Wednesday, November 12, 2008

VISUAL

VISUAL COMMUNICATION ART 2008
15 ZULKAEDAH 1429 H - 13 NOV 2008

Dah kira tahap purba dah entri yang gua masukkan kali ni. Entah la. Gua bekerut dahi gak fikir... apasal lambat sangat nak masukkan bende ni? Blog sobat lain gua tengok sentiasa update dengan berita, cerita dan bahan baru. Sobat semua cepat/cekap buat kerja, tu la pasal boleh update hari-hari. Ahh! Purbapun purba la, janji ada bende baru. HEH!

Tugasan kali ni agak jauh dan memenatkan. Pasal tu la lambat nak mampus gua masukkan entri ni. ARGHHHH! Tak apa biar jauh, hajat orang jangan dihampakan. Lagi sekali gua and the gang dijemput oleh Kolej Komuniti Kepala Batas* ke program julung-julung kali anjuran diorang yang dinamakan VISUAL COMMMUNICATION ART 2008 yang belangsung kat Dewan Milenium Kepala Batas, Kedah Darul Aman nuuuuu… Beberapa Kolej Komuniti dan Politeknik telah dijemput menyertai program ni. Kira ni event yang besar gak yang melibatkan banyakkkk Kolej Komuniti dan Politeknik menyertainya. Program ni khas untuk kursus Sijil Multimedia Kreatif ( Animasi ). Kitorang dijemput untuk menjayakan program ni.
Maka pada 22 Syawal 1429H – 22 Okt 2008 ( rabu ) yang lalu, gua, Padi dan Apai pun berangkat la ke Kedah Darul Aman nuuuu… Padi memang tak bagi chance pada gua nak drive. Beliau sengaja bagi change pada gua untuk ucap ‘good night ‘ dan ZZZZZZ… Syabas encik Padi! Syabas!

* tahun bila ye gua dah pegi ke kolej ni

Hujan lebat dekat nak sampai ke Kepala Bataih. Melilau carik Dewan Melinium yang tesorok sket. Padi kata beliau penah pegi/datang ke Dewan Melinium ni masa pesta Sure Heboh tapi tak ingat jalan. “Tau-tau dah sampai” tegas beliau. Syabas Padi! Syabas! Uuuu…uuu… Akhirnya sampai gak ke tempat yang dituju. Besarnye dewan. Masa ni beberapa kolej dah sampai dan mula memunggah, memasang dan menghias gerai memasing. Kitorang plak trus lepak kepenantan. Masa ni la pelajar dari Kolej Komuniti Teluk intan datang mengendeng dan tanya macam-macam.

Lepas punggah sket barang yang dibawak ke gerai kitorang yang disediakan oleh penganjur, kitorang trus dibawak ke rumah penginapan sardin cap ayam. Hujan kejap lebat kejab rintik-rintik petang ni kat Kepala Bataih tak menghalang kitorang untuk pegi maqkan yang disponsor oleh Ketua Program encik Azman dari Kolej Komuniti Kepala Bataih. Padi makqan dengan rakus sekali!

Rumah tumpangan sardin cap ayam kitorang tu menakotkan Padi dan beliau betegas untuk pindah/cari rumah cap ayam yang lain. " Tolong la cari yang lain. Tak kisah la cap apappun!" tegas Padi. Eee… ngade-ngade la u ni Padi. Kitorang sepakat untuk pindah dan sekali lagi melilau cari rumah tumpangan cap ayam kat Kepala Bataih ni. Ingat nak bemalam kat Seri Malaysia tapi rupenye blum beroperasi lagi. Uuuu…uuuu… apa punye malang la nasib. Nak pegi balik ke rumah cap ayam yang tadi dah malu tak ingat. Ni semua lu punyer pasal la ni Padi! Tapi akhirnya bejaya gak tidur dengan aman dan lena kat sebuah rumah tumpangan cap itik! Uuu..uuu.. Sampai je ke Dewan Melinium, tak sempat nak susun majalah g3, sketch pad dan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR, gua dah digunakan oleh beberapa student dari Kolej Komuniti Segamat untuk amik gambo.

Lepas habih dipergunakan oleh pelajar lelaki untuk amik gambo, awek-awekpun tak nak lepas peluang untuk menggunakan gua sebagai tempat amik gambo. Gua tak kisah. Asal korang semua gumbira, suka dan seronok dah kira okey. Terima kasih kerana sudi begambar dengan gua.

Ingatkan boleh susun apa yang patut, rupenya tak boleh lagi. Encik Padi dan Apaipun tak nak lepas peluang nak begambo dengan gua. Leceh la korang ni. Haa… cepat! Cepat! Ramai lagi awek-awek nak begambo dengan gua tu. “Beliau adalah Padi” tegas gua. “ Beliau gua gunakan untuk amik gambo!” menurut Padi. Apai plak “ lantak korang, janji amik gambo!”

Lepas berlangsungnya acara perasmian oleh Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, acara melawat gerai-gerai pameran la plak. Tu dia nuuu… Tuan Haji Abdul Rahman Khalid, Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas singgah ke gerai kitorang diiringi oleh Ketua Program Encik Azman ( batik kunin ). Gua bagi Tuan Pengarah tengok buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. "Buku ni sesuai untuk semua pelajar dalam kursus animasi yang kena buat, reka dan cipta karakter kartun/animasi memasing".

Sebahagian pelajar perempuan yang singgah melihat dan membelek majalah G3, sketch pad dan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Sila tengok. Tak belipun tak apa. Buat sengeh-sengeh je la.

Kitorang dijemput dalam program ni bukan hanya buat promosi majalah dan jualan tapi djuga untuk mengisi salah satu slot sebelah pagi iaitu seminar pasal kartun dan kerjaya pada semua peserta. Tapi sebelum mula start, kena lukis dan tandatangan buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR yang dibeli oleh awek-awek ni dulu. Terima kasih kerana sudi membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR.

Dalam program ni, encik Padi memunggah sekali peralatan digital pejabat yang beliau gunakan untuk melukis/buat kerja. Kali ni kitorang bagi peluang pada mana-mana peserta/pelajar yang beminat nak cuba melukis cara digital sepenuhnya menggunakan tablet pen dan papan digital dengan bimbingan cikgu Padi. Penah dengar melukis cara digitalkan? Sekarang ada peluang untuk mencuba. Nak sangat cuba, nah! rasakan susah atau senang melukis secara digital. Baru korang ada akal!

Bukan saja diberi peluang pada pelajar tapi cikgu Padi turut bermurah hati memberi peluang pada pensyarah untuk cuba melukis secara digital. Semua kemudahan dan teknologi ni memang dicipta untuk kemudahan dan pilihan pada siapa untuk mencuba dan menggunakannya. Nak lukis cara manual boleh, nak lukis cara digitalpun boleh sekarang ni. Apa ada hal! Tapi semua peralatan yang canggih manggih ni memerlukan ILMU untuk mahir menggunakan dan mendapat manafaat darinya. Sama seperti melukis kartun. Ia memerlukan ILMU.

Lepas rehat, gua sempat singgah menjengguk beberapa gerai pameran. Apa kebende la budak-budak ni buat. HEH! Masa belajar memang la cam ni. Ada kelemahan, ada kesilapan dan kekurangan itu ini. Biasak la tu. Bersabar la masa mencari ILMU dan rajin-rajin la buat latihan untuk menjadi mahir dalam apapun yang kita lakukan. Lagi satu, jangan nakot untuk melakukan suatu yang extreme! Pasal gua tengok model karakter yang diorang buat tak menarik posenya. Lemah jer! Kebanyakannya bediri tegak tanpa gaya! Hey, wake up! Jangan nakot atau teragak-agak. Belasah buat apapun ikut suka!

Tak dapat nak singgah melawat ke semua gerai, betemu student, sengeh-sengeh, betanya khabar dan kutuk apa yang patut! Cam ni la nasib gua selalu. mesti tak sempat/dapat melawat atau tengok apa yang ada. Ni bersama pelajar dari Kolej Komuniti Kuantan yang memanggil gua untuk lukis kartun kat buku gua yang diorang beli dan amik gambo. Terima kasih.

Awek pelajar Cina dari Politiknik Tunku Syed Sirajuddin Arau yang beminat dan membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Terima kasih.

Lagi sorang pelajar awek Cina yang turut tepengaruh dengan kengkawan beliau yang membeli buku gua. Telima kasih maa…

Alamak! Ni pelajar dari kolej mana ya? Tak ingat la plak. ARGHHH!

Barisan pensyarah dari Kolej Kumuniti Kepala Batas yang menjadi tuan rumah dan penganjur pertama dalam program VISUAL COMMUNICATION ART 2008 yang menghimpunkan beberapa kolej komuniti di Semenanjung Malaysia kat Dewan Mileium ni. Terima kasih kerana menjemput kitorang.

Yang ni plak bersama barisan pensyarah wanita dari Kolej Komuniti Kepala Batas. Terima kasih.

Pada slot belah petang, pihak penganjur menjemput team Les’ Copaque Production untuk bekongsi ilmu, maklumat dan pengalaman dengan semua pelajar dan pensyarah mengenai animasi. Ni la orang kuat Las’ Copaque yang mempersonakan seluruh rakyat Malaysia dengan siri animasi "Upin dan Ipin". Sayangnya gua tak dapat join masa sesi diorang. Sibuk melayan pelajar-pelajar yang membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Kena pegi melawat studio diorang kalo cam ni.

Pelajar dari Kolej Komuniti Segamat dalam bas dah siap-siap nak balik. Semua seronok dan gumbira. Selamat jalan dan terima kasih. Jumpa lagi.

Besama pensyarah dan dreba bas Kolej Komuniti Segamat. Sorang pensyarah pompuan bekata pada gua " buka la ikatan rambut tu! ". Haha! Macam-macam hal. Gua ikut jer. Sorang pensyarah lelaki plak bekata pada gua " kami ingat nak mewajibkan semua pelajar kursus animasi kat kolej kami membeli buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR sebagai bahan rujukan diorang dan pensyarah sekali". Alhamdulillah. Terima kasih. Memang gua buat buku ni untuk manafaat semua yang sudi mengambil manafaat darinya. Terima kasih sekali lagi.

Bersama pelajar dan pensyarah dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis seblum boleh balik. Selamat jalan. Terima kasih banyak-banyak pada pihak penganjur Kolej Komuniti Kepala Batas yang menjamput kitorang. Lain kali mana-mana kolej yang menjadi penganjur program VISUAL COMMUNICATION ART ni tak lupa untuk menjemput kitorang lagi. Terima kasih pada penyarah dan semua pelajar yang sudi membeli sampai habih licin buku MELUKIS KARTUN CARA GAYOUR. Patut la rasa nak tecabut tangan kanan gua melukis dan menyain buku tu. Habih licin rupenye. Terima kasih. Ambil dan gunakan la segala yang gua sampaikan dalam buku tu. Moga membantu dan berjaya dalam pengajian. InsyAllah.

Dalam perjalanan pulang, singgah dinner kat satu restoran. Apai mengidam sangat nak makan nasi kandaq Penang. Layannnnn… gua dengan cikgu Padi masih kenyang pasal agak lewat makan tengahari tadi. Kitorang layan sup kambin’ dengan roti paun jer. Jumpe lagi nuuu… and good night Padi. ZZZZZzzzzZZZZ kroihkroih ZZZZzzzZZZZ….

24 comments:

alif-mikail said...

wah! lama tak update!

Semoga sihat selalu.. panjang petul entry.. tapi saya tetap suka baca!

kita minum dulu!

Yatt said...

Bro! Ni Dewan Millenium Kepala Batas, Penang ke Kepala Batas, Alor Star, Kedah?

Setahu gua, Dewan Millenium tu kepala batas, Penang. Kt kedah ni ada Dewan Wawasan, Jitra.

Kalau betul lu gi kedah, apasal la tk bgtau gua...

gayour said...

alif-mikail
penat gua menaip tau. tq pasal sudi membaca. haha!

gayour said...

yatt
dewan milenium kepala bataih, pulau pinang nuuu..
tak ingat langsung hang kat kedah la ni. tu yang cheq tak habaq pi! sori nuuu...

RY said...

kalau saya lah, dah lama kecik ati..

dah la lama x taip. tiba2 pulak ada yang x ingat kolej mana. cis ces cus...

hihi

tapi kang bro, beza org bz ngan org x bz mcm gitu la. org bz mane ade masa nak cek2 blog ni kan? hehe..

err..entry ni agak puas ati la sbb tak ramai awek2 yang mengelilingi bro...hait!

gayour said...

razor
saje tak kuarkan gambo gua dengan awek lebih-lebih kat sini. nanti korang kecik hati plak. heh!

eddie dewanaga said...

bro..

lawa jaket...!!

cuba sesekali pasang 'Post Mortem - Slayer' full blast volume dalam keta, baru la tak tido sepanjang perjalanan....

guapunyahal said...

fulamak.. memang byk aktiviti tahan lasak.. byk gambar diamek... fuh!

Yatt said...

Betul la dewan millenium, kepala bataih pulau pinang tu. Tmpt pak lah kita la.

Tapi awat kat artikel tu hang boh kepala bataih, kedah cekkk oii. Pi pebetui balik cepat!

Ungku Nor said...

giler jauh kekandaku berjalan..hehe

Nunn said...

bro barang purba la boleh jadi antik

faizalmukhtar said...

Lu kirim salam tak awek yang gua ada sangkut masa kita pegi tahun lepas tu... yang kecik-kecik, manis-manis, comel-comel tuuu. Lu ingat tak?!

gayour said...

eddie dewanaga
masalahnye padi layan lagu band padi. haduuuu.... tu yang kroihkroihhh sepanjang jalan kenangan.

sleepless nights- king diamond

gupunyahal
memang gua suka amik gambo banyak2 dalam aktiviti cam tu. ada banyak lagi, tak larat nak upload.

pictured life-scorpions

yatt
entah la. cheqpun dah konpius dah ni. ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

dazed and confused

ungku nor
jauh dan penat

sila dengar 'so tired' dari encik ozzy untuk lebih feel. heh!

nunn
nak tunggu jadi antik tu yang tak sanggup!

rust in peace-megadeth

faizalmukhtar
lu yang tesangkut, awek tu langsung tak sangkut. nak kirim salam cam no? harharhar!

injin bot sangkut

matakucing said...

tumpang lalu...purba pon purba la janji update..gua suka baca post lu ..kdg2 gua tergelak sendiri haw haw haw

gayour said...

matakucing
terima kasih.

look what the cat dragged in

Q said...

berjalan yo kojo ei.... bilo nak melukih nie

gayour said...

-q
iyo la, orang dah jomput. kono la poie. tu yang kono bejalan jauh tu. ponek ya amat!

walaupun jauh beribu batu, namun hatiku tetap pada mu...

a.ramlee

saracocohoney said...

wah...gayour masuk unibesti!

saracocohoney said...

Bro, watashi nak mengadu neh... ari tu watashi bukak blog bro kat opis...sambil2 wat keje la kunun... tgk kwn watashi dtg...watashi minimize la blog lu... pastu kawan watashi sound..." ko tgk gambo lucah yer?" Mana ader? bilang watashi..."tu ko tgok tuh" --
"Blogger: Official Gay..."
Blog bro bila minimize die jadi cam tuh... Apekah?

gayour said...

saracocohoney
bukan masuk unibesiti tapi masuk dewan milenium, kepala batas dengan pelajar kolej komuniti.

haha!
jadi fitnah la plak! lain kali jangan sembunyi, sorok, tutup atau minimizekan. dedahkan biar beliau tahu encik bukan tengok website gay!

kamar hati said...

uikssss...bro, dr citer ngan gambaq tu...rasanya ni Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang kan????...

cek cam sgt tempat ni...tempat cek tu...

gayour said...

kamar hati
baguih la hang kenai tiang dewan tu. memang tempat hang la tu.

tq sudi singgah ke blog cheq.

EYA ZAMANI ZAITEE said...

napa x top10 kan lagu Amar - Bersama Slamanya tu ....

gayour said...

eya zaitee zamri
tak layak nak dicalonkan!

"united we stand- eternal ban
together we are strong - eternal ban"

eternal ban
destruction