BARU CERAI SUSU
22 RAMADHAN 1429 HIJRAH – 22 SEPT 2008
OFFICIAL GAYOUR BLOGSPOT
dengan rasminya telah berusia DUA TAHUN pada hari ini semenjak penubuhannya pada tahun 2006 yang lalu. Dah dua tahun gua melayan bende yang sangat leceh ni rupenye. Memang leceh tak ingat! Macam-macam bende yang gua sumbat dalam blog gua ni. Kebanyakan benda yang dah basi beminggu-minggu baru la gua bekesempatan nak masukkan. Entah la. Semenjak tertubuhnya, gua dapat ramai kenalan lelaki dan awek-awek cun walau hanya di alam maya yang keje lain tak ada, asyik mengomen jer kejenye ( HEH! ) dan tak penah jumpepun. Sepanjang dua tahun, blog ni gak menemukan semula peminat-peminat kartun oldskool gua dan sobat-sobat yang sekian lama terpisah. Oh, syahdunye! Terima kasih wahai encik blog!
Hari tu encik Niezam ( sobat sedepartment ) seperti juga encik Faizal Mukhtar yang memaksa gua buka/buat OFFICIAL GAYOUR BLOGSPOT ni telah memaksa gua membuka satu lagi cawangan blog. Adoi la! “ Buat la lagi satu blog Gayour. Lu bleh buat komik, sketching atau apa-apa yang lu lukis dah sumbat kat situ!. OFFICIAL GAYOUR BLOGSPORT tu lu khaskan untuk aktiviti atau apa-apa yang bekaitan. Tapi blog yang satu lagi ni plak khas untuk artwork lu jer. Kartun-kartun lama atau komik rare yang lu buat tapi tak penah diterbitkan. Senang la orang nak tengok. Tak la campur-campur”, tegas encik Niezam pada gua. Gua tekedu dan tak tau nak cakap apa….
Nak bukak sampai seribu blogpun tak jadi masalah, tapi nak maintain yang jadi masalah! ARGHHH! Tapi akhirnya gua ikut gak cadangan encik Niezam. Gua bukak gak blog baru yang dinamakan GALERI GAYOUR. Dah sebulan lebih gua bukak tapi tak satupun entri yang gua masukkan. Harharhar! Rasakan!
Nanti la ada kelapangan gua masukkan ya. HEH!
Apapun OFFICIAL GAYOUR BLOGSPOT dah berusia DUA TAHUN. Kalo seorang baby yang menyusu ibu, kira baru cerai susu ibu la. Banding dengan blog sobat yang lain, blog sobat-sobat lebih baik, hebat dan menarik lagi dari blog yang baru cerai susu ni. Terima kasih pada semua yang sudi singgah menjenguk dan komen macam-macam. Moga semua sobat bloggers sihat sejahtera, bahagia, betambah rezeki lagi berkat, panjang umur dalam iman, berjaya dalam kerjaya, diberkati dan dirahmati Allah. Mintak maaf banyak-banyak sekiranya ada yang tersinggung, sakit hati, benci, marah, menyesal, kesal dan entah apa rasa lagi masa singgah ke blog gua ni. Terima kasih.
39 comments:
HaHaHa.... taHNiaH bRO....MaY tHE fOrCe be wItH yoU...
gUa NaK tANYa saTU La... Lu hIsaP sUsu aper... duTcH Lady keR S-26? haHaHahaha.....
_q
terimo kasih yo la.
lekas la besar si manja ku sayang
minum la susu cap gantung!
All I want
All I get
Let it be captured
In my heart
World on fire
World of pain
Find myself wanting you again
All I want
All I need
Let it be captured
In my heart
Slip my hand
Up
Inside
Cradle the soul
That you hide
From my eyes
I can see
So many things
That you want
That you need
I can give
Let it be captured
In my heart...
**Let It Be Captured... (Danzig)
keep on fighting, bro...!
eddie dewanaga
Fight fight fight
Fighting the world every single day
Fighting the world for the right to play
Heavy Metal in my brain
I'm fighting for Metal 'cause it's here to stay
Fighting,fighting,fighting the World
I been fighting the World
Fighting,fighting,fighting the World
I been fighting
Fight for a living - Fighting the World
Fight for a living - Fighting the World
Fight for a living - Fighting the World
Fight...
fighting the world - manowar
tq mr.dragon!
weiii aku minat ngan katun ngko Siapa yg harus d persalahkan era Gelihati... who's to blame.. sacred reich!!!
''..Jonny can you hear me
turn that music down
You're making too much noise
I mean it do it now
all that stuff is evil
Ozzy, Judas Priest
there's backwards messages in that stuff
that leads you to the beast
Jonny don't you hear me
open up that door
I've been calling you for hours
I won't say it anymore
just wait until your dad gets home and sees what
you have done
kicked out of school
you've got no job
you're a useless
delinquent bum
oh my god it's Jonny
hanging by his neck
all those metal albums
have led him to his death..''
**Who's To Blame... (Sacred Reich)
hehehe...
team b.i.o.n.i.c.
kali pertama gua dengar lagu "who's to blame" trus dapat idea nak buat cerita tu. tq kerana encik bionic pernah meminati karya2 oldskool gua.
siapa yang harus disalahkan
eddie dewanaga
sacred reich gak digelar sebagai BAND RAKYAT. haha!
tahniah dan dalam masa yang sama aku mahukan keadilan untuk semua adiwira di alam maya.
kau paham cakap2 aku ni?!
I feel the Rising Force!!!
ehehehe..nyampah la, camne sekali pun tetap ngengada nak tinggal komen gak kat sini ;p
release balik la karya klasik tu!!! itu adalah antara item aku cari.. kat ebay pun tak jumpa!!!
faizal mukhtar
...Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real...
jangan cakap banyak! ayuh la kita sama-sama mencari KEADILAN itu wahai budak pengakap!
ungku nor
memang mengado-ngado budak ni hah. harharhar!
"...The lightning strikes cracking the night
I'm not the same anymore
Thunder and spark in the Heart of the Dark
I feel a Rising Force!"
yeah! i feel it too!
team b.i.o.n.i.c
nak mencari balik tu yang masalah. mungkin perlukan bantuan team six million dollar man untuk mencarinya. heh!
budak 2 tahun sedang ligat,abis semua nak dipanjek eh..
huhu..
sacred reich cover war pigs paling best gua pernah dengar compare dgn band2 lain.
pastu,den dah dongar metallica baru, death magnetic. (den donlod!-tau dek ulrich mesti dio marah)
bilo den dongar..den kono terimo hakikat yg hatfield,ulrich, hammet tu semuo dah tuo..tak dayo lagi hatfield nak buek riff laju2..so, lagu2 nya agak biasa la..tapi lebih baik kalau di kompare dgn Load,Reload atau Black album.
lopeh dgr death magnetic,den bileh balik dengan master of puppet,...kasi tune balik feeling dgn hatfield.
tah pehal tah den nak pi review metallica.
nway! happy anniversary!
cerai susu ye..oo..cerai susu..apa pendapat en Gayour kalau seseorang tu tak cerai susu sampai sekarang?
i ada pantun nak tujukan kat u,cubalah bukak blog i,kat bahagian komen tu..balas tau jgan tak balas.
j or ji
haha! memang tongah lasak tak ingat la ni! manjek sano, manjek sini...
"Master of Puppets I'm pulling your strings
twisting your mind and smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, `cause I'll hear you scream
Master
Master"
iyo la, tiap yang mudo kalo panjang umo pasti akan tuo... walau tuo diorang masih banging tak ingat laie!
mrroy
aww! seseorang yang enggan cerai susu sampai ke tua bangka maknanya beliau memang suka menyusu! haha! nakal la soalan u ni.
nanti i jawap pantun u tu. eee... suspen gak ni.
Assalamualaikum... selamat ulang tahun ke 2. Tahniah.. harap brader akan terus berkarya..
SUSU?
ermm teringat satu pantun pak sako
'Jari sakit tertusuk jeruju,
Jeruju ade di dalam paya,
Hati sakit memandang susu,
Susu ade di dalam kebaya.'
Selamat hari raya.. Bagi mereka mereka yang masih mempunyai ibu kandung jangan lupe mintak halal susu badan ibu memasing.. dan susu tepung yang mahal bukan ler faktor utama yang menjdikan anak kite cerdik pandai bersopan santun dan tinggi ilmunya..
selamat ulang tahun ke-2. kono buek kenduri ni gayour. buek doa slamat .
muor76
betul tu. susu ibu tidak mungkin ditebus walau dengan segunung emas!
bestnye pantun tu. tq
denanz
tq. baru cerai susu, tak payah la buek kenduri doa selamat. tunggu la bosa dulu. heh!
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Akan lebih afdal kalau diiringi dengan majlis makan-makan misalnya. Hehehe!
blackpurple
terima kasih, thank you and gud night!
budak baru cerai susu wak, duit tabung tak banyak lagi. heh!
Selamat hari raya bro.
tahun ni takde buat kuiz mengira kambing ke? hahaha
selamat maju jaya dalam aktiviti blog ni.
sekian.
genethicthylon
tahun lepas siapa yang kira kambing berapa ekorpun gua tak umumkan lagi. entah la.
lu ada kambing genetik baru ker. kambing daging atau susu?
terima kasih atas ucapan dan selamat hari raya aidil fitri.
Tahniah. Tapi menurut Ummul Mukminin A'isyah RA, boleh di tambah setahun lagi, menjadikannya 3 tahun. Boleh juga dicarikan ibu susuan.
En Gayour minum susu apa pagi tadi?
amier
lama dah gua tak minum susu. tulang2pun banyak yang dah reput! ARGHHH! bahaya ni. kena minum susu balik nampaknye.
tahniah gayour... selamanya jadi silent reader tapi kali ni gua tinggalkan komen.. huhuhuh..
harap wak ingat lagi gua ler.. ni simon department usop sontorian dulu .. har har har...
ok laa apa apa pun selamat hari raya aidilfitri..
apek
thank you very much encik simon. moga encik simon sihat sejahtera.
lu ni siapa sebenarnye. apek atau simon?
entah la.
tq bro.. lu komen bro gua.. lu ni kira idola gua la.. gua memang minat lu dan lu punya kartun dari sekolah lagi bro :) huhuhu..
kill kill kill, die die die.. huhuhu
selamat ari ghayo dan salam porkonalan
selamat ulang tahun kedua memblogging
wahhh syabas bro!!!
bila tak sabar ehh nk tgk galeri tu
hah, tahniah lah bro, 2 tahun blog nie x mcam baru cerai susu pun. cam budak dah pandai kojar berghambat.
ghimau
ekau jangan gigit den dah!
timo kasih pasal ponah suko kek kartun den. tak sangko ghimaupun suko kek kartun den ghupo eh!
selamat hari ghayo. mugo bahagio di hari ghayo
bentara
terima kasih. selamat hari raya. moga bebahagia.
a.k.a. suxx
nanti la gua masukkan apa yang patut kat galeri tu. tq
babazahra'
budak dah duo tahun memang la lasak tak ingat! habih nak dipanjek eh!
selamat hari ghayo den ucap an. maaf zahir batin. mugo ekau bahagio ghayo ni.
tq
l
Gayour, dah lama aku ikut kau punya kartun hari ni baru aku jumpa blog kau ni. ape punya lembab aku ni ek! salam kenal.
hey...ini aku
biar lembab cam siput asal selamat sampai terutama kalo bawak kete raye-raye ni. tapi kalo boleh bawak laju tapi selamat lagi baik. heh!
terima kasih kerana mengikuti karya2 gua dan salam pekenalan diterima. selamat bekenalan.
hai, i'm Gayour, you're not! HEH!
agak agak rayo nie balik kampung tak? ke dah tak balik lagi dah...
wahhh congretttss gayourrrr... lu mmg rock bro...raye2 nih jgn kelaut sgttt.. hahaahaha.. jgn lupo yo puaso nam... hati2 di jalan rayooo ok.. =) selamat hari raya aidilfitri mulia..
-q
ni soalan yang menimbulan kemarahan pado yang tak dapek balik kampung!
dewi maya
tima kasih. habih kalo rumah menghala ke laut, ke laut la nampaknye! heh!
pado sesiapo yang teraso... mintak ampun dan mahap... den tidak berniat untuk menyinggung mano mano pihak... maaf zahir dan batin...
-q
haha! capo plak yang teraso hati. ekau kecoh la jang.
iyo... selamat hari ghayo. maaf zahir dan batin.
ghayo ni kalo dapek main meriam buluh, humang hai best eh!
KEDEBOMMMMM!
Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.
serunai faqir
sama la guapun. maaf atas segala salah dan silap. selamat hari raya aidil fitri. moga bebahagia.
Post a Comment