BUDAK SEKOLAH DAN BUKU
MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR
17 SYAWAL 1429 HIJRAH - 17 OKT 2008
Department ilustrasi merupakan tempat lawatan yang dimasukkan sebagai tempat menarik yang perlu dilawati sekiranya korang melawat ke Karangkraf. Kira dah jadi salah satu tempat tarikan pelancung! HEH! Kebanyakan pelajar yang datang adalah dari tahun enam yang baru lepas menduduki UPSR. Seperti biasa gua promot buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR pada semua. Bila start cuti panjang dan mengganggur sebagai pelajar nanti boleh la menggunakan buku ni sebagai panduan untuk melukis kartun. Jangan la asyik mandi sungai yo! Ni sebahagian dari pelajar yang membeli temasuk seorang srikandi gagah berani!
Gua dianggil oleh encik Daus ( Brand Marketing ) yang mengiring pelajar dan guru-guru ke receptionist untuk melukis dan menandatangan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR yang dibeli oleh pelajar-pelajar sekolah rendah ni. Ingatkan sorang atau lapan orang jer yang beli. Kejab jer gua boleh layan. Tapi rupanya lebih dari sepuluh orang. Lenguh gak lengan gua melukis dan tandatangan buku-buku tu! Tak apa la. Lenguhpun tak apa. Jangan komplen! Gua buat buku ni untuk orang beli dan berILMU. Diorang dah beli dan ingin mendapatkan tandatangan dari pengarangnya ( gua la tu ), gua kena memenuhi hajat diorang plak. " Sabar dik, sabar. Semua abang akan lukis ".
Masa ni hujan turun punye la lebatnye. Semua teperangkap. Boleh la gua rilek-rilek melukis sambil sembang-sembang dengan budak-budak sekolah yang bising tak ingat ni dan amik gambo dengan diorang. Semalam ada sebuah sekolah dari Kelang yang datang melawat. Ramai gak budak-budak sekolah tu yang membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR dan gua sempat menandatangani buku tu. Tapi sayang tak sempat nak begambo dengan diorang pasal diorang dah kelam kabut nak ke tempat pelancungan yang lain plak. Apapun terima kasih.
Tak tau la encik ni faham atau tak apa yang sedang beliau tengok/baca. Nampak cam tak faham. Tak apa. Biasa la tu. Mula-mula memang tak tahu, tak faham. Pasal tu kena belajar. Jangan malu nak belajar atau bertanya. Jangan jadi jahil biarpun hanya ILMU pasal kartun kerana ILMU diperlukan untuk menjadi seorang kartunis yang hebat dan beriman. Jadilah berILMU! Ramai orang beranggap begini terhadap kartun, komik atau animasi. " Alaa... kartun. Apa sangat la. Nak belajar buat apa. Bukan susahpun lukih kartun! ". Orang kita tidak pernah serius bila "melihat" majalah kartun, komik atau animasi. Tidak seperti orang Jepun yang 'gila' dan sangat menghargai seni lukis dan animasi. Orang kita akan tetap kata " alaa...senang jer! ".
Ibubapa membawa anak-anak menonton film animasi Finding Nemo ( contoh ) atau anime Jepun. Semua akan tenganga mulut, menangis dan meleleh air idung melihat kehebatan animasinya. WHOAAA! Hebat tul! Bila kuar dari panggung, si anak berkata " bapak, abalong nak jadi seorang animator bila besar nanti. Abalong nak buat filem animasi lebih hebat dari Finding Nemo!" Ibubapa bepandangan, bekerut dahi dan bekata, " No! Abanlong tak boleh jadi/keje sebagai animator. Ia bukan satu kerjaya yang ada masa depan!"
Bukan jejaka gagah perkasa saja yang membeli buku gua tapi si cantik manis turut membeli dan beminat untuk tahu mengenai kartun. ILMU pasal kartun bukan hak mutlak orang lelaki seperti kawen empat atau talak! Si gadis manis ini menggunakan haknya untuk mencari ILMU dan mungkin akan menjadi seorang kartunis wanita tanahair yang hebat suatu masa nanti. Berusahalah! InsyAllah.
Inilah barisan srikandi yang bakal menyambung dan mengembangkan kerjaya sebagai kartunis pada masa akan datang ( sekiranya memilih kerjaya ni ). Kalo tidak, mereka tetap menjadi penyambung dan masa depan pada apapun kerjaya yang dipilih untuk agama, bangsa dan negara. Kalo tak juga, mereka boleh menjadi seorang muslimat, anak, isteri dan ibu yang beriman. Terima kasih dan syabas adik-adik manis semua! Industri kartun tanahair menanti dan memerlukan sentuhan hebat srikandi semua.
“Abang! Amik la gambo saya bang!” Paksa sorang demi sorang pelajar yang membeli buku gua tapi blum amik gambar lagi. “ Yo la! Yo la! Kojap la. Abang nak lukih kawan ekau punyo buku ni hah!” Ni la barisan superhero yang bakal menjadi kartunis profesional tanahair pada masa akan datang! Mereka adalah masa depan.
Terima kasih murid-murid semua. Pada yang telah menduduki UPSR, moga berjaya. Jangan bunuh diri sekiranya gagal dengan teruk dalam UPSR. Pelajar semua masih boleh meneruskan pengajian di tingkatan satu. Selamat belajar lukis kartun masa cuti panjang nanti. Belajar betul-betul dan rajin-rajin buat latihan. Sekiranya tak berapa terer dalam pelajaran tapi terer giler melukis kartun dan berILMU pulak pasal kartun, dunia kartun memang menanti dan mengalu-alukan kehadiran cik-cik dan tuan-tuan budiman semua. Jadikan kartun sebagai kerjaya profesional pilihan! Selamat bejaya pada semua. Moga diberkati dan dirahmati Allah. Terima kasih pada yang sudi membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Harapan gua hanya satu, moga bermanafaat dan menjadi seorang insan yang berILMU. Ini sikit sumbangan gua pada yang sudi…. Oh, ya...lupa nak ucap tadi. Selamat Hari Rayeeeee....
34 comments:
x aci. gambar2 dah kena edit...
mane gmbar cikgu pengiring diorang? ha...kantoi..
musti cikgu tu segerombolan cikgu cunz...
hihi..
bro gayour..
untungnya jadik kartunis.. ehhe.. saya nak jugak buku tu.. tapi bila klik link tak jalan le kuar error..
wah! mesti ramai cekgi mari.. betui tak razor kan kan kan..
mak aii....
bebudak...
ampun!!
last year jadik cikgu praktikal pon dah cam haper jer .... kalah artist zara nih...
hahaha...
mana cikgu2 nya?
takkan pakcik bus yg anto kot?
hahaha
razor
mana boleh dedahkan semua pada rakyat jelata. itu rahsia. kalo dedahkan boleh kena ISA. heh!
alif-mikail
gua dah periksa check. memang ada masalah. lu boleh trus oder buku gua tu melalui laman web rasmi alaf 21
www.alaf21.com.my
sori atas segala kesulitan demi untuk keselesaan rakyat jelata di masa akan datang.
yeah! memang ramai cikgu cikgi pompuan pengiring yang datang. heh!
zara
cikgu pompuannye pemalu. tak nak begambo walau cik zara yang sedang sedia nak amik gambo tu jadi tukang amik gambonye. heh!
Bro Gayour..
Terima kasih..
Saya sudah dapat no penerbitannya :ISBN : 978-983-124-325-1
Saya akan dapatkan dari outlet berhampiran.. terima kasih..
Blog lagi satu tu bagaimana? Saya masih menunggu..
( sabar.. sabar.. )
gua dah bertahun keje buat bangunan..sekor budak sekolah pun tak bertanya..apatah laie melawat!
hehe.
buku tu mungkin mereka tak faham sekrang tapi akan datang.
masalah kerjaya dan juga kartun memang sedari kecil tidak didedahkan secara intensif kepada kanak-kanak.pendidikan kita tidak menerapkan kreativiti sebagai satu cabang kehidupan.
akibatnya mereke lebih kenal Mawi atau Awie dari Rejabhad atau Pyanhabib.
alif-mikail
blog lagi satu. blog yang mana plak ni? awok ni mandai-mandai je. heh!
nanti la bila koi jadi rajin koi mula startkan blog yang lagi satu tu. hoh!
j or ji
patutnye bila mengamalkan budaya pandang ke timur ( jepun ), sistem pendidikan kita gak patut mengikut sistem pendidikan seni lukis negara loudness tu untuk kemajuan dan pekembangan seni komik, manga (komik )dan animasi negara kita. pemerintah tak nampak nilai komersial dan sumbangan ekonomi yang diperolehi dari kerjaya2 ni. melalui animasi, negara loudness ni menjadi kuasa animasi hebat dunia!
gilo kau! buek eh bangunan yang kau buek tu runtuh, tak ko nyanyo budak2 sekolah yang melawat? harharhar!
bro, cuba galeri gayour lu tu
(yg dah bersawang/semak samun bagai projek kondo tak siap tu)
lu taruk entry2 "another side of Gayour"...
pasal muzik yg lu suka dari perspektif lu selama ni...
pasti suka pakcik Glenn Danzig atau Raja Berlian (King Diamond) tu.
En. Gayour,
Err.. boleh pesan buku melukis cara kamu tu melalui online tak? teringin le nak satu ... den minat lukih2 katun nih .. buleh bagi anak .. biar pandai sikit melukih!
Kalau ada maklumat pasal pembelian emel saya ye izariza06@yahoo.com
patut eh time den tongah2 high dgn kojo kau maso den skolah kek skolah kebangsaan chombong dulu kau dtg skolah den buek exposure artwork kau. buleh den buek 'art and design' kek sini.hehehe
eddie dewanaga
ya la, dah berabuk dah blog dark side tu. heh!
bila la agaknye gua boleh jadi rajin nak sumbat apa yang patut kat situ.
dirty black summer
izariza
ada masalah sket kalo nak oder online melalui blog gua ni. boleh oder trus melalui laman web rasmi alaf 21
www.alaf21.com.my
terima kasih. moga dia bukan saja terer melukis kartun tapi juga menjadi insan yang HEBAT!
lutfie
den ponah poie chombong maso sekolah dulu. kono hanta kursus pertanian maso cuti sekolah. best gak!
wahai en.gayour, napa tajuknya UFO Attack? ingatkan dah betul kena kidnap ngan alien...huh
simon
saja, kerana UFO sentiasa menarik perhatian. heh!
bro gayour..
yey! saya dah dapat!
(dapat buku bro gayour le..)
hahahah hahaha..
erk! sukar jugak nak lukih kartun ni.. isk..
sesuatu ilmu yang baik, dpt pahale kalo share ngan org lain..
akan bertambah ilmu seseorang sekirenya dikongsi ngan org lain
ilmu akan menjage kite
ilmu tidak akan susut kalo diberi pade lain
alif-mikail
terima kasih dan syabas! baru lu ada akal susahnye nak kulis kartun huh!
tak terer lukis kartunpun tak apa asalkan encik tahu, faham dan menghargai kartun. kalo terer lagi la bagus. rajin2 la praktis kalo nak terer!
tq atas sokongan.
mour76
ilmu tak banyak. orang lain lagi hebat. apa yang ada gua bagi la pada yang beminat. moga ada kebaikan.
saya respek kat org yg boleh lukis katun, itupun salah satu cabang seni juga :)
lukis kartun pun bekarya apa..
saya dulu suka melukis (tapi takde la terer sangat..yang biasa-biasa aje..)adik2 pun fOllOw..nOw adik laki saya amik grafik kat UiTM..dia memang 'hantu katun!'..
mak su
gua plak respek kat orang yang tak tau lukih kartun tapi menghargai dan menghormati kerjaya sebagai seorang kartunis.
photo mak su sungguh mencurigakan. mak su sedang skodeng apa tu mak su?
bonda
boleh la bonda promotkan buku gua tu kat adik bonda. biar beliau bukan hanya jadi hantu kartun tapi jadi faham, berILMU dan terer pasal kartun.
Emmm ... katna agaknya ofis lu ni? Penat gua carik tak jumpa, pas jumpa editor kat alaf21, gua n member gua pusing2 kat area situ, ches, ches, ches, tak jumpa pun ofis karangkraf hehehe ..dah fed up, wa balik je ... Nnt le kalo wa pi sana, wa try lagi carik tmpt lu tu ... hehhehe
serunai faqir
kalo lu lalu depan kilang kete volvo dan toyota sek 15, mesti jumpe/nampak punye kompleks karangkraf. nasib lu la tak jumpa. harharhar!
den nak tgk la nanti kalo orang tgk kartun malaysia dio tau tu kartun malaysia macam kito tgk kartun jopun tau tu kartun jopun.... sayang... itu cabang ilmu tertua di dunia tu...
psssttt gua nk jemput lu jadi contributor kat blog rock n roll metal gua, nnt lu emel gua lu punya emel, gua nk invite jd contributor ... lu emel gua kat gengmetal@gmail.com
http://gengrocknrollmetal.blogspot.com/
jgn bgtau org, ni sf nih akekekeke
_q
kalo nak tengok kartun malaysia, kito kono buek kartun ghupo malaysia!
geng metal
alamak ni geng metal mana plak ni. brutal tahap budak baru akhil baligh atau extreme brutal tak ada akal? eee...nakotnye!
dey tu blog gua le -serunai faqir ...akekeke, chesss lu kata gua baru akhil baligh ... hampehhhh tol akekekeke
geng metal
alamak! geng serunai metal nak mengamuk! lariiiiiiii!
amok
sentenced
itu la... tapi kito dah banyak ikut stail oghang la.... x best la camtu... bukan x bagus... tapi identiti tu penting....
_q
ramai yang tak suko dan pecayo pado identiti kito sebagai orang melayu dan malaysia. tu la masalah eh!
en. gayour, saya dayang, antara student yg participate masa program Painterlicious tu. mana gambar2 kitorg yg kat uitm? saya dh upload kat blog saya Clumsily Cranky Memoirs hehe. sila la jenguk ye.
dayangku nuraini wahed
uh! uhh! tak sempat nak masukkan dalam blog gua ni. banyak sangat urusan dunia yang perlu diselesaikan. nanti la gua uploadkan untuk tontonan semua di seluruh dunia wahai dayangku. HEH!
hehe dh tgk! tq! jenguk blog saya ye... tak seberapa pon... huhuhu...
Clumsily Cranky Memoirs
dayangku nuraini wahed
dayangku tak jemputpun gua akan datang walau dah abis rumah tebuka aidil fitri!
gua dah singgah tengok. eee... tak bestnye blog clumsy tu. memang tak seberapapun. hehheh!
abang gayour letak la semua gambar kan bagus - saya ni salah seorang yg pergi masa tu
Post a Comment