Tuesday, September 16, 2008

PERANG BADAR

BADAR AL-KUBRA
17 RAMADHAN 1429H -17 SEPT 2008


Pada hari JUMAAT bersamaan 17 RAMADHAN, TAHUN 2 HIJRAH selepas peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah, berlakunya PERPERANGAN BADAR AL KUBRA. Peristiwa atau peperangan ini merupakan satu perperangan yang SANGAT PENTING untuk menentukan masa depan umat Islam dan agama Islam keseluruhannya di atas muka bumi ni. Sama ada umat Islam dan agama Islam akan hidup subur bekembang atau terhapus! Semuanya BERGANTUNG pada keputusan dari perperangan ini wahai semua sobat yang dikasihi. Gua kerut dahi mendengarnya. Tak kisah langsung selama ni pasal Perang Badar. Perang Badar? Emm... tentera Islam menang walaupun jumlahnye sket. Itu jer yang gua ingat. Tupun pasal nak amik dan lulus periksa! Kita memang tidak diberitahu lebih-lebih, tahu sikit-sikit jer pasal yang bekaitan dengan Islam.

Ini antara peristiwa besar dalam sejarah Islam yang perlu kita ingat, tahu dan mengambil pengajaran darinya. Gua tau semua sobat dah tahu, pakar dan arif mengenainya. Sekiranya ada yang nak tahu mengenai peristiwa Badar ni, boleh la tengok kat entri yang tak seberapa lengkap yang gua masukkan pada bulan September/Oktober 2007 yang lalu.

Hari ini dalam bulan Ramadhan 1428 tahun yang lalu, Rasulullah S.A.W. dan para pejuang Islam betempur dengan musuh-musuh Islam di Badar!

* bulan kembang penuh yang gua rakam malam tadi ( 16 Ramadhan 1429H ) sebelum belakunya Perang Badar. pucat dan tak beseri...

21 comments:

Q said...

Bro.... Perang Badar 313 vs 1000++...org Islam yang syahid 14 sajer dari 313 tuh.....

Ungku Nor said...

abg Gayour,
kalo abang nak tengok bulan cantik berseri-seri tu masa malam lailatulqadar..ustaz cakap laa.

gayour said...

_q
bijak macam sang kancil encik q ni. syabas!

ungku nor
kalo la dapat betemu dengan lailatulqadar alangkah bahagianye.
muka ungku nor dulu2 bulat macam bulan. heee...

malam bulan dipagar bintang
makin indah bila dipandang...

Q said...

sebut pasal perang badar nie kan...bro... nie agak lari skit...lu x nak ker buat komik yang agak serious.... maksud gua macam perang badar ker... pengembaraan ibnu battuta ker...should be interesting and educational gak... x der la orang lebih tau pasal leonidas and his 300 spartans or marco polo...sebab den pornah tanyo budak pasal cito qorun pun diorang x tau... tapi nie just cadangan jer....

gayour said...

_q
humang hai! betambah bijak mengalahkan sang kancil la plak encik q ni. cadangan yang hebat! boleh difikirkan saja tanpa tindakan! harharhar!
banyak bondo den kono study, rujuk, cari dan segala macam lagi persiapan kalo nak buek kisah tokoh/ilmuan hebat Islam ni jang oi.
harap suatu masa nanti den buleh buek komik/cerito ni untuk manafaat semua, bukan saja untuk kanak-kanak tapi orang tuo gak! InsyAllah.

Dr. Bentara said...

bro... kalau baca kisah para sahabat r.a. ni, kena pada timing, boleh menitis air mata. Mereka sungguh2 korban atas agama. Dan akhirnya kita dapat manfaat. Kalau tak kerana mereka, entah agama apa la kita ni sekarang...

gayour said...

bentara
tapi skang ni ramai yang tak sayang dan tak amik kisah pasal agama islam yang dibawa dan diperjuangkan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat r.a.

eddie dewanaga said...

antara perang2 dalam sejarah islam yg patut kita ambil iktibar...
semangat perjuangan demi menegakkan jalan Yg Maha Besar...


budak2 sekarang ni bukan nak kisah benda2 camni, asik nak layan perang kings of metal je...(track warrior's prayer - Manowar)

''...grandfather, please tell me a story...!''


''muka ungku nor dulu2 bulat macam bulan. heee...''


hahaha... really!!
:)

Jorji said...

300 tu buat citer macam perang badar jugak...gua konpius.mereka tiru kitakah? sebab banyak propaganda barat suka ambik citer islam dan pesongkan..atau betul spartans tu ada bertarung mcm tu? mereka gunakan idea berlindung dibkt sempit...scene tentera bakar kapal mereka..blabla..

lu try buat siri perang badar tengok camne...mesti kaboom!

berita lain pulak, Hatfield dan rakan2 keluarkan album baru,death magnetic...gua sdg d/l.

gayour said...

eddie dewanaga
pasal kisah2 perang, ilmuan, pemikir dan segala yang bekaitan dengan Islam memang tidak diceritakan dengan lengkap. kena plak pada budak2 sekolah. tau sket2 asal lulus peksa dah.

dulu masa belajar sejarah melaka, tak jumpepun fakta pasal pelaksanaan hukum Islam/hudud kat melaka. gitu gak sejarah kesultanan terengganu. yang diberitahu adalah pasal batu besurat.

yeah! bulat cam bulan mengambang penuh. haha!

bulan dan juga angin
engkau bisikkan lah...

j or ji
alangkah bagusnya kalau gua dapat membuatnya. kira sumbangan gak pada semua pasal sejarah Islam melalui kartun/komik.

Q said...

j or ji... 300 tuh memang citer btul... tapi bukan perang badar citer pasal spartan...
tapi bro gayour... if lu dapat buat... gua memang respect ( and beli la if publish). tu kira salah satu cara berjihad tuh...

gayour said...

_q
peluh, air mata dan darah tesembur merata-rata! OUCH!

Denanz ... said...

harhar. bulan 16 Ramadan memang suram. pagi tadi (19 ramadan - 6.45 pagi) masa gua nak hantar anak ke sekolah, nampak bulan cantik. dah tiga suku bulan tu. tapi warna tak kuning sebab dah siang.

*errr ... ini ke yang dikata "rembulan kesiangan".

shazrol said...

http://www.shazrol.blogspot.com/

ini adalah alamat ku yang baru wahai saudara ku Gayour

gayour said...

denanz
yeah! bukan saja kita yang selalu kesiangan tapi bulan gak tiap2 bulan kesiangan!

mrroy
aww! awww! and awww!
tq.

saracocohoney said...

insaf watashi baca blog hang pa...baguih juge meganimasikan cerita tokoh2 neh...tak kisah la tokoh aper...

ghimau said...

hai.. salam perkenalan bro gayour.. gua minat giler dengan kartun-kartun lu sejak dari sekolah lagi..

selamat berpuasa dan salam tauhid dari gua

Anonymous said...

Salam,

Gua skrg di Harakah

Irwan

gayour said...

saracocohoney
tak boleh tak kisah. kita kena kisah dengan tokoh-tokoh ni, terutama kalo tokoh2 Islam. heh!

ghimau
humang hai namo kau, nakot sungguh! terima kasih and tq yo la pasal dulu encik ghimau pernah suko kek kartun2 yang den buek.

selamat menghabiskan puasa yang tinggal beberapa hari yo laie wahai encik ghimau.

aumm! aummm! jangan encik ghimau gigit den dah! harhar!

anonymous-irwan
syabas! moga berjaya di sana.

Anonymous said...

Hallo abang gayour,Sihat ke?Saya Pungguk,Nak kata panggil kartunis ni tak tau la nak kata..Saya masih bersekolah.Umur 15,Can abang Gayour intai2 sket blog saye tak.Manalah tau ada komen ker tak dari abang Gayour?Ni blog saye:GUAROCKBEB.BLOGSPOT.COM

gayour said...

pungguk
mula-mula hanya lukis kartun, tapi kalo istiqomah melukis akan digelar kartunis. untuk mendapat gelaran kartunis, kita mesti berILMU pasal kartun! nanti gua singgah tengok blog encik dan hina apa yang patut. HEH!

syabas! selamat trus melukis kartun