Friday, November 06, 2009

WELCOME TO THE ROCK

JAIL HOUSE ROCK

20 ZULKAEDAH 1430H – 07 NOVEMBER RAIN 2009


Pernah masuk penjara? Tak pernah kerana tidak ada sebab untuk masuk penjara. Bagus. Tapi penjara memang dibuat dan disediakan untuk ‘orang’ masuk dan memenuhinya sebagai hukuman. Sebagai tempat pengasingan dan pemulihan. Itu la fungsi penjara yang gua tahu. Kalau tak, tak ada makna la penjara dibuat kalau tak ada orang yang layak mendudukinya. HEH!


Hari tu pada 02 Zulkaedah 1430H – 21 Okt 2009 ( Rabu ), untuk kali keduanya dalam sejarah hidup gua, gua masuk penjara beb! Jangan tak caye. Betul, gua tak tipu. Gua masuk penjara. Kali pertama dulu kat Penjara Sungai Buluh, kali ni kat Penjara Kajang plak. Kerjaya sebagai seorang kartunis membawa gua ke tempat yang tidak pernah gua fikir gua akan pergi/masuk pada suatu masa nanti. Ini yang belaku. Suatu tempat yang tidak semua orang berpeluang masuk sebagai tetamu, bukan sebagai banduan. Bersama A’an Budak Baik begaya kat depan pintu utama untuk masuk.


Dulu masuk Penjara Sungai Buluh kerana menyerahkan sumbangan majalah untuk perpustakan penjara. Dibawa melawat di sekitar kawasan penjara dan melihat banduan melakukan aktiviti kat bengkel. Tu kat penjara lelaki. Kali ni kat Penjara Kajang di Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah Penjara Wanita Kajang. Gua, Aguri dan A’an dijemput sebagai tetamu dalam acara Karnival Sukan Penghuni Penjara Wanita Kajang. Penjara ni di letakkan dalam maximum security setiap masa. Pasal tu banyak tul peraturan yang perlu dilalui dan dipatuhi seblum dibenarkan masuk. Semua gajet seperti hanpon, pemetik api, rokok, bag duit, pen, pensil, cermin mata hitam ( yeah, cermin mata hitampun tak boleh pakai/bawak! ), topi dan jeket kena tanggal dan simpan dalam loker yang disediakan untuk pelawat. Pas tu kena scan seluruh badan. Masa scan ni, encik pegawai penjara tu kata pada gua, “ eh, ni brader Gayour kan?” Yeah! I’m Gayour, you’re NOT! HEH!


Kitaorang sampai lewat. Biasak la sesat! HEH! Sampai jer acara sukan dah tamat. Semua banduan sedang menunggu ketibaan kitorang. Menjerit-jerit kesukaan bila melihat kitorang masuk. Gua betul-betul terperanjat dengan sambutan dan lebih teperanjat beruk bila melihat banduan yang ada. Hampir 95% adalah banduan REMAJA! Gua benar-benar tekedu dan tak percaya apa yang gua lihat. Kebanyakannya gadis remaja belasan tahun! Biar betul? Yeah! Itulah kebenaran, itulah kenyataan… di usia belasan tahun dah begelar banduan. Bersama pegawai-pegawai Penjara Wanita Kajang.


Selain kitorang ada dua orang penyanyi jemputan, sorang lelaki dan sorang pompuan. Seronok betul banduan menyanyi bersama diorang. Gua rasa sangat jangal sebenarnya menggunakan atau memanggil gelaran “banduan” pada mereka. Tak gamak, tak sampai hati. Pasal tu gua panggil “kawan kita” dan “kakak” pada yang lebih tua dari gua pada acara melukis kartun bersama kitorang. “Ayuh rumah unggu, bagi tepukan pada kawan kita!”dan “Bagi tepukan paling kuat pada kakak kita rumah kuning dan merah!”.

Banduan dibahagikan pada dua kumpulan. Satu belah kiri dan satu lagi kat belah kanan pentas. Kat tengah-tengah pentas adalah padang kecil untuk acara karnival sukan dijalankan. Mereka memakai baju yang berlainan warna. Merah, kuning dan unggu. Merah dan kuning dalam satu kumpulan. Bila ditanya apa beza antara warna baju yang diorang pakai? Kumpulan baju merah dan kuning, menjawap.“Jatuh hukum!”. Maknanya sedang menjalani hukuman. Yang bebaju unggu plak menjawap, “tahanan reman”. Tahanan reman ni kebanyakannya adalah pendatang asing, pelacur dan GRO. Warna baju memberitahu kedudukan mereka di dalam penjara. “ Siapa kenal kartunis Gayour?”, tanya A’an pada semua masa mempekenalkan gua. “Kenallll!” Jawap sebahagian dari baju kuning, merah dan unggu. Rupanya ada ramai peminat kartun gua dalam penjara ni. Dari pegawai penjara, pencuri hingga ke pelacur. Sekiranya bepeluang gua nak lukis karikatur banduan-banduan ni. Gua tak kisah kalau diberi tugasan melukis penjenayah!

Mereka sangat seronok. Jelas kelihatan pada wajah mereka. Tak tau la mereka pura-pura seronok. Itu yang gua nampak kerana mereka sentiasa senyum dan memberi sokongan pada setiap aktiviti yang dibuat. Lepas habih acara kitorang kedua penyanyi mengakhiri persembahan dengan sorang sebuah lagu dan diakhiri denganpenyampaian hadiah pada pemenang-pemenang dalam acara sukan pagi tadi. Ada macam-macam acara rupanya. Bukan hanya lari-lari, tapi ada pertunjukan fesyen ( penjara wanita la katakan ), pakaian beragam dan lain-lain. Pas tu makan tengahari. Masa makan ni la banyak pekara/pertanyaan gua tanya pada pegawai penjara yang semeja dengan kitorang. Oh, gitu rupanya!

Pasal tak boleh bawak kamera masuk, tak banyak la gambo dalam entri ni. Banyak gambo dambil oleh pegawai penjara tapi banyak yang tidak dilepaskan pada kirorang. Maximum security la katakan! Hanya gambo dengan pegawai penjara tu jer yang dibenarkan. Kita mesti mengormati peraturan penjara. Masa mula-mula masuk tadi gua tenampak pegawai penjara yang mendukung baby. “ itu la anak banduan yang melahirkan anak semasa dalam tahanan atau seblum tahanan. Anak akan bersama ibu sehingga berusia tiga tahun dalam penjara. Semua keperluan baby ditanggung oleh pihak penjara/kerajaan”, terang pegawai yang makan bersama kitorang. Begitu la nasib si anak, tak kira la si ibu melakukan kesalahan secara sengaja atau tidak. Ia membesar selama tiga tahun di dalam penjara.

Hingga ke hari ini gua masih ilang ingatan… “ Kenapa ramai sangat remaja dalam penjara ni?”. Ia benar-benar mengganggu kepala hotak gua!


Peringatan: jangan sekali-kali melakukan jenayah kerana sangat berat/buruk kesannya di sepanjang hayat dan keturunan. Didoakan moga semua akan berubah, insaf dan beriman! Yeah! Bukan senang nak berubah. Cakap senang la!



15 comments:

mazru said...

Bang gayour,
Bertuah jugek lah jd gayour ni yek,dapat la masuk penjara atas sebab selain dari melakukan kesalahan.

Ini bermakna semakin ramai anak gadis melayu yg terlibat dlm kancah jenayah bang gayour,yg umur belasan tahun tu atas kesalahan ape yek,tertanye-tanye jugak gua.Tu tak kira lagi yg ditahan di penjara luar sana,seperti terlibat dalam pengedaran dadah antarabangsa dan sebagainye..anak gadis melayu yg sebenar dah semakin pupus..betul tak bro?

Takilala said...

Dulu setiap kali balik cuti kat kjg, gua slalu kluar masuk kwsn penjara kajang seminggu skali. Err.. maksud gua gi solat jumaat (rumah mentua gua dkt ngan penjara kjg). Skrg masjid penjara kjg kat luar main gate.
Masuk penjara, gua blum pernah lagi. Bro, lu tak nyanyi lagu St.Anger kat dlm tu?

gayour said...

mazru
yeah! kebanyakan gadis remaja melayu dengan bemacam kesalahan. sad but true.

takilala
yeah! ada sebuah masjid yang besar dan cantik kat luar penjara tu. kitorang hanya nyanyi beberapa baris lirik lagu 'rasa sayang' saja bersama banduan2 tu.

JijahJambu@Jj said...

heheh jijah masuk kat galeri hasil keluaran penjara je... then sekali lagi lawatan kat penjara (taiping ke??) (tengok video orang kena libas montots .. sakit yeopp) hahah .. ya ampuunn ..

Ki To said...

Yeah I know it,why this thing is happen..Sebab diorang tu x dak hobi masa lapang..Sebab tu diorang suma jadi cam tuh...Nasib baik Hobi saya ni tolong saya.Kalau x mesti saya jadi cam diorang tu..He..he...

I love my Hobby..

Hanisham Ab Halim said...

Salam bro,
Terkedu koi sbb bila baca ramai remaja kita ada kat dalam sana. Koi pun rase remaja kita skang ni dah makin hanyut jauh doh. Tak tahulah gone nok ubohkan deme ni....

gayour said...

jijahh@f.k
sepatutnya hukuman sebat tak begitu teruk kerosakannya sekiranya mengikut cara yang dianjurkan Islam. apa bleh buat itu pilihan semua!
penjara taiping memang klasik binaannya. rasanya paling oldskool dalam satu malaysia.

kito
apapun hobi tak kisah asal tidak menyalahi larangan agama dan menyebabkan kita mendapat lebel banduan! lukis kartun juga kalo melanggar larangan KDN boleh masuk penjara!

webmaster@echam
tengok sendiri baru tahu bro! gadis remaja yang sepatutnya belajar kat sekolah, kolej atau universiti, tapi tidak begitu jadinya. sad but true reality.

Dr. Bentara said...

masuk penjara, even as a tourist memang meremang bulu roma le. Ada 'vibe' semacam.

Relevan said...

Salam Gayour
Gua tak pernah masuk..tapi sambut orang kat luar ada..kes motor takda rodtax..pun kene penjara..hehe!

Tunsiber said...

Jika sakit, saya selalu ke Pusat Kesihatan Kajang di mana para banduan yg sakit akan mendapat rawatan di situ. Benar kata Tuan, mereka semua muda-muda.

Terkadangnya saya berasa nak tumbang bila berselisih dengan mereka, buat pengetahuan Tuan saya ini pemalu orangnya...

gayour said...

abang ben
masa tour kat penjara lelaki sungai buluh dulu memang gua rasa ngeri. pengaruh filem banyak sangat. heh!

releven
motor yang dah luput tarikh rodtax tu yang masuk atau tuannye yang masuk? kesian motor tu. tak memasal masuk penjara. harharhar!

tunsiber
tu bukan pemalu, tu saje2 buat tumbang pasal nak awek banduan tu dukung. gatai!

babazahra' said...

mintak dijauhkan lah diri sendiri keluarga kawan2 dan sanak saudara daripada institusi pemulihan seperti penjara ni atas kesalahan apa pun. lagi pun cop banduan kat dahi tu sangat payah nk ditanggalkan oleh masyarakat, bangsa apa sekalipun. payah hidup nanti.

gayour said...

babazahra'
iyo, boto tu jang! bilo dah kuar penjharo, orang tak suko, tak pecayo pado bokeh banduan. kalau gotah koping ilang, tak ado orang lain kono tuduh. cam tu la nasib bokeh banduan.
tak nak nasib cam tu, jangan buek pasal!

zana5051 said...
This comment has been removed by the author.
nana said...

aku setiap bulan mesti pgi , dh mcm rumah keDua je aku rase. . kekadang aku pgi penjara wanita , warden-ii kat situ dh mcm akak aku je rase same jgk mcm banduan pempuan . Banduan lelaki ? hm , tunang aku lah ada kat c2. .jgn igt banduan semua nya buat slah , kekadang kita terperangkap . hm rindu nya aku kat die :'( tapi setiap kali aku pgi penjara , aku mesti rase Insaf :)