Wednesday, February 10, 2010

REKOD

REKOD KAT MINI KARNIVAL 2010

09 RABIULAWAL 1431H - 23 FEB 2010


Kali ni masa karnival ( 29 JAN- 01 FEB 2010 ) gua tak rajin nak amik gambo banyak-banyak. Tak tau apasal. Kalo amik banyak-banyakpun aksi yang sama gak. Gambo orang tesengeh-sengeh tengok dan beli majalah. Tu saja. Suasana yang sobat semua boleh gambarkan pasal selalu sangat tengok/pergi ke acara cam ni kat mana-mana. Senang kata tak ada yang menarik sangat. Pasal tu gua tak selera nak tesengeh-sengeh amik gambo. Yang pasti ramai tul pengunjung yang datang ke karnival kali kedua ni.


Ni adalah maskot majalah G3 iaitu encik CODET. Kitorang buat sebagai hiasan kat booth jualan dan sebagai penunjuk arah kat mana booth G3. Semua majalah membuat bemacam gimmick promosi majalah kat booth memasing. Macam-macam hadiah dan permainan direka dan sediakan. Setiap satu kemah diwakili empat buah majalah. Kali ni majalah G3 sekemah dengan majalah Remaja, YEZZ! dan Bintang Kecil.


GUA SUKA SARKAS!

Tema karnival kitorang pada tahun kali ni ialah SARKAS, badut dan segala yang bekaitan dengan sarkas. Cuma tak ada gajah, beruang kayuh beskal, harimau dan singa lompat gelung api. Karnival ni dibuat dengan tema yang berlainan setiap tahun. Tahun depan kalo tidak ada halangan, tak tau la tema apa plak.


Ni la dia rupa gerai kirorang. Gerai pertama yang akan dilihat, dijumpa dan dilalui oleh pengunjung yang masuk dari pintu utama. Gua betugas pada 30 Januari 2010, hari Sabtu dari 9.30 pagi sampai 6.00 petang. Hari ni gua dikunjungi oleh beberapa orang peminat oldskool. Hah! Seronok dapat jumpa peminat lama ni. Sorang tu datang bersama isteri dan anak. “ Brader gayour, lukis karikatur anak gua, pakaiannya buat macam karekter Slash”. Itu yang si bapa minta. Bapak yang minat, anak jadi mangsa. Lantak! Apapun terima kasih kerana pernah meminati karya-karya gua. “ Selama ni hanya tengok kartun brader, hari ni baru dapat jumpa. Mari amik gambo brader Gayour”, tegas sorang lagi peminat oldskool. Terima kasih kerana pernah meminati karya-karya gua. Gua terharu.


REKOD TANPA PENGIKTIRAFAN

Dalam Dangerous Meeting ( Mercyful Fate ) kitorang pasal pengisian program karnival ni, kitorang telah bersetuju untuk menjadikan acara melukis karikatur percuma pada setiap pengunjung yang membeli sebanyak empat majalah G3. Gua salah sorang yang kena lukis tu.

Kerana persetujuan itu, pada karnival kali ni, sebagai seorang kartunis/ilustrator, gua telah membuat rekod peribadi yang tidak perlu pengesahan dan pengiktirafan dari sesiapa dalam melukis karikatur. Pada hari pertama karnival ( 29 Jan ), gua melukis sebanyak empat karikatur pada sebelah petang. Rekod dicipta pada 30 Jan, gua telah melukis sedayanya sebanyak 68 karikatur ( mungkin lebih ) dari pagi hingga petang non stop rock n roll! Berhenti masa rehat saja. Yeah! Apa sangat la 68 orang tukan? Pelukis karikatur sebenar tahu la sikit atau banyak bila melukis seramai 68 orang dalam sehari.


Yeah!Yeahh! Ramai lagi sobat lain yang lebih hebat dari gua melukis sejuta karikatur dalam sehari. Itu rekod beliau. Ini rekod gua. Cane gua tau gua lukis seramai itu? Sapa yang gua lukis kena tulis nama kat kertas ( yang masih gua simpan ) untuk gua tuliskan nama beliau dalam karikaturnya. Dari situ gua tahu. Mak oi, ramainya! Patut la rasa kebas jari. Rasa nak tecabut bahu! ARGHHHHH! Aduhh, sakitnya! Urut bahu...urut bahu... uuu..uuuu...

Kerana penumpuan sepenuhnya melukis karikatur pengunjung yang beduyun-duyun membeli majalah G3, gua lupa dan tak ada masa nak amik gambo! Gambo gua sedang lukis karikatur budak sekolah kat atas tu gua cilok dari encik Amang.

Tq encik Amang ( assist editor g3 mag ).

Terima kasih pada semua pembeli majalah G3 kerana membuatkan gua mengelupur kepenataan.


ini adalah suatu yang gua tak rancang atau telintas kat kepala hotak untuk membuatnya sebelum karnival. gua lukis jer. bila semua dah selesai baru gua sedar perkara ni. gua tak perlukan pengesahan, pengitirafan, catatan masa, empat orang saksi atau bukti sohih. yang pasti gua telah membuat rekod peribadi melukis karikatur!


26 comments:

Jenonymous said...

Suka kalu brader gayo lukis gambar metallica , slayer... boleh x jumpak kat mana2 dalam internet?

gayour said...

mhagnoth
gua hanya ada blog (ramai kata blog ni dah tahap purba...) dan emel.

gayour@karangkraf.com.my

gua tak ada laman sosial yang lain

berteromber said...

gua tak tau lu ingat lagi ker tak la...thn 90an dulu lu ada turun JB kat Plaza Kotaraya...lu ngan majalah Ujang kot...gua suh lukis kartun dan autograph kat majalah bersama selamanya mukasurat depan...sejam lepas tu gua datang lagi..suh autograph kat mukasurat belakang pulak...bila lu perasan lu dah sign kat depan tu muka lu dah jadi lain...macam nak marah pasal dah penat kot...iyer la dari pagi kan..gua tau peminat adalah sentiasa betul...so gua tipu lu...awek saya minat bro...dia suh sign lagi..lu tak banyak cakap terus sign...har har har...

sayangnya gua tak tau mana pegi dah buku tu...kalau tak boleh jadi bahan bukti...huhuhu

bila lu nak turun JB lagi ni?

gayour said...

berteromber
sampai hati lu aniaya gua! penat siut! uuu...uuuu... memang la gua hangin kalo dah sain/lukih, datang lagi sengeh2 mintak sain/lukih kat sana sini plak!

yeah!rasanye dah 15 tahun promosi kitorang kat JB tu. seronok walau penat kena lukih dua tiga kali orang yang sama (heh!).
ciss! apasal la gua tak tumbuk perut lu masa tu?

mungkin nanti ada program kat JB. tak tau bila.

Rockarena said...

Salute,Bravo&Yipee The Big Bro. gua tmpng berBANGGA dgn kejayaan lu mencipta REKOD,walaupun tanpa pengiktirafan dari mana2 persatuan,pertubuhan,jabatan,syarikat2 di bumi mahupun di planet2. Yang pasti lu telah BERJAYA dgn JAYANYA.'Siapa Yang Harus Disalahkan utk kita Bersama Selamanya?' bro...tolong lukiskan karikator gua boleh??

myownmind said...

damn.. aku tak ada lagi atau macam x jumpa jer.. lu punya buku PANDUAN MELOKES>> damn betul..

gayour said...

rockarena
yeah! gua buat bukan nakkan pengiktirafan.
boleh emel kat gua gambo lu untuk gua karikaturkan.

gayour@karangkraf.com.my

myownmind
jangan bunuh diri!lu bleh cari dan beli buku gua tu masa pesta buku kat pwtc bulan mac 2010 ni nanti kat booth karangkraf/alaf 21.

frankrx2 said...

alahai.. ni yang den lomah ni....

Bro gayour! Kasik la skali "planner aktiviti bulanan" (atau tahunan) korang (karangkraf)kat kita orang... so boleh la kita orang buat planning jumpa bro! =)

Gua ada idea, tapi tak tau la bro terima ke idak... kalau bro amik tempahan lukis karikatur secara online boleh tak? Kita orang bayar la.... tapi jangan la mahal sangat bro... =P

Rockarena said...

Terima Kasih Bro...gua akan emailkan gambar dengan kadar segera.TQVM...Jasa Tetap Dikenang.

gayour said...

frankrx2
aktiviti tahunan kitorang tak menentu. kejab jadi, kejap berubah. pasal tu tak didedahkan pada umum.

yeah! memang gua sedang mengusahakan untuk membuat perusahaan karikatur online secara besar2an.

gayour said...

rockarena
Pictured Life - scorpions

nyOng.is.me said...

haha,,,bro gayour! thanx la pasal dtg sk seremban 2a hari tu. wa xsangka dpt jmpa lu,beli buku lu siap ngan otograf lagi,amek gmbr ngan lu. dlu kecik2 asyik bca karya lu,tpi skarang dh jmpa lu,xleh ckp pe lah!
thnx...wa try nak wat event kat tmpt wa,jemput lu!

zarch said...

Sabda Nabi Muhammad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ
- "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (An-Nasai, Ibnu Hibban)

-Allahhumma Solli wa sallim wa barik 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad-

Semoga kita dapat memperbanyakkan salawat keatas nabi Muhamad ﺼﻟﻰﷲﻋﻟﻴﻪ ﻮﺴﻟﻣ dan semoga kita semua mendapat syafaat dari Nabi dihari masyhar yang amat mengerikan.

gayour said...

nyong.is.me
denpun tak sangko buleh jumpo ekau yang selamo ni asyik baco dan tengok kartun den yo. denpun nak yo jumpo kau. hari tu baru dapek jumpo. harharhar!
terimo kasih banyak2 yo la sudi datang duo kali jumpo den.

selamat belaja cikgu!

zarzh
selalu sangat dengar peringatan pasal salawat ni. tapi selalu sangat lupa mengucapkannya. terima kasih atas ingatan wahai sobat. moga tak lemah minda dan kuat ingatan untuk sentiasa bersalawat ke atas junjungan besar yang dikasihi Nabi Muhammad S.A.W.

Zikri Husaini said...

abang gayour!! terjumpa pulak blog bro akhirnya... kipas susah mati nie.. teruskan perjuangan!!

Rockarena said...

Kepada Pakcikkordi.....gua masih ada 1 koleksi cite BERSAMA SELAMANYA VOL 2. Klu lu berminat...blh email gua Rockarena@yahoo.com
Susah gak gua nk dpt koleksi tu dulu...Gua terjah bgnn MOY,lokasi bro Gayour berkarya dulu.Gua dpt beli 1>vol 1 & 2>vol 2.

gayour said...

zikr the jalanan
syabas kerana bejaya jumpa blog gua ni dan tq sudi singgah.

truskan perjalanan walau gelap tak ada lampu jalan...

rockarena
tunggu apa lagi pakcik... orang dah nak bagi tu. heh!

deaf-angel said...

haha,
suka part ' bapak yang minat, anak jadi mangsa '

true

gayour said...

deaf_angel
cam tu la nasib anak zaman sekarang!

Rockarena said...

Bro...gua dh emailkan pic gua. Tqvm....

chenz said...

bro..bila nk trun lg ke negeri gua yg paling kecik kecik kt Malaysia (Perlis)

Aidilangelo said...

Demmm... gua xdan nk jumpe lu.. meibi lu tgh lunch kot.. eniwei.. kalo dpt nnti teringin benor nk lepak nengok lu melukis nie.. kompem layan punye la..

kepade yg ade koleksi Bersame Selamenye tuh.. seafdhalnye simpan la elok2.. spisis t-rex dah tahap buku tuh.. berharge tapi rare!

Gua tetap mahukan lu otogerap koleksi lu nie.. n gua akan sabar menantikan masanya ekekekeke

Ki To said...

Sifu,kat Sungai Petani tak dak ka Pesta buku.Kalau ada leh lah jumpa sambil bergambar ngan sifu.Baru chun...Hehe..

gayour said...

rockarena
tunggu la ya. ada kelapangan gua buat.

chenz
kita ada program menjelajah ke gugusan felda di seluruh negara mula bulan mac 2010 ni hingga sampai ke padang besar perlis.

gayour said...

aidilangelo
bawak saja koleksi2 lu tu ke pesta buku kat pwtc yang bemula pada 19 hingga 28 mac ni. gua ada kat sana nanti. boleh jumpa dan conteng buku lu tu.

kitosia
kalo tak ada halangan atau pembatalan, cheq akan ke aloq staq pada petengahan dan hujung bulan ni. ada program kat sana nuuu...

Ki To said...

Aloq setaq?Harap2 dalam masa cuti panjang bulan Mac.Masa tu je leh balik kampung kt Pantai Johor.Harap kalau ada rezeki leh jumpa ngan Sifu..Amiinnn