Thursday, July 16, 2009

NIMBA IKAN!

SAHABAT ZOOM! MALAYSIA
BAHAGIAN KEEMPAT DARI EMPAT BAHAGIAN
20 SYAABAN 1430H - 11 OGOS 2009

Kemana pulak setelah melawat Taman Rimba Herba, Ladang Anggur, Ladang Mangga Harumanis dan Gua Kelam 2? Entah la… guapun hilang ingatan pasal lama sangat dah gua pergi ke negeri Perlis ni. ARGHHHH! Ke mana ya gua pergi? Ni la akibatnye pasal lama tak update blog. Ntah la. Yeahh! Ingat dah. Untuk aktiviti seterusnya…. Enjoy!

Habih jer kat Muzium Kota Kayang yang menyimpan beribu cerita, kisah dan barang-barang sejarah peninggalan istana dan penduduk ribuan tahun yang lalu, kitorang trus dibawak oleh Tyranosaurus Rex ke Homestay Kampung Paya Guring, Pauh untuk memenuhi aktiviti yang telah disusun. Kali pertama gua menyertai program ke homestay ni. Gua teruja sekali nak rasa pengalamanya. Ketibaan di sambut dengan paluan kompang oleh penduduk Kampung Paya Guring. Wah!

Selalu sangat dah gua dengar pasal homestay yang telah menjadi salah satu produk pelancongan yang tak pernah difikir selama ni. Apa yang best sangat? Ni peluang untuk gua mengetahui, merasai dan mengalami berada di homestay. Sampai jer, kitorang dijamu dengan minuman yang menyegarkan tekak yang kehausan dan kuih lepat pisng/tepung yang sungguh enak dimakan bila lapar! Satu sesi bekenalan yang ringkas diadakan oleh ketua projek homsetay dan penduduk kampong yang terlibat. Masa ni Pengarah Tourism Malaysia Perlis ( dua dari kiri tu ) turut hadir menyertai rombongan kitorang.

Sedikit penerangan mengenai projek homestay oleh Ketua Projek kepada semua media yang hadir kat kampung Paya Guring ni sebelum kitorang dibahagi-bahagikan kepada keluarga angkat memasing. Setiap keluarga akan menerima empat hingga ke lima orang anak angkat untuk dibawa pulang ke rumah memasing. Ini la konsep homestay. Kita akan bekenalan dan tinggal di rumah keluarga angkat selama berada di homestay. Bukan setakat tinggal, tapi akan melakukan aktiviti harian di kampong bersama. Inilah encik Yem, bapa/kelurga angkat gua dengan anak lelaki sulung di rumahnya. Bersama gua, tiga anggota rombongan iaitu Abang Ron, Lobo dan Alia ( wartawan LIBUR, belah kiri tu ) menjadi anak angkat encik Yem. Ni sedang lepak-lepak tunggu makan tengahari.

Menu makanan tengahari kitorang kat rumah kelurga angkat memang kampung sungguh! Ikan pekasam, keli goreng, kerabu bacang, rebung rebus, ulaman/herba, dan sambal belacan dengan nasi putih! PERGH! Makan plak kat dapur. Buka pintu dapur, bleh tengok pokok-pokok buah-buahan dan ayam menjenguk ke dalam. Dulu masa kat kampung, gua pernah merasai pengalaman ni. Ia seperti berulang semula kat Paya Guring. Habih makan pekena plak mangga dari kebun bapak angkat. Syukur Alhamdulillah.

Untuk aktiviti kedua dan seterusnya setelah aktiviti makan pada petang ni ialah menganyam daun kelapa untuk membungkus buah nangka atau cempedak kat dewan terbuka homestay kampong Paya Guring. Ni la rupa daun kepala yang akan digunakan untuk dianyam. Mungkin pada sesetengah orang ni bukan aktiviti yang bestpun. Tak ada ke aktiviti lain selain ngayam daun kelapa? Pada gua bukan daun kelapa tu yang jadi masalah tapi ILMU yang diperolehi walau hanya menganyam daun kelapa sebagai sarung buah nangka!


Ni dia rupa/cara daun kelapa dipotong untuk dibuat sarung buah nangka. Gua dah tak sabar nak menganyam dah masa ni!

Bapak angkat gua turut sama memberi tunjuk ajar cane nak menyusun daun dan menganyam pada mulanya. Pas tu tetiba beliau hilang ingatan cane nak buat. Tepaksa la gua yang baru belajar ni tunjuk beliau. Aduhh.. hancus! Karut sungguh! Memang karut. Sengaja gua reka cerita mengarut ni. Mana ada bapak angkat gua hilang ingatan. Harharhar! Masa ni semua anak-anak angkat bersama keluarga angkat memasing berada kat dewan dan bersama menganyam daun kelapa. Bising dan kecoh tak ingat masa ni!

Taraaaa! Nia dia anyaman daun kelapa gua yang dah siap! Jangan tak caye. Walau dibantu oleh bapak angkat, gua bejaya membuatnye sampai siap. Abang Ron dan Lobo tak join dalam aktiviti ni pasal bila-bila masa diorang boleh buat pasal diorang tinggal kat Perlis. Apa nak heran! Alia plak menganyam dengan mak angkat. Tak tau la jadi atau tak anyaman Alia. Nasib lu la Alia.

Sebagai bukti anyaman gua bejaya dan bleh pakai, sebijik buah cempedak digantung sebagai tempat test power. Yeah! Bejaya dan memang bleh digunakan sebagai pembalut buah nangka atau cempedak! Kalo nak jual cam anyaman ketupatpun bleh ni. Sapa nak beli? HEH! Kitorang dimaklumkan dengan membalut buah nangka/cempedak yang masih kecil dengan daun kelapa ni akan membuatkan buah membesar dengan lebih besar dan berada dalam keadaan baik. Tak dimakan ulat atau kelawar. Ini la ILMU yang gua maksudkan. Walau remeh tapi ia tetap ILMU yang mesti dihormati.

PANORAMA RTM turut membuat rakaman akitivi menganyam daun kelapa pembungkus buah nangka/cempedak ni.

Selain menganyam pembalut nangka, menganyam ketupat palas turut diadakan. Sapa nak anyam daun kelapa boleh, nak anyam daun palaspun boleh. Apa ada hal. Nipun dah boleh dijual kalo nak jual. HEH!

Jangan tak tau dan tak kenal. Ini la pisau getah! Aktiviti setrusnya kat kebun getah. Kitorang menorah getah petang ni. Biasa menorah belah pagi tapi kitorang belasah belah petang. HEH!

Masa kat kampung dulu gua memang tak tau noreh getah walau selalu ikut bapak gua ke kebun. Gua tak dibenarkan menoreh kerana gua ditugaskan menebas semak samun kat kebun. Pas tu tugasan gua adalah mengutip getah sekerap. Itu yang gua buat kat kebun getah. Memang gua tak tau noreh. Ni la peluang gua menoreh pokok getah tua yang hampir tak ada getah lagi. Tak kisah la, janji gua rasa gak noreh. Susah gak nak control mata pisau tu rupanya. Kalo telebih tekan, luka teruk pokok getah tu. Teringat masa gua nebas kebun getah dulu, gua jumpa banyak sekali pokok periuk kera. Cantik. Leka gua tengok pokok periuk kera tu. Pencinta alam sangat la kononnya belek satu-satu. Teropong apa yang ada dalamnya. Tapi pas tu tak ada lagi rasa belas. Tugasan gua mesti dijalankan. Cantik ke, cute ke… jahanamkan semua! Nyemak jer! Harfraginhar!

Ni satu lagi aktiviti yang biasa gua buat masa kat kampong dulu. Mengelek atau mesin getah keping. Haha! Seronok masa pijak-pijak getah tu walau pas tu habih gatal-gatal. ARGHHHH! Bukan senang nak cari rezeki halal.

Gua tak ingat dan hilang ingatan bila kali terakhir gua bekubang cari ikan. Gua betul-betul tak ingat. Satu lagi aktiviti kat homestay Kampung Paya Guring yang mengingatkan pada kenangan lama tetap segar dalam ingatan selain mandi sungai iaitu aktiviti menimba ikan kat sawah. Ini adalah aktiviti yang SANGAT gua suka. Rasa nak nangis kerana tak sangka gua dapat merasai semual aktiviti bemain lumpur ni. Uuuu..uuuuuuu… “ Sapa nak cuba nimba?” Tanpa menyesal, gua trus merampas tali tin tu dan mula menimba. Dulu masa menimba tak guna tali cam ni. Tapi ni peluang untuk gua rasa. Jangan lepaskan peluang. Penat tapi hebat!

“Sapa nak masuk dulu cari ikan?” Ceh! Apa punye soalan! Memang gua nak masuk bemain lumpur cari ikan! Masuk jer gua trus tangkap ikan laga. HEH! Jangan gelak. Ikan laga yang gua nampak dulu, gua tangkap la.

Ini benar-benar seperti masa gua kanak-kanak kat kampung dulu, tiap hujung minggu cari ikan. Kena plak musim kemarau, hampir hari-hari nimba ikan dengan kengkawan kat sawah atau mana-mana ada lopak air. Seronok tul! Seronok kerana menangkap ikan menggunakan ketangkasan tangan! Walau membawa tangguk atau alatan menangkap ikan yang lain, guna tanggan lebih puas. Boleh raba, rasa dan kalo nasib malang kena sengat oleh sang keli! Tu yang nak rasa sangat tu. Kena plak anak ikan keli. PERGHH! Meleleh air mato den! Ceritapun tak guna. Tu dia tangkapan setrusnya, Sepat Benua atau Sepat Siam!

Penah kena sengat ikan keli? Masih ingat cane bisa ikan keli merayap masuk dari ibu jari naik ke lengan hingga ke bahu? Masih ingat bagaimana rasa denyutan luka sengatan dan panasnya darah yang mengalir? Itu semua kenangan yang tak mungkin dilupakan masa menimba cari ikan. Kita diajar bagaimana untuk memberi/membuat rawatan awal kecemasan bila disengat keli. Kita menjadi budak kampong yang bepengetahuan, berani dan yakin dalam tindakan. Kita saling bantu membantu kengkawan yang kemalangan semasa bersama melakukan aktiviti menimba ini. Balik dari menimba, singgah mandi sungai.membasuh segala lumpur yang melekat di seluruh tubuh. Ikan dibagi sama rata. Mana yang lebih kurang tu kira halal je la. Ia sangat seronok bila dikenang. Rasa nak nangis lagi sekali. Uuuu…uuuuuuu… Walau dah bepuluh tahun meninggalkan aktiviti nimba ni, gua masih boleh menangkap ikan keli tanpa disengat!

Tengok ni! Tengok ni! Jangan tak caya! Ikan keli beb! HEH! Dalam kolam/tali air kat sawah ni ada macam-macam ikan air tawar. Ada puyu. Tapi tak sorangpun yang dapat tangkap ikan puyu. Ada sepat, ada ikan laga, lampam, haruan dan entah apa ke nama ikan lagi. Lupa gua. Gua dapat tangkap sekor ikan keli! Yeahoooo! Rasa ikan keli merayap-rayap kat kaki dan tangan memang syok. Masa nak tangkap paling mengujakan. Pala otak asyik ingat, “ buatnye kena sengat…”. Dulu memang gua biasa kena sengat keli. Sakit ya amat! Tapi teruja punya pasal, berusaha gak nak tangkap. Tu yang syok!

Tak dapat nak teruskan bemain lumpur tangkap ikan pasal hujan plak masa sedang syok tu. Kalo ikutkan hujan lagi best. Tapi pasal ada aktiviti lain plak, tepaksa la gua tinggalkan ikan-ikan yang masih banyak blum ditangkap tu. Sayangne nak tinggalkan lopak lumpur dan ikan-ikan tu. Tak tau bila lagi gua dapat menikmati pengalaman hebat ni. Mungkin di suatu hari nanti di suatu tempat yang lain. Hanya Allah yang tahu. Bapak angkat bawak balik naik motor ke rumah dalam hujan untuk gua mandi bersihkan badan dan tukar pakaian yang habih belumpur seblum menyertai aktiviti ‘kawen olok-olok’ yang dilakonkan oleh dua orang peserta rombongan. Tu dia pengantin baru olok-olok kita.

Majlis diserikan oleh pesembahan pencak silat oleh pesilat kanak-kanak dengan iringan muzik gendang silat!

Pesilat dewasa turut mempersembahkan langkah dan pencak yang lebih tangkas dan lincah. Ini merupakan salah satu aktiviti dalam program homestay kat kampong Paya Guring. Bukan kat sini saja, kat homestay tempat lainpun kawen olok-olok memang selalu dibuat. Terutama pada pelancong/pelajar dari luar negara. Sapa sangka aktiviti menimba ikan dan adat perkawenan orang Melayu menjadi pengisian dalam produk pelancongan homestay yang diminati. Sapa penah terfikir perkara ni?


Sebahagian dari anggota rombongan Sahabat ZOOM! Begambar kenangan dengan pasangan pengantin baru sebelum mengakhiri program atau lawatana kitorang kat homestay Kampung Paya Guring ni. Mengah rasanya dengan aktiviti yang beterusan. HNSH! HNSHHH! Apapun aktiviti nimba ikan tadi paling gua suka.

Sebelum balik, kitorang dihidangkan dengan ketupat, rendang, wajik, pulut, bahulu dan beberapa lagi makanan yang dimasak beramai-ramai oleh penduduk yang telibat dalam program homestay kampung Paya Guring ni. Dah penat buat itu ini, memang selera makan. Masa makan-makan ni, gua sempat melukis karikatur beberapa orang kanak-kanak temasuk anak bongsu keluarga angkat gua. Lewat petang program kitorang berakhir setelah acara betukar-tukar hadiah dengan keluarga angkat memasing. Ini dia keluarga angkat gua bersama anak-anak angkatnye. HEH! Terima kasih atas layanan dan kebaikan semua pada kitorang. Moga keluarga angkat dan semua penduduk Paya Guring terus berjaya, diberkati dan dirahmati Allah. Terima kasih atas pengalaman hebat ni!

Untuk makluman semua, homestay kampong Paya Guring terketak kira-kira 35 minit perjalanan dari Bandar Kangar. Betul-betul tepi jalan besar. Kampong ini mempunyai 22 buah keluarga yang terlibat dalam program homestay dan sedia menerima kunjungan tetamu pada bila-bila masa. Kampong ini dikelilingi banyak pokok-pokok buah-buahan dan kawasan pertanian yang pasti menyeronokkan bila tiba musim buah. Masa kitorang kat sini hanya ada buah kelapa yang bebuah sepanjang tahun, buah betik, nangka yang blum masak dan mangga pauh yang separuh masak, sepauh blum. Buah durian plak masih blum masak. Tak kena time. Tak apa, ia tetap menyeronokkan.


Malam tu lepas balik dari homestay dan lepas dinner, keluarga angkat gua datang melawat kat rumah tumpangan dengan dua kotak besar buah manga yang dipetik petang tadi dari kebun beliau. WHOA! Banyaknye. Sembang-sembang dengan keluarga angkat hingga tengah malam. Terima kasih. Malam terakhir kat negeri Perlis. Esoknya lepas sarapan pagi, trus check out dari rumah tumpangan dan trus ke distinasi terakhir kirorang kat negeri Perlis iaitu ladang Tebu Chuping. Seperti biasa, Abang Ron memberi penerangan serba ringkas mengenai ladang tebu ni. Abang Ron penah keje kat ladang ni masa zaman purba dulu. Patut la terer pasal ladang tebu ni.

Blum musim menuai lagi masa kitorang kat sini. Ada anak-anak tebu yang masih baru ditanam. Saujana mata memandang kehijauan ladang terhampar hijau seluas 22,000 hektar ni. PHEW! Ia berakhir sebagai sempadan dengan negeri Tony Jaa. Luas tul. Ini satu lagi produk pelancongan yang menarik kat Perlis. Ladang tebu Chuping yang membekalkan tebu dan betukar menjadi gula untuk kita rakyat BolehLand menikmati teh O ais dengan nikmatnye.

Bersama wartawan akhbar Sinar Harian, encik Nurul Riduan yang meminjam rambut gua untuk begambar. Ingatkan beliau seorang awek, rupenya jantan! Ah, lantak la!

Satu laluan untuk trektor, lori dan beskal kat ladang ni. Musim menuai tebu-tebu ni untuk dibuat gula adalah pada bulan Disember dan Jun. Dua kali setahun. Semua warna hijau ni akan bertukar menjadi kekuningan atau keperangan. Tu nak kena tuai la tu. Masa ni la kalo nak tengok macam mana tebu dituai. Kameraman kata, “okey semua lompat!”

Tapi encik kameraman tak puas hati dengan lompatan kitorang yang tak bersungguh. “ Oii! Lompat sekali lagi. Bersungguh sket aa... Lagi tinggi sampai ke awan lagi baik! ” tegas encik kameraman. Menurut Abang Ron, pemandangan kat ladang ni sangat indah pada masa-masa tertentu. Pada orang yang suka amik gambo, ada tiga waktu/masa untuk mengambil gambo yang cantik kat ladang ni. Pertama selepas hujan. Kedua pada waktu petang dan ketiga… gua lupa la plak! ARGHHH! Korang cari la sendiri. Okey, lompat!

Distinasi terakhir kitorang ialah kat Padang BesaQ. Apa lagi kalo tak beli itu dan ini sebagai buah tangan. Terima kasih negeri Perlis dan segala keindahan yang ada di dalamnya. Semua adalah ciptaan tuhan yang tiada tandingannya untuk kita nikmati, hayati, mengambil manfaat, bersyukur dan berfikir akan segala ciptaanNya. Sila bekunjung ke negeri Perlis untuk merasai sendiri pengalaman yang telah gua lalui.

Terima kasih pada Tourism Malaysia, Tourism Malaysia Perlis, LIBUR, POTO Travel & Tours, Abang Ron dan semua rakan media yang menjayakan program Sahabat ZOOM! ke Perlis ni.

Sapa yang nak rasa pengalaman menimba ikan kat Homestay Kampung Paya Guring, boleh hubungi; 019 548 8519

Pada kengkawan yang nak melawat Perlis dan perlukan tour guide yang benar-benar berpengetahuan luas pasal negeri perlis dan bepengalaman, gua sangat mencadangkan korang hubungi Abang Ron. Pasti teruja! Gitu gak pada yang nak rasa aktiviti adventure seperti merangkak masuk gua atau kayuh beskal sampai tejelir lidah masuk ke Thailand, boleh hubungi Ronn’s Adventures melalui; 04 977 7578 atau 019 445 6578


29 comments:

Portdy said...

teringat zaman bebudak dulu,
serok ikan mandi parit/sungai orang jawa bilang nguber...

Nl said...

kenapa tak bersilat sekali huhuhuh...

ikan keli tu best kalau yang fresh begitu... kena sengat tu biasa ler....


terer betul anyam sarung cempedak tu,
kompem dia tak jdi nangka hahahahaaa

gayour said...

portdy
orang negori semilan panggil nimbo atau ngoca ikan. memang seronok tak ingat!

naqeenlukhman
tengok orang besilat dah. tak payah kacau daun.
ikan keli memang best kalo dibakar dan makan dengan air asam. pergh!
jangan la puji sangat pasal sarung cempedak tu. malu i tau. HEH!

wan said...

Bro letak lah bro punya email kat blog ni.. senang nak contact. Boleh bagi bro punya email tak?

plz reply : algojo_metal@yahoo.com

gayour said...

wan
gayour@karangkraf.com.my

Ki To said...

Waa sy msih trngt d zmn silam sy ktka brmain lmpur kat sawah bendang di umah tok saya di perlis..Kat sana ada sawah...Pergh,masa tu saya dan adk pompoan sy msih x thu ape2 pn.Try nak masuk bendang utk tngkp ikn.Try2 msk sekali kaki terlekat kt lam lumpur...Apa lagi gerun sya..Adik saya cuba nk selamatkan sy,tapi adk saya tkut,so sy ckp kt adik trus pi panggil mklong sy..Klu nak dingat semula mmag indah kenangan tu...Masa tu umur masih 4 thun...

gayour said...

kito
harharhar! tragis sungguh kisah lu. tu la akibatnye kalo tak dengar cakap mak bapak. degil. ketegaq!

Takilala said...

tgk getah tu best. teringt atuk gua dulu buat benda yg sama. huhu.

gayour said...

takilala
takkan tengok jer atuk lu buat keje? tak ape la, biar la atuk lu buat sorang2. beliau profesional!

Kartunis Gandum® said...

Your..

baguih dok ada,..nala hai sampai padang besaq hang pi...

ladang tebu trademark perlis....sampai thailand kawasannya....

hang masuk ladang tebu tu ada nampak orang bawak pelari beras ka..motor ka?,..pelari orang pun ada !....

nasib baik siam tak bawak pelari hang....har har har

RABUN said...

seronoknya melihatnyaa...

sf said...

gua nak ajak lu bersilat ahhh, rambut lu dah macam pendeko tangan berapi ko mato satu ni haaaa... hehehe

gayour said...

kartunis gandum
tak nampak plak orang seludup beras. kalo nampak, nak gak gua join sama seludup apa yang patut. heh!

indra qirana
memang seronok melihat ladang tebu yang luas menghijau. bayangkan orang yang bekerje kat situ...

sf
kenapa bila orang bersilat sorang akan berkata, "jangan rapat! jangan rapat!" sorang lagi plak akan bekata," haa... masuk! masukkk!" mana satu nak ikut ni?

deaf-angel said...

gayour

I am speechless baca post ni.
Rasa macam aku pun ada kat sana haha.

Thanks for sharing.

Dan anyaman tu lawa beb haha.

eddie dewanaga said...

gamba lu kat ladang tebu tu cantik... lu pun tumpang manis je!

gayour said...

deaf-angel
anyaman gua tu hilang kemana ntah bila sampai rumah. uuuu..uuuu...

eddie dewanaga
memang cantik. sesuai untuk shooting filem perang ala lord of the ring. biarkan ladang tebu tu kuning, kendian dibakar oleh semburan naga!

feel the fire
overkill

Aku said...

Betullah la tu, dah rapat baru boleh masuk ~ wink

hahahahaha (ketawa besar gua dengan soklan lu tu!) Kalau tak faham gak tak taulah nak cakap ...

Nunn said...

yang ni kira balik zaman dedolu la best pe zaman sekarang budak budak tak tau nak berkubang....dedolu perghh cari ikan kat sawah le kena gigit pacat le...memang best

gayour said...

geng metal
harharhar!
jangan masuk! jangan masukk!

nun
budak2 skang tak tau nak bekubang pasal mak bapak tak bagi!

Nizam CatBorg Ahamad said...

Lain2 lu bleh belagak.
tapi ladang tebu chuping tuh gua dah sampai dulu dari lu.
wakakaka...

tapi gua setuju gak.
'Rasa panas darah mengalir disengat anak ikan keli'... ya betul... ada terma tersendiri bende tuh.. Kalau bapak keli sengat, sakit jer.. anak ikan keli sedang jaras sengat.. lain feelnya. :D

gayour said...

nizam catborg ahamad
ah, blah la catborg! sapa suruh awok pegi dulu ke ladang tebu chuping? EEEE!
siap la. awok tido malam nanti, koi masukkan sebelas ekor anak ikan keli besar ibu jari dalam kain awok. rasain kena sengat ikan keli! hoh!
harfraginhar!

Kimie said...

Perggghhh!! tgk lopak lumpur kolam ikan tuh membuat gua teringat masa balik Jolobu rumah arwah Atok & Wan... adeh!! kenangan silam nih...

Apapun acara tangkap ikan mmg seronok .. nak2 plak kalo terpegang ikan haruan... kompem terlepas pastu berlari dalam lopak end up tergolek dalam lumpur.. sebab ingatkan terpegang ular... hahaha

P/s Ikan sepat tuh kalo goreng garing... mak aih cam makan keropok ... ikan puyu plak sesudah goreng amik nasi sepinggan pastuh letak air asam sebelah...ermmm..toksah tanyalar mmg marbeles

chenz said...

tingat kg la..
aritu blk Perlis xda lg org nk nimba..

http://borinkborink.blogspot.com

gayour said...

kimie
tangkap ikan haruan paling susah! beliau sangat agresif,liar dan bijak nyuruk. susah tul! tapi tu yang best.

chez
lu pi la nimba sorang2. tapi nimba sorang2 mana best. ramai-ramai baru best. tapi jangan telalu ramai sampai belaga pungkoq!

Ra1m1 said...

Sampai jgak hangpa semua kat Ladang tebu ni. Legendary farm. Tempat aku mencari rezeki saatu ketika dulu.... syok tgk hangpa semua melompat dalam ladang....

gayour said...

faithcraft
tahniah kerana lu penah keje kat tempat legend ni. merasa peluh menitik kerana panas terik mentari. kira lu penah menyumbang untuk bekalan gula BolehLand. tempat yang hebat!

Rockarena said...

huhu..done.Berjaya gak gua cari lu.bro...gua membesar dgn karya2 lu.Gua rindukan BIDIN- Siapa Yang Harus Disalahkan. Mana Bidin skrg?

Anonymous said...

awal yang baik

Nur haura afeeya said...

Salam