Friday, April 16, 2010

BLUES FELDA BLUES

BLUES FELDA BLUES

JOM KE FELDA

01 JAMADIL AWAL 1431 H - 16 APRIL 2010


Dulu masa sekolah menengah, gua ada ramai kawan-kawan dari felda. Segala macam felda yang berhampiran dengan bandar Bahau, bersekolah kata sekolah gua. Dari Felda Sungai Lui, Lui Timur, Air Hitam, Pasir Besar, Pasoh, Palong… semua ada. Dulu ada gak la pergi ke felda, jalan-jalan ke rumah kengkawan. Hari tu pada 6 dan 7 Mac 2010, gua masuk ke felda Trolak setelah sekian lama tak masuk ke tanah rancangan felda dalam program JOM KE FELDA

Teruja gak bila dapat peluang ke felda. Nak tengok rumah-rumah, pokok getah/sawit, betemu peminat, pembaca dan kawan-kawan kat felda dan menikmati suasana di felda. Tapi harapan gua bekecai seperti pasir yang betaburan di pantai bila sampai ke lokasi belangsungnya Karnival JOM KE FELDA. Apa ni? Ingatkan kat tengah-tengah kampong dalam felda, rupanya jauh dari kawasan perumahan felda! Adoi laa…


Memang tak kena langsung tempat ni. Jauh dari kawasan perumahan dan panas tak ingat! ARGHHHH! Macam mana orang felda nak datang. Apa la pihak penganjur boleh tefikir buat kat tempat ni. Ntah la. Pagi ni memang tak ramai pengunjung. Masa pekena roti canai kat gerai berhampiran dengan Amang, kakak Nasi Ayam Pinggan Besar meluahkan keluh kesahnya pasal sambutan orang felda yang sangat menyedihkan. “ Memang tempat karnival ni tak sesuai langsung!”, tegas kakak tu. Untuk menghilangkan keboringan tahap mega, gua dan A’an beradu kekuatan lawan Gusti Lengan. Ada beberapa permainan yang disediakan kat booth Karangkraf / Sinar Harian selain Gusti Lengan. Ada baling Dart dan Tendang Bola dalam lubang untuk pengunjung mencuba dan nasib baik dapat hadiah!


Ada banyak gak peserta dalam karnival ni walau tak ramai pengunjung. Antara yang join adalah dari Persatuan Seniman. Lepas ‘belengan’ dengan A’an, tetiba datang sorang

pakcik tahap oldskool yang pernah menghibur dan mempersonakan jutaan kanak-kanak BolehLand temasuk gua dengan siri popular CUMI dan CIKI pada tahun 80an dulu. Tak ingat, tak tahu, tak penah dengar/tengok siri ni? Tak apa, ia tidak menjejaskan apa-apa dalam kehidupan korang. Tak pentingpun. Oldskool tahun 80an mesti tahu siri CUMI dan CIKI ni. Pak cik Wazata Zain datang ke booth Sinar Harian. Memang tak sangka gua bepeluang betemu dengan hero yang pernah dikagumi pada zaman purba dulu. Lagi tak sangka pelawaan gua untuk begusti kengan dengannya diterima! YEAHHH! Kita minum air herba Polen dulu seblum berentap!


Gua tak tau apa yang gua buat ni betul atau tak. Tapi gua memang ‘belengan’ dengan ikon gua dan jutaan kanak-kanak pada tahun 80an dulu! Pak cik Wazata mempunyai kelebihan untuk mengeluarkan suara tanpa mengerakkan bibir dalam siri kanak-kanak CUMI dan CIKI yang menggunakan patung sebagai pelakun utamanya. Kelebihan mengeluarkan suara dari perut ini dinamakan VENTRILQUIST. Nak terer buat bende ni bukan senang. Kena buat latihan itu dan ini. Pak cik Wazata boleh melakun/membuat tujuh suara yang bebeza tanpa mengerakkan bibir/mulut. Hebat pak cik ni! Dalam siri komik Bat Man, ada satu watak antoganis yang bernama Mr. Ventriloquist. Sama cam pak cik Wazata, ada patung dan becakap tanpa mengerakkan bibir. Hey! Tengok ni… gua begusti lengan dengan pak cik Wazata. Jangan yak caye!


Mengehormati warga emas, gua bagi pak cik Wazata hentak tangan gua ke lantai pada pusingan kedua. Round petama gua gua dah menang. Heh! Lagi sekali, saksikan ikon siri popular tahun 80an sedang belengan dengan gua!


Pusingan ketiga, kitorang gunakan tangan kiri sebagai penentu kemenangan. Gua tak ada hal! HEH! Tak sangka, apa yang kitorang buat ni menarik perhatian ramai pengunjung untuk singgah menyaksikan. Tak kisah la nak tengok pak cik Wazata dari tengok gua. Ramai oldskool hari tu. Mesti ramai yang pernah tengok siri CUMI dan CIKI, dan ini peluang untuk betemu pencipta watak-watak dalam siri tu. Lebih teruja nak tengok/jumpa dengan orang yang boleh mengeluarkan suara tanpa menggerakkan bibir! Lebih teruja adalah gua kerana menewaskan sorang warga emas dan idola pujaan masa kecik dulu tanpa belas! HEH!


Terima kasih pak cik Wazata. Gue tesengeh kerana dapat betemu dengan pak cik Wazata dan lebih teruja kerana mengalahkan beliau dalam Gusti Lengan! HEH! Dari pagi sampai tengahari, memang tak ramai penduduk felda Trolak dan sekitar yang datang ke karnival ni. Macam-macam sebab boleh dibuat kenapa tak mendapat sambutan. Salah satu usaha menarik perhatian yang diadakan pada tengahari panas ni adalah pertandingan Battle Of The Bands. Tengahari panas diadakan acara saringan kat pentas tengah padang. Ada la empat lima orang penyokong band yang betanding datang memberi sokongan temasuk gua. Ada yang hancus, penyanyi lupa dan tak tau lirik tapi muzik hebat. Ntah la. Dulu Battle Of The Bands tidak dipertandingkan tapi sekarang nama yang gah itu dipertandingkan. Satu lagi tarikan yang diadakan kat karnival ni ialah rumah hantu. Sayangnya rumah hantu beroperasi waktu malam. Hantu la katakan. Tak dapat tengok hantu! Banyak gak kenangan pasal rumah hantu ni masa Pesta Expo kat Bahau dulu. Antaranya, masuk rumah hantu pasal nak bagi penumbuk dan sepak terajang kat hantu-hantu tu. HEH! Gua tak buat, member-member gua yang buat. Sian hantu tu.


Panas sungguh kat sini. Tak tau nak buat apa selain dari tesengeh-sengeh kepanasan. Masa kat booth ada beberapa orang budak-budak felda bekeliaran. Guapun sound kat diorang, “Oi, budak! Kalo berani mari la lawan gusti lengan dengan gua!”. Cabar gua kerana yakin boleh "makan" budak tu. Sambil tesengeh-sengeh, cabaran gua diterima. Cis! Berani lu terima cabaran gua aa… Satu, dua… NGKHHHHH! Rasa nak putus usus besar gua! NGKHHHHHHHHHH.....!


Mak datuk! Ingatkan budak ni cam pak cik Wazata. Kacang, senang senang bleh makan. ARGHHHH! Rupanya kuat nak mampuih! Ni bukan budak ni, kuek ngalah an bapak budak! Aduuu la… silap besar gua cabar budak ni tadi. Uuuu…uuuu…Nyosal den! Nyosalllll! Tapi gua tak boleh ngaku kalah. Lawan tetap lawan. YEARGHHHHHHHHHH! KILLKILLKILLL! DIEDIEDIEEEEE!


Hari kedua gua datang ke Karnival Jom Ke Felda Trolak. Seperti semalam,

“sunyi sepi tak ado orang

apo nak dikato… “

Lagi sekali, gua sangat kecewa kerana ingatkan karvival ni dibuat dekat dengan kawasan pekampungan penduduk felda. Rupanya tidak.

Ooo yeah! Pasal Gusti Lengan dengan budak tu tadi. Gua rasa gua akan kalah. Tapi gua terus betahan dan mengasak sepenuh tenaga sampai tenganga-nganga sambil headbanging. Akhirnya budak tu menyesal kerana menerima cabaran gua. HEH! Sebagai balasan atau harga kemenangan, gua merana kesakitan bahu yang amat sangat beberapa hari! ARGHHHH!

Siri Karnival Jom Ke Felda ni beterusan sepanjang tahun 2010 kat beberapa gagasan felda terpilih di seluruh negara.


19 comments:

mazru said...

salam bang gayour...

mazru said...

selamat bertugas...all the best!

frankrx2 said...

Huh... memang saja nak inaya org organizer tu... tak pe bro sabar itu separuh dari iman =)
Tapi kan tetiba je teringin pulak nak "over the top" dengan bro... nanti lah jika ada rezeki kita bertemu dan lihat siapa makan siapa...hargh!hargh!hargh!

Yes gua masih ingat cumi dan ciki... walaupun rupa sebenar puppet tu dah kabur dalam ingatan (lebah & rama2 ke?) tapi gua memang ingat lagi series tu yg ditayangkan pada sebelah petang. Masa gua kecik lagi (almaklumlah.. masa tu tv ada 2 channel jek..)

Anyway, respect goes to you bro as you willingly participate such carnival dengan tak pilih bulu walaupun tgh panas terik tahap gaban. =)

mr.kordes said...

gayour mmg best!

gayour said...

mazru majid
salam sejahtera juga buat encik mazru
dan selamat menjalankan tanggungjawab dan amanah.

frankrx2
cis! berani lu nak belengan dengan gua? fikir baik2 kalo tak nak nyesal kalo kalah.

pak cik kordi
pak cik kordi tak best! pak cik kordi tak best! harharhar!

berteromber said...

sapa la budak2 tahun 80an kalau tak kenal Wazata Zain kan...selain robot tempe...Cumi dan Ciki memang fav. la...

gua pun asal felda beb...agak2 ada buat kat belah Jb tak?

Anonymous said...

Salam...brader gayour...sori la lari tajuk skit...nk tny la cne nk dpatkan koleksi bersama selamanya...dh lama cr xdpt la...hrp leh tolong k...TQ

frankrx2 said...

Hargh!hargh!hargh!
Biar guruh berbunyi dilangit,
Biar petir sabung menyabung,
Belum tentu hujan mahu turun...

Gelanggang telah ku siapkan,
Andang telah ku nyalakan,
Hanya menunggu ayam tuan menyabung...

Hargh! Hargh! hargh! =P
Jangan marah bro, Gurau jek =)

Shahrulrock said...

Abang Gayour,
Bila nak datang Kuala Selangor? Kasi le chance kat orang Kuala Selangor pula...

gayour said...

berteromber
untuk wilayah johor, felda gugusan adela, johor baharu temasuk dalam program jom ke felda. patut ke pusat bandar jengka, tapi gua dengar tukar ke gugusan adela plak hujung bulan ni ( 30 april - 02 mei ). ntah la. tapi besar kemungkinan akan ke gugusan adela.

anonymous
kesian. ramai yang cari koleksi tu dan bertanya seperti encik, tapi malangnya gua tak ada simpanan lebih dan koleksi 'bersama selamanya vol 1 dan 11 'tidak diterbitkan lagi.

sad but true

gayour said...

frankrx2
ni nak laga ayam ko atau kita yang nak belengan? tapi laga ayampun okey gak. heh!

shahrulrock
karnival jomkefelda dibuat kat gugusan felda luar dari selangor. kuala selangor tak temasuk dalam karnival jom ke felda. tak tau apasal. nanti kalo ada apa2 program kat kuala selangor, insyAllah kitorang akan datang.

Portdy said...

tengok arm wrestling ni teringat satu citer lama 80 an "Over The top" lakonan Sly Stallone


peh... bro ....dapat belengan dengan living legend tu ...Uncle Wazata Zain...

yes Saya masih ingat itu cumi dan ciki (dan jugek Aksi mat Yoyo) bagi bebudak Johor selatan...

gayour said...

portdy
mana boleh lupa, cumi dan ciki hiburan untuk oldskool 80an.

blackpurple @ jowopinter said...

Jom lawan gusti lengan dengan wak pulak... Nak gusti betul2 pun ok. haha!

gayour said...

jowopinter
jangan main2 wak! kalo wak kalah nanti, sekampung malu wak! HEH!

SKM said...

Terima kasih saudara Gayour kerana promosikan sukan gusti lengan. Kalau nak join gusti lengan, klik je di www.sukanlenganselangor.blogspot.com

Mohon izin link kan blog gayour kat blog Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor


Shamsul Kahar Mohamad
Setiausaha
Persatuan Sukan Lengan negeri Selangor

guabawang said...

pakcik..jangan la kita nak menunjuk kuat dengan cara lawan gusti lengan ke, gusti wwf ke..kita sebagai manusia biasa ni tiada yang kuat..sekuat-kuat kita kuat lagi incredible hulk.

Aliflamyerfer said...

Salam..ada tt beramai x SMDM pd 19 mac besok depan SMDM...kalo free jom lah besama..mula jam 3pm

Aliflamyerfer said...

Salam..ada tt beramai x SMDM pd 19 mac besok depan SMDM...kalo free jom lah besama..mula jam 3pm