MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
Setelah lebih DUA TAHUN menunggu, akhirnya berjaya jugak buku “ MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR “ yang gua usahakan sekian lama diterbitkan. Tak tau nak cakap apa bila diberitahu ‘’ Hey, Gayour! Buku ekau dah siap! “. Syukur Alhamdulillah. Siap jer, Ketua Editor Alaf 21 Puan Wan Rohana trus tipun gua bagi tau supaya pergi ke studio Astro Awani untuk temubual dan promosi buku gua tu pada 25 Rabiulawal 1429 Hijrah - 02 April 2008 ( Selasa ) yang lalu secara langsung dalam rancangan MM bersama pengaca/penerbit Dangsuria Zainuddin pada pukul 11.30 pagi. Orait! Tak de hal.
Dengan semangat gua pergi ke studio Astro Awani sensorang nun kat Wisma Bursa Saham kat
Tujuan utama gua memenuhi tugasan ini adalah untuk mempromosikan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua yang diterbitkan oleh ALAF 21. Setiap minggu Alaf 21 akan menghantar penulis novel dan sebagainya yang terlibat dengan penerbitan Alaf 21 ke program ini untuk promosi produk-produk mereka. Kali ini giliran gua plak walaupun dapat tahu dalam masa yang tersangat la singkatnya. Tapi gua tak ada hal punyer. Peluang baik untuk gua mempromosikan buku yang gua pulun usahakan lebih dari LIMA TAHUN mengkaji, menyelidik, mengumpul dan melukis.
Buku ini adalah untuk semua peringkat usia yang ingin dan berminat untuk melukis kartun. Ia mengkhususkan pada PENCIPTAAN KARAKTER dan semua perkara ASAS yang berkaitan dengan melukis kartun. Inilah perkara PALING PENTING yang perlu diketahui, difahami dan dipelajari terlebih dahulu oleh siapa yang berminat dan ingin melukis kartun. Lebih dua puluh tahun gua melukis, gua betemu dengan bemacam-macam ragam, gaya dan kesilapan ketara dan besar yang dilakukan oleh kebanyakan bakat-bakat baru. Kerana kesilapan itulah karya-karya mereka gua reject tanpa rasa bersalah dan belas! Semua perkara asas itu gua kumpul dan terangkan dengan ditil dan mudah untuk difahami oleh semua yang ingin mula melukis kartun agar semua menjadi seorang kartunis yang BERILMU dan BERIMAN. InsyAllah. Itulah harapan gua.
Semalam Dangsuria tipun gua bagi tau supaya bawak sekali peralatan melukis kartun dalam program ni kerana beliau teruja nak
Sesi temuramah tak la lama mana. Gua hanya sempat bercakap mengenai tujuan dan untuk siapa buku ini dibuat. Apa yang pasti buku ini gua buat atas rasa tanggungjawap sebagai seorang kartunis untuk melahirkan kartunis dan pelapis baru yang bukan sahaja berbakat tapi BERILMU dalam industri kartun tanahair. Yeah! Yeah! Memang la gua buat dan penerbit ( Alaf 21 ) terbitkan nak orang beli supaya gua dapat royalti yang banyak dan Alaf 21 juga dapat untung yang banyak. HEH! Itu memang tak dapat dinafikan kerana kartun adalah perniagaan dan perniagaan itu adalah suatu yang baik! Apapun ini adalah sumbangan kecil gua pada semua yang berminat untuk belajar dan melukis kartun. Moga ada kebaikan.
Mungkin ramai yang tak dapat tengok gua live dengan Dangsuria dalam rancangan ni hari tu

19 comments:
tahniah!!
bestnya ada buku sindri!
Kalau wak nak dapatkan buku itu ditandatangani oleh bro' sendiri macamana ek?
j or ji
terima kasih yo la!
kombang lubang idung den!
hns!hns!hnss!
blackpurple
hualakok! mencabar gak pertanyaan wak ni. InsyAllah, sabtu ( petang ) dan ahad minggu ni gua pergi ke pesta buku pwtc( gerai karangkraf ), wak kena beratur panjang untuk mendapatkan tandatangan gua kerana gua mendahulukan kaum hawa insan yang lemah. heh!
Gayour
mana nak tangkap ko punya buku ek?...
Syabas Bro' Gayour. Anda memang handal. Bukan sebarang kartunis boleh mencapai ke tahap ini.
Tadi den jumpa anta punya sifu. Bro Ujang the kelempet. hehehe
Best giler dok borak dgn Ujang. Dia citer camner dapat idea buat lips-sync...boghuk cakap loghat noghoghie...hehehe pueh hati den!
Tahniah Bro Gayour bergaya!!...semoga teruskan perjuangan...gua nak interview sikit boleh tak?hanya fanzine x glamour(tulisan sendiri)...
Cis!Ni semua tahyul! Aaahhh!!! ...tapi best.
syabas.
gandum
lu kena turun ke jay bee/danga bay atau perlis sana dalam masa seminggu dua ni untuk mencari dan membeli buku yang hebat ni wahai encik gandum. heh!
moderator
terima kasih.
ahad minggu lepas gua bersama saudara ujang dalam forum anjuran pekomik kat pwtc. beliau bagi gua sebuah koleksi hard cover beliau dan sebagai balasan, gua bagi beliau sebuah buku soft cover gua. kami masih percaya dan mengamalkan sistem bata. heh!
jangan encik tak tau, begitu la hebatnye boghuk negeri semilan. semua kelakar dan pandai cakap loghat neghori! heh!
azreen hc77
terima kasih.
boleh tak ada masalah untuk ditemuduga. sila emailkan soalan pada gua.
gayour@karangkraf.com.my
faizalmukhtar
manteraworks lagi karut dan tahyul! pertubuhan haram yang tak berdaftar! perlu dibasmi dan dihapuskan hingga ke akar umbi tanpa belas kasihan!
apapun terima kasih atas ucapan syabas wak pada buku gua. heh!
WA LOPEH NI BULEH PINDAH VILLA FIORE LA, TOMPEK OGHANG KAYO-KAYO.
P/S: BULEH PINJAM BUKU TAK NAK POTOSTATE. KALAU BOLI PUN TAK DO BEZO, LOPEH TO SIGN SEKALI TULIH CERTIFIED TRU COPY.
YEARGHHH....
the maint
boleh. boleh blah!
Sedalam cintaku pada mu begitulah respekx nye aku pada pencapaian ini.
Tahniah Bro!!!
Semakin lama semakin hijau landasan seni ini dan akan membuahkan segunung harapan baru bagi seluruh rakyat malaysia.
Terima kasih Gayour.
projekterbaru gue bro,doa kan bersama k.
http://filemindipenden.blogspot.com/
tn director ahmad nisfu
Tahniah, Gayour atas usaha menghasilkan buku sedmikian. Moga2 buku tsb memberi bnyk manfaat kpd semua yg mahu melibatkan diri dgn dunia kartun.
Harap2 lepas ni jng la lu skandal pulak ngan awek pengacara tu...kuangkuangkuang!
p/s:
Isnin lepas gua pi pesta buku kat pwtc - x nampak pun lu kat booth G3. Kak Sharah ada la gua nampak...
afterwork8
aww u ni! terima kasih mr.roy. itu la sedikit sumbangan kecil yang mampu gua diberi untuk semua rakyat malaysia.
sudi la menerima seadanya...
afterwork8
gua dah tahu dari penulis skrip tuan direktor tu. beliau patut disingkirkan! skrip beliau hancus! tak nak pelakun tambahan ker? cam biase la, kalo tuan direktor nak ambik gua belakun kena gandingkan dengan pompuan. gua kalo tak ada perempuan tak bleh belakun tuan direktor. tak feel. heh!
pasti hebat dan berjaya filem arahan tuan direktor ini!
pyan
terima kasih encik pyan.
memang itu la niat dan tujuan gua untuk melahirkan ramai kartunis/pelapis baru yang berILMU dan berjaya ( dengan usaha tegar mereka )!
InsyAllah, sabtu dan ahad ni gua ke pwtc.
Hoh! Perlis? Bilo? Bilo nak poie Perlis weh? Wulaalaa..gua leh balik kampung.. yehaa!!
Er.. er... maksud gua, bro wat promosi kek Perlis bilo?
nur@ddeen
ada dua negeri yang blum gua sampai/pergi. satu kat semenanjung dan satu lagi kat borneo. perlis adalah negeri kat semenanjung tu. insyAllah, ada kesempatan atau ada jemputan ke perlis, gua pasti akan memenuhinya samada untuk promosi atau untuk makan laksa kedah. heh!
taniah bt abg gayour!!
semoga success dimasa akan datang
mmg best giler buku ni sng nk wat rujukan wat kartun..sbb sy nga bljr nk wat kartun so sng la da ada buku ni..thanks wat abg gayour...
akum..
sy dari uitm melaka.blh xsy nk interview abg?? untuk asgnmt sy tntng kartunis tanah air.lgpn penting so sy harap abg gayour leh bg kerjasama...
akum..
sy dari uitm melaka.blh xsy nk interview abg?? untuk asgnmt sy tntng kartunis tanah air.lgpn penting so sy harap abg gayour leh bg kerjasama...
Post a Comment