01 ZULHIJJAH 1429 HIJRAH - 29 NOVEMBERAIN 2008
Ni bahagia kedua MALAYSIAN SUPERHERO seperti yang dijanjikan walau lambat nak mampus! Gua tak tau sama ada gua patut atau tak mintak maaf atas kelewatan ni. Patut ke? Tugasan gua tidak membenarkan gua menghadap komputer dan update blog hari-hari walau komputer ada depan mata. Pasal tu la banyak bahan-bahan yang telah betaraf fosil gua uploadkan. Tu kira update la tu walau dah jadi fosil. Gua cuba gak nak update selalu walau tak hari-hari, tapi tak boleh. Tak ada feel kalo tegesa-gesa. Lagipun ini bukanlah keutamaan. Ayuh kita ZASSS! tengok bahagian kedua kisah penciptaan MALAYSIAN SUPERHERO oleh pelajar-pelajar dari fakulti Art & Design UITM. Up up and enjoy!
Kumpulan yang ke
Buat la apa-apa aksi. Jangan la bediri kaku dan sengeh-sengeh jer! Ni
Bila sains, teknologi dan kuasa mistik bersatu maka lahir la satu adiwira generasi baru yang mempunyai kuasa luar biasa hebat demi kebaikan manusia sejagat. DR.X melangkah bergaya dengan aksinya sebagai pelengkap pesembahan kumpulan yang ke
Cover komik DR.X yang diorang buat sebagai bahan persembahan. Sebagai doktor pakar, DR.X mengekalkan pakaian/costume seorang doctor. Hanya ditambah dengan kasut but Bila menjadi DR.X, urat merah akan timbul di lengan kanan dan urat X di muka.
Proses transform menjadi DR.X dan membelasah musuh dalam komik diorang! Lihat aksi DR.X yang sungguh bergaya hebat! Mungkin sobat akan bekata, " Ceh! apa la cipta superhero cam ni?!" Bila Stan Lee mencipta The Incredible Hulk, raksaksa gilo dalam diri seorang doktor yang hanya tahu mengamuk ilang akal kerana kesilapan ujikaji sains, semua bedarah idung dan bekata, " Whoaaa! cool. Cam ni baru superhero!" Tapi bila orang kita mencipta superhero cam ni... " apa la.."

Selain komik, diorang turut mempersembahkan bahan-bahan untuk pemasaran produk mereka. Rajin tul diorang ni. Tengok tu, ada pensil warna gambo DR.X sedang mengamuk! Gambo DR.X ni kureng sesuey untuk produk kanak-kanak. Nampak terlalu brutal. Tapi kalo watak superhero dari U.S sedang belasah musuhnya sampai bekecai otak dijadikan gambo hiasan kat kotak pensil atau kotak pensil warna tak apa. Tu dikira hebat! Kalo orang kita buat. Tak boleh. Apa la buat cam ni!
Kumpulan seterusnya masuk dan trus bagi kitorang dengan bahan persembahan diorang ni. Poster, sticker, button badge, tiket wayang dan komik adiwira BELANG! Ini la antara produk pemasaran diorang.
Inlay komik BELANG. Memang menarik. Originnya sangat panjang kalo nak dikisahkan kat sini. Cukup la dikhabarkan ia mendapat kuasa dari rantai yang ‘dihadiahkan’ oleh seekor harimau. Harharhar! Lawak huh? Tapi itu la yang dikhabarkan. Beliau menjadi BELANG, adiwira bekuasa harimau yang membenteras kejahatan dengan ketangkasan, keberanian, kekuatan dan kukunya yang sedia untuk menyiat-nyiat musuh!
Ini dia BELANG, adiwira ciptaan kumpulan yang ke berapa ya? Korang kira la sendiri. Diorang mengambil/menggunakan harimau sebagai binatang yang menjadi lambang kekuatan, kehebatan dan harimau itu sendiri sebagai lambang yang digunakan oleh kerajaan negara kita temasuk skuad bolasepak kebangsaan yang kalah manjang walau melawan pasukan Persatuan Penampal Tayar Orang-Orang Tua Myanmar! Perhatikan garisan kuning di lengan baju BELANG dan kain samping yang menjadi ekor sang harimau bila BELANG beraksi melompat dari bangunan ke bangunan.
Poster dan standee BELANG yang sungguh menarik. Kumpulan lain hanya buat poster jer, tapi kumpulan ni siap buat standee sekali. Usaha yang hebat! Patut bagi markah lebih. HEH!
Tak cukup dengan komik, button badge, standee.... team BELANG mempersembahkan satu lagi produk pemasaran BELANG. Kotak bekas goreng pisang, karipap, maruku atau pop corn dan cawan kertas air sirap! Hebat! Kumpulan ni memang berusaha lebih. Gua dah bedengung nak bagi markah. ARGHHH!
Ayuh! Siapa yang nak lawan dengan gua? Silakan. Tapi seblum boleh lawan dengan gua, kena lawan dengan bodyguard kat sebelah ni dulu. HEH! BELANG ada di sini untuk mencakar belakang korang!
LANGSUIR adalah adiwira ciptaan kumpulan yang terakhir. LANGSUIR? Kenapa LANGSUIR, boleh cerita sket. 
Aduuuu… penatnye! Tugasan ni benar-benar memenatkan kepala hotak. Ia tak semudah yang disangka. Kena plak ia bekaitan dengan keputusan peperiksaan. Adoii laa! Kena bagi markah yang betul dan sepatutnya diorang dapat dari segala yang dipersembahkan tadi. Setelah selesai, semua student dipanggil untuk mendengar sedikit teguran, tips dan nasihat apa yang patut dari juri. Tak tau apa yang gua cakap. Maklum la ilmu tak banyak. Gua tak bepeluang belajar di mana-mana universiti seperti korang.
Masa juri mana ntah memberi komen, teguran blablablaa.... gua posing amik gambo dengan adiwira serikandi. Tak tau
Kartunis Aie menjadi sangat pemurah pada petang ni. Beliau datang membawa bersama poster siri novel grafik AKU DAN SESUATUnya besar tahap daun pintu untuk diberi pada semua pelajar serikandi dan adiwira Fakulti Teknologi Percetakan ni.
Gua ofer diri untuk bagi/sampaikan poster tu sebagai hadiah pada semua. Yang tu ialah model BELANG yang telah menukar pakaian atau cuti kejab jadi adiwira BELANG. Kalo ada sapa-sapa dalam kesusahan dan mintak tolong masa ni, sila mintak tolong kat adiwira yang lain ya. Encik BELANG sedang beratur nak amik hadiah. Mana nak dapat poster ni. Tahap rare cam sang belang gak ni!
Jangan tak berebut! Sila berebut! Jangan bagi chance pada yang lain. Ni la masa nak berebut. Jangan ingat kitorang tak nak beseronok berebut-rebut! Jangan ingat yang lain. Pentingkan diri sendiri dulu. Nasib la, sapa ganas, kejam, brutal dan tak behati perut dapat la. Kalo lemah longlai, jadi mangsa pijakan jer la! YEAHOOOO!
Selain poster, Aie turut membawa tiga buah buku AKU DAN SESUATU #01 untuk dihadiahkan pada tiga orang yang bertuah. Siapa ya yang betuah dapat buku pertama siri novel grafik Aie ni.
Gua ingat yang ni. Beliau adalah tukang cakap untuk watak serikandi adiwira NYEMAH MULYA. HEH! “Mana model NYEMAH MULYA tadi?” tanye gua. “ Dah blah!” tegas beliau. Uuu…uuu.. “bagi poster ni kat beliau ya” menurut gua. Aie sedang senyum sampai ke telinga masa menyampaikan bukunya pada cik ( apa ke nama beliau ni? ) yang memenangi ketagori Penyampaian Terbaik. Tahniah. Interframe pertama gua. HEH!
Pemandangan biasa. Tak ada yang luar biasa, sesi sain autograph. Sejak gua jadi kartunis sepenuh masa/profesional, sesi cam ni adalah tanggungjawap atau tugas. Ia bukan perkara main-main. Ia perlu dilaksanakan walau penat tak ingat! Peminat/pembaca inginkan tandatangan dan lukisan kartun kerana gua seorang kartunis. Ada gak yang nak amik gamba besama. Sila berebut! Sila berebut!
Alhamdulillah, semua berlangsung dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih pada semua student atas persembahan yang hebat. Moga bejaya. Pengalaman yang sangat menarik. Mungkin suatu masa nanti akan lahir watak-watak adiwira superhero tanahair yang boleh besaing atau lebih hebat dan menarik lagi dari buatan U.S atau Jepun! Bila? Ia memerlukan usaha, kerjasama dan semangat yang kuat dari semua pihak. Ia bukan kerja yang main-main kerana masih terlalu ramai rakyat BolehLand yang beranggapan melukis kartun, komik atau animasi ni kerja main-main!
Selamat bejaya pada semua pelajar.
Korang teka la yang mana satu Faizal Mukhtar, Roy, Pekin dan Aie kat gambo tu . Tak kan nak senang je! HEH!
ada satu cerita pasal superhero ni. ada sorang sobat ( kartunis gak ) becerita pada gua masa kitorang besembang pasal animasi superman kat TV pada zaman batu dulu. menurut beliau, " gua ingatkan superman tu kata AH AH UNDERWARE ! masa beliau mula nak tebang tu, hari ni baru gua tau beliau kata UP UP AND AWAY! rupenye". KUI! KUI! KUI! nak nasihatkan beliau dah tua dah. entah la...
terima kasih kerana masih sudi singgah menjenguk blog gua ni
maaf banyak-banyak
ah ah underware!




































