Friday, November 06, 2009

EWAH EWAH

EWAH EWAH

29 ZULKAEDAH 1430H – 17 NOVEMBER RAIN 2009


Penah tengok rancangan game show EWAH EWAH? Mesti tak penah punyekan. Lagi teruk tak penah dengarpun rancangan ni. Rancangan apa tu. Best ker. TV berapa? Seperti biasa, ia tidak menjejaskan selera makan korang. Cam ni la, biar gua kisahkan sket pasal EWAH EWAH ni. Ngada-ngada tul la korang ni!


Sorang sahabat lama iaitu kartunis UBI menghubungi gua dan berkata,”oi, Gayour! Lu nak masuk dalam rancangan EWAH EWAH tak? EWAH EWAH? Rancangan badut apa tu mat? Rancangan game show kat TV3”, tegas encik Ubi pada gua. oh! Tak penah tengokpun… err… rasa penah tertengok sekali. Tupun tak abis. Huru hara jer rancangan tu. Memang diorang buat huru hara cam tu! “Kali ni diorang nak jemput kartunis sebagai tetamu dan peserta. Enam orang kartunis. Gua trus ingat kat lu. Lu nak tak? Macam-macam hadiah banyak tak ingat diorang sediakan pada yang menang!”. Ni dia gua kat studio rakaman EWAH EWAH nun kat Sri Damansara sana sebagai jawapan pelawaan encik Ubi.


Bersama sahabat-sahabat kartunis yang turut join dalam rakaman EWAH EWAH. Kiri sekali tu kartunis Taugeh. Tak penah dengarpun nama kartunis ni. Sapa ye? Kartunis Ubi yang sibuk call gua tu kat tengah. Ni lagi sorang, sapa ya kartunis Ubi? Lagi la tak penah dengar. Best ke kartun beliau? Yang belah kanan sekali tu adalah kartunis Tembakau? Tembakau? Kartunis mana plak ni. Kartun apa beliau buat? Eee… kalo Naruto, Detektif Conan, Doremon, Ninja Boy tu tau la aku. Kartunis Gayour kat belakang tu kenal la aku. HEH! Sahabat-sahabat lama yang pernah bersama gua kat majalah UJANG, LANUN dan G3.


Seblum mula rakaman kena make up sket dulu. Pas tu ada brefing sket oleh pihak penerbit. Kitorang diberi penerangan pasal tema rancangan dan permainan yang akan dibuat. Ada tiga permainan. Kitorang dibahagi kepada tiga kumpulan dengan dua orang dalam setiap kumpulan. Setiapa kumpulan dengan vest bewarna merah, biru dan oren. Masa brefing ni tetiba muncul gitaris band Pilgrims ( band mana plak ni? ) iaitu encik Combat. Tak kenal. Gitaris mana plak ni? Tak popularpun. Yo, bro! Apa hal plak beliau kat sini? Untuk makluman semua yang kenal pada encik Combat, beliau skang jadi producer untuk rakaman EWAH EWAH ni. Jangan tak caya! “ Tak buat album surf ( Kugiran Di Tepi pantai ) lagi ker?” tanye gua. “Kalo tak gua, siapa lagi nak buat album surf?”, ujar beliau.


Dalam setiap rancangan ada tiga kumpulan yang akan bertanding/bermain. Ubi dengan Taugeh bepasangan dalam rumah oren. Rumah merah plak adalah Tembakau? dengan Soya. ( Soya? Tak penah dengarpun nama kartunis ni ). Gua dengan A’an Budak Baik dalam rumah biru. A’an Budak baik? Macam penah dengar nama ni. Ni dalam pose yang dah tak sabar untuk mengalahkan pasukan lawan kerana team biru ni datang dan bermain untuk menang! HARHARHAR!


Lama gak menunggu rakaman nak mula. Lenguh! Semua peserta, host dan crew rakaman dah siap tapi penonton jemputan plak tak sampai-sampai lagi! ARGHHH! Tak penah jadi dalam sejarah cam ni. Host EWAH EWAH ni adalah Raja Azura dan Nabil ( sepatutnye ), tapi tempat nabil digantikan oleh Munir kerana Nabil tekucil tak abis-abis.HEH! Tak ada la. beliau ada urusan lain. Saham orang negori tu sodang mencanak naik la kato an! Joki kau la jang! Tak kisa la sapopun jadi host, janji rakaman ni berjaya! Bila nak start ni, dah hilang kawalan dah ni!


Ni dia keenam orang kartunis jemputan dan tiga rumah sukan yang akan bertanding/bermain dalam rancangan EWAH EWAH. Semua dah sedia untuk memulakan permusuhan dan bebunuhan sesama sendiri hanya untuk memang dan mendapatkan hadiah. Bemain untuk beseronok adalah kata-kata palsu semata! BUARGH! BUARGHHH! BUARGHHHH! Time to KILLKILLKILL and then DIEDIEDIEEEE!


Pukul berapa ya penonton jemputan dari Cheras sampai? Tak ingat. Ingat rakaman dibuat awal kerana kitorang sampai awal dan mengikut masa yang diberitahu. Pukul dua petang kitorang dah sampai. Siap makan tengahari yang disediakan. Siap makeup, brefing… rasanya dalam pukul lima petang baru rakaman bemula. ARGHHH! Tak apa la. seblum mulakan permainan, setiap team kena lakonkan montaj/slogan team memasing. Kembang gak lobang idung mencari slogan. Akhirnya slogan team biru adalah KILLKILLKILL! DIEDIEDIE! Team biru sedang merancang dan memasang strategi jahat untuk menjahanamkan musuh setelah memenangi permainan pertama iaitu MEMORI! Kitorang dapat 25 markah dalam permainan pertama. Visi, misi dan nilai jahat kitorang mesti trus dilaksanakan! Tau la nasib korang nanti! No mercy. Take no prisoner, take no shit!


Oh yeah babeh! Persiapan untuk permainan yang kedua. Nampak belon-belon tu? Main belon kita petang ni. HEH! Pemainan kali ni adalah acara memijak belon tanpa belas sampai pecah bederai sebanyaknya dengan mata ditutup! Malang sungguh nasib, gua bemain dengan telus. Mata gua tutup betul-betul sampai tak nampak apa-apa, pasal tu sebijik belonpun tak bejaya gua pijak. Uuu..uuuu… partner in crime gua, A’an bejaya memecahkan sembilan bijik belon pasal beliau menipu! Dalam permainan kedua ni rumah biru kalah kerana rumah merah dan oren main tipu!


Permainan atau cabaran terakhir pada rakaman kali ni adalah acara makan-makan. Yeah, makan. Makan kuih popia goreng. Macam lazat. Tapi bagaimana popia beperisa wasabi? Pernah makan wasabi Jepun? Rasa tajam pedasnya sampai nampak Gunung Fiji. Popia beperisa wasabi adalah cabaran terakhir dan getir ( pada sesetengah peserta ) kitorang . Den okey. Tak ado hal makan podeh-podeh ni. Heh! Belagak la plak. Dulu maso den poie Sabah, den dah makan cili Kudat, kan main podeh ( pedas ). Ni wasabi, apo sangat la. Buek malu jadi orang negori semilan kalo tak buleh makan sayuran dari keluargo kobih ni. Semua pucat bila mendengar penerangan dari Raja Azura pasal popia wasabi ni. Gua okey!


Enam bijik popia inti wasabi disediakan pada setiap peserta. Dalam cabaran makan-makan ni, bukan siapa yang boleh habiskan paling cepat sebagai pemenang tapi siapa yang boleh makan paling banyak dalam masa yang diberi. Semua dah pucat dan kembang lubang idung masa ni kecuali gua. Gua okey. Semua control macho. Tengok la encik Ubi tu, dah tak rupa muka beliau dah bila melihat popia wasabi. Pucat tak ingat! Partner beliau, encik Taugeh plak jelas tetekan dari riak wajah. Sian team oren ni. Jelas sangat loser! Harharhar! Nampak gua, ceria, tenang dan yakin popia tu lazat. A’an plak sama cam Ubi, pucat lesi nakotkan popia. Leceh la lu A’an! Ingat, orang kat Afrika sana tak makan tau!


Cheh! Tak podeh langsung popia inti wasabi tu. Ingat an podeh bona la. Selambo yo den makan. Tak ghaso podeh langsung. Apo la korang ni. Kecoh yo lobih. Gua bejaya makan tiga bijik popia wasabi tanpa masalah. Kan gua dah kata, gua okey. Yang lain hanya mampu makan dua bijik sorang. Tupun dah azab mampus gua tengok nak ngabiskan. Kita memperolehi kemenangan yang kedua A’an! HARHARHAR! Juara keseluruhan dalam rakaman EWAH EWAH kali ni adalah kumpulan BIRUUUUUU! Kitorang menang dalam permainan pertama dan ketiga. Dapat 55 markah. Pemainan pecah belon dimenangi oleh rumah merah. Korang boleh tengok kehebatan rumah biru dalam siaran EWAH EWAH kat TV3. Bila? Tak tau bila, pasal kalo bagi taupun bukannye korang nak tengokpun. Lantak

la! Hadiah hebat yang dijanjikan blum dapat lagi. Nanti bila dah dapat, gua tampal kat sini. Tapi nanti korang kata gua nunjuk-nunjuk plak. Tak jadi la kalo cam tu. Lantak la!


Siapa mereka


Kartunis Taugeh dah lebih sepuluh tahun melukis. Dulu menjadi kartunis kat majalah UJANG, APO? G3 dan banyak lagi, beliau gak adalah seorang animator. Selain tu beliau gak boleh menyanyi dengan tak berapa sedap dalam album Bersama Selamanya terbitan MOY Publications pada tahun 2001.


Kartunis Ubi sangat popular dengan siri AKU, DIA dan VOLKSYEGEN sekitar tahun 1998 dulu kat majalah UJANG. Tak taupun! Lantak korang la! Sekarang kartunis Ubi adalah seorang karyawan bebas seperti angin yang berhembus. Boleh tahu apa yang beliau buat sekarang kat website beliau www.ubikartun.com.


“KARTINI “ merupakan karya hebat Kartunis Tembakau kat majalah UJANG dan LANUN sekitar penghujung tahun sembilan puluhan dan awal dua ribu millennium. Emm…tak tau la plak! Seperti kartunis Taugeh, Tembakau juga merupakan seorang animator dan antara karyawan/animator terawal dalam penerbitan siri animasi Usop Sontorian dulu. Usop Sontorian? Eee… menakotkan! Animasi apa tu? Naruto ke?


Kartunis A'an Budak Baik dah lama menjadi seorang kartunis. Pada tahun 90an dulu beliau pernah berkarya kat majalah Gila Gila dan kat Geli Hati. Sekarang bekarya kat majalah G3. Selain kat G3, beliau gak menjadi penyumbang tetap kartun strip "Rokiah Hangat" kat akhbar Sinar Harian. Selain melukis kartun, A'an gak terer melukis karikatur dan menjadi presiden dalam pertubuhan Unregisted High School ( UHS ) yang beliau tubuhkan dan merupakan mainman dalam band Angelica.


Kartunis Soya merupakan kartunis yang tidak berapa dikenali karya-karya beliau. Hanya bekarya kat majalah GELI HATI ( tak penah dengarpun majalah ni. Majalah kesihatan ke? ). Beliau tak berapa aktif lagi melukis kartun. Sibuk dengan urusan lain.

Sapa yang tak tahu pasal majalah GELI HATI, ni gua nak bagi tau.

- GELI HATI merupakan majalah/tempat gua mula-mula bekarya hingga adanya gua ke hari ini dengan usaha tegar dan doa!

- Karya PERTAMA gua disiarkan dalam majalah ni pada tahun 1985 zaman purba yang lalu. Sila ke GALERI GAYOUR kalo nak tengok karya pertama gua.

- Gua betugas sebagai kartunis sepenuh masa kat majalah GELI HATI dari bulan Januari 1990 hingga bulan Disember 1992.

- Sebelum tu gua menjadi penyumbang ( kartun ) selama lima tahun kat majalah GELI HATI sebelum diambil sebagai kartunis sepenuh masa.

- Sifu gua, KUTIL YOYO dulu merupakan seorang kartunis kat majalah GELI HATI.

WELCOME TO THE ROCK

JAIL HOUSE ROCK

20 ZULKAEDAH 1430H – 07 NOVEMBER RAIN 2009


Pernah masuk penjara? Tak pernah kerana tidak ada sebab untuk masuk penjara. Bagus. Tapi penjara memang dibuat dan disediakan untuk ‘orang’ masuk dan memenuhinya sebagai hukuman. Sebagai tempat pengasingan dan pemulihan. Itu la fungsi penjara yang gua tahu. Kalau tak, tak ada makna la penjara dibuat kalau tak ada orang yang layak mendudukinya. HEH!


Hari tu pada 02 Zulkaedah 1430H – 21 Okt 2009 ( Rabu ), untuk kali keduanya dalam sejarah hidup gua, gua masuk penjara beb! Jangan tak caye. Betul, gua tak tipu. Gua masuk penjara. Kali pertama dulu kat Penjara Sungai Buluh, kali ni kat Penjara Kajang plak. Kerjaya sebagai seorang kartunis membawa gua ke tempat yang tidak pernah gua fikir gua akan pergi/masuk pada suatu masa nanti. Ini yang belaku. Suatu tempat yang tidak semua orang berpeluang masuk sebagai tetamu, bukan sebagai banduan. Bersama A’an Budak Baik begaya kat depan pintu utama untuk masuk.


Dulu masuk Penjara Sungai Buluh kerana menyerahkan sumbangan majalah untuk perpustakan penjara. Dibawa melawat di sekitar kawasan penjara dan melihat banduan melakukan aktiviti kat bengkel. Tu kat penjara lelaki. Kali ni kat Penjara Kajang di Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah Penjara Wanita Kajang. Gua, Aguri dan A’an dijemput sebagai tetamu dalam acara Karnival Sukan Penghuni Penjara Wanita Kajang. Penjara ni di letakkan dalam maximum security setiap masa. Pasal tu banyak tul peraturan yang perlu dilalui dan dipatuhi seblum dibenarkan masuk. Semua gajet seperti hanpon, pemetik api, rokok, bag duit, pen, pensil, cermin mata hitam ( yeah, cermin mata hitampun tak boleh pakai/bawak! ), topi dan jeket kena tanggal dan simpan dalam loker yang disediakan untuk pelawat. Pas tu kena scan seluruh badan. Masa scan ni, encik pegawai penjara tu kata pada gua, “ eh, ni brader Gayour kan?” Yeah! I’m Gayour, you’re NOT! HEH!


Kitaorang sampai lewat. Biasak la sesat! HEH! Sampai jer acara sukan dah tamat. Semua banduan sedang menunggu ketibaan kitorang. Menjerit-jerit kesukaan bila melihat kitorang masuk. Gua betul-betul terperanjat dengan sambutan dan lebih teperanjat beruk bila melihat banduan yang ada. Hampir 95% adalah banduan REMAJA! Gua benar-benar tekedu dan tak percaya apa yang gua lihat. Kebanyakannya gadis remaja belasan tahun! Biar betul? Yeah! Itulah kebenaran, itulah kenyataan… di usia belasan tahun dah begelar banduan. Bersama pegawai-pegawai Penjara Wanita Kajang.


Selain kitorang ada dua orang penyanyi jemputan, sorang lelaki dan sorang pompuan. Seronok betul banduan menyanyi bersama diorang. Gua rasa sangat jangal sebenarnya menggunakan atau memanggil gelaran “banduan” pada mereka. Tak gamak, tak sampai hati. Pasal tu gua panggil “kawan kita” dan “kakak” pada yang lebih tua dari gua pada acara melukis kartun bersama kitorang. “Ayuh rumah unggu, bagi tepukan pada kawan kita!”dan “Bagi tepukan paling kuat pada kakak kita rumah kuning dan merah!”.

Banduan dibahagikan pada dua kumpulan. Satu belah kiri dan satu lagi kat belah kanan pentas. Kat tengah-tengah pentas adalah padang kecil untuk acara karnival sukan dijalankan. Mereka memakai baju yang berlainan warna. Merah, kuning dan unggu. Merah dan kuning dalam satu kumpulan. Bila ditanya apa beza antara warna baju yang diorang pakai? Kumpulan baju merah dan kuning, menjawap.“Jatuh hukum!”. Maknanya sedang menjalani hukuman. Yang bebaju unggu plak menjawap, “tahanan reman”. Tahanan reman ni kebanyakannya adalah pendatang asing, pelacur dan GRO. Warna baju memberitahu kedudukan mereka di dalam penjara. “ Siapa kenal kartunis Gayour?”, tanya A’an pada semua masa mempekenalkan gua. “Kenallll!” Jawap sebahagian dari baju kuning, merah dan unggu. Rupanya ada ramai peminat kartun gua dalam penjara ni. Dari pegawai penjara, pencuri hingga ke pelacur. Sekiranya bepeluang gua nak lukis karikatur banduan-banduan ni. Gua tak kisah kalau diberi tugasan melukis penjenayah!

Mereka sangat seronok. Jelas kelihatan pada wajah mereka. Tak tau la mereka pura-pura seronok. Itu yang gua nampak kerana mereka sentiasa senyum dan memberi sokongan pada setiap aktiviti yang dibuat. Lepas habih acara kitorang kedua penyanyi mengakhiri persembahan dengan sorang sebuah lagu dan diakhiri denganpenyampaian hadiah pada pemenang-pemenang dalam acara sukan pagi tadi. Ada macam-macam acara rupanya. Bukan hanya lari-lari, tapi ada pertunjukan fesyen ( penjara wanita la katakan ), pakaian beragam dan lain-lain. Pas tu makan tengahari. Masa makan ni la banyak pekara/pertanyaan gua tanya pada pegawai penjara yang semeja dengan kitorang. Oh, gitu rupanya!

Pasal tak boleh bawak kamera masuk, tak banyak la gambo dalam entri ni. Banyak gambo dambil oleh pegawai penjara tapi banyak yang tidak dilepaskan pada kirorang. Maximum security la katakan! Hanya gambo dengan pegawai penjara tu jer yang dibenarkan. Kita mesti mengormati peraturan penjara. Masa mula-mula masuk tadi gua tenampak pegawai penjara yang mendukung baby. “ itu la anak banduan yang melahirkan anak semasa dalam tahanan atau seblum tahanan. Anak akan bersama ibu sehingga berusia tiga tahun dalam penjara. Semua keperluan baby ditanggung oleh pihak penjara/kerajaan”, terang pegawai yang makan bersama kitorang. Begitu la nasib si anak, tak kira la si ibu melakukan kesalahan secara sengaja atau tidak. Ia membesar selama tiga tahun di dalam penjara.

Hingga ke hari ini gua masih ilang ingatan… “ Kenapa ramai sangat remaja dalam penjara ni?”. Ia benar-benar mengganggu kepala hotak gua!


Peringatan: jangan sekali-kali melakukan jenayah kerana sangat berat/buruk kesannya di sepanjang hayat dan keturunan. Didoakan moga semua akan berubah, insaf dan beriman! Yeah! Bukan senang nak berubah. Cakap senang la!