Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDIL FIRI

SALAM AIDIL FITRI
28 ramadhan 1430 hijrah - 18 sept 2009

Rasulullah S.A.W. telah bersabda,
"celakalah bagi orang yang memasuki ramadhan tapi tidak mendapat keampunan dari Allah setelah berakhirnya Ramadhan!"

moga kita tidak termasuk dalam golongan yang celaka ini. moga Allah mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita. Kerahmatan, keampunan dan pelepasan dari azab api neraka yang kita harapkan dari Allah.

selamat tinggal wahai Ramadhan. moga dipanjangkan usia dalam iman dan dapat betemu kembali dengan mu di tahun hadapan. InsyAllah.

selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Aidil Fitri pada semua sahabat blogger yang dikasihi. moga sihat, selamat dan berbahagia di aidil fitri. maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap gua pada semua.

lagi satu, selain mengucapkan selamat hari raya, gua gak nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua pasal bersusah payah menempah/membeli baju raya, kuih raya, langsir raya, kerusi raya, kasut raya, rambut raya, kereta raya dan segala macam lagi temasuk berasak-asak kat lebuhraya dan jalan raya nak balik kampung kerana nak meraikan aidil fitri. oh, terharunya gua!

kenapa plak?

kerana gua dilahirkan pada pagi hari raya aidil fitri. jadi kira korang susah-susah menyambut ulangtahun kelahiran gua gak la di hari raya ni. jangan marah. HEH!

31 comments:

Kalamtimur said...

Salam Aidilfitri untuk Encik Gayour dan famili. Semoga riang selalu sambil menjamu selera ketupat, lomang dan segala yang lazat-lazat. Amin

Takilala said...

Selamat Hari Raya bro. Maaf zahir batin. Gua suka kaler baju melayu yg lu lukis tu bro. Corak Eddie Van Halen punya gitar. huhu.

gayour said...

kalamtimur
terima kasih cikgu. moga cikgu juga bebahagia meraikan aidil fitri bersama keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

takilala
mula2 gua nak buat corak lain. tetiba teringat kat corak trademark kat gitar mr eddie vh. cool gak. trus buat.

selamat beraya sakan gak buat encik. moga bebahagia.

Q said...

selamat hari ghayo...
kok rajin datang lah umah...
kok x rajin pos ekspress kan duit rayo pun buleh yo...

berteromber said...

selamat hari raya untuk lu dan keluarga..
maff zahir batin

deaf-angel said...

Selamat Hari Raya Puasa untuk Gayour dan keluarga. Dan jugak happy birthday to you..

Maaf Zahir Batin dan all the best always.

Ki To said...

Selamat hari raya sifu....Mai laa umah kalau rajin..He..he...hee..Tak pun mai bertandang kat blog makan juadah yang telah hamba sediakan untuk semua blogger..Heheheee..Maaf Zahir dan Batin..

eddie dewanaga said...

selamat berghayo untuk lu dan famili...

Portdy said...

salam lebaran abang gayourock

maaf zahir batin

ajie said...

Salam eid mubarak abg gayo..maaf zahir dan batin...Majalah G3 raya takder isu bumper ker?

gayour said...

Q
terimo kasih ateh ucapan. ekau dah bosa. lobeh bosa dari den. patut kau yang bagi den duit ghayo!

berteromber
terima kasih. moga lu dan keluarga selamat dan bebahagia meraikan aidil fitri.

gayour said...

deaf_angel
bukan hari ulangtahun kelahiran gua kalo ikut tarikh masehi. cuma gua lahir pada pagi aidil fitri.
apapun teroima kasih atas ucapan.

kito.
apa la juadah yang hang hidang kat blog hang ye. nanti la cheq singgah beraya kat blog hang tu. terima kasih atas ucapan

gayour said...

eddie dewanaga
sama juga untuk lu. selamat beraya besama keluarga, naga-naga dan siapapun.

portdy
terima kasih. moga bebahagaia di aidil fitri ni.

gayour said...

ajie
tak ada bumper raya g3. terima kasih atas ucapan.

Kartunis Gandum® said...
This comment has been removed by the author.
Kartunis Gandum® said...

Gayour

mana duit raya anak aku? huhuhu

segamat hagi gayour!

gayour said...

gandum
cane gua nak bagi duit raya kat anak lu. pos laju, bank in?

selamat beraya di hari ghayo!

Kartunis Gandum® said...

Gayo...

heheh kalau pos laju tahun depan sampei eh....bank in bahayo...

kirim salam ghayo kek budak bebetan G3....

mahap ler kalo terkasaq bahasa....

syah6933 said...

salam lebaran buat bro sekeluarga..moga dalam mood aidilfitri nie membuahkan idea yg kaw kaw giler..peace

Si Comel Bergaya said...

Salam Encik gayour,saya nak tanya kat mana or camner saya bleh dptkan hard cover "Bersama-selamanya"sbb koleksi sy dulu dah di telan dek banjir...Tolong Bro...

DeeN said...

Salam Aidil fitri & Selamat hari lahir, bro!
Kira setiap kali ulang tahun kelahiran bro, diraikan oleh semua umat islam seluruh donialah! Er... jangan riak sudaaaaah.... hehehehe!

xder open house ker? ;)

blackpurple @ jowopinter said...

Sama-samalah kita berpuasa 6 pulak eh bro'...

Sharif John said...

Salam Aidilfitri bro!!!

gayour said...

gandum
gua maafkan segala salah dan sila encik gandum pada gua kerana mengharapkan keredaan dari Allah.

shah6933
terima kasih atas ucapan. moga encik juga bebahagia di bulan syawal ni. moga Allah sentiasa membantu dan memberi gua ilham yang baik dan bermanfaat.

gayour said...

si comel bergaya
kesiannya. habih dihanyutkan banjir koleksi tu ya. cane gua bleh bantu kerana koleksi tu tidak dikuarkan lagi. sad but true.

cube encik cari kat booth moy publication ( yang menerbitkan koleksi bersama selamanya vol 1 dan 2 )masa pesta buku tahun depan ( 2010 ) kat pwtc.ada rezeki encik, dapat la koleksi tu.

kesiannya dihanyutkan banjir...

deen
maaf sekiranya gua belaku riak. itu kesilapan dan kelemahan. terima kasih atas ucapan.

gayour said...

blackpurple
nak buat tapi masih tak terbuat2! ARGHHH!

sharif john
terima kasih. masih beraya lagi ni! syawal sebulan. HEH!

Anonymous said...

salam raya bro,

gua tersinggah di sini..

:)

selamat hari lahir di hari raya..

Kimie said...

Bro,

Walapun sedikit terlambat tapi rasanya masih sempat lagi ucapan Selamat Hari Raya Eidul Fitri Maaf Zahir & Batin...

gayour said...

semutzapi
adat semut, suka merayau-rayaucari makan. pasal tu la banyak tempat bleh singgah lepak. terima kasih kerana singgah ke blog gua.

raya ni semut mewah la dengan makanan dan kuih muih yang banyak beterabur sana sini.heh!
err.. encik ni semut api atau semut jenis apa?

kimie
mana plak telambatnye? kan bulan syawal sebulan.
terima kasih

chenz said...

bro,mlm raya ke brapa ntah gua tgk RTM da lu kat Negeri gua..Negeri Perlis..yg lu posting ari tu la mesa p Perlis..

http://borinkborink.blogspot.com

gayour said...

chenz
ya, betul la tu. guapun tak sempat nak tengok. uu.uuuu...