menyabung.

Tiga ekor gagak masih bertenggek
gagak-gagak hitam
melihat arus perubahan
melanda daerah mereka.

Gagak hitam pertama terus bersuara
lantang
menyakitkan hati.

Gagak kedua
tidak kurang keras
sekali-sekala
mencarut-carut.

Gagak ketiga
diam.
berjaga-jaga.
bersedia.

ZAASSSSS! GRROOOMMMMMM! DEENTTUUUMMMMM!

2 ekor gagak hitam
mati kejang
terbakar dipanah petir
bulu hangus
paruh rentung.

Terbanglah gagak hitam ketiga
membawa kisah duka
sambil mengeleng-gelengkan kepala
menoleh diatas udara memandang
2 bangkai saudaranya
sambil berkata:

"Kalian selamanya tidak mahu belajar..."

gayour said...

paes
terima kasih kerana masih sudi melihat dan menikmati karya-karya gua. alhamdulillah, janggut encik makin panjang mengalahkan rambut gua. jeles gua!
moga encik sihat sejahtera, betambah rezeki,bebahagia di dunia akhirat.

yeah! masa mengubah itu dan ini... tapi gua masih tegar sebagai seorang kartunis dengan izin Allah...

moderator
RUN TO THE HILL adalah sebuah lagu dari band iron maiden pasal puak red indian yang diserang,dimalukan, dihina, dirampas hak mereka dan akhirnya merempat di tanah tumpah darah mereka sendiri oleh the white man yang sungguh kureng ajar!

'' white man came across the sea
he brought us pain and misery
he killed our tribes killed our creed
he took our game for his own need..''


moderator
best gak gurindam ( sajak ker syair ni? ) ni.. bleh buat kartun ni. heh!

ajie said...

Salam Maulidurrasul s.a.w
abg Gayour...

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

ajie said...

Salam Maulidurrasul s.a.w
abg Gayour...

Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

gayour said...

ajie
salawat sepanjang masa sebagai bukti cinta, kasih, sayang dan menghidupkan sunnah baginda Rasulullah S.A.W.

angahcipoi said...

Tahniah ana ucapkan kerana dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai orang islam
http://pasjelebu.blogspot.com

gayour said...

angahcipoi
tahniah gak pado ongah dan kito sumo!