Wednesday, February 10, 2010

FIRST BLOOD

WORLD PAINTED BLOOD

25 SAFAR 1431H - 10 FEBRUARI 2010


Tahun lepas, bulan sebelas-24 November 2009, kat opis gua diadakan Kempen Derma Darah. Pekerja Karangkraf yang nak derma darah telebih dan melimpah ruah dalam tubuh badan boleh la beratur ikut giliran untuk menderma pada Pusat Darah Negara yang datang ke pejabat kitorang. Tak kisah la darah jenis apa, Pusat Darah Negara menerima tanpa banyak songeh sebagai tambahan stok tabung darah negara!


DISABLE ATHLETES CAN, Y NOT U

Buat kali ketiga gua mendermakan darah gua pada Pusat Darah Negara. Yeah! Kali ketiga. Blum hebat lagi macam sobat semua yang dah bepuluh kali menderma darah. Ini sumbangan gua pada yang memerlukannya nanti. Biasak la sebelum boleh derma darah, ada acara cakap-cakap dan perasmian dulu kat ruang receptionis Karangkraf.


STILL REIGN IN BLOOD
Dalam sambutan kempen Derma Darah kat Karangkraf ni, gua dilantik sebagai ketua sambutan. Tukang sambut kedatangan tetamu VIP. Bukan susahpun. Ucap salam, salam sambil tesengeh dan ucap selamat datang. Selesai acara perasmian, guapun siap-siap nak pegi derma darah tapi ditangguhkan pasal ramai sangat sedang menunggu giliran. Okey la. bagi kawan-kawan lain dulu. Masa tu datang la plak dua orang brader ni ke toko buku karangkraf dan beli buku Melukis Kartun Cara Gayour.
" Tolong sain ya brader Gayour. Pas tu kita amik gambo". Terima kasih. Berseronok la masa lukis kartun!

RAINING BLOOD
Anak-anak yatim dan kuang upaya yang dijemput tidak dilupakan. Team G3 dan ilustrasi lukis kartun sebagai meraikan mereka.


IF YOU WANT BLOOD, YOU’VE GOT IT

Selain menjemput Sekolah Kurang Upaya, kitorang gak menjemput persatuan Atlit Kurang Upaya ( Majlis Paralimpik Negara ) yang membuat persembahan kerusi roda. Kesian plak gua tengok diorang buat persembaan. Rasa tak patut plak. Dah la kurang upaya, kena buat show plak pada kitorang yang sempurna anggota badan. Ntah la. Tapi orang kurang upaya ni tak suka dilayan seperti orang kurang upaya sepenuhnya. Diorang tak suka. Lebih lebih lagi atlit. Lagi la diorang tak suka, Kali ketiga gua menderma. Rasa gementar, peluh jantan, gemuruh, kecut dan nakot tetap ada. Jantung bedebar-debar bila tengok jarum punya la besar! Gua nak derma darah, si Ijal ( wartawan Sinar Harian ) tupun nyibuk nak derma gak. Blah la lu Ijal!


DO NOT DONATE BLOOD IF YOU…

Beberapa minggu lepas gua derma darah, Pusat Darah Negara bagi tau yang stok simpanan darah dah hampir habis stok semuanya! Dah tahap kritikal. Uh!Uhh! Pusat Darah merayu semua rakyat BolehLand untuk menderma darah. Gua baru derma darah, Semangat nak derma lagi membuak-buak. Tapi kena tunggu tiga bulan baru boleh derma darah balik. InsyAllah, Gua nak derma lagi nanti. Ini sedikit sumbangan. Tak la hebat manapun. Pada sobat semua, ikut korang la nak derma atau tak. Korangpun dah besar nak fikir. Cakappun tak guna.


Derma darah ni macam ejen jual ansuran…ansuran? Bukan ansuran tapi insuran. Beliau dengan mulut yang manis umpama menanam tebu di tepi bibir ( heh! ) berkata, “ Kita tak tau apa akan berlaku sebentar lagi, esok, minggu depan blablablaa… Kemalangan boleh belaku di mana saja tanpa kita duga. Kerana itu kita mesti ada perlindungan”. Kita jawap, “ tak apa la. Terima kasih”. Bila kita blah, kata-kata power ejen insuran tu tadi benar-benar mengganggu kepala hotak bejambul kita. Jahanam sungguh! Ya tak ya gak, kalau la jadi apa-apa….


Kempen Derma Darahpun sama. Bukan untuk kita tapi untuk orang lain kerana keperluan itu boleh terjadi pada diri kita sendiri, isteri, suami, anak, mak bapak, datuk, nenek atau siapa sahaja dari keluarga, saudara atau sahabat. Bila kita memberi dengan ikhlas dan bila berlaku kecemasan/keperluan darah pada diri kita atau keluarga kita nanti, pasti ada yang membantu. Begitulah ketentuanNya.

Bagi la apapun alasan kalo tak nak/boleh menderma.


Takut, apa hal gua plak, biar la orang lain yang bagi, rugi nak bagi darah cam tu jer, tak mungkin jadi kat gua atau keluarga gua, mabuk darah, pitam bila tengok darah, lantak la, gua peduli apa….



Hari tu gua dapat satu emel dari sorang sobat meminta bantuan derma darah untuk pembedahan anak sahabatnya. Darah yang diperlukan sama dengan darah gua tapi sayang gua baru enam hari menderma darah. Sayang tak dapat membantu. Begitulah yang sering berlaku. Keperluan yang tidak diduga…

Sekiranya sobat rasa tak nak/boleh menderma, sila klik ke poster untuk mengetahui orang yang benar-benar TAK BOLEH menderma darah. Adakah temasuk dalam golongan ni....



Don't ask what you can do for you country
Ask what your country can do for you
TAKE NO PRISONERS, take no shit
!

megadeth

31 comments:

RABUN said...

bagus menderma darah ni boleh menyihatkan tubuh...aku memang tak pernah lagi menderma darah...

Portdy said...

Blood on blood
One on one
We'd still be standing
When all is said and done
Blood on blood
One on one
And I'll be here for you
Till Kingdom come
Blood on blood

gayour said...

indra qirana
kalo tak boleh derma darah, boleh paksa orang lain derma darah. heh!

portdy
Raining blood
From a lacerated sky
Bleeding its horror
Creating my structure
Now I shall reign in blood!

raining blood

Jenonymous said...

Murder in the front row
Crowd begins to bang
And there's blood upon the stage
Bang you head against the stage
And metal takes its price
Bonded by blood

berteromber said...

World Painted Blood!!!!!!

gayour said...

mhagnoth
You cannot hide the face of death
Oppression ruled by bloodshed
No disguise can deface evil
The massacre of innocent people

Blood Red

berteromber
yeah! world painted blood!

Takilala said...

Songs of true metal
we will sing
'Till the blood on your sword is the blood of a king
'Till the blood on your hand is the blood of a king
-Blood of the kings, Manowar

gayour said...

takilala
You cannot hide the face of death
Oppression ruled by bloodshed
No disguise can deface evil
The massacre of innocent people

Blood Red
slayer

Ki To said...

Huh lama tak jengok sifu.Wah tabik arr kat sifu.Sifu memang "hebak" (Loghat Kelate).Kito pun belom penah buat benda cenggitu lagi.

matakucing said...

ishhh semua nyanyi lagu omputeh jer...ermm tak per aku nyanyi lagu melayu lak..."darah satria.....tinggal ibu, tinggal ayah serta sanak saudara" hehehe gua dah 3 kali derma..last sekali 5 tahun lepas kot

Zampeada said...

jumpa blog ini melalui BH 13hb februari.

gayour said...

kitosia
sila menderma kalo nak menderma.

matakucing
patut lirik lagu tu begini,
"darah satria... TINGGAL ISTERI, TINGGAL ANAK, tinggal ibu, tinggal ayah blablablaa...."
kerana peranan isteri sangat besar dalam perjuangan seorang prajurit.
baru terasa satrianya!

ntah la, semua komen cakap omputeh, guapun cakap omputeh la. heh!

zampeada
hi, i'm GAYOUR, you're NOT! welcome to my nightmare my friend!

frankrx2 said...

ha'ah! gua pong jumpa add. site nih kat paper tgh hari tadi (bukan aku beli, tapi dah ada kat warong tu =P )

kalau tak mmg gua tak tau lansung kewujudan blog nih. Hidup gayour! (alamak.. dah macam membodek la pulak =P ) Apa2 pun, mmg gua minat art yg bro gayour bikin sejak gelihati lagi =)
bro! citer ar sikit, mana kitaorang boleh beli art/cartoon lu skang nih?

eddie dewanaga said...

hahaha... gila la lu orang dah main lirik je sumbat masuk sini...

ganas bagaikan naga...
tapi gua belum tahap ganas macam lu orang, gua baru sekali je derma darah.


"..Rot Alone. Destiny,
killing the souls of lives at your feet.
Dead to its fight.
Hell as they said.
Killing the darkened rotting fate.
Fate. Rot Alone. Bludgeoning hell.
Finding their souls and returning to dwell.
Killing and bleeding tightened as one.
Killing the darkest rotting fate.
Rot all lesions.
Glory. Rotting, plowed.
Dead he's killed your soul.
Glory. Rotting flower.
Kill..."


- Internal Bleeding (Obituary)
Slowly We Rot... 1989.

deaf-angel said...

satu buruh agama hindu dari india cerita kat aku dulu -

kawan dia benci sangat ngan muslim india di kampung nye.
satu hari anak dia eksiden dan kena hantar hospital..
perlu darah dari stok hospital..

lepas anak dia dah pulih, doktor kat hospital tu pergi kat si bapak hindu yang racist against islam ni, doktor tu cakap yang darah di pump masuk dalam badan anak dia termasuk dari penderma beragama Islam.

Sejak hari tu, si bapak tu dah tak benci2 agama islam lagi dah pasal darah orang islam dah mengalir dan selamatkan anak dia.

untuk dengar orang hindu dari india yang memang kat sana berbunuh2 pasal lain agama cakap cam gini, memang eye opener

gayour said...

frankrx2
sekarang gua bertugas sepenuh masa sebagai kartunis kata majalah G3 terbitan kumpulan karangkraf. bleh cekitdaut lukisan/karya gua kat situ.

terima kasih kerana meminati karya2 gua sejak zaman purba dulu.
selamat datang ke blog gua.

eddie dewanaga
ntah la, kawan2 yang mengomen. semua speking omputeh. lantak!

"...Controlling the minds of the bloodthristy dead
Unholy seizure slicing through your head
Who will survive only time will tell
Dripping from your mouth comes a rancid smell
Lobotomised corpse shredding your flesh
Leaving your body a bloody mess

Scream bloody gore
Scream bloody gore

death

deaf_angel
benci menjadi kasih dengan hanya satu keikhlasan. huh! terima kasih kerana share dengan kisah yang hebat!

Zampeada said...

nightmare ke... hehehe... takut, takut...

cikceriacorner said...

tahniah abg gayour..
derma darah bleh sihatkan badan disamping menolong org..heheh...kita xpedulik org kata kalo derma darah bdn naik..kang bleh trun blik..yg penting dpt tlg org..kan abg gayour..

frankrx2 said...

Hahaha! Thank you bro. Lepas ni wajib kene beli G3! =D

Weh korunk! Ada sapa2 nak komik "Lobo " (full) tak?! Kalau ada yg nak aku kasik link download. Don't worry its free baby =P . Aku kumpul comix ni pun pasal bro Gayour la yg introduce masa kat Ujang dulu =).

kordi rocker said...

yeah slayer!gayour lu rock!gua dulu tkut derma darah!skrg dh ok!kehkhekhehhh....

gayour said...

zampeada
yeah! ngigau. sila rasa ngeri sket aa...

ez
bukan kerana nak sihat, nak gemuk, nak pingat, nak penghargaan, nak air milo/horlick percuma, nak sijil, nak dapat rawatan percuma atau nak tolong orang, tapi melatih hati supaya telus, jujur dan jiwa murni dalam memberi dan kerana Allah.

gayour said...

frankrx2
terima kasih kerana dah bercita2 nak beli majalah g3.
jangan libatkan gua pasal LOBO! harfraginhar!

errr... bagi gua link donlodnya. ada gak keluaran LOBO yang gua tak ada.

biawak komondo
syabas! sebagai seorang komando memang aib kalo lu nakot derma darah!

slayer never slayer!

frankrx2 said...

hohoho! no problem bro. tapi kene kasik gua time sikit ar untuk upload. kat tangan gua ada 131 issues..ni gua tgh upload la nih. dah siap kang gua publish kat sini.

kebetulan hari ahad ni member gua agak buat blood donation kat melaka mall...gua set jek...no hal...tapi sebelum ni gua tak pernah pun wat blood donation..ni yang tetiba suspend nih =P

gayour said...

frankrx2
harfraginhar! syabas pasal nak menderma darah. moga tercapai hajat dan selamat merasai pengalamannya.

penafasan tak normal, degupan jantung sepantas 1000km/jam seperti riff kerry king, bepeluh ketiak dan jadi tak keruan tu biasa seblum darah disedut. jangan nakot

frankrx2 said...

Hohoho! Seperti yg di janjikan!=D
Ini download link dia:=

http://www.mediafire.com/?sharekey=42e2c2845b6fbce7ab1eab3e9fa335ca0aa1b00335aa8630

Nak kene beritahu dulu nih! Semua komik ni dalam bentuk CBR.. (tak tau le kenapa mat2 salleh kat sana suka sangat format CBR nih...) Jangan risau, dalam folder ni ada gua selitkan sekali program "CDdisplay.exe". So download & install mini program nih, then baru la korunk boleh bukak komik2 nih...
Kalau ada apa2 masalah tanya.

Enjoy! =D

mr.kordes said...

biawak komando tkut drh?kaakahH!!!lalala....gayour u rock man!

gayour said...

frankrx2
wohoo! harfraginhar! tq.

pakcik kordi
kata orang, ntah2 lembu pakcikpun nakot darah!

Anonymous said...

http://lumerkoz.edu Where it is possible to buy the, http://www.comicspace.com/aciphex/ passionately nagayama http://soundcloud.com/acyclovir manifest http://barborazychova.com/members/Buy-Nolvadex.aspx jspspecial crmc http://riderx.info/members/Buy-Diflucan-Online.aspx discouraging atms http://soundcloud.com/lorazepams perpetuity

Syaz said...

dormo darah?? minggu lopeh den nak dormo tampi doktor cakap tokanan darah den tinggi lak.. tiap2 taun den tak pornah miss tampi taun ni.. isk isk isk huwaaaa tak dapek payoooongggg... tak dapek nak antar kek abah den kek seghoting ilirrrr... :(

toko buku online said...

donor darah selain bikin sehat badan juga bikin sehat jiwa... :D

penghilang bulu said...

terakhir donor darah 15 tahun lalu. wah lama kali ga donor nich.