Monday, April 14, 2008

SKOOL'S OUT

I LUV SKOOL WHEN IT'S CLOSED
08 RABIULAKHIR 1429H - 15 APRIL 2008

Selain dari memenuhi jemputan dari IPT, kitorang gak memenuhi jemputan dari sekolah. Minggu lepas pada hari Rabu (02 Rabiulakhir 1429H - 09 April 2008 ) kitorang poie ko Negori Semilan jadi cikgu kek Sekolah Menengah Kebangsan Mambau, Negeri Sembilan Darul Khusus, ngaja budak-budsak sekolah ni pasal kartun. Jemputan ni sempena minggu apo ko namo eh ntah kek sekolah tu. Pakcik lupo! Kiro ni salah satu aktiviti untuk pendedahan pada pelajar-pelajar mengenai kerjaya pilihan yang menarik untuk diketahui dan dicuba.

Cikgu yang menjemput gua tu suruh datang awal sket. Program bermula pada belah petang pukul 2.30 petang. Diorang suruh datang/sampai awal pasal nak belanja makan tengahari kat kantin. Dengar ada makan tengahari Padi, Amang dan Aguri dengan rakus tanpa belengah lagi sepakat meninggalkan opis seawal 11.30 pagi kerana nakot sampai lambat. “ Melepas makan tengahari nanti ujar Padi! ”. Kata-kata beliau disokong tegar oleh Amang dan Aguri yang tensen dengan gua yang tehegeh-hegeh. Amang memandu dengan laju sekali kerana nak makan tengahari kat kantin sekolah. Selamat jer sampai jer ke sekolah, cikgu tu trus bawak kitorang ke kantin untuk makan tengahari. Dulu masa sekolah, jangan harap la boleh masuk apatah lagi makan kat meja guru dalam bilik makan guru. Masa untuk merasa dan balas dendam!

Setelah membelasah beberapa pinggan nasi dan lauk masakan negori semilan yang paling lazat* menyelerakan anak tekak dan berehat secukupnya hingga hampir terlena, kelaspun bermula. Ni la sebahagian dari pelajar yang dapat dirakamkan gambo diorang yang datang memberi sokongan.

*nanti kalo gua makan masakan negeri lain gua akan kata " Uikz! Sungguh lazat menyelerakan masakan ni! Tak pernah jumpa masakan/makanan begini punyer lazat dalam dunia!" Sama la masa kita makan masakan mak kita, kita akan kata " mak masak apapun lazat tiada tandingan di seluruh alam semesta!" Ini la sikap hipokrit kebanyakan kita pasal makanan. Asal halal, makan jer la selagi boleh makan.

Apo kaba sumo. Ni sumo orang negori semilan ko ni? Haa... dongan baik-baik den nak ngaja ni. Jangan main-main. Den ghembat an sorang-sorang kek tiang gol kang! Humang hai, garang eh lak kau yo jang! Kesempatan ni gak gua gunakan untuk mempromosikan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR gua pada semua pelajar dan guru. Boli jang, jangan tak boli! Ponek den buek eh tau tak!

Masa untuk lukis kartun! Hah, sekarang masa untuk korang lukis kartun ikut suka, minat dan kehendak hati tanpa mempedulikan apa nak jadi! Jangan peduli apa member kat sebelah nak kata. Dia punyer lukisan kartunpun cam budak tadika gak. So… apo nak malu? Ni masa diorang mencipta dan melukis karakter kartun memasing dan masa untuk gua membelek buku teks diorang. Mak datuk kau! Susah nak mampuih pelajaran skang rupnye! Nakot sungguh! Nengok buku nipun dah tau susah. Al maklum la lemah minda la katakan. Nasib baik la gua dah lamo abih sekolah. Selamattttt… tak jumpo dan belajar mata pelajaraan ni. Kalo tak, setiap kali mata pelajaran ni pasti kena bediri atas meja la nampaknye. Heheheehee..

Masa untuk cikgu Padi plak memberi penjelasan pada pelajar-pelajar mengenai photoshop. Kebanyakannya masih tak tau dan tak penah dengar lagi mengenai photoshop. Tak apa. Semua orang cam tu. Tak tahu itu dan ini pada mulanya. Dari belajar la kita tahu itu dan ini dan bila dah tau jangan kita kedekut dan belagak nak mampus dengan sedikit ilmu yang kita ada! Kongsi dan sebarkan untuk kebaikan dan manafaat semua. Baru ilmu bekembang dan insyAllah, ilmu yang kita sebarkan tidak akan menyebabkan kita jadi bengkrap ilmu, sebaliknya akan betambah. Percaya la...

Sesi kitorang bersama pelajar-pelajar dalam bengkel kartun dan kerjaya ni tak lama. Memasing dah sibuk nak balik pasal bas sekolah yang ambik diorang akan trus blah kalo tengok diorang tak ada! Pasal tu la memasing kelam kabut nak balik. Tak ado akal punyo dreba bas! Walau tak lamo mano, harap apa yang kitorang sampaikan ada menafaatnya. Ni bersama dengan guru-guru, dua pelajar yang terlibat dengan program kitorang ni dan beg kertas yang berisi coklet! Yummy! Yummmy!

Sebahagian dari pelajar/peserta bengkel sebelum semuanya balik naik bas, kereta,lori, jalan kaki, belari, naik motor atau beskal. Selamat belajar dan berjaya. Terima kasih bebanyak pada guru yang mengendalikan program dan pihak sekolah yang menjemput kami. Moga semua selamat, sihat sejahtera dan berjaya.

tadi masa masuk jer ke kawasan sekolah...
kenangan lama masa sekolah dulu walaupun dua puluh tahun telah berlalu tetap segar dalam ingatan!
ah, blah la! kenangan konon! HEH!

i luv skool when it's closed!

11 comments:

nUr@dDeEn said...

Gua dulu selalu makan kat tempat cikgu. Dah naik jemu. Sebab apa? Sebab kantin tu, bisnes mak gua yg punyer HaHaHaHaHaHaHaHa!!!

Er, er, er, rindunye nak balik sekolah.. ;(

Mak Su said...

Gayour? Gayour!!!! Gayour!!!! (kelu lidah)

gayour said...

nur@ddeen
aduuu... sekali anak toke kantin sekolah la plak!

mak su
sebut betul-betul ya murid-murid semua...

GA YOUR = GAYOUR

Nas-Aguri said...

Ada kesalahan sebutan ke tadi... har! har! har! haripah! (ikut gaya gelak cara Gayour).

Best la skolah tu... bila nak pegi lagi. Gua nak rasa skali lagi la pengalaman sesat nak cari tandas... itu je... boleh.

gayour said...

nas-aguri
ah! jangan harap gua nak bawak lu pegi lagi. cari tandaspun tak tau!

j or ji said...

masa gua sekolah kat tikir dulu,gua layan mee kek kodai acu kian yo..kantin ni bebudak eh tak roti beratur! beghobot! camno nak dapek makan!

gayour said...

j or ji
pasal makan-makan mano buleh saba jang. beghobut la apo laie! habih tumpah air sirap kek belakang baju. harharhar!

babazahra' said...

apo lah bebudak tikir nie kat kentin pun tak beratur, bilo nak order nasi ayam kek anjang aki tahu plak ikut turn. bro, wa suka sekolah bila hari penyampaian hadiah, sebab tu tanda takde belajar dah lepas tu muahahaha.

gayour said...

babazahra'
iyo, boto tu! hari penyampaian hadiah ( leceh tul ) merupo an antaro hari yang bahagio kek sekolah. buleh menganeh main kerate-kerate! yeahooo!

Nunn said...

brader lu kalau pasal makan laju je...tapi pepepon tahniah la sebab bro rajin turun padang mencurah kan ilmu pada generasi muda...gua selut a bro...

gayour said...

nunn
pasal ada makan-makan la yang laju pegi walau di mana makanan tu berada.

lepas makan bleh la puji " uuuikz! tak penah gua rasa makanan/masakan cam ni punyer sedap dalam dunia!" heee..