Wednesday, March 04, 2009

DIA DAH POPULAR!

UPIN DAN UPIN
08 Rabiulawal 1430H - 05 Mac 2009

Hari tu beberapa hari selepas filem GENG mula ditayangkan, team promosi Les’ Copaque singgah melawat ke pejabat urusan kitorang ( karangkaf ) pada 22 Safar 1430H – 18 Feb 2004 ( rabu ) bulan lepas dengan mascot UPIN dan IPIN. Ni kira siri jelajah diorang ke syarikat penerbitan untuk promo filem GENG. Selamat datang ke Karangkraf encik Upin Dan Ipin. Ada banyak gambo tapi tak senonoh. Hanya gambo ni yang sanggup gua tampal untuk semua. Enjoy!

Ketibaan maskot Upin dan Ipin disambut dengan tepuk sorat dan jeritan dari semua team editorial. Apa hal semua orang menjerit-jerit? Gilo ko apo! Terutama awek-awek. Maklum la tempat kitorang tesorok sket. Tak nampak sapa yang masuk dari pintu receptionist. Tengok-tengok, ramai dah kerumun kedua maskot ni tesengeh-sengeh amik gambo. Patut la semua hesteria. Semua nak begambo dengan ikon animasi baru yang sangat popular skang ni. Watak yang memberi POW! dan KABOMM! pada industri animasi ( 3D khasnye ) tanahair. Ini adalah salah satu cara promosi yang sangat bekesan dan mengujakan terutama kanak-kanak yang akan memaksa mak bapak diorang membeli itu dan ini produk Les' Copaque. Promosi/strategi tahap old skool tapi masih KEBABOMMM! Setelah sekian lama menunggu giliran, akhirnye team kitorang ( ilustrasi/G3 ) dapat gak begambo dengan maskot karakter UPIN dan IPIN kat studio amik gambo dept foto. Cam ni rasenye begambo dengan sarung yang ada orang kat dalamnye. HEH!

Tepikir gak, apasal ramai yang hesteria dengan maskot ni. Ia hanya sarung. Dalamnye ada orang yang kepanasan dan rimas tak ingat. Ia tak mampu buat apa-apa kalo tak ada orang memakainya. Orang jadi hilang akal kerana ia umpama impian jadi kenyataan. Fantasi jadi realiti. Bukan saja orang tua yang lebih-lebih hesteria tapi kanak-kanak gak hilang akal. Ia adalah karakter animasi dari alam fantasi yang dijelmakan depan mata." WHOAAAA! Tengok tu Upin dan Ipin! " Tu yang ramai hesteria, tak malu memeluk ( mamat dalam sarung ni syok la kalo awek cun yang peluk ), tesengeh-sengeh dan berebut untuk begambo walau semua tahu ia adalah sarung. Ada orang dalamnye. Orang tu adalah manusia seperti kita yang perlu makan, minum, tido dan kepanasan! Kenapa orang suka? Kerana ini adalah salah satu cara untuk berseronok, sengeh-sengeh dan berhibur cam ‘budak’ ni. Heh!


gud luck adik ipin dan upin!

24 comments:

faizalmukhtar said...

setelah dicabar dan dicabar, barulah dia nak update blog.

...peh!

gayour said...

faizalmukhtar
how dare u?
don't mess with the main man boy!

guapunyahal said...

napa maskot tu sorang boroi..

gayour said...

ada la beza antara upin dan ipin selain dari sehelai rambut kat kepala! takpun mamat dalam sarung tu memang boroi. heh!

blackpurple @ jowopinter said...

Wak cuma mnak bagitau, wak tengok Upin & Ipin tu sampai 2 kali tau. Hehehe!

Elsa S said...
This comment has been removed by the author.
gayour said...

blackpurple
kalo sejuta orang cam wak ni tengok dua kali kat panggung, kayo last kopek!

tak penah makqan pecal dua kali sehari.

cerpelai said...

Bila bro berdiri kat tengah-tengah maskot Upin & Ipin, gua terbayangkan karekter baru iaitu Apin..!!
Kehkehkeh..

Sedara Upin & Ipin versi rock laa pulak..!!

hans said...

terbaik dowh bro film tu...
suruh dia buat film ke dua plak...

gayour said...

elsa soraya othman
walau mencabek mulut, encik elsa tetap comel!

heh!

yus yusuf
kalo gua jadi pakcik upin dan ipin tu, tau la gua tangan-tangan kan diorang!

heh!

hans
pasti diorang tak berhenti dengan filem GENG. tunggu jer la projek diorang setrusnye. mungkin animasi superhero 3D pertama malaysia.

berteromber said...

gua tak sempat lagi ar nak tgk citer ni kat panggung...tunggu dvd je kot...

tapi kalau kartun lu yg kat panggung..ni jam gua pegi beli tiket... hehe..

gayour said...

berteromber
layan dvd oripun okey gak.

deaf-angel said...

aku balik kl, nampaknye filem ni jenis 'satu rombongan keluarga pegi ramai2 menonton' punye filem.

tapi aku belum nengok lagi haha

gayour said...

deaf angel
tak ada deathline untuk menyaksikan filem animasi 3D ni. bila-bila masa boleh tengok.

kamal sabran said...

lu rocks !

Mak Su said...

saya nak peluk juga
saya nak peluk juga

Ahmad Salman said...

Hurm, bila ya kartun Gayour nak buat dlm bentuk Animasi 3D. n tayang dlm tv....huhu3 thun dpan? stahun dpan lg?? entah la.

Anonymous said...

I wish i cud see more malaysian people produce such a mind-attractiong movie like this..

sangat mengujekan teman bile nengoknye fes taim.. bukan sbb citer je lawak.. tp hilai ketawa kanak2 yg diiringi mak abah deme pon menyerikan scene di panggung hari berkenaan.

Trus terang, animator2 yg buat koje ni buleh diklasifikasikan sebagei bukan melepehkan batuk di tangge. ade scene lawak, scene serius, scene nyanyi.. semuanya dijilid kemas dalam garapan idea yang menarik dan menghiburkan.

To LC production.. Rise n Shine! May you soar and fly high up in the sky!

p/s: teman pegi bukan sebab nk dengor ayat "betoi! betoi! betoi!" aje.. :p

gayour said...

kamal sabran
you rock, we rock!

mak su
ikut suke mak su la.

ahmad salman
bila impian jadi kenyataan. bila fantasi jadi realiti.

aidilangelo
ya, betul! betul! betulll!

matakucing said...

hehe upin&ipin dah popular ..lu pon popular gak la brader...full house la panggung nak tgk.

Q said...

lu dah layan lum movie diorang... jangan kater lu layann cd pirate plak....

tapi gua support diorang...

gayour said...

matakucing
alangkah bainye kalo popular dan abadi dalam ingatan kerana kebaikan dan jasa yang dibuat seperti junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang dikasihi. selamat menyambut dan meraikan keputeraan Rasulullah S.A.W.

Q
dulu abang kawan den orang panggil 'LANUN'. heh!

alia said...

bro gayour
besar nya upin dan ipin dalm gambar nie...he..he..salam singgah

gayour said...

alia
tu dalam saiz xxxl. tq kerana sudi singgah.