EWAH EWAH
29 ZULKAEDAH 1430H – 17 NOVEMBER RAIN 2009
Penah tengok rancangan game show EWAH EWAH? Mesti tak penah punyekan. Lagi teruk tak penah dengarpun rancangan ni. Rancangan apa tu. Best ker. TV berapa? Seperti biasa, ia tidak menjejaskan selera makan korang.
Sorang sahabat lama iaitu kartunis UBI menghubungi gua dan berkata,”oi, Gayour! Lu nak masuk dalam rancangan EWAH EWAH tak? EWAH EWAH? Rancangan badut apa tu mat? Rancangan game show kat TV3”, tegas encik Ubi pada gua. oh! Tak penah tengokpun… err… rasa penah tertengok sekali. Tupun tak abis. Huru hara jer rancangan tu. Memang diorang buat huru hara cam tu! “Kali ni diorang nak jemput kartunis sebagai tetamu dan peserta. Enam orang kartunis. Gua trus ingat kat lu. Lu nak tak? Macam-macam hadiah banyak tak ingat diorang sediakan pada yang menang!”. Ni dia gua kat studio rakaman EWAH EWAH nun kat Sri Damansara
Bersama sahabat-sahabat kartunis yang turut join dalam rakaman EWAH EWAH. Kiri sekali tu kartunis Taugeh. Tak penah dengarpun nama kartunis ni. Sapa ye? Kartunis Ubi yang sibuk call gua tu kat tengah. Ni lagi sorang, sapa ya kartunis Ubi? Lagi la tak penah dengar. Best ke kartun beliau? Yang belah kanan sekali tu adalah kartunis Tembakau? Tembakau? Kartunis mana plak ni. Kartun apa beliau buat? Eee… kalo Naruto, Detektif Conan, Doremon, Ninja Boy tu tau la aku. Kartunis Gayour kat belakang tu kenal la aku. HEH! Sahabat-sahabat lama yang pernah bersama gua kat majalah UJANG, LANUN dan G3.
Seblum mula rakaman kena make up sket dulu. Pas tu ada brefing sket oleh pihak penerbit. Kitorang diberi penerangan pasal tema rancangan dan permainan yang akan dibuat.
Dalam setiap rancangan ada tiga kumpulan yang akan bertanding/bermain. Ubi dengan Taugeh bepasangan dalam rumah oren. Rumah merah plak adalah Tembakau? dengan Soya. ( Soya? Tak penah dengarpun nama kartunis ni ). Gua dengan A’an Budak Baik dalam rumah biru. A’an Budak baik? Macam penah dengar nama ni. Ni dalam pose yang dah tak sabar untuk mengalahkan pasukan lawan kerana team biru ni datang dan bermain untuk menang! HARHARHAR!
Lama gak menunggu rakaman nak mula. Lenguh! Semua peserta, host dan crew rakaman dah siap tapi penonton jemputan plak tak sampai-sampai lagi! ARGHHH! Tak penah jadi dalam sejarah cam ni. Host EWAH EWAH ni adalah Raja Azura dan Nabil ( sepatutnye ), tapi tempat nabil digantikan oleh Munir kerana Nabil tekucil tak abis-abis.HEH! Tak ada la. beliau ada urusan lain. Saham orang negori tu sodang mencanak naik la kato an! Joki kau la jang! Tak kisa la sapopun jadi host, janji rakaman ni berjaya! Bila nak start ni, dah hilang kawalan dah ni!
Ni dia keenam orang kartunis jemputan dan tiga rumah sukan yang akan bertanding/bermain dalam rancangan EWAH EWAH. Semua dah sedia untuk memulakan permusuhan dan bebunuhan sesama sendiri hanya untuk memang dan mendapatkan hadiah. Bemain untuk beseronok adalah kata-kata palsu semata! BUARGH! BUARGHHH! BUARGHHHH! Time to KILLKILLKILL and then DIEDIEDIEEEE!
Pukul berapa ya penonton jemputan dari Cheras sampai? Tak ingat. Ingat rakaman dibuat awal kerana kitorang sampai awal dan mengikut masa yang diberitahu. Pukul dua petang kitorang dah sampai. Siap makan tengahari yang disediakan. Siap makeup, brefing… rasanya dalam pukul
Oh yeah babeh! Persiapan untuk permainan yang kedua. Nampak belon-belon tu? Main belon kita petang ni. HEH! Pemainan kali ni adalah acara memijak belon tanpa belas sampai pecah bederai sebanyaknya dengan mata ditutup!
Permainan atau cabaran terakhir pada rakaman kali ni adalah acara makan-makan. Yeah, makan. Makan kuih popia goreng. Macam lazat. Tapi bagaimana popia beperisa wasabi? Pernah makan wasabi Jepun? Rasa tajam pedasnya sampai nampak Gunung
Enam bijik popia inti wasabi disediakan pada setiap peserta. Dalam cabaran makan-makan ni, bukan siapa yang boleh habiskan paling cepat sebagai pemenang tapi siapa yang boleh makan paling banyak dalam masa yang diberi. Semua dah pucat dan kembang lubang idung masa ni kecuali gua. Gua okey. Semua control macho. Tengok la encik Ubi tu, dah tak rupa muka beliau dah bila melihat popia wasabi. Pucat tak ingat! Partner beliau, encik Taugeh plak jelas tetekan dari riak wajah.
Cheh! Tak podeh langsung popia inti wasabi tu. Ingat an podeh bona la. Selambo yo den makan. Tak ghaso podeh langsung.
Siapa mereka
Kartunis Taugeh dah lebih sepuluh tahun melukis. Dulu menjadi kartunis kat majalah UJANG,
Kartunis Ubi sangat popular dengan siri AKU, DIA dan VOLKSYEGEN sekitar tahun 1998 dulu kat majalah UJANG. Tak taupun! Lantak korang la! Sekarang kartunis Ubi adalah seorang karyawan bebas seperti angin yang berhembus. Boleh tahu apa yang beliau buat sekarang kat website beliau www.ubikartun.com.
“KARTINI “ merupakan karya hebat Kartunis Tembakau kat majalah UJANG dan LANUN sekitar penghujung tahun sembilan puluhan dan awal dua ribu millennium. Emm…tak tau la plak! Seperti kartunis Taugeh, Tembakau juga merupakan seorang animator dan antara karyawan/animator terawal dalam penerbitan siri animasi Usop Sontorian dulu. Usop Sontorian? Eee… menakotkan! Animasi apa tu? Naruto ke?
Kartunis A'an Budak Baik dah lama menjadi seorang kartunis. Pada tahun 90an dulu beliau pernah berkarya kat majalah Gila Gila dan kat Geli Hati. Sekarang bekarya kat majalah G3. Selain kat G3, beliau gak menjadi penyumbang tetap kartun strip "Rokiah Hangat" kat akhbar Sinar Harian. Selain melukis kartun, A'an gak terer melukis karikatur dan menjadi presiden dalam pertubuhan Unregisted High School ( UHS ) yang beliau tubuhkan dan merupakan mainman dalam band Angelica.
Kartunis Soya merupakan kartunis yang tidak berapa dikenali karya-karya beliau. Hanya bekarya kat majalah GELI HATI ( tak penah dengarpun majalah ni. Majalah kesihatan ke? ). Beliau tak berapa aktif lagi melukis kartun. Sibuk dengan urusan lain.
Sapa yang tak tahu pasal majalah GELI HATI, ni gua nak bagi tau.
- GELI HATI merupakan majalah/tempat gua mula-mula bekarya hingga adanya gua ke hari ini dengan usaha tegar dan doa!
- Karya PERTAMA gua disiarkan dalam majalah ni pada tahun 1985 zaman purba yang lalu. Sila ke GALERI GAYOUR kalo nak tengok karya pertama gua.
- Gua betugas sebagai kartunis sepenuh masa kat majalah GELI HATI dari bulan Januari 1990 hingga bulan Disember 1992.
- Sebelum tu gua menjadi penyumbang ( kartun ) selama
- Sifu gua, KUTIL YOYO dulu merupakan seorang kartunis kat majalah GELI HATI.
20 comments:
congrat bro...xsangka lak lu ble menang..mcm xcaya ja..harhar...kikildiedie..
nt kasi tunjuk la apa hadiah yg dpt tu..
Wuaaahhh best lah sifu kan...Saya pun tak penah gi situk gi..Ahaks..Have a new post in my blog..Please coment it...Kill2 die2..
chenz
mana bleh tunjuk, nanti lu nak!
HEH!
kitosia
nanti gua singgah tengok.
mula hari ini akan ku tunggu mu di depan kaca TV dengan mata berkaca-kaca...TV aku kecik..korang besar-besar....tambah Tembakau?, dah tak de ruang nak letak sari kata. Game ni ada sari kata ke? Tak paham la bahasa kartunis...
tunsiber
ekau tunggu la!
macam best jer...........
grafik&:graphic
ntah la best ke tak. yang bestnye team gua menang!
makin glamer la nampaknya
lama tak singgah sini...
slamat hari raya aji gayour
indra qirana
glamer apa? yang penting dapat hadiah. ah, seronotnye! harharhar!
deaf angel
terima kasih sudi singgah lagi. guapun lama dah tak menjenguk ke blog kawan2.. ntah la.
selamat hari raya haji dan belasah sup gear box!
"...but i'll take my time anywhere
free to speak my mind
and I'll take my find anywhere
anywhere I may roam
where I lay my head is home"
wherever a may roam
gua slalu gak layan Ewah2 ni semenjak cuti sekolah ni. huhuhu. best gak.
salam bro gayour..
tak ado ko org ucap slmt haghi gayour sama bro.?..
susah susah yo branok haghi ghayor..
peach no war ya!..ewah..ewah..
bro...khabare?
takilala
bagus la. nasib baik bleh layan siri yang gua masuk ni.
aweks supermen
ado la duo tigo orang yang ucap selamat hari ghayo kek den.
beranak bukan branok
peace bukan peach
timo kasih yo la aweks supermen. kalo dating dengan encik supermen, koba an kek dio jangan terobang tinggi2 sangat.
rocksports
alhamdulillah, fantastik!
semua otai-otai kartunis negara nih..
tp ewah-ewah ni dah tayang blom bro?
EWAH EWAH HAHAHA DAPAT HADIAH BYK LER TU HAHAHA PODEH BONA KO WASABI TU HA?
mazru.
blum tayang lagi. diorang kata dalam bulan disember 2009 ni. tak tau bila tarikh yang tepat.
matakucing
tak la podeh mano popia wasabi tu. den tak ghaso podehpun maso makan. sajo yo diorang buek gempak kato an ado wasabi dalam popia tu!
Gayour;
Sapa Kutilyoyo tu? X pernah kenal pun...!
sofian ishak
elok la lu tak kenal pyan, pasal beliaupun tak kenal lu. HEH!
Lucu plak baca tulisan abg gayour nih..pendek kata; semua dia tak kenal la..kik kik
Post a Comment