Tuesday, November 18, 2008

MALAYSIAN SUPERHERO

MALAYSIAN SUPERHERO
21 ZULKAEDAH 1429 HIJRAH - 19 NOV. RAIN 2008
BAHAGIAN PERTAMA DARI DUA BAHAGIAN

Sorang sobat yang penah betugas bersama di bawah department GEN Y kat Karangkraf, saudara Roy yang sekarang ni menjadi seorang Tuan Direktor filem dan Pensyarah telah menghubungi gua, “ oi, Gayour! Gua nak paksa lu setuju dengan jemputan gua ni!”. “Apahal?” tanye gua…. “ Jadi juri!” tegas Roy. “What, jadi juri. Takkan jadi juri jer, jadi hakim tak boleh ker?" Yeah! Tugasan gua kali ni jadi juri kat Fakulti Senilukis dan Senireka, UITM Shah Alam dalam persembahan tugasan akhir mencipta MALAYSIAN SUPERHERO, pelajar ijazah semesta 03 Jabatan Teknologi Percetakan. MALAYSIAN SUPERHERO? Tugasan yang menarik. Nak tengok apa yang pelajar UITM ni boleh buat pasal superhero. Yeah! Gua nak! Gua setujuuu! Bejaya gak gua masuk universiti lagi pada 13 Zulkaedah 1429H - 11 November Rain 2008, hari Selasa yang lalu. YEAHOOOO!

Sampai jer kat seksyen 2 bersama Faizal ( presiden tak diiktiraf pertubuhan tak berdaftar Mantera Work ) untuk makan tengahari kat sebuah restoran sup, Roy dah siap menunggu bersama beberapa orang juri yang lain. Saudara Pekin, seorang pelakon dan sorang lagi Encik Shaari Sulong. Tak sangka Roy menjemput Encik Shaari Sulong dan tak sangka dapat betemu dengan Encik Shaari Sulong pada petang ni. Sobat semua mesti tak tau siapakan Encik Shaari Sulong nikan. Bagus. Ia langsung tidak menjejaskan apa-apa dalam kehidupan orang lain. Lama tak jumpe, bila jumpe kitorang saling kutuk kaw kaw, hina menghina dan mentertawakan sesame sendiri. “ Shaari Sulong buruk! Shaari Sulong buruk! Harharhar!”. “ Ekaupun buruk Gayour!” gelak encik Shaari Sulong sambil ketawa!

Setelah puas hina menghina dan mentertawakan sesama sendiri, baru la boleh begambo dengan baik. Inilah gua bersama encik Shaari Sulong atau lebih dikenali sebagai AIE, saling bepeluk-pelukan sebagai tanda bekasih sayang sesama insan. HEH! Inilah kartunis Aie yang pernah mempersonakan ribuan peminat kartun tanahair dengan siri/cerita ABE, Aku Hidup Dalam Blues, Blues Untuk Aku dan siri novel grafiknya yang hebat Aku dan Sesuatu. Pencipta karakter Sahak yang blues tak ingat yang menjadi kegilaan ramai dengan menjadikan karakter ni antara karekter sticker cetak rompak paling popular! Kartunis Aie? Tak penah dengarpun, tak kenalpun. Tak apa, ia tetap tidak menjejaskan kehidupan korang. Kami bersama sebagai pioneer penerbitan majalah UJANG bersama saudara Ujang pada tahun 1993/94 dulu. Majalah UJANG? Tak penah dengarpun. Majalah apa tu? Lantak korang la! Aie sedang pulun buat novel grafik AKU DAN SESUATUnya nombor lima sekarang. Nantikan kemunculan dan membelinya. Sekarang ni encik Aie betugas di sebuah syarikat animasi.

Mula-mula gua dah rasakan keseronokan tugasan ni. Menjadi juri pada persembahan akhir pelajar Seni Lukis & Seni Reka UITM. Kenapa juri, bukan hakim? Lantak la. Janji juri yang boleh bekata " kamu didapati bersalah dan tidak boleh diikat jamin sepanjang hayat. Padan muko. Buek jahat laie!" Harharhar! Kumpulan pertama yang membuat persembahan dengan adiwira ciptaan mereka yang dinamakan RENTAP. Watak adiwira yang diambil dari pahlawan Rentap yang tekenal dari Bumi Kenyalang. Adiwira yang baru ni adalah gabungan moden, tradisi dan kuasa sang serigala. Mereka tak dapat membawa model hidup dalam persembahan mereka. Model tak dapat datang. Hanya ada costume RENTAP.

Satu lagi bahan persembahan dan pemasaran produk yang menarik dari kumpulan ni. Package alatulis. Ada pensil, pemadam, pengasah pensil dan gam. Mereka mengusahakan sendiri. Kita biasa tengok produk cam ni dengan karakter superhero Superman, Batman, Spiderman, Lobo ( ada ker Lobo? Sapa jumpe bagi tau gua ye. HEH!). Package yang menarik. Boleh besaing. Anak-anak kita mesti suka kalo produk ni benar-benar ada dipasaran.

Komik, poster, sticker, flayer dan brouchure antara bahan menarik ciptaan diorang dalam persembahan untuk penilaian dan markah yang baik. Bagus tul keje diorang ni. Ingatkan hanya mencipta costume superhero RENTAP jer, rupenye diorang buat produk yang lain gak. Walau ada sikit kelemahan dan kekurangan itu ini, ia tetap menarik dan hebat!
Berapa ya gua nak bagi peratus markah ni? ARGHH!

Juri dah pening kepala hotak nak bagi peratus markah. Ni baru kumpulan pertama punyer adiwira dan produk dalam persembahan tugasan akhir diorang. Si Pekin gunakan kakilator kat hanpon nak kira markah, Aie dan Roy hampir begaduh nak bagi markah. Gua plak tiru markah yang Aie bagi. Senang cerita. HEH!

Kumpulan kedua dengan Adiwira kanak-kanak yang dinamakan PEKAN. Superhero yang membenteras kenakalan dan buli membuli di kalangan kanak-kanak! Kumpulan ni muncul dengan model PEKAN adiwira diorang dalam persembahan. Tu la rupa si PEKAN, siap dengan seragam lengkap bila menjadi si PEKAN. Mengekalkan baju barut dan seluar pendek corak batik sebagai superhero dari timur. Kasut beliau juga dibuat dari batik. Lengkap dengan puting. Pekan ada dua punting yang sentiasa dibawa dan dinyonyot ke mana-mana. Puting itu juga adalah antara senjata hebat si Pekan dalam menyelesaikan masalah!

Antara produk ciptaan diorang sebagai produk pemasaran. Penanda buku dan makanan ringan dalam botol susu dengan bungkusan yang menarik. Gula-gula dalam botol susu tu gua dan Roy belasah! HEH!

Model adiwira kanak-kanak PEKAN dan poster filem beliau yang menarik. Idea adiwira yang segar, boleh besaing dan bisa menjadi idola kanak-kanak sekiranya bejaya dikomersialkan. ” Oi, Roy! Gulo-gulo tu bagi la den sket. Jangan la habih an! Jangan bagi kat Aie. Kalo dapat kat beliau, tak merasa la kito!"

Kumpulan ketiga muncul bersama model adiwira diorang yang FEWEEEET! Ni dia kumpulan yang begitu berani membawakan satu watak atau tokoh sejarah yang dipadamkan dari sejarah, dicerita atau disampaikan pada generasi hari ini. Gua bekerut dahi bila tukang cerita origin watak ni memulakan ceriteranya mengenai watak ni dan bekata begitu, “ Ia adalah tokoh sejarah yang telah dipadamkan kisah dan perjuangannya!” “Biar betul ni. Tak penah dengarpun” ujar gua dalam keraguan. Memang gua tak penah dengar mengenai watak ni. Masa sekolah dulu tak diajar dan tak adapun dalam buku sejarah! Patut la tak tau, pasal tak ada dalam buku sejarah. Err… siapakah gerangan si cantik manis ni? Begitu ghairah hamba ingin tahu. HEH!

Blum apa-apa hal Aie dah bagi komen yang baiekkk jer! Cis! Kalo awek baiekkk jer! Ni la satu watak tokoh sejarah yang dilupakan. Inilah watak Serikandi Tun NYEMAH MULYA yang mengikut catatan sejarah hidup dan bejuang di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Tak percaya? Tak penah dengarpun nama tokoh yang hidup sezaman dengan Srikandi Tun Fatimah ni ( apa? Tun Fatimahpun tak tahu. Baru dengar hari ni. Aduuuu… ). Benar ke NYEMAH MULYA ni benar-benar wujud. Kalo benar kenapa kisah atau sejarahnya tidak pernah kita dengar dan tidak dicatatkan dalam sejarah negara. Apakah beliau hanya kisah dongeng sang penglipur lara semata? Sekiranya beliau benar-benar wujud dan kita tak tahu mengenai kisah salah seorang tokoh yang hebat ni, ia memang suatu yang memalu dan menyedihkan.

Satu dari bahan persembahan kumpulan ni. Kitap identiti yang menceritakan origin watak NYEMAH MULYA. Gua benar-benar teruja dengan watak adiwira ni. Walau adiwira ciptaan kumpulan ni tak asli, watak yang telah sedia ada ( seperti pahlawan RENTAP ), ia membuatkan adrenalin gua mencanak. Cam no den tak tau pasal NYEMAH MULYA ni? Cis! Bedebah sungguh!

Lakaran asal watak NYEMAH MULYA. Dari segi costume memang ada kelemahan. Sebagai adiwira/serikandi, ada bebarapa acsesorinya yang tidak sesuai dan perlu dipakai/gunakan kerana menghalang pegerakannya masa betembur atau begerak lincah sebagai serikandi hebat! Lagi satu sebagai serikandi Melayu asli, senjata KERIS merupakan identiti paling kuat yang perlu digunakan oleh adiwira ni. Mana kerisnye? Sehebat Datuk Laksmana Hang Tuahpun menggunakan KERIS semasa betempur dan tidak pernah bepisah dengan KERIS TAMINGSARInya. Yeah! Ini adalah adiwira moden jelmaan dari watak NYEMAH MULYA. Sekiranya begitu, pakaiannya tidak semestinya beridentitikan zaman purba dan berikan satu senjata yang seakan keris tapi moden. Pemilihan model dah cun dah! HEH!

Semua juri begitu tekun dan ghairah sekali menilik model dalam komik dan poster yang diorang buat. Gua masih befikir “kenapa sejarah tokoh ni tak tercatit, disebar, diceritakan dan dibincangkan terutama pada pelajar-pelajar sekolah”? Mengikut sedikit sinopsis pasal NYEMAH MULYA ni, beliau dilahirkan pada malam Lailatulqadar. Nyemah merupakan cucu kepada guru al-Quran pada Sultan Ahmad Shah. Ibunya pula merupakan dayang kepada Puteri Onang Kening dari Kelantan. Serikandi Nyemah memang dilahirkan untuk menjadi seorang pahlawan. Beliau telah diajar dengan segala ilmu agama, ilmu dunia dan ilmu persilatan termasuk ilmu ghaib. Beliau gak dikatakan seorang yang sangat kuat bepegang pada ajaran/suruhan agama. Mungkin pasal tu la kisahnye dipadamkan dari keketahui oleh generasi muda hari ni. Nakot dijadikan ikutan atau idola. “Macam mana gua boleh tak tau pasal superwomen hebat ni?"

Antara produk pemasaran yang diorang buat dan sebagai bahan tambahan yang menarik dalam persembahan. Produk kecantikan. Sesuai dengan watak adiwira srikandi, sasaran diorang mesti la orang pompuan gak. Ada bedak, syampu, krim itu ini. Sekali tengok produk diorang ni memang menarik dan terserlah nilai komersianya. Dua kali tengok makin menarik. Rasa nak beli. Seperti kumpulan yang lain, menurut tuan pensyarah Roy, diorang buat lebih dari yang dijangka. Hebat! Seblum diorang blah, gua sempat begambo dengan model NYEMAH MULYA ni. Saje gua tak dedahkan kat sini pasal tak nak share dengan korang! HEH!

baru gua tau apasal gua tak penah dengar/tahu pasal tokoh sejarah NYEMAH MULYA ni... gua tak rajin membaca! bukan malas membaca, cuma tak rajin jer. HEH! sama gak dengan sambungan bahagian kedua kisah ni. kalo gua ada kelapangan dan tak malas, gua sambung la ye... entah la.

tamat bahagian pertama

60 comments:

RY said...

yo bro, gua dah hagak dah. lu musti nak makan sorang kan? hehe

nyway, gua cukup ghairah dengan berita shaari sulong tu..

gilo suka ah lukisan dan tulisan dia. tolong ckp kat dia, yg gua setuju ngan lu. dia mmg buruk. hahaha..

encip gayour tak buruk sangat la. err..so, boleh bagi no tepon nyemah kunin tu? hehe

SUXX said...

En Gayour.

oh lama tak dengar cerita En Aie.2 org encik ini idola saya.

Oh bdk part3?oh dasyat la jugakkan.
Gua dulu pun bdk A&D jugak.kira gua senior doranglah.
Bdk Uitm dulu lg hebat kot,hoho.
Dari segi grafik Uitm mmg kalah sikit la memandangkan banyak kolej art yg lebih maju muncul.

anyway.Lu mmg idola & lecturer gua bro.haha

gayour said...

razor
dulu beliau lagi buruk. skang ni okey sket. walau buruk, lukisan beliau mempersonakan, cantik dan hebat. menjadi pujaan, ditekap, ditiru, diikut dan sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat dan penggila karya-karya beliau.

sori... gua tak bleh bagi lu no tipun cik nyemah tu pasal guapun tak dapat! uuu..uuuu...

suxx
dulu hebat atau sekarang hebat tak penting. yang penting apa sumbangan hebat kita dengan ilmu yang kita ada sekarang ni.

terima kasih kerana pernah meminati karya2 kami yang bukan lepasan uitm atau mana2 kolej. encik lebih hebat dan melebihi kami dalam akademik. syabas!

faizalmukhtar said...

badan gua dah mula membara gara-gara entri bersifat redneck ini!

gayour said...

faizalmukhtar
badan lu panas membara? bahaya tu. mungkin denggi atau demam kura-kura. elok pegi peksa darah. harharhar!

guapunyahal said...

malaysia superhero?? idea yg bernas...hmmm nasib baik cicakman ngan kluangman tak masuk... kalau tak maunya depa rampas gula gula yg dibaham ngan korang..hehehehe

Ungku Nor said...

“What, jadi juri. Takkan jadi juri jer, jadi hakim tak boleh ker?"

abang ni tak baik tau.
giler koser..hehehe

Unknown said...

hello... hello... ada orang ke ni... hello. ish... takde orang la plak. hello... assalamualaikum... bagi salam pun takde gak.

gayour said...

guapunyahal
kalo beliau nak kena tumbuk perut, cuba la rampas gula-gula tu! aie punye gempalan penumbuk besar kepala lutut gajah! berani cube la!

ungku nor
ya la. yang lain jadi juri, kena la sorang jadi hakim. baru hukuman boleh dibuat!

ungku nor didapati bersalah kerana mempertikaikan perkara ni. heh!

ghimau said...

Fuh.. gempak la bro :)

Aku dah update blog.. sila lah lawat :)

eddie dewanaga said...

gua rasa yg Rentap tu ada kriteria2 yg membolehkan dia jadi sorang adiwira, merchandise2 yg ditampilkan juga praktikal dan komersial, cuma font 'Rentap' tu kalau dpt bikin yg best sikit la.. bikin mcm logo2 band metal sikit.

originaliti...?
mungkin ada unsur2 superhero dari barat tapi hey, nobody's perfect..!


"..Sound of gunfire comes through the night,
Killing and hatred, it's a terrible sight.
Reports come in of the heavy attack,
Message is seen, we're moving back.

Preparations are made for the journey back,
It's a survival, supplies are packed.
No more nights in this eternal hell,
Destination is simple, we move out.

Killing time - You left from the line.
Killing time - Your turn to kill.
Killing time - What do you say?
Killing time - Aaha, killing time.."


-Killing Time... Metallica
(Garage Inc. 1998)

shazrol said...

Thanks bro for your support! bebudak suka tak ingat ngan korang. Yang penting suntik skit jatidiri dan berpengalaman berdepan dengan pengkritik profesional. Itu yang perlu didedahkan kat pelajar ni kekadang.

*den bedoba nih! shooting nak dokek.
"ADIWIRA sebuah cherita"18-24 Dis.

gayour said...

ghimau
nanti den singgah tengok blog encik ghimau tu.

eddie dewanaga
gua memang dah kutuk pasal maskhead rentap tu. tak sesuai. font cam tu sesuai untuk buku antalogi puisi, sajak atau pantun. biasak la kelemahan tetap ada.

mr.roy
selamat shooting. moga berjaya dengan adiwira tuan direktor.

ambik la gua jadi pelakon tuan direktor. jadi hero pun tak apa, tapi mesti ada orang pompuan. gua tak boleh belakon kalo tak ada orang pompuan! HEH

gayour said...

niezam
waalaikumsalam
semalam gua bagi salam lu tak jawap pasal lu tak datang. hari ni rasakan plak lu helo helooo... gua tak jawap!
puas hati gua!

Jorji said...

rentap hero bumi kenyalang yg di skulpturkan oleh artis bayu utomo radjikin nampak lebih real dan langsung tak sama dengan idea mereka.

ontahla!

gayour said...

j or ji
iyo la tu. ideo masing-masing cam tu la jang oi!

Lan13 said...

Wow Gayour,Gayourock! aku start minat kartun ko since era Gelihati dh, yg ko ada lukis mcm2 karakter horror dr metal bands mcm RigorMortis,Dio,Eddie I.M..etc ntah aku lupa apa tajuk siri tuh...

nice to spot u r still kickin' with ur blogsite, linked u oredi :)

all the best bro, u r of course inspiring!

matakucing said...

setuju ngan eddie..rentap tu power eh presentation dari segi produk2 lain..gua tgk pon dah tertawan..hehe boleh ganti cicak-man. Sape nama model adiwira nyemah tu haa haw haw haw

gayour said...

lan13
terima kasih atas sokongan encik.
selamat membelasah drum!

put your death mask on
wednesday13

matakucing
guapun tak sempat nak tanya siapakah nama gerangan model itu. teruja sangat. HEH!

gadis melayu
osman hamzah

Kalamtimur said...

salam tuan gayour, gwe nak link entri tuan kat pekomik facebook dotcom... bergwe gwe pulak..

kalu dapat zoom kan produk komik rentap pun boley...

gayour said...

kalamtimur
buat la apa yang patut cikgu. selamat cuti panjang dari pegi sekolah.

i love school when it's closed. heh!

Anonymous said...

en.gayour..nk tny..mane pic superhero Belang?huhu..da 3 blog sy jengok..tp tade pown..kecilnye hati..
:D

gayour said...

anonymous
harharhar! rasai lu!
encik ni model belang atau kumpulan encik belang? sabo ye la. nanti gua masukkan la. itupun nak kecik hati, kecik hati gua. uuu..uuu..

Kalamtimur said...

hehehe lawak pulak baca komen-komen, buhlah entri Malaysian Superhero : Part II. Mungkin ada gambar encik Belang Pertanda. (macam judul filim lakonan arwah Hussein Abu Hassan pulaksss)

Q said...

tu la... dulu maso cikgu ngajar gi main parit... bilo cikgu suruh baco buku..di cakar cakar eii buku tu... kan dah tak tau... apo la nak jadi....(den pun x ponah dongar pun pasal nyemah mulia nie eheheehheeheheh)

Q said...

jap.... lu tau x namo tu x real? gua x tau lu tau... ke lu memang x tau... ke lu tau sbnrnya tapi sajer nak bagitau... tau ke tak tau?

gayour said...

kalamtimur
diorang tu kecoh cikgu. kan saya dah tulis "BAHAGIAN PERTAMA DARI DUA BAHAGIAN", sabo la sket. banyak kojo den nak buek. nanti den masuk an la gambo encik belang tu.

Q
cikgu sejarah denpun tak ponah donga cerito pasal nyemah mulya ni. cam no beliau nak ngaja? ekaupun samo. dulu maso kojo kek pepustakaan, punyo la melambak buku sejarah ekau maleh baco. ingat an den yo tak tau, ekaupun seghupo!

Q
mulo-mulo tak tau, tapi bilo orang tu bagi tau, baru den tau yang den tak tau selamo ni. tupun tau namo yo. tapi tak apo la, baik tak tau dari tau. tapi kalo semua orang tau, sapo plak nak jadi tak tau? ontah la jang!

Anonymous said...

ehem.. ehem..
alu cek gayour... smlam.. langsuir gayot kat pokok dpn umah hambo. die tanye, ble gmbar die nak kuo.. hambo ckp tnye cek roy ngan cek gayour.. mlm ni, klu langsuir gayut kat pokok umah cek gayour, pandai pandaila cek gayour jwb eh..

Tokey Langsuir,
heler a.k.a zikril
(tikaman keris dipusara bonda)

gayour said...

anonymous
aduuu... leceh tul la cam ni. iyo la! iyo la! nanti gua upload la gambo beliau.

langsuir liar
rusty blade

Anonymous said...

ehem..ehem..
kaat sek 7 ada promotion cuci.
ha.. pelagi.. blehla cek gayour g cuci rambut..murah..murah..
nama kedai tu Family laundry enterprise..
ngeh..ngeh..ngeh..

gayour said...

anonymous
terima kasih banyak-banyak yo la. buat susah2 encik promot. nanti gua pegi

Q said...

tapi den suko la ngan idea diorang... mmg leh dipanjang kan.... lu x terfikir nak buat animation ker... suruh orghang baco buku... hahahahahahahahahahiahahahah

gayour said...

Q
ah! ideo orang memang kau suko, ideo sendiri tak suko! memang nak buek animation tapi orang lain yang buek an. den tukang arah yo. haa! tu, apo laie, copek gali lubang! yang tu apo tecogat yo kek situ? copek amik tiang. siap tiang ni kang buleh la den ghembat an sorang-sorang kek tiang ni!

Anonymous said...

ehem..ehem..
ha.. molek gak cek gayour..
buatla satu komik superhero..
watla hero die rambut panjang muka ganas dress up brutal.. ha.. baru melotup lotup.. nnti sape yg kaya? cek gayour gak. ha.. sape nak kaya? sape nak kaya?

cek gayour, blnje sirap limau.. kering anak tekak ni.

Anonymous said...

hehe..kecik ati eh..
saye crew Belang..
=)

gayour said...

anonymous
encik ni ada masalah anak tekak yang serius. sila telan ubat batuk dengan botolnye sekali!
hero rambut panjang, muka buruk? ciri-ciri tu ada pada encik aie. harharhar!

anonymous
susah2 kalo tak ilang gak masalah anak tekak, suruh jer encik belang cakar tekak tu. harharhar!

Aku said...

fuhh memang beRENTAP tu bro ... thehhee

gayour said...

geng metal
itu baru adiwira rentap. ada lagi yang belum didedahkan. tungguuuuuu... sampai gua rajin nak dedahkan. heh!

" Ride the tiger
You can see his stripes but you know he's clean
Oh don't you see what I mean.."

holy diver

Denanz ... said...

bro, gua dah tak sabau nak tunggu bahagian kedua.

sila komen n3 baru gua. timo kasih.

Q said...

hahahahaahahahahahahahahahahahahahahahahahahah........

gayour said...

denanz
gua plak tak dapat-dapat nak sambung bahagian kedua. aduuu... sabo je la.

iyo la. nanti gua singgah tengok dan komen apa yang patut.

Q
apo hal plak ekau golak. gilo ko apo?

DeeN said...

Salam bro,
Pasal tokoh Nyemah Mulya neh , gua penah baca dalam novel saudara Faisal Tehrani. Tajuk buku tuh 1515. Ada watak beliau - Tun Nyemah Mulya.Cuba bro baca novel tuh. Best gak.

Gua nak buat superhero Hang Jaga. Haha. Watak sekuriti gad yg jadik hero. Unik apa. Hehe.

Anonymous said...

we want bahagian kedua..
we want bahagian kedua..
hehe~

gayour said...

DeeN
tq atas maklumat. selain 1515 ada sebuah lagi novel cerita pasal tun nyemah mulya ni. apa ntah tajuknye. apapun terima kasih.

1511
BPR

anonymous
nak upload bahagian kedua masa rehat tengahari tadi, tenet kat opis buat hal plak. bukan salah gua aa... tunggu la di lain siaran. HEH!

Kalamtimur said...

iklan: kita minum dulu...sekejap ada sekejap takada .. deng dang datang...hahaha

Q said...

takdo gilo do... yo la kadang2 kito nie jahil skit....nyaris2 kono koncing....

gayour said...

kalamtimur
masa lukis kartun ( manual ), tak boleh letak kole ( cetong )air kopi tongkat ali dekat2. kalo tumpah atas lukisan, rasa punah dunia cikgu!
pagi ni air milo tumpah kat atas meja. alhamdulillah bukan atas lukisan manual 'naga berapi' yang telah siap diwarnakan.

Q
biaso la dalam idup ni. kalo kito koncing orang, orang plak akan koncing kito. pasal tu jangan koncing kek orang. jamban kan ado. poie la koncing kek jamban! haha!

Kalamtimur said...

tertumpah atas lukisan manual? hahaha kalau tidak jadilah satu hasil seni yang tidak dijangkakan... silap cetong@kole air milo tidak dicelup berus warna...haruuuuu.

gayour said...

kalamtimur
masa sedang mewarna ( manual ), saya pernah tecelup brush warna tu dalam cawan air kopi tongkat ali!

Q said...

baco doa masuk jamban dulu baru leh masuk....

gayour said...

Q
bukan saja masuk jamban tak baco doa, maso makanpun tak baco doa, naik keretopun tak baco doa. ontah la.

blackpurple @ jowopinter said...

Wak nak komen dulu baru baca dan tengok gambar. Nanti kalau baca dulu takut terlupa nak komen. Boleh tak?

Hehehe!

Anonymous said...

en.gayour.. mane gambo dr.X.. nanti dia mengamuk pi cucuk ngan picagari..hoho..


p/s:tq kerana sudi dtg sbg juri ari tuh..

hans said...

HAHAHAH...
pertama sekali nak cakap entry nih memang lucu macam muka tuan dia..
kehkehkeh...

terlalu buruk ker shaari sulong tu?

haha..
budak uitm memang kreatif...
asal xletak jer nyemah kunin punya gambar....huu

dah link dah blog gayour..memang best blog nih
kimsalam dkt lambok

hans said...

bila nak letak siri dua nih?
xsabar2 nak tahu pemenang dia nih....

gayour said...

blackpurple
ini menyalahi peraturan dan adab orang timur wak. tapi tak apa, walau peraturan dibuat untuk kemudahan dan diikut tapi peraturan juga untuk dilanggar!

anonymous
ya ya! sabar, sabar walaupun dah hilang sabar! haha!

hans
semua ciptaan tuhan itu indah, cantik dan hebat!

terima kasih kerana sudi singgah menjenguk blog gua ni. moga encik sihat, selamat, bahagia dan berjaya.

hans
ini bukan peraduan. semua bagus!

Anonymous said...

sgt teruja pasal shaari sulong....thanks gayour lu taruk gak kesah sobat lu sang AIE...eh si AIE..aku sgt chenta sama lukesan AiE tuh...lukisan die hebat...dan aku tgk AiE makin kurus...ape obatnye??muahahhahaha...

-zamani,SALAM-

gayour said...

anonymous
ah! lebih2kan sangat encik shaari sulong tu.
beliau jadi kurus pasal gua selalu tumbuk perut beliau!
kalo lu minat kat beliau jangan lupa, buat2 lupa, tak tau, ilang ingatan, tak cukup duit, duit ilang dan segala macam alasan lagi nak beli novel grafik AKU DAN SESUATU nombor lima beliau nanti!
gua tumbuk perut lu!

Anonymous said...

as'kum en.gayour..
thnks jd juri kitorg..
besh woo korng ni..
even work sy xbpk gempak..
tp enjoi sgt ecsmnt ritu..

gayour said...

anonymous
tq very much and gud night!