TAMPANNYA BUDI
23 RAMADHAN 1430 HIJRAH – 13 SEPT 2009
Tahun 2007 yang lalu gua mendapat jemputan dari Institut Alam dan Temadun Melayu (ATMA ), Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendaftar sebagai ahli dalam Pengkalan Data Digital Seni Lukis dan Pelukis Melayu.. Tanpa memikirkan keburukannya gua trus mendaftar sebagai ahli. Sekarang gua adalah salah sorang dari ahli dalam pengkalan data ni ya. Selain gua, encik Padi gak adalah salah sorang ahli gak. Tu pun setelah gua paksa beliau masuk! Setelah menjadi ahli, pihak ATMA menjemput gua sekali lagi untuk menyertai pameran yang dinamakan “TAMPANNYA BUDI” ( The Beauty of Malay Intellect ). Gua pandang Padi dan beliau menjeling gua bila masing-masing mendapat jemputan ni. Emmm… pada kami ini adalah cabaran! Kami memang selalu cabar-mencabar dalam perkara begini. “ Alaa… lu mesti tak berani nak masuk la Padi!”
Syarat utama dalam pameran ni adalah setiap lukisan mesti bepandukan pada mana-mana pantun, puisi, gurindam, perumpamaan, seloka, peribahasa, simpulan bahasa, syair, pepatah, lagu atau syair yang menceritakan pasal kehidupan, budaya, pakaian, tarian, permainan, ukiran, gubahan, binaan, ekonomi atau adat orang Melayu. Tengok jer lukisan dah tau dah, itu la salah satu dari adat orang Melayu. Ia umpama sebuah ‘bacaan’ yang divisualkan. Gua buat bepandukan dari pantun. Senang. HEH! Setelah jumpa pantun yang gua kehendaki, guapun trus melakar sehingga siap dan berjaya menyiapkan sebelum deathline hari perasmian pameran pada hari Jumaat bersamaan 30 Syaaban 1430H – 21 Ogos 2009 yang lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad ( Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana ) di Balai Seni Lukis Negara.
*Untuk makluman, pameran TAMPANNYA BUDI ni berakar umbi dalam projek penyelidikan yang besar berjudul “Budaya Visual Melayu” yang telah dilaksanakan semenjak 2006 oleh pihak ATMA UKM, Bangi. Salah satu syarat masa majlis perasmian pameran ni adalah mesti bepakain pejabat. “ Apa hal plak ni?” tegas gua pada diri gua bila dapat kad jemputan. Bukankan ini pameran mengenai orang Melayu. Kenapa tidak dialu-alukan semua peserta dan tetamu memakai pakaian tradisional Melayu? Gua tak peduli dengan peraturan itu, gua datang dengan pakaian baju Melayu! Selamat datang ke dewan pameran TAMPANNYA BUDI.
*Di bawah projek besar tersebut terselitnya projek Pengkalan Data Digital Seni Lukis dan Pelukis Melayu yang bertujuan untuk menyediakan satu senarai selengkap mungkin nama-nama pelukis dan biodata pelukis sekali temasuk juga karya-karya utama pelukis dengan kupasan dari sudut sejarah dan estetika. Ni dia gua tesengeh-sengeh dengan karya masterpiece gua. Satu-satunya karya berukuran besar begini yang gua buat. Seratus peratus menggunakan cat air. Azab gak membuatnya tapi sangat seronok!
*Projek Budaya Visual Melayu ni merupakan projek printis kerana belum pernah lagi usaha begini dilakukan sebelum ni. Biasak la, seni lukis ni biasa/selalu diabaikan oleh sesiapa saja temasuk pemerintah kerana sibuk memberi penekanan/perhatian belebihan pada kajian tekstual cetak mengenai Alam Melayu melalui bentuk buku, hikayat, akhbar dan lain-lain. Pasal tu la kefahaman mengenai “teks” secara automatic dikaitkan dengan bahan cetak. Pelawat petama yang sudi berhenti dan melihat karya gua. Oh, terharunya! Uuu…uuuu..
*Kalo nak dikira, setiap karya seni visual juga merupakan “teks” yang boleh dibaca, ditafsir dan dikupas oleh sesiapa saja sama ada pakar atau tidak melalui pandangan memasing. Takkan nak kutuk, hina, kritik atau mencacipun tak tau?
*Satu persoalan. “Apakah para pelukis boleh membaca, mentafsir dan mengupas sesebuah pantun, gurindam,perumpamaan atau syair dan menterjemahkannya ke atas kertas atau kanvas dalam bentuk imej visual dengan menggunakan pelbahai medium seperti arkilik atau cat air?" Sekiranya boleh, apakah penjelmaan visual itu dapat diterima sebagai satu “bacaan” mengenai pantun sebagai sebahagain dari Sastera Melayu Tradisional?” Macam-macam pendapat akan disuarakan mengenai perkara ni sekiranya seni visual diterima sebagai salah satu bahan sastera Melayu kerana kita mempunyai bejuta pengkritik dan pengutuk tegar! HEH! Sebagai seorang kartunis dan ilustrator, menjelmakan sesebuah cerpen, artikal ke bentuk ilustrasi kartun/visual adalah sebahagian dari tugasan. Ini memang kerja gua. Konsep lukisan dalam pameran ni memang tidak menjadi masalah! Pengunjung mula memenuhi ruang pameran ni kerana Tun dah makin dekat.
*Pameran TAMPANNAY BUDI ni tercetus dari persoalan tersebut. Besar la harapan agar setiap karya yang dihasilkan oleh pelukis Melayu dalam pameran ini menjadi “teks” yang terhasil dari “bacaan” para pengkarya terhadap himpunan sastera Lisan Melayu Tradisional. Tapi kalo orang tak faham, tetap tak faham gak seperti gua yang tak memahami karya abstrak. Sakit hati gua melihatnya! Tak tau apasal. Apa yang orang tahu, faham dan tahu nak buat adalah…. kutuk, kritik dan hina! Masa tesengeh-sengeh menunggu, gua ditegur oleh sorang mamat. Gua toleh, hey, brader Imuda rupanya! Beliau datang sebagai sokongan walau tidak menyumbangkan karya dalam pameran ni. Begambo bersama dengan peminat beliau.
Ini merupakan pemeran bersejarah kerana buat julung-julung kali kegiatan dan pameran seperti ini diadakan semenjak merdeka! Patut ker gua merasa bangga dan kembang lobang idung tak memasal kerana karya gua merupakan salah satu dalam pameran bersejarah ini? HNS! HNSH!HNSHH! Lama dah gua mengidam nak karya gua dipamerkan kat Balai Seni Lukis Negara. Ya la asyik tengok karya orang jer. Nak gak merasa pengalaman tesengeh-sengeh bila karya dipamerkan di tempat yang tak semua orang bepeluang dapat peluang ni. Sykur alhamdulillah, akhirnya bejaya gak walau hanya satu karya. Dapat menyertai sudah cukup baik, nak jadi sejarah ke hapa ke itu soal lain. Sedang tesengeh-sengeh, sekali lagi sorang brader menyapa gua. What the… gua toleh, dan tu dia encik Osman Tikus yang menyapa gua rupanya. Siapa Osman Tikus? Begambo bersama encik Pyan Habib dan isteri. Dah gemuk berisi Osman Tikus. HEH! Ramai karyawan hebat tanahair datang sebagai sokongan dalam pameran TAMPANNYA BUDI ni
**Sastera Klasik Melayu terbahagi kepada dua, iaitu, prosa dan puisi. Persamaan kedua-duanya adalah menggunakana bahasa yang indah-indah, halus dan tertib. Apabila dibaca ianya menjadi merdu dan berirama dan menjadi lebih lunak bila dinyanyikan. Dari sini la kepintaran, kebijaksanaan, kekuatan dan KETAMPANAN BUDINYA terserah. Prosa dan puisi pada awalnya adalah dalam bentuk lisan. Kemudian dirakam menjadi tulisanJawi dan mula tesebar ke seluruh Alam Melayu. Kedua prosa dan puisi ini mempunyai kualiti bahasa yang tinggi dan indah, samada bebentuk lisan atau tulisan. Keindahan bahasa ini senantiasa dikekalkan dan menjadikannya suatu warisan budaya berintelek tinggi yang sangat dihargai dan dimegahkan oleh bangsa Melayu. Pelawat kedua yang sudi melihat karya gua. Uuu…uuuuu…
**Puisi Klasik Melayu mengandungi pelbagai bentuk. Antara yang kita kenal dan paling popular ialah pantun, syair, gurindam, dan seloka. Semuanya mempunyai personality tersendiri yang dapat dikenalpasti melalui penggunaan bahasa. Khususnya dalam pemilihan dan penyusunan kata-kata sehingga terhasilnya puisi atau pantun yang indah. Tu di dia mai dah! Tun Mahathir sampai ke karya gua digantung. Sedang menerangkan sket mengenai lukisan dan pantun yang gua pilih. “Pantun pasai orang besilat Tun” tegas gua pada beliau.
Pantun. Gua memilih pantun kehebatan pendekar Melayu di gelanggang dan menghadapi musuh dan menjelmakannya dalam lukisan. Itu karya yang gua hasilkan dalam pameran ni. Pantun memang dekat sangat dengan kita orang Melayu.
Kalau anda memakan limau
Jangan memakan di dalam dangau
Padi memang benafsu harimau
Hari-hari beliau mau
HEH!
**Pantun pada awalnya adalah bebentuk lisan. Tak diketahui siapa pencipta dan bila dicipta. Pantun bukan pantun jika tidak dilafazkan untuk menyampaikan sesuatu, seperti emosi, kiasan, pesanan dan pengajaran. Pantun sentiasa hidup kerana rangkap-rangkap pantun adalah direka dengan spontan apabila ianya dicipta oleh masyarakat Melayu ketika dalam majlis berbalas pantun, meminang, dua pendekar mula nak betikam dan sebagainya. Temasuk gak pantun ingatan supaya
Pecah kaca pecah gelas
Kalo tak nak pecah kepala harap balas!
Besama Tun Mahathir sebagai kenangan.
**Seperti pantun, Syair juga mempunyai keindahan dari segi bahasa, perlambangan dan pengisian dalam penciptaannya. Syair tebentuk berdasarkan binaan susunan kata-kata dan kepengarangan. Ini adalah perbezaan antara syair dengan pantun. Pantun boleh dikarang atau diucapkan oleh sesiapa, pada bila-bila masa dan di mana saja. Tidak dengan syair. Ia ada pengarangnya, ada jalan cerita, ada mesej yang hendak disampaikan dan ada unsur akal budi yang jelas. Dari segi bentuk dan binaan kata-kata indah, syair tidak mempunyai dua baris pembayang maksud dan dua baris maksud seperti pantun. Syair mengandungi rangkap empat baris, atau lebih yang bebunyi sama setiap hujung baris. Dalam pantun, setiap rangkap empat barisnya boleh berdiri dengan sendiri, tetapi dalam setiap rangkap syair hanyalah sebahagian daripada puluhan atau ratusan rangkap yang membentuk sesebuah syair. Sila hayati Syair Siti Zubaidah Perang Cina ni sebagai contoh;
Seratus butir dulang bertatah
Berisi kuih yang indah-indah
Bermacam-macam halwa juadah
Sekelian ini lengkaplah sudah
Dihadirkan peraduan semuanya emas
Serta bantal bertapak emas
Tempat air bertampuk antelas
Sirih disisi di dalam gelas
Salah satu karya yang dipamerkan. Ni hasil karya sahabat Pyan Habib yang bertajuk “ Seloka Pak Kaduk”.
**Persamaan antara Gurindam dengan pantun dan syair adalah dari susunan kata-kata indah yang berirama. Bezanya, gurindam mempunyai rangkap dua baris, atau dua kerat. Sedangkan pantun dan syair mempunyai rangkap empat baris. Pada setiap hjung rangkap pertama dan kedua gurindam mempunyai irama dan hujung yang sama seperti syair. Biasanya pada kerat pertama mengemukakan persoalan dan jawapan pada rangkap kedua.
Mari lihat contoh Gurindam Dua Belas ciptaan Raja Ali Haji.
Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta
Apabila banyak belebih-lebihan suka
Itulah tanda hampir duka
Tujuan gurindam dicipta adalah jelas, iaitu, untuk mengajar dari segi agama dan akhlak
Gua mencari-cari mana karya encik Padi. Beliau kata beliau telah menghantar karya untuk pameran ni. Tapi rupanya palsu semata. Eeeee… tensennya gua dengan beliau! Rupanya beliau tak buatpun lukisan untuk pameran ni! Dah la tak hantar karya, datang lambat plak tu. Balai Seni Lukis dah nak tutup dah baru beliau sampai. EEEEE….apapun beliau tepegun kagum tak pecaya bila melihat karya gua ni. HEH!
**Seloka, dari segi bentuk boleh dianggap sebagai puisi klasik yang mempunyai ‘
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ramai jemputan dan pelawat yang datang pada hari perasmian ni temasuk pelajar-pelajar dari UITM, Shah Alam dari kursus Art and Design ni. Biasak la diorang datang untuk melihat karya-karya yang dipamerkan, mencari idea, mendapat idea dan temasuk mencilok idea untuk projek-projek diorang untuk lulus.
Banyak lagi fakta dan maklumat menarik pasal pantun, syair, gurindam blablablaaa… ni. Cari la sendiri ya. Tak larat nak tulis kat sini. Ini la sebahagian dari kehebatan ciptaan orang Melayu yang masih ada dan boleh dibanggakan. Keindahan, ketinggian dan kehalusan bahasanya yang mempersonakan Itupun kalo nak rasa bangga sebagai orang Melayu. Kalo tak, tak payah la susah-susah mencari, mengkaji, memahami, menjaga, mengembang dan menyayanginya. Apa hal plak nak bepantun-pantun. Ni zaman moden la! Generasi sekarang menjadikan pantun senagai bahan lawak saja dengan bahasa yang huru hara. Contoh seperti pantun dua kerat ni;
pen merah pen biru
i luv you
Selamat datang ke pameran TAMPANNYA BUDI di Balai Seni Lukis Negara pada semua sahabat yang sudi. Pameran telah bermula dari 12 Ogos hingga 04 Oktober 2009 di Galeri 3A & 3B. Sebanyak 163 buah karya dari 127 pelukis dipamerkan dalam pameran ni. Semua karya bertemakan pantun, gurindam, syair, peribahasa, seloka dan sebagainya yang mengambarkan bangsa/orang Melayu.
* sebahagian artikel dicilok dari tulisan Prof. Madya Salmah Abu Mansor
Felo Penyelidik Kanan
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan
( prof ni yang jemput gua join ATMA dan pameran . tq prof! )
** baiekkk punye cilok dari tulisan Prof Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin
Pengarah Pengasas
Institut Kajian Etnik (KITA)
Universiti Kebangsaan
Jika diberi kelapangan masa, gua akan dedahkan THE MAKING OF karya gua untuk pameran ni kat GALERI GAYOUR. Tak tau la bila. Ntah la…
20 comments:
two thumbs up!!
takilala
bukan saja kelihatan segak tampan bergaya di aidil fitri tapi cantik dan tampan budi pekerti.
terima kasih
lu mmg tampan bro..haha..
chenz
lu orang petama kata gua tampan. uuu..uuu..
harharhar!
Aku saje singgah semalam,nak tengok Pak Kadok Abdullah Jones....sekali terjumpa karya Mazli Ibrahim.....aku tumpang bangga, kartunis dpt masuk galeri elit....kipit on
-Kidol
tunsiber
syabas kerana encik sudi singgah dan melihat karya gua dalam mengabiskan masa menunggu waktu berbuka. syabas!
kalo encik tumpang bangga, gua rasa bangga. HEH!
apapun, yang lebih penting adalah ketampanan budi pekerti kita.
pakai baju melayu tu yg gua respek tu..memang tampan dan bergaya..huhu
berteromber
bila lu kata baju melayu, patutnya gua buat painting baju melayu. conform melayu! heh!
masuk lu dah dua orang kata gua tampan. hnsh!hnshh!
biar tampan dan baik budi pekerti.
baju Melayu teluk belanga tu
lu memang tampan lah brader.
tapi kalau ada keris sebilah.. lu memang Hang Tampan.
matburn
lagi sorang kata gua tampan. lobang idung gua dah besar bola sepak rasmi piala dunia 2010 dah ni. hnsh!hnshhh!
seperti silat, keris juga satu identiti orang melayu yang sangat kuat. tengok jer keris, melayu la tu!
awal 90an dulu ada satu drama kat tv tajuknye "luk tujuh". hebat ceritanya.
Tak yah berencik ngan aku Gayour.
Ko lebih encik dari aku....
fuhh..karya lu terpampang kat bali seni lukis negara..ermm tahniah brader..lu memang rules hail hail
tunsiber
bukan apa. saja nak nunjuk an betapa tampannya budi pekerti gua memanggil encik kidul dengan panggilan encik.
budi bahasa budaya kita
matakucing
orang memberi kita merasa
orang bebudi kita berbahasa
terima kasih
assalamualaium...
saya student uitm ingin interview brader gayour utk mengetahui tntang kartunis tanah air...
so sy berharap kpd brader gayour dapat meluangkan msa dan kerjasama utk sy..
law xbleh,dalm ym pn jadi la..
azlan.1989@yahoo.com/lanart89@gmail.com..
kesudian brader amat sy alukan..
tQ..
Pyan habib!!! Sempat gua jumpe die nie mase Coliseum dan Finas injunction buat tayangan Balada Seniman Jalanan!
Tahniah bro sbb kejayaan karya mike. Mesti ade rase bangge karya mike diterimekan..? (angin mendengus yg kuat tuh normal.. usah riso lebih2..) ekekeke
Slamat Haghi Ghayer yob! Slamat pulang beghayer dan pulang ke kota! Smoga terus maju.. dan lagi. dan lagi!!! (mcm eklan evereadi dlu2)
Hail! Hail! Hail!
alamak. ini sudah terbaiks punya kejadian.
gua suka gua suka gua suka.
ian
sekiranya kerjasama yang gua berikan boleh membantu kejayaan pada encik dan menjadi seorang muslim yang beriman dan menjadi salah sorang penyumbang pada kemajuan tamaduan islam pada masa akan datang dan kerjasama yang gua berikan boleh dikira sebagai ibadah dan sumbangan pada agama, bangsa dan negara, yeah! sila emel pada gua bila nak datang.
gayour@karangkraf.com.my
aidilangelo
terima kasih. selamat beraya sakan sambil menjaga ketampanan budi pekerti.
faizalmukhtar
yeah, alhamdulilah. dapat peluang baieks punye karya digantung kat galeri balai seni lukis negara.
salam bro gayour tompang jengok lu nyer blog
bro nanti leh la jumpa
aragon
terima kasih sudi singgah ke blog gua.
Post a Comment