WORK YOUR PENCIL
29 SYAWAL 1429 H - 29 OKTOBER 2008
Sekali lagi gua mendapat jemputan ke UITM Shah Alam dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat yang dianjurkan oleh Kumpulan Painterlicious dalam program “WORK YOUR PENCIL” sebagai instructor pada peserta-peserta yang terdiri dari Siswa dan Siswi OMB55C dan OMB55D pada 18 Syawal 1429H – 18 Okt 2008 ( sabtu ) yang lalu. Sekali lagi gua berjaya masuk ke universiti. YEAHOOOO!
Jemputan kali ni gua dapat melalui GAYOUR OFFICIAL BLOGSPOT. Gua tengok tujuan dan tarikh jemputan… emmm… okey la. Lepas raya okey la. Boleh la pegi
Setelah pensyarah dan semua peserta mengambil tempat dan sedikit kata alu-aluan dari pengerusi majlis, gua trus memulakan tugasan sebagai instraktor Bekenalan dan penerangan mengenai perkara-perkara asas yang perlu sangat diketahui oleh semua yang baru nak kenal dan baru nak mula melukis kartun. Peserta yang telibat ni memang tak tahu langsung pasal kartun dan segala yang bekaitan yang perlu diketahui seperti pen jenis apa yang sesuai digunakan untuk melukis kartun. Pasal tu la program ni diadakan untuk diorang.
Lepas rehat untuk sarapan pagi, acara ditruskan. Penerangan dan pendedahan mengenai asas dan teknik melukis kartun yang perlu diketahui gua sampaikan secara lisan dan melalui bantuan komputer/projektor. Kali ni gua datang sorang diri tanpa pembantu. Nasib baik la pihak Painterlicious telah menyediakan sorang petugas yang menjaga komputer dan projektor. Encik tu la yang membantu gua. Terima kasih. Sesuai dengan tujuan program untuk memberi penerangan mengenai teknik dan pekara-pekara asas mengenai kartun, gua bawak sekali beberapa buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Mungkin boleh membantu dalam menambahkan pemafahaman mengenai kartun. Sapa nak beli, beli ( terima kasih ). Tak nak beli sudah! Jangan komplin.
Seperti biasa, setiap kelas yang gua buat mesti ada praktikal. Namanya kelas melukis kartun. Mesti la lukis kartun! Takkan nak dengar gua membebel jer. Mesti boring dan meluat punyer. Tapi biasanya bila gua cakap “ lepas ni kena lukis kartun !”, ramai yang akan cakap “uuu… tak tau lukis!”. Memang semua yang ada dalam bilik kuliah ni tak tau lukis kartun. Tak payah bagi tau, gua dah tau. Penganjur dah bagi tau. Jangan nak ngada-ngada! Semua kena lukis kartun hari ni!
Masa ni la semua yang menganggap lukis kartun senang, mudah, kacang, tak perlu belajar blablablaa…menyesal, tahu dan ada akal nak lukis kartun ni senang atau payah nak mampus! Tak kira la apapun benda yang kita buat. Kalo tak berILMU, mesti susah, payah, tak tahu, tak jadi, huru-hara. Masa untuk mencipta/melukis karakter kartun memasing. Buat la ikut apa yang telah kita bincangkan dan berseronok la. Jangan tensen, jangan cakap " saya tak tahu! "
( kartun/komik ), diorang ni tau apa nak buat. Nasib baik trus jadi editor atau ketua department komik/kartun tu. Jangan anggap sedikit ilmu yang diperolehi ni tidak bemakna. Ia boleh mengubah cara hidup dan masa depan yang lebih baik dan berjaya. Terima kasih pada penganjur.
( ni yang paling ramai ), ada yang suka, ada yang duka dan ada yang asyik memadam jer! Entah la. Tak apa. Semua tak tau dan tak terer melukis. Jangan malu, jangan segan. Buat la ikut kehendak hati seperti awek-awek manis ni yang sempat posing masa gua melihat-lihat. PEACE SELLS...
Besama sebahagian dari peserta lelaki yang turut sama dalam program ni. Diorang nampak agresif dan seronok melukis. Memang kita kena berseronok masa melukis. Tapi tak tau la apa karakter yang diorang cipta/lukis. Tengok la nanti.
Program ni tak lama. Tak sampai setengah haripun. Tak puas gua nak membebel dah habih masa.
Awek ni mencipta karakter kucing bebibir tebal dan seksi seperti Angelina Jolie. Suweeettttt! Pasal tu la menang? Tak. Beliau dapat hamper kerana karakter binatang yang beliau cipta lain dari karakter binatang yang dicipta oleh sobat yang lain. Tak cantik mana tapi karakter yang seksi. MEOWWW! Syabas!
Gua tanya pada awek ni, “ siapa karakter awek yang encik lukis ni?”. Beliau jawap “ anak saya!” GAAAA…! Dah ada anak rupanye! Uuu…uuuu… Gua tanya lagi pasal tak puas hati. “ Takkan la anak encik dah besar anak dara cam ni?”. Beliau menjawap dengan tegasnya “ anak saya ni blum lahir lagi la brader. Ni anak saya di masa akan datang!” GAAA….! Patut la…anak impian beliau rupanye!
Begambo dengan awek-awek yang menyertai program WORK YOUR PENCIL ni di akhir program bersama pensyarah. Hanya gua seekor kumbang di tengah rimbunan bunga. HEH! Helpp!
Mula-mula nak begambo dengan semua student. Tapi tak muat plak. Pasal tu la buat dua sesi. Yang tadi tu dengan awek-awek, yang ni plak dengan jejaka gagah perkasa. Kali ni cik pensyarah ( duduk sebelah gua tu ) plak jadi sekuntum bunga yang dikelilingi bemacam jenis, perangai dan tabiat kumbang jantan!
Ni la dia The Painterlicious, penganjur program WORK YOUR PENCIL yang manissss-manissss tak ingat! Mula-mula dapat aturcara program, ada tercatat: pengenalan pada Painterlicious. Bekerut gak kening gua. Apa kebendenye Painterlicious ni. Apakah nama sejenis dinasour atau kuih raya? Emm... yummy! Yummy! Best gak kalo kuih raya. HEH! Masa pemulaan majlis tadi, baru la tahu apekebendenye Painterlicious ni. Inilah dia Painterlicious! Girl power!
Lagi sekali begambo dengan AJK program masa on the way nak balik setelah makqan tengahari. Semua gumbira, semua suka pasal program telah berjaya dilaksanakan. Gua seronok dapat membantu menjayakan program WORK YOUR PENCIL diorang. Ni la peluang sebaiknya untuk gua mempekenal dan memberi sebanyak mana maklumat dan kefahaman mengenai kartun pada semua pelajar IPT. Terima kasih pada team Painterlicious yang manis-manis atas jemputan. Maaf banyak-banyak atas salah dan silap. Moga semua berjaya dengan hebatnya!
PAINTERLICIOUS RULES!