Tuesday, October 28, 2008

WORK YOUR PENCIL

WORK YOUR PENCIL
29 SYAWAL 1429 H - 29 OKTOBER 2008

Sekali lagi gua mendapat jemputan ke UITM Shah Alam dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat yang dianjurkan oleh Kumpulan Painterlicious dalam program “WORK YOUR PENCIL” sebagai instructor pada peserta-peserta yang terdiri dari Siswa dan Siswi OMB55C dan OMB55D pada 18 Syawal 1429H – 18 Okt 2008 ( sabtu ) yang lalu. Sekali lagi gua berjaya masuk ke universiti. YEAHOOOO!

Gua dijemput untuk bekongsi pengalaman, pendedahan dan memberi panduan yang patut pada semua peserta mengenai teknik-teknik asas melukis kartun. Selain itu gua dimaklumkan program ini diadakan sebagai memenuhi keperluan sebjek Human Resource Development ( HRM 546 ) diorang. Gua ikut jer kehendak penganjur. No problemo. Gua sangat bebesar hati dijemput dan seronok dapat betemu dengan pelajar-pelajar universiti dan bekongsi pengalaman.


Jemputan kali ni gua dapat melalui GAYOUR OFFICIAL BLOGSPOT. Gua tengok tujuan dan tarikh jemputan… emmm… okey la. Lepas raya okey la. Boleh la pegi sana sini selain dari jemputan rumah terbuka. Ni kira program ilmiah, kena plak pasal kartun. Gua mesti memenuhi pemintaan dan membantu menjayakan program yang dianjurkan oleh Kumpulan Painterlicious. Kali ni gua datang dan cari sendiri Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat kat UITM ni. Tak sesat la plak! Trus jumpe. Hebat gak gua rupenye! HEH! Tu sedang posing sambil sembang-sembang dan bekenalan dengan Ketua Program seblum mula start.

Setelah pensyarah dan semua peserta mengambil tempat dan sedikit kata alu-aluan dari pengerusi majlis, gua trus memulakan tugasan sebagai instraktor Bekenalan dan penerangan mengenai perkara-perkara asas yang perlu sangat diketahui oleh semua yang baru nak kenal dan baru nak mula melukis kartun. Peserta yang telibat ni memang tak tahu langsung pasal kartun dan segala yang bekaitan yang perlu diketahui seperti pen jenis apa yang sesuai digunakan untuk melukis kartun. Pasal tu la program ni diadakan untuk diorang.

Lepas rehat untuk sarapan pagi, acara ditruskan. Penerangan dan pendedahan mengenai asas dan teknik melukis kartun yang perlu diketahui gua sampaikan secara lisan dan melalui bantuan komputer/projektor. Kali ni gua datang sorang diri tanpa pembantu. Nasib baik la pihak Painterlicious telah menyediakan sorang petugas yang menjaga komputer dan projektor. Encik tu la yang membantu gua. Terima kasih. Sesuai dengan tujuan program untuk memberi penerangan mengenai teknik dan pekara-pekara asas mengenai kartun, gua bawak sekali beberapa buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Mungkin boleh membantu dalam menambahkan pemafahaman mengenai kartun. Sapa nak beli, beli ( terima kasih ). Tak nak beli sudah! Jangan komplin.


Seperti biasa, setiap kelas yang gua buat mesti ada praktikal. Namanya kelas melukis kartun. Mesti la lukis kartun! Takkan nak dengar gua membebel jer. Mesti boring dan meluat punyer. Tapi biasanya bila gua cakap “ lepas ni kena lukis kartun !”, ramai yang akan cakap “uuu… tak tau lukis!”. Memang semua yang ada dalam bilik kuliah ni tak tau lukis kartun. Tak payah bagi tau, gua dah tau. Penganjur dah bagi tau. Jangan nak ngada-ngada! Semua kena lukis kartun hari ni!

Masa ni la semua yang menganggap lukis kartun senang, mudah, kacang, tak perlu belajar blablablaa…menyesal, tahu dan ada akal nak lukis kartun ni senang atau payah nak mampus! Tak kira la apapun benda yang kita buat. Kalo tak berILMU, mesti susah, payah, tak tahu, tak jadi, huru-hara. Masa untuk mencipta/melukis karakter kartun memasing. Buat la ikut apa yang telah kita bincangkan dan berseronok la. Jangan tensen, jangan cakap " saya tak tahu! "

Program ni merupakan satu program pengisian dan pendedahan mengenai kartun yang sangat baik dan menarik pada semua pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Nanti bila diorang dah abih belajar dan bekerja kat jabatan HRD mana-mana syarikat, diorang tahu ( walau sikit ) pasal kartun. Kalo pihak pengurusan nak bukak departmenat atau majalah humor
( kartun/komik ), diorang ni tau apa nak buat. Nasib baik trus jadi editor atau ketua department komik/kartun tu. Jangan anggap sedikit ilmu yang diperolehi ni tidak bemakna. Ia boleh mengubah cara hidup dan masa depan yang lebih baik dan berjaya. Terima kasih pada penganjur.

Melawat masa diorang melukis memang kegemaran gua. Masa ni la gua boleh tengok cane gaya diorang melukis. Ada yang bepeluh-peluh, ada yang menggigil jari, ada yang yakin, ada yang menung tak tau apa nak lukis, ada yang menyesal
( ni yang paling ramai ), ada yang suka, ada yang duka dan ada yang asyik memadam jer! Entah la. Tak apa. Semua tak tau dan tak terer melukis. Jangan malu, jangan segan. Buat la ikut kehendak hati seperti awek-awek manis ni yang sempat posing masa gua melihat-lihat. PEACE SELLS...

Besama sebahagian dari peserta lelaki yang turut sama dalam program ni. Diorang nampak agresif dan seronok melukis. Memang kita kena berseronok masa melukis. Tapi tak tau la apa karakter yang diorang cipta/lukis. Tengok la nanti.

Program ni tak lama. Tak sampai setengah haripun. Tak puas gua nak membebel dah habih masa. Ada banyak bende yang gua nak sampaikan pada semua peserta untuk makluman dan pengetahuan pasal kartun. Apa nak buat, masa yang diberi tak lama. Mana yang sempat gua sampaikan, gua sampaikan. Pihak penganjur ada menyediakan tiga buah hamper setinggi setengah meter untuk diberi pada mana-mana peserta yang “agak bagus” melukis dan mencipta karakter kartun memasing. Setelah menilai, tiga orang peserta dengan hasil karya memasing berjaya membawa balik hamper memasing untuk dikongsi dengan kengkawan sebilik. Gua tak ingat awek ni lukis/cipta karekter apa. Ciptaan beliau tak la cantik mana tapi “sedikit bagus” dari yang lain. Tahniah!

Awek ni mencipta karakter kucing bebibir tebal dan seksi seperti Angelina Jolie. Suweeettttt! Pasal tu la menang? Tak. Beliau dapat hamper kerana karakter binatang yang beliau cipta lain dari karakter binatang yang dicipta oleh sobat yang lain. Tak cantik mana tapi karakter yang seksi. MEOWWW! Syabas!

Gua tanya pada awek ni, “ siapa karakter awek yang encik lukis ni?”. Beliau jawap “ anak saya!” GAAAA…! Dah ada anak rupanye! Uuu…uuuu… Gua tanya lagi pasal tak puas hati. “ Takkan la anak encik dah besar anak dara cam ni?”. Beliau menjawap dengan tegasnya “ anak saya ni blum lahir lagi la brader. Ni anak saya di masa akan datang!” GAAA….! Patut la…anak impian beliau rupanye! Cam ni la rupe anak beliau nanti ye… Bagus! Kreatif dan befikiran melepasi tahun 2020 dalam mencipta karakter kartun! Baru belajar melukis kartun dah boleh/berani berimaginasi jauh cane rupa anak sendiri. Awek manis ni memang berseronok masa mencipta/melukis karakter kartunnya. Syabas! Kerana itu beliau boleh bawak balik hamper dan makan makanan yang ada dalam hamper tu. Semua hamper dibolot oleh awek-awek! Gua caya lu! Nanti bila anak ni lahir, kenalkan pada gua ya.

Begambo dengan awek-awek yang menyertai program WORK YOUR PENCIL ni di akhir program bersama pensyarah. Hanya gua seekor kumbang di tengah rimbunan bunga. HEH! Helpp!

Mula-mula nak begambo dengan semua student. Tapi tak muat plak. Pasal tu la buat dua sesi. Yang tadi tu dengan awek-awek, yang ni plak dengan jejaka gagah perkasa. Kali ni cik pensyarah ( duduk sebelah gua tu ) plak jadi sekuntum bunga yang dikelilingi bemacam jenis, perangai dan tabiat kumbang jantan!

Ni la dia The Painterlicious, penganjur program WORK YOUR PENCIL yang manissss-manissss tak ingat! Mula-mula dapat aturcara program, ada tercatat: pengenalan pada Painterlicious. Bekerut gak kening gua. Apa kebendenye Painterlicious ni. Apakah nama sejenis dinasour atau kuih raya? Emm... yummy! Yummy! Best gak kalo kuih raya. HEH! Masa pemulaan majlis tadi, baru la tahu apekebendenye Painterlicious ni. Inilah dia Painterlicious! Girl power!

Nak balik! Nak nalikk! Tapi tak jadi nak balikkk bila masih ramai awek-awek manis yang tak bepuas hati nak begambo dengan instructor diorang. HEH! Sila berebut ya! Sila berebut! Jangan tolong gua. Biarkan gua begini! WEEEE.... Seperti selalu gua kata, gua (sebagai kartunis ) memang digunakan orang yang beminat untuk amik gambo. Kira dah sama cam meriam kat A’famosa, pasu bunga atau tiang bendera kat Dataran Merdeka. Tak apa. gua tak kisah. Sapa-sapa boleh menggunakan gua sebagai backdrop untuk amik gambo.Terima kasih kerana sudi begambo dengan kartunis seperti gua.

Bersama dua orang pelajar yang kelihatan begitu gumbira dengan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR yang telah gua conteng buku diorang ni Terima kasih. Gua memang tak puas hati dengan masa yang diberi bersama pelajar. Ada banyak yang masih blum gua bagitahu dan sampaikan pasal asas dan teknik melukis kartun. Harap buku gua ni boleh menambahkan kefahaman dan mungkin membuka minat untuk trus belajar dan melukis kartun. Terima kasih.

Lagi sekali begambo dengan AJK program masa on the way nak balik setelah makqan tengahari. Semua gumbira, semua suka pasal program telah berjaya dilaksanakan. Gua seronok dapat membantu menjayakan program WORK YOUR PENCIL diorang. Ni la peluang sebaiknya untuk gua mempekenal dan memberi sebanyak mana maklumat dan kefahaman mengenai kartun pada semua pelajar IPT. Terima kasih pada team Painterlicious yang manis-manis atas jemputan. Maaf banyak-banyak atas salah dan silap. Moga semua berjaya dengan hebatnya!

PAINTERLICIOUS RULES!


selamat melukis kartun dan berseronok la masa melukis kartun!

40 comments:

Kaktiny said...

khusyuknya.. diorang tu tgh melukis ke tengah karang cerpen..

phegh.. utk awek yang imaginasikan anak sendiri tu.. mmg CAYALAH..

RY said...

en gayour adalah seorang yang tak meng-update blognya hari2 namun begitu sekali dia meng-update, samalah seperti kita membaca encyclopedia. setahu gua, uitm fakulty peng. dan teknologi pejabat tu takde jantan/kurang jantan. halamak..ni musti awek cun je ramai. jaki betol la gua. heh!

lain kali, masa speech tu tolong promote la rakan2 blogger ni. huahuahua.

kalau lepak cm bgtau r, boleh sembang2..

Dayangku Nuraini Wahed said...

yeah! ada gmbr sy! tq en. Gayour! mmg best masa Gayour dtg, dpt ilmu lbh w'pn xde kaitan dgn course kitorg. rmai yg minat seni tp tak ckp bakat.

hehe kitorg best kan?! selamat maju jaya! =D

azharjaafar said...

Gambar yang mula-mula tu kenapa duduk menyenget je?

eddie dewanaga said...

gua cukup jeles tak hengat bila lu dikerumuni gadis2 jelita tu...

cuba kasik email urusetia tu gua nak ajukan beberapa complain...!!

apa2 pun, lu tetap one of my heroes,
huh... setaraf James Hetfield, David Mustaine, Saddam Hussain dan Randy Mamola... (ala, yg racing moto tu)

gayour said...

kaktiny
diorang tengah sakit otak pikir nak lukis apa, cane nak lukis dan menyesal tak ingat masuk kelas ni... ARGHHHH!

yeah! beliau memang hebat berimaginasi ke laut lepas!

razor
yeah! gua bukan jenis yang ada masa nak update blog hari-hari seperti blogger yang lain. jeles gak tengok sobat2 blogger ada masa, ada bende nak disumbat hari-hari. ARGHHHHHH!

hey, wake up!
jangan anggap orang HRD hanya orang pompuan jer, lelaki gagah perkasa ramai gak skng ni! tapi awek2 comel lagi la ramaiiii... heh!

dayangku nuraini wahed
yeah! semua best, semua sporting, semua happening ke laut! semua cuba melukis walau buruk temasuk dayangku! harharhar!
oh, dayangku! katakan padaku, yang manakah satu dirimu?

azharjaafar
baru kenal... tu yang menyenget. HEH!

eddie dewanaga
ada satu lirik lagu. tak ingat lagu apa/siapa. cam ni lebih kurang...

"...jika ini mimpi ( dikerumni awek2 cun ) biar la aku trus lena dibuai mimpi..."

gua tak berupaya ( apatah untuk menolak ) dari dikerumni gadis2 jelita itu.

har fragin har!

wake up from yor DREAM EVIL - dio

alif-mikail said...

uiii ramainye..

aweks.. ehhehehehe..

tahniah! atas kejayaan..

gayour said...

alif-mikail
yeah! memang ramai aweks. pasal tu la rasa cepat sangat masa berlalu... heh!

faizalmukhtar said...

99.9% gambar untuk entri kali ni gua BANGKANG! DIULANGI : BANGKANG !!!

Gadis-gadis ini nampaknya terperdaya!

blackpurple @ jowopinter said...

Apa pasal bro' banyak bergambar dengan siswi jer. Ini yang wak tak puas hati nih!

Ha ha ha!

Apa-apapun tahniah!

gayour said...

faizalmukhtar
harharhar! what u gonna do 'bout it boy scout?

harfraginharr!

blackpurple
diorang yang nak begambo dengan gua wak. gua ngak bisa untuk menolak!
aduh... asyikkk!

Jorji said...

manissss!!
ada program manis2 tapi takda pembantu,gua boleh datang tolong...

info : converse keluarkan kasut Black Sabbath music edition.gua dah angkat 1.dapatkan di pasaran!

gayour said...

j or ji
kalo ada jemputan yang pesertanya jantan gagah perkasa, gua akan jemput lu sebagai pembantu. harharhar!

converse black sabbath volume 4. zaman ozzy mengganas!
we love u all!

Q said...

LoPEH niE kaLO aDO TaLk kO sEMInaR kO aPO kO aJak LA dEN sKALI nIE hA... jELES bOtO deN...

awangpurba said...

bro, buku lu xde jual kt book store ke? carik kt mph,kino xjupe la

gayour said...

-q
kalo ado jemputan kek seghomban den panggil la kau jadi bodyguard. ekau buleh jago awek-awek. heh!

awangpurba
ramai yang tanye dan komplin pasal tak jumpe cari buku gua tu. boleh oder online walau leceh tak ingat.

www.alaf21.com

tq

Aku said...

thehehhe luuuu ... ramai aweks tuhhhh ...

gayour said...

geng metal
yeah! awekz di mana-mana.

girls girls girls
motley crue

saracocohoney said...

wah fac technology pejabat...dulu fac SS>> secretary science..hue..hue...

gayour said...

saracocohoney
tak kire la fakulti apapun yang panggil, insyAllah, gua pasti memenuhi jemputan. kena plak ramai awek cam fakulti pejabat tu. heh!

Anonymous said...

wuhuuu!!
finally, kua gak gambar ktorg..

igt saye lagi tak?
huhu..saye la yg organizer prog nih..

thanx soo much coz tlg ktorg 4 dis event..tp dak2 kate prog ni lame sgt..hmp, cane 2?

kami da kasi green light kt gayour bwk mbr2, tp die dtg sowang gak..nak wat cane..jgn jeles..huhu.

yang benar,
NURUL 'AAIN @Panterlicious ;)

gayour said...

nurul 'aain
haha! ni la dia cik penganjur program hari tu, painterlicious cik nurul 'aain yang cantik manis!
tepuk! tepuk!
stomp your hand clap your feet!

tq atas jemputan yang membuatkan ramai yang jaki dan jeles tak ingat! harharhar!

yang benar ker?
gayour@painterlicious rex

DeeN said...

Wah, wah, wah. Makin hebat la lu, bro. Gua suspek sungguh. Keep it up, keep it up. Gua caya sama lu lah. Hehe.

gayour said...

deen
terima kasih. moga encik gak berjaya dan bebahagia!

Unknown said...

gua rasa iri hati betul dengan encik mazli yg terlalu popular!!!cis cis!!

Q said...

aduuuh.... bro... gua dah duk somban lagi la... den dah duk pilah... dah tuka propesen dah pun... dah tak main ngan buku lagi dah....

Anonymous said...

PE CITER PAKAI BATIK BRADER...IDENTITI KITA ITAM LE...WE ARE THE ARMY OF DARKNESS!!

p/s:majalah lu yg tunang gua mtk wat antaran xdpt lagi ni...cane?moy kata dia jual utk bundle je..mati la gua...

gayour said...

isyam
gua hanya seorang kartunis. itu saja.

_q
ekau dah pindah ko kolopilah? elok la. ekau buek apo plak kek pilah tu. jadi toke buah nago ko?

king of the hell
baju itam habish basah hari tu. tu yang bebatik. heh!

alamak! ni memang berat punye kes ni. tu koleksi nombor satu atau nombor dua?

Q said...

hahaha den kojo tangkap tauke dadah plak...

gayour said...

_q
humang hai! bahayo eh lak kojo kau yang baru ni. tak kisah la. kojo la elok-elok.

Nadia said...

Brader, haritu brader kata mcm tak lengkap cite Metallica yg saya tulis dulu kan? Haaa...This time, check out ROTTW lagi. Cover Metallica. Rasenye ok kot? ;-)

Klik sini utk info: http://rockterusrock.blogspot.com

Anonymous said...

haaa... ramainya wanita... kenapa bunga mengerumuni lebah... kenapa..? kenapa?

thehehehe

gayour said...

nadia
haha! nanti gua cekidaut!
tq

genaticthylon
dunai dah tebalik. bunga dah boleh terbang mengejar lebah! harharhar!

Q said...

baik...baik....baik...

gayour said...

_q
jangan salah tangkap dah jang oii!

Q said...

tapi kalo brO datang pilah bagitau... sonang den nak stand by...makan makan ko.... apo ko...

gayour said...

_q
haah! ado makan-makan? den mesti bagi tau kau kalo den sampai ke kolopilah! lamo bona dah ghsao eh tak makan kek pilah. haha!

Q said...

alah.... samo yo! kolumpur ko kopilah ko samo yo ghaso eh....takdo lain do...

Anonymous said...

disebabkan gua ni gatal mulut ckp gua dpt kontek lu directly...tunang gua mtk dua2 koleksi....waaaaaaaa!!!! parah gua!!!

p/s:lani tgh kaw tim..nk ganti lain...tp keras kepala tul la..kalo gua xhengat dia tunang gua..gua soh je dia kawin je dgn lu...

gayour said...

_q
mano buleh samo. namopun dah tak samo. satu kolumpo, satu laie kolopilah. ghaso gulai lomak ikan koli kolopilah dengan kolumpo mesti lain ghaso eh jang oi! haha!

king of the hell
harharhar! nasib lu la!
nanti gua cuba cari kat timbunan buku/majalah kat rumah gua. kalo ada lebih, rezeki tunang lu la.