Wednesday, February 10, 2010

REKOD

REKOD KAT MINI KARNIVAL 2010

09 RABIULAWAL 1431H - 23 FEB 2010


Kali ni masa karnival ( 29 JAN- 01 FEB 2010 ) gua tak rajin nak amik gambo banyak-banyak. Tak tau apasal. Kalo amik banyak-banyakpun aksi yang sama gak. Gambo orang tesengeh-sengeh tengok dan beli majalah. Tu saja. Suasana yang sobat semua boleh gambarkan pasal selalu sangat tengok/pergi ke acara cam ni kat mana-mana. Senang kata tak ada yang menarik sangat. Pasal tu gua tak selera nak tesengeh-sengeh amik gambo. Yang pasti ramai tul pengunjung yang datang ke karnival kali kedua ni.


Ni adalah maskot majalah G3 iaitu encik CODET. Kitorang buat sebagai hiasan kat booth jualan dan sebagai penunjuk arah kat mana booth G3. Semua majalah membuat bemacam gimmick promosi majalah kat booth memasing. Macam-macam hadiah dan permainan direka dan sediakan. Setiap satu kemah diwakili empat buah majalah. Kali ni majalah G3 sekemah dengan majalah Remaja, YEZZ! dan Bintang Kecil.


GUA SUKA SARKAS!

Tema karnival kitorang pada tahun kali ni ialah SARKAS, badut dan segala yang bekaitan dengan sarkas. Cuma tak ada gajah, beruang kayuh beskal, harimau dan singa lompat gelung api. Karnival ni dibuat dengan tema yang berlainan setiap tahun. Tahun depan kalo tidak ada halangan, tak tau la tema apa plak.


Ni la dia rupa gerai kirorang. Gerai pertama yang akan dilihat, dijumpa dan dilalui oleh pengunjung yang masuk dari pintu utama. Gua betugas pada 30 Januari 2010, hari Sabtu dari 9.30 pagi sampai 6.00 petang. Hari ni gua dikunjungi oleh beberapa orang peminat oldskool. Hah! Seronok dapat jumpa peminat lama ni. Sorang tu datang bersama isteri dan anak. “ Brader gayour, lukis karikatur anak gua, pakaiannya buat macam karekter Slash”. Itu yang si bapa minta. Bapak yang minat, anak jadi mangsa. Lantak! Apapun terima kasih kerana pernah meminati karya-karya gua. “ Selama ni hanya tengok kartun brader, hari ni baru dapat jumpa. Mari amik gambo brader Gayour”, tegas sorang lagi peminat oldskool. Terima kasih kerana pernah meminati karya-karya gua. Gua terharu.


REKOD TANPA PENGIKTIRAFAN

Dalam Dangerous Meeting ( Mercyful Fate ) kitorang pasal pengisian program karnival ni, kitorang telah bersetuju untuk menjadikan acara melukis karikatur percuma pada setiap pengunjung yang membeli sebanyak empat majalah G3. Gua salah sorang yang kena lukis tu.

Kerana persetujuan itu, pada karnival kali ni, sebagai seorang kartunis/ilustrator, gua telah membuat rekod peribadi yang tidak perlu pengesahan dan pengiktirafan dari sesiapa dalam melukis karikatur. Pada hari pertama karnival ( 29 Jan ), gua melukis sebanyak empat karikatur pada sebelah petang. Rekod dicipta pada 30 Jan, gua telah melukis sedayanya sebanyak 68 karikatur ( mungkin lebih ) dari pagi hingga petang non stop rock n roll! Berhenti masa rehat saja. Yeah! Apa sangat la 68 orang tukan? Pelukis karikatur sebenar tahu la sikit atau banyak bila melukis seramai 68 orang dalam sehari.


Yeah!Yeahh! Ramai lagi sobat lain yang lebih hebat dari gua melukis sejuta karikatur dalam sehari. Itu rekod beliau. Ini rekod gua. Cane gua tau gua lukis seramai itu? Sapa yang gua lukis kena tulis nama kat kertas ( yang masih gua simpan ) untuk gua tuliskan nama beliau dalam karikaturnya. Dari situ gua tahu. Mak oi, ramainya! Patut la rasa kebas jari. Rasa nak tecabut bahu! ARGHHHHH! Aduhh, sakitnya! Urut bahu...urut bahu... uuu..uuuu...

Kerana penumpuan sepenuhnya melukis karikatur pengunjung yang beduyun-duyun membeli majalah G3, gua lupa dan tak ada masa nak amik gambo! Gambo gua sedang lukis karikatur budak sekolah kat atas tu gua cilok dari encik Amang.

Tq encik Amang ( assist editor g3 mag ).

Terima kasih pada semua pembeli majalah G3 kerana membuatkan gua mengelupur kepenataan.


ini adalah suatu yang gua tak rancang atau telintas kat kepala hotak untuk membuatnya sebelum karnival. gua lukis jer. bila semua dah selesai baru gua sedar perkara ni. gua tak perlukan pengesahan, pengitirafan, catatan masa, empat orang saksi atau bukti sohih. yang pasti gua telah membuat rekod peribadi melukis karikatur!


FIRST BLOOD

WORLD PAINTED BLOOD

25 SAFAR 1431H - 10 FEBRUARI 2010


Tahun lepas, bulan sebelas-24 November 2009, kat opis gua diadakan Kempen Derma Darah. Pekerja Karangkraf yang nak derma darah telebih dan melimpah ruah dalam tubuh badan boleh la beratur ikut giliran untuk menderma pada Pusat Darah Negara yang datang ke pejabat kitorang. Tak kisah la darah jenis apa, Pusat Darah Negara menerima tanpa banyak songeh sebagai tambahan stok tabung darah negara!


DISABLE ATHLETES CAN, Y NOT U

Buat kali ketiga gua mendermakan darah gua pada Pusat Darah Negara. Yeah! Kali ketiga. Blum hebat lagi macam sobat semua yang dah bepuluh kali menderma darah. Ini sumbangan gua pada yang memerlukannya nanti. Biasak la sebelum boleh derma darah, ada acara cakap-cakap dan perasmian dulu kat ruang receptionis Karangkraf.


STILL REIGN IN BLOOD
Dalam sambutan kempen Derma Darah kat Karangkraf ni, gua dilantik sebagai ketua sambutan. Tukang sambut kedatangan tetamu VIP. Bukan susahpun. Ucap salam, salam sambil tesengeh dan ucap selamat datang. Selesai acara perasmian, guapun siap-siap nak pegi derma darah tapi ditangguhkan pasal ramai sangat sedang menunggu giliran. Okey la. bagi kawan-kawan lain dulu. Masa tu datang la plak dua orang brader ni ke toko buku karangkraf dan beli buku Melukis Kartun Cara Gayour.
" Tolong sain ya brader Gayour. Pas tu kita amik gambo". Terima kasih. Berseronok la masa lukis kartun!

RAINING BLOOD
Anak-anak yatim dan kuang upaya yang dijemput tidak dilupakan. Team G3 dan ilustrasi lukis kartun sebagai meraikan mereka.


IF YOU WANT BLOOD, YOU’VE GOT IT

Selain menjemput Sekolah Kurang Upaya, kitorang gak menjemput persatuan Atlit Kurang Upaya ( Majlis Paralimpik Negara ) yang membuat persembahan kerusi roda. Kesian plak gua tengok diorang buat persembaan. Rasa tak patut plak. Dah la kurang upaya, kena buat show plak pada kitorang yang sempurna anggota badan. Ntah la. Tapi orang kurang upaya ni tak suka dilayan seperti orang kurang upaya sepenuhnya. Diorang tak suka. Lebih lebih lagi atlit. Lagi la diorang tak suka, Kali ketiga gua menderma. Rasa gementar, peluh jantan, gemuruh, kecut dan nakot tetap ada. Jantung bedebar-debar bila tengok jarum punya la besar! Gua nak derma darah, si Ijal ( wartawan Sinar Harian ) tupun nyibuk nak derma gak. Blah la lu Ijal!


DO NOT DONATE BLOOD IF YOU…

Beberapa minggu lepas gua derma darah, Pusat Darah Negara bagi tau yang stok simpanan darah dah hampir habis stok semuanya! Dah tahap kritikal. Uh!Uhh! Pusat Darah merayu semua rakyat BolehLand untuk menderma darah. Gua baru derma darah, Semangat nak derma lagi membuak-buak. Tapi kena tunggu tiga bulan baru boleh derma darah balik. InsyAllah, Gua nak derma lagi nanti. Ini sedikit sumbangan. Tak la hebat manapun. Pada sobat semua, ikut korang la nak derma atau tak. Korangpun dah besar nak fikir. Cakappun tak guna.


Derma darah ni macam ejen jual ansuran…ansuran? Bukan ansuran tapi insuran. Beliau dengan mulut yang manis umpama menanam tebu di tepi bibir ( heh! ) berkata, “ Kita tak tau apa akan berlaku sebentar lagi, esok, minggu depan blablablaa… Kemalangan boleh belaku di mana saja tanpa kita duga. Kerana itu kita mesti ada perlindungan”. Kita jawap, “ tak apa la. Terima kasih”. Bila kita blah, kata-kata power ejen insuran tu tadi benar-benar mengganggu kepala hotak bejambul kita. Jahanam sungguh! Ya tak ya gak, kalau la jadi apa-apa….


Kempen Derma Darahpun sama. Bukan untuk kita tapi untuk orang lain kerana keperluan itu boleh terjadi pada diri kita sendiri, isteri, suami, anak, mak bapak, datuk, nenek atau siapa sahaja dari keluarga, saudara atau sahabat. Bila kita memberi dengan ikhlas dan bila berlaku kecemasan/keperluan darah pada diri kita atau keluarga kita nanti, pasti ada yang membantu. Begitulah ketentuanNya.

Bagi la apapun alasan kalo tak nak/boleh menderma.


Takut, apa hal gua plak, biar la orang lain yang bagi, rugi nak bagi darah cam tu jer, tak mungkin jadi kat gua atau keluarga gua, mabuk darah, pitam bila tengok darah, lantak la, gua peduli apa….



Hari tu gua dapat satu emel dari sorang sobat meminta bantuan derma darah untuk pembedahan anak sahabatnya. Darah yang diperlukan sama dengan darah gua tapi sayang gua baru enam hari menderma darah. Sayang tak dapat membantu. Begitulah yang sering berlaku. Keperluan yang tidak diduga…

Sekiranya sobat rasa tak nak/boleh menderma, sila klik ke poster untuk mengetahui orang yang benar-benar TAK BOLEH menderma darah. Adakah temasuk dalam golongan ni....



Don't ask what you can do for you country
Ask what your country can do for you
TAKE NO PRISONERS, take no shit
!

megadeth