PESTA BUKU 2008
MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
BAHAGIAN DUA DARI TIGA BAHAGIAN
10 RABIULAKHIR 1429 HIJRAH - 17 APRIL 2008
Masa mengikuti seminar, gua mendapat pangggilan tipon dari sobat lama iaitu kartunis Manggis. Kitorang memang dah janji nak dating kat PWTC ni. Gua kuar jab dari dewan seminar sementara menunggu kedatangan kartunis Manggis. Tetiba masa gua baiekkk punyer sandar layan Aku Hidup Dalam Blues Untuk Aku Ker kat dinding luar dewan tu, sekumpulan awekz tetiba tesengeh-sengeh kat gua. Ah, sudah! “ Apa hal plak awek-awek ni. Sakit ker diorang ni. Diorang ni sengeh kat gua atau kat dinding?" Konfius gua. Nakot gak. Diorang ramai. Buatnye diculik atau dismackdownnye gua ramai-ramai... EEEE.. Makan makanan hospital la gua! Mana la si Manggis ni? Walaupun Manggis lemah gak tapi kira okey la kalo beliau ada. Boleh la gua tunjuk macho sket kat Manggis depan awek-awek ni. Uuuu...uuu... Mereka trus menghampiri gua dan berkata “ Brader Gayour
Sambutan dari pengunjung kali ni sungguh memberangsangkan. Kali ni ramai golongan remaja yang membeli.
Adik manis ni beli buku gua untuk diri beliau sendiri. Beliau suka/minat dan semangat tak ingat untuk melukis kartun tapi hilang akal cane nak melukis dengan betul. Terutama dalam mencipta karakter kartun sendiri. Membeli buku gua ni satu tindakan tepat dalam usaha adik manis mencabar keupayaan diri dalam usaha menjadi seorang pelukis kartun yang berilmu dan berjaya. Berusaha la! Jadi la salah seorang dari kartunis perempuan tahahair yang berILMU. Terima kasih.
Brader ni terang-terang menyatakan pada gua mengenai kelemahannya melukis kartun. Tapi sangat teruja untuk melukis kartun! Pasal tu la tanpa merasa kesal, beliau trus membeli buku gua ni. Moga apa yang gua sampaikan dalam buku ni dapat membantu brader dan menjadikan impian brader untuk melukis kartun dengan penuh keyakinan akan terlaksana dari usaha dan semangat gigih brader. InsyAllah. Gua caya lu brader kerana tidak mengganggap melukis kartun suatu yang mudah/senang! Kerana tu brader ni beli buku gua pasal nak tahu dan belajar. Tahniah dan terima kasih kerana sudi membeli buku gua.
Sorang lagi awek remaja yang berminat, suka dan tegedik nak belajar melukis kartun. Ayuh! Melukis la kerana negara kita memang kekurangan pelukis komik, illustrator dan kartunis perempuan yang berbakat dan berILMU. Kehadiran anda dalam industri kartun tanahair memang dialu-alukan! Kerjaya ni memang sentiasa terbuka pada siapa saja yang bersemangat kental dan sedia bersaing untuk memeriahkan industri kartun/komik tanahair! Syaratnya mudah saja… siapakan diri dengan sebanyaknya ILMU dan jangan jadi seorang yang jahil! Tahniah! Moga berjaya dan terima kasih.
Seingat gua dua orang gadis remaja ini adik beradik. Masing-masing membeli buku gua sorang satu, tak mahu berkongsi! Tak tahu kenapa, mungkin mereka bersaing siapa yang paling hebat dalam melukis dan mencipta karakter kartun memasing. Untuk menjadi hebat, kita mesti berani melakukannya dengan berpandukan ILMU! Berusaha dan bersaing la untuk menjadi lebih baik dan memajukan kebolehan diri. Moga dengan kebolehan, bakat dan ilmu yang ada itu nanti, adik manis berdua boleh melakukan kebaikan melaluinya pada agama, bangsa, diri, keluarga dan Negara! Terima kasih kerana membeli dua buku gua…
Sorang lagi brader yang berminat pada kartun dan berminat melukis kartun. Gua respek kat brader ni kerana tidak malu untuk belajar melukis kartun. Memang tidak ada sekatan pada kita untuk trus belajar apapun ( yang bermanafaat ) walau berapapun umur kita. Guapun masih trus bertanya dan belajar kerana masih banyak yang gua tak tahu. Terima kasih kerana sudi membeli buku gua brader. Berusaha la dengan sabar dan gigih. Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Banyak-banyak la buat latihan mencipta karakter sendiri.
Masa gua mula-mula melukis kartun dulu, gua sentiasa mencari buku panduan melukis kartun buatan kartunis tanahair untuk belajar dan menjadi rujukan. Tapi sayangnya tak ada. Bejanggut gua cari! Kalo adapun ntah apa-apa ntah. Tak boleh buat rujukan langsung! Kebanyakan buku panduan melukis kartun, komik apatah lagi animasi datangnya dari Jepun, Eropah dan U.S. Mahal nak mampuih plak tu! Perkara ni benar-benar merupakan cabaran besar pada pelukis baru yang agresif seperti gua untuk belajar dan memajukan diri! Kat sapa nak bertanya, nak belajar pasal ILMU kartun ni ya? Ah, CRAP! Perkara ni la antara pendorong untuk gua membuat buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR ni. Biar remaja seperti adik ini senang dan mudah belajar melukis kartun. Apa yang diperlukan ialah semangat dan kesungguhan. Terima kasih adik! Selamat melukis kartun.
Siapa tahu, siapa sangka adik yang membeli buku gua ini akan jadi lebih hebat dari gua dan Dato’ Lat pada suatu hari di masa akan datang sebagai seorang kartunis dan menjadi kartunis anak Melayu pertama yang menjejakkan kaki, kepala lutut dan sujud syukur di permukaan bulan. Lagi hebat mencipta sejarah dunia kartun sebagai kartunis pertama melukis karikatur gua kat atas permukaan bulan sebagai ingatan pada buku gua yang menjadi guru beliau hingga menjadi seorang kartunis yang berjaya ( atas usaha dan semangat tegar beliau )! Adakah perkara ini mustahil untuk terjadi? Terima kasih adik. Berusaha la!
Ramai remaja perempuan yang membeli buku gua ini sebagai tanda rupanya ramai golongan hawa yang beminat melukis kartun. Memang ramai yang suka melukis kartun. Kerap kali gua dengan kata-kata ni dari seorang ibu atau bapa mengenai anaknya… “ anak kakak/abang/makcik/pakcik si angah tu suka betul lukis kartun. Habih dinding, kerusi, meja, lantai, pinggan mangkuk, periuk, kuali, atap, siling, kereta, badan adik dia, beg sekolah, buku-buku sekolah lama-lama dilukisnya!” Yeah! Gua boleh bayangkan setakat mana hasil karya dan bagaimana kualiti lukisan kartun mereka. Memang mereka melukis kartun tapi bukan kartun begitu yang kami mahu untuk dibeli dan diterbitkan. Moga buku yang gua buat ni dapat membantu anak-anak yang begitu ghairah melukis kartun termasuk adik manis ni. Terima kasih .
24 comments:
hihihi, takde sapa brani smackdown brader Gayour...ahaks
pakcik kayo lah ini macam, berjuta-juta puluh ribu liyun buku den laku. apo laei, hadiah kigho kambing bagikan buku yo. ah? kambing? mano kambing? sapo kambing? berjuta kambing? kambing baco buku? kambing sesat kat pesta buku?
mak su
awek skang bukan buleh kira, ramai yang ganas-ganas! alhamdulillah la tak kena smackdown hari tu.
babazahra'
buku kambing? bagus gak tajuk ni. MARI MENTERNAK KAMBING CARA GAYOUR.
haha! ado ko yang nak buku gua sebagai hadiah kiro kambing? ekau biar boto jang.
Macamana wak boleh tak terjumpa bbo' di PWTC hari itu ek. Tak ada jodoh kita agaknya.... Hmmmm...
Silap eja la..Isk! bbo' = bro'
bagi aje pada gua hadiah buku tu. gua kompiden takdo makhluk lain yang kira dengan tepat kambing itu hari walaupun tuan kambing itu sendiri.
blackpurple
wak pakai ilmu ghaib masa datang hari tu. mana nak nampak! hehee...
babzahra'
keputusan akan diumumkan tak lamo laie. bawak betenang ya. masih ada masa untuk berdoa....
dulu aku ada beli buku Rejabhad. koleksi arwah la. dalam tu ada skit info cara melukis kartun. kendian aku beli buku melukis kartun umbut dan junuh. bagus juga buku tu ada la skit sejarah kartun dan panduan buat pembaca yang minat nak lukis kartun.
hari ni aku beli buku Melukis kartun cara Gayour lak. panas dari kilang tu. buku bro. ni bagus dan detail skit isinya. menambah info buku yang aku dah beli.
TAHNIAH BUAT BRO GAYOUR!
harap lebih ramai kartunis bpengalaman buat cam ni agar kartun kita terus hidup subur di hati generasi akan datang.
bro ramai nye aweks minat kat bro....nasib baik bro tatak sombong..wa ingat nanti nak cari buku bro sebab wa punya anak minat lukis katun....
johan
terima kasih kerana sudi membeli buku gua dan terima kasih atas sokongan pada industri kartun tanahair.
nunn
hadiah yang baik untuk anak encik. tq bro!
gua ada tengok cover buku gayour kat blog sorang kawan. http://akujohan.blogspot.com/
ini yang kitorg tunggu2 dari dulu lg.
anonymous
terima kasih atas sokongan yang diberi. moga buku yang gua buat tu memberi sedikit 'ilmu' pada encik dan kengkawan. selamat melukis kartun!
Alamak, apa pasal saya tak nampak enche' gayour hari tu. isk..
"ORANG yang berjaya tidak melakukan perkara yang hebat. Mereka melakukan perkara yang kecil dengan cara yang hebat".
Walt Disney, seorang pelukis kartun muda, kecewa apabila editor akhbar sentiasa menolak lukisan kartunnya. Apa yang mereka kata? 'Awak tidak ada bakat!' Namun Disney mahu mencipta sejarah.
Suatu hari seorang paderi gereja mengupah beliau untuk melukis beberapa keping kartun.
Tempat kerjanya hanyalah di sebuah bangsal di sebelah gereja itu yang banyak tikus. Itulah permulaan Mickey Mouse.
atiqah
biasak la... gua sedang gunakan ilmu ghaib masa tu. pasal tu la enche' atiqah tak nampak. heee...
johan
begitulah mudahnya satu karakter kartun yang sangat popular di seluruh dunia dicipta sekiranya kita peka dengan persekitaran. inilah sikap yang perlu ada pada setiap kartunis!
Salam :)
Huk Huk ..
Rugi pi time bro takdo.. kalo tak, leh la gua ambush lu sambil pow lu makan ais kacang hahahahahahaah!!!
Hampeh la lu bro..
wa suruh adik wa cari kat kedai PERLIS yg lu kasi tu...
dorang cakap takdak pun buku tu....tak pa wa turun KL june la wa beli....
nur@ddeen
gua dah agak dah... pasal tu la gua datang masa encik dah balik. harharhar!
gandum
sori la... masa adik lu tanye buku gua kat kedai buku tu, lori yang bawak buku gua tu berhenti makan laksa dengan cendol kat kuala perlis jab. adik lu blah jer, lori tu pun sampai ke kedai tu.
harharhar! sabo jer la ya.
Bro, dah buek promosi kat Perlis ker? Kalo nak buek sekali lagi, bagitau gua. Gua leh la blanje lu makan ais kacang (sebab lu tak nak blanje gua). HaHaHaHaHampeh!!
nur@ddeen
aih kacang punyer pasal, ada peluang ke perlis nanti gua bagi tau kat encik! hehee...
pertama gue nak beli buku lu bro
kedua nak tandatangan lu
pastu tu guenak minum2 lak
kalau free bila2, suuweett!
Tn director ahmad nisfu-
gayour memang cool. buku melukis cara gayour memang telah lama ditunggu-tunggu.
bibir gayour memang tebal. macam karakter slash. hehehee
sori bro. itu komplimen sebenarnya.
filmindie
tang minum2 tu yang den suko. bilo-bilo maso buleh! tapi takkan tuan direktor nak belanjo minum2 yo?
ni nak belanjo minam2 ni nak bincang pasal tawaran belakon kek den ko? buleh! bulehhh! janji den pelakun dengan pompuan. hehehe...
Independence Limited
Freedom of Choice
Choice Is Mad for You My Friend
Freedom of Speech
Speech Is Words That They Will Bend
Freedom with Their Exception
Eye of the Beholder
Metallica
moderator
penungguan telah berakhir... pegi cari dan beli! heh!
penunggu
sweet charity
sesiape nak belajar melukis, tak kira kartun,potret,hubungi saya 017-2525946
Post a Comment