GALERI ASWARA
16 ZULHIJJAH 1430H - 03 DISEMBER 2009
Biasa dengar pasal ASWARA ni, tapi tak penah lagi pegi melawat. Kesempatan untuk melawat tiba dengan jemputan untuk menghadiri majlis perasmian GALERI ASWARA FAKULTI SENI HALUS pada 21 Zulkaedah 1430H - 09 Nov 2009 yang lalu. Hebat sangat ke? Ayuh kita saksikan.
Ni di bangunan baru Galeri ASWARA Fakulti Seni Halus . Tepisah jauh dari kursus lain kat Jalan Tun Ismail. Untuk makluman semua yang nak pegi melawat ke fakulti ni, ia berada di alamat No. 2929, Jalan Ledang, Off Jalan Duta 50480 Kuala Lumpur. Senang ke nak pegi? Cari sendiri. Jangan nak senang jer!
Gua memenuhi jemputan dengan pewarna digital G3, encik Faiz dan wartawan bahagian rencana akhbar Sinar Harian, encik Mohd Hazrizal. Dengan yakinnye kitorang trus ke Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan kat Jalan Tun Ismail
Mencabar gak mencari tempat ni. Kena pusing
Yang ni plak pameran seni catan karya pelajar-pelajar kursus seni halus. Tak asli gua tengok. Pelukis banyak tepengaruh dengan karekter mangga! Nampak comel tapi tak
Lagi satu pameran seni catan yang dipamerkan hasil karya pelajar Fakulti Seni Halus. Bila tengok karya-karya ni, rasa nak buat plak cam diorang. Tapi semangat tak memasal ni selalunya hilang ditiup angin yang berhembus setelah beralih ke pameran setrusnya. Tak tau la apasal. Semangat tak memasal tu hilang dengan tak memasal! Ia hilang kerana nak mengikut-ngikut. Bukan kerana dari dalam diri!
Pelajar lain menggunakan arkilik dalam menghasilkan karya tapi encik ni tujuk terer menggunakan warna pensil dalam menghasilkan karya. Hebat! Rasa nak mewarna menggunakan warna pensil plak lepas ni bila tengok karya encik ni.HEH! Gunakanlah arkilik, warna air, cat minyak, warna pensil atau apapun medium untuk melukis, tak kisah. Yang penting seronok bekarya!
Selain melukis, fakuti ni gak menyediakan kemahiran membuat alatan muzik. Jangan tak caya. Selain belajar bemain gambus, diorang gak diajar cara membuat gambus. Baru boleh menjadi hebat kerana tahu, kenal, sayang, cinta dan kasih dengan apa yang dibuat. Seperti melukis kartun, mesti tahu, kenal, sayang, kasih dan cinta pada karakter yang dibuat. Baru karakter dan karya menjadi hebat!
Tu, tau tak nama alat muzik dalam kotak tu? Uu.. aaa.. uuu..aaa… Tu la Rebab. Rebab merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu selain dari alat ketuk-ketukan. Ilmu untuk membuat alat muzik ni diajar kat Fakulti Seni Halus selain sejarah, origin dan yang bekaitan dengan rebab. Menarik!
Masa ni hujan mula turun dengan lebat. Ketibaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Y.B. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang akan merasmikan Galeri ASWARA Fakulti Seni Halus disambut dengan payung.
Selain majlis perasmian, satu lagi acara turut belangsung iaitu upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara ASWARA dan
Masa makan-makan setelah majlis perasmian dan MOU, brader Imuda menjadi artis jemputan khas membuat pesembahan tahap hancus beliau. Harharhar! Tadi masa mula sampai, jumpa dengan brader Budin ( Imuda ). Beliau mempamerkan potret-potret hasil karya beliau. Tahun depan beliau jadi pensyarah sambilan lukis potret kat fakulti ni. Syabas Budin! “ Nanti kalo ada bidang kartun, gua rekomenl lu jadi pensyarah”, tegas brader Imuda pada gua. Terima kasih bro! Pesembahan yang hancur. Hujanpun dah berhenti masa ni. Elok sangat la. Cukup bro, hujan dah berhenti. Jangan nyanyi lagi. HEH!
Dah kenyang makan, masa untuk melawat apa yang dipamerkan kat geleri. Masuk jer kat Galeri Utama trus nampak hasil karya ni. Apa ya nama karya ni. Seni sangat! Sampai lupa nama karya. Kat tingkat bawah ni teletaknya pejabat dekan, bilik pensyarah, bilik perincangan dan Galeri Fotografi.
Kat studio fotografi. Apa lagi, begaya amik gambo la dengan prop berapi!
Hey you! You know me? I'm GAYOUR, you're NOT!
Galeri ni ada dua tingkat. Kat tingkat atas plak ada dua ruang galeri dan dua bilik seminar. Temasuk bilik makmal. Ni antara karya pelajar yang dipamerkan. Habih batu bata diorang lukis/conteng. Seni sungguh la kononnye ni! HEH! Sebelah kanan gua tu adalah encik Hazrizal. Beliau tak la berapa best. HEH! Beliau meminati sukan lasak motorcross dan mancing! Eh! Bukan belah kanan, belah tepi. Iskhh! Belah mana sebenarnya beliau berada ni. Kiri ke kanan?
Dalam bilik seminar dengan karya-karya seni pelajar yang masih blum siap. Tak la besar bilik kuliah ni. Berapa orang sangat pelajar bleh masuk. Tapi tak apa, ruang yang kecil bukan penghalang untuk menghasilkan karya besar yang hebat dan untuk membina temadun baru!
Satu lagi karya pelajar ( atau pensyarah? ) yang dipamerkan. Hasil seni cetakan. Betul ke? Guapun lupa dah. Korang pegi la tengok sendiri. Ah, budak Ijal tu nyibuk jer!
Yang ni besi-besi la plak. Ni tepengaruh dengan transformer la ni. HEH! Setiap karya ada tajuk. Gua tak ingat tajuk karya besi ni. Tapi besi la. Kalo letak tepi jalan, mat pet rembat ni. Boleh jual. HEH!
Karya terakhir yang den tengok sebolum keluar dan balik. Hujan masih turun tapi tak la lobek ( lebat ). Hujan cam ni buleh domam ( demam ) dibuek eh. Tak pun buleh selemo ( selesema ). Nak balik punyo pasal, den ghondah ( harung ) yo. Hujanpun hujan la! Den tak kiro, den nak balik! Dah nak maghorib dah ni! Terimo kasih pado ASWARA ateh jomputan.
Sket info pasal ASWARA.
MISI
ASWARA sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajarana, sebagai pusat penyelidikan dan penerbitan akademik, pusat eksperimentasi dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.
VISI
Menjadi sebuah institusi induk pengajian dan latihan seni yang menerajui seni budaya dan warisan budaya yang diiktiraf dalam negara, serantau dan antarabangsa serta menyumbang kearah pembangunan sosial.
OBJEKTIF
- menjadi institusi pembangunan modal insan dalam bidang seni, budaya dan warisan yang releven dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara.
- Melahirkan golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan profesional kea rah membangunkan industri kreatif, kesenian dan warisan negara.
gua jeles pada semua yang boleh belajar pasal seni lukis/halus ni kat mana-mana IPT atau akademi. jeles tul gua!
19 comments:
report dan foto2 yang best.
yang brader guna pensel warna tu, memang kagum ler aku nengok
gua pun berminat nak belajar buat tembikar...boleh pegang-pegang tangan aweks..ahaks
deaf_angel
bila belajar, macam2 kita tahu dan bleh buat.
mazru
baguih sungguh kepala hotak bejambul lu! belajar jangan tak belajar!
untung la lu asik dapat jalan2 camgini...makan2 tak der eh?...
btw..aweks aweks kat situ pun comel2 belaka...hehehe..
berteromber
orang dah panggil, pegi la. tak baik hampakan hajat orang. makan? ada macam2... saja tak nak tunjuk.
aweks? memang ramai gua cakap lu. heh!
tapi nape event cam ni tak di war2kan eh..ker aku yang tak ambik peduli??
matakucing
walau tak tau pasal perasmian, lu bleh pegi tengok pameran. apa ada hal.
bro, gua suka tgk gambo lu ngan background berapi tu..cun seh!!
blah la lu!!! kartun buruk!!! har har har!!! dah tua..berenti la melukis!!! har har har!!!
apa khabar bro?
takilala
apa susah, lu bakar je sampah, amik gambo dengan ungun api sampah tu! gempak apa cam cover album 'feel the fire' overkill. heh!
jambang
eh! encik ni sapa ni? ooo... encik jamb yang selalu kena gout tu rupanya. harfraginhar!
hari tu koi masuk ke blog awok. nak tengok apa yang baru... pemalas nak mampus awok nak update blog. dah la kartun buruk, tak lawak... menakotkan pulak lagi! tu la akibatnya buat blog nak lawan blog koi!
koi sihat alhamdulillah. harap gout awok makin baik.
gua student aswara pun tak tau adanya benda ni...
aloy_paradoks
nampak sangat pihak pengurusan/pensyarah dah benci kat lu. pasal tu tak jemput lu ke majlis tu. harharhar!
Wah! Tak sanfka Aswara ada galeri sebegitu ek. Wak selalu lalu-lalu saja di situ untuk ke JKR...
blackpurple
waduh wak! galeri seni halus ni bukan kat fakulti aswara berhampiran jkr tu. galeri ni kat jalan duta.
Beshnye dapek jalan2.. hehehe..
Bro.. just so you know.. and a proof of what i said previously in you blog, teman dh pablishkn komik mike. Du not wori as no profits were m ade neither animals were harmed ekekeke.
http://www.aidilangelo.com/blog/tribute-to-gayour-n-all-mak/
Cuma berkongsi memori yg (hampir semua yg mike lukiskn pernah teman lalui@which makes 'em more nostalgic!)
Kalo ghaser xsuke n nk teman dilit, do tell me. No offense to you the rightbearer of the art. :)
Please.. buat la lagi kartun2 rock. N i'm still waiting for the final binding set of Bersama Selamanya.
aidilangelo
oh! tak sangka encik masih simpan lagi cerita "MAK" yang tak berapa best tu. terharunya gua. terima kasih kerana sudi bekongsi dengan semua.
dulu gua potong cerita tu ( nak simpan la kononnye ) tapi hilang ke mana ntah. puas gua cari, tak sangka akhirnya ketemu dalam blog encik. seronoknya rasa!
errr... boleh tak bagi gua semua cerita tu. nak simpan kerana ia salah satu cerita yang sangat gua suka.
emel kat gua yaa...
gayour@karangkraf.com.my
terima kasih
Wei..Gayour....lukisan ateh batu-bato yang kau pogang tu anak den yang belaja tahun duo kek ASWARA buek.Banggo deh ekau pogang batu bato dio hahahaha`
-ujang
bro Gayo mmg handa. dari zaman erlihati sampai la G3 den ikut perkombangan. rambut maintain laei.
buleh la mintak jadi pensyarak aswara pulak lopeh ni...
sukatikaulah
anak ekau ghupo eh punyo kojo yo jang? patut la buruk! harharhar!
ado ko ateh batu bato tu dilukih eh. tak senegheh boto kojo anak kau jang!
apopun syabas la kek beliau pasal buleh belaja kek aswara. best la!
ouled kenitra
timo kasih banyak2 yo la. walau ekau dah tuo tapi masih mantain boli dan baco majalah katun. respek den kek kau!
Post a Comment